Followers

Saturday, November 29, 2008

'ADEK' Ayies Hakimi

Welkam to da world
Harris Hakimi

Dah besar pun 'adek' ako nih...

Kakak: What is ur name?
Adek: Ayies
Kakak: How old r'u?
Adek: 3 yrs old

Wah pandai nya 'adek' kakak nih..

Kakak: Ayies dah besar nak jadi apa?
Adek: Pilot!

Amboiii cita2 sungguh tinggi menggunung 'adek' ako yg sowang ini.
Takpe takpe, musti ada impian dan cita2.
Dah besar jangan nakal2.

Nota Jemari: dah tua nya ako!!

Jumpa baby lagi!

Lepas makan, ke hospital pulak kami.
Melawat sahabat yang baru saja dapat baby lagi.
Putri Ai'na Farhana nama diberi.
Putih berseri itulah si baby.

Akhirnya berjaya gak sahabat itu mendapatkan baby pompuan.
Hajat dihati setelah sekian lama menanti.
Alhamdulilah kedua2 ibu dan baby sihat sekali.
Ako di tepi turut hepi sekali..

Muhhahahaa.....
huwaaaa nak baby jugakkk!!!

Nota Jemari: baby oo baby...

Kenduri kawen

Banyak sungguh kenduri kawen kat area situ tadi.
Hampir tersilap kenduri.
Seb baek terpampang banner itu.
Alhamdulilah selamat gak sampai ke destinasi makan2.

Memandangkan pengantin x sampai2,
Pewot pun dah kenyang,
maka sempat bergambar ngan mak pengantin je la kita.
Thanks Kak Ani.
Ada kenduri lagi, jemput je la kami.

Nota Jemari: asek makan, bila lagi? Jawapan ako; "Ala,, takkan x sanggup tunggu 2, 3 tahun lagi"..muahhaha

Friday, November 28, 2008

Handsfree ..

Dah lama nak membeli ini barang.
Sebab nya yg original ntah hilang ke mana.
Susah plak bila ada call masuk n ako slalu kena kasi loudspeaker.
Tapi bila dah pakai loudspeaker, hurmm harus la cakap pun menjerit2..
Ater.. orang sana x dengar sore kiter.

Testing testing..
hurmm hopefully boleh dipakai guna la handsfree itu.
Nak beli yang ori?? erkk ako sedar kemampuan diri.
Yang cikai pun jadi lah, asalkan bende alah tu berfungsi.

"helo! helo!"
Ye ye kedengaran sore di sana..
Alhamdulilah, makna nyer handsfree itu boleh dipakaiguna.

Lepas ni, apa lagi ek barang yg ako perlu beli?

Repair kete? gurlpp....

Nota Jemari: help me!! help me!!

Hang Tuah kat KL

Kowang nak jumpa Hang Tuah?
Tak yah gi sampai ke Melaka.
Hang Tuah dah sampai KL pun..

Lunch, melantak mi bandung Muar, kata nya la.
Tapi ntah ek..
Ako idok le tahu membezakan rasa yg ori..
Ok la, masih boleh ditelan dek anak tekak ako nih..
Sedap?
Ermm kena la gi melawat sendiri Hang Tuah itu, baru le leh tahu sedap ke idak ye..

Tapi kan awat ako cam rasa x kenyang nih??
Lapar lagi arr!!!
iskkk...

Nota Jemari: nak gumuk kah?

Thursday, November 27, 2008

Makan TIME!

Lunch ke SOGO.
Dah lama x ke sana..
WOW, sale giler2...
Tapi idok le ako nak membeli.
Sedar kemampuan diri.

Lunch musti makan.
Teringin nak makan spageti.
Tapi bila da sampai kat kyros kebab, lain plak yg ako order.
'croissant ayam plus fries'..

Nyummy .. iskk padahal malam tadi dah melantak bende yg sama..
Erkk gurlpp aiyo selera ako bertambah..
tidakkkkkkkkkkkkk...


Petang tadi tingin nak minum coke float.
Turun ke cafe kejap.
Dah order, alih2 dia cakap coke takde.
Hurmm.. so tukar je la coke ke 7-up float.

Minum je laa...

slurp....

Nota Jemari: Kowang jgn komen!!

Selamat Pagi, CINTA!

Ako tengok citer ini bersama mommy yaya.
Mommy yaya sangat baik ati sbb banjer ako tiket wayang filem itu.
Jalan citer sangat ringkas, ringan & konpom mmg sesuai ngan jiwa anak2 remaja.
Dah nama pun citer 'cinta remaja'.

Sangat santai & rileks..
Kowang tahu apa yang ako sangat2 suka pada filem itu?
Yeehaa sbb dia jadikan watak fazura itu seolah2 peminat kaler MERAH.
Ye ye.. dari mula sampai akhir, sumer yg fazura pakai, sekeliling dia ada lah berwarna MERAH.

Pergghhh ako sangat2 teruja bila umah sewa dia pun kebanyakkan nya di setkan ngan kaler MERAH. "psstt mya, telepon itu sangat2 menarek minat ako, sbb berwarna MERAH!"
muahaahahhaa...

scene yg paling ako suker tgk;
di waktu pagi, atas katil dan ayat yang terpancul;
"Selamat Pagi, CINTA!"
"Selamat Pagi, SAYANG!"

wah so lomantik....!!
"ehem..ehem..agak2 sape ek nak ucap camtu kat ako??"
*wink*

*ako pasan, bila laki dia masih ada, derang pakai cadar kaler biru.
bila laki dia dah mati n dia alone, dia tkr balik ke warna MERAH!

Nota Jemari: rileks sket kepala hotak ako

Wednesday, November 26, 2008

Kuiz "KAU TETAP DI HATI"

Aritu abang long ada email ako. Minta promosikan novel terbaru dari alaf21 nih. Baru je dapat novel ni so skrg ni ako tengah gigih menghayati, membaca & meneliti novel tersebut. Dan sempena novel ini jugak, pihak alaf21 telah mengadakan satu kuiz bersama penulis iaitu, Liza Zahira.

MENANGI HADIAH MENARIK

20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira


Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM10010 Hadiah Saguhati: Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)

SOALAN-SOALANNYA:
1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?

Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke: liza_ktd@yahoo.com

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008

Dari kacamata 'anakomak' :-
Masa memula baca bab1 novel ni, dalam kepala hotak ako terpikir, "eh mcm dah pernah baca!" tapi setelah masuk ke bab 2, oo baru ako paham. Memandangkan ako baru je dalam permulaan pembacaan, so ako x leh nak review banyak2. Cuma apa yang ako boleh katakan, ako cukup geram ngan watak Ahmed, si abang ipar yang berasal dari Pakistan itu. Seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Terlalu mengikut hawa nafsu sampai anak bini terabai.

Pada mula nya ako pun x suker kat watak si kakak yang terlalu mengikut perasaan amarah terhadap ibu bapa sendiri dan sebagai membalas dendam, sanggup membawa si adik ikut bersama dan dijadikan hamba abdi di rumah.

Si adik yang masih berjiwa remaja sudah pasti termakan dek pujuk rayu si kakak yang menjanjikan kesenangan. Ditambah keinginan si adik yang teruja untuk melihat negara owang. Lantas larangan keras dari ibu bapa tak dipeduli. Maka bermula la detik hitam si adik di perantauan, mengharapkan belas kasihan dari si kakak yang akhirnya memakan diri sendiri.

Khusus untuk peminat2 novel, dapatkan la novel terbaru dari alaf 21 yang memang menjanjikan kelainan daripada penulis2 nya.

Nota Jemari: ako bukan pengulas yang bagus!

Monday, November 24, 2008

MINTA MAAF!!!



Nape ako tempek gambar2 itu?
Sebab nya ako malas nak citer panjang2..
Kete itu harus dibaiki..
Bila kena baiki maka harus memerlukan RM RM..

Dipendekkan citer, ako dah takde mood nak berjoli sakan.
Nak berenjoy..
Nak kemungkinan ako dah malas nak bersuka ria ke DESARU nanti..
Harus ako utamakan kete itu dahulu.

TITIK. NOKTAH.
Sila jangan banyak tanya!

Nota Jemari: Minta MAAF pada sumer..

Sunday, November 23, 2008

Tag from LIN

ARAHAN:
1.Ambik gmbr2 barang2(penting)yg ada dlm kete awak..
2.Ceritakan sedikit,kenapa brg2 tu mesti ada dlm kete awak..


Cermin mata hitam-untuk mengelakkan silau matahari di waktu panas terik...
Cermin mata putih-untuk mengelakkan silau cahaya lampu di waktu malam

Kad touch n go serta smart tag.. Untuk di saat2 genting ketika melalui tol. Tapi ako jarang guna sbb malas nak top up.. hahaha... Mungkin akan digunakan ketika ke JB nanti.. *wink*

Botol air-ye ye diperlukan ketika saat2 kehausan mendatang di tgh kesesakan lalulintas.

Bantal-amat2 diperlukan ketika ako TERsangat la penat dan mengantuk ketika memandu.

Tisu-penting!! Nak buang hingus, nak lap molot, nak cuci habuk.. iskk bak kata tisu sangat2 penting berada di dalam si putih.

Kasut-bila di saat kecemasan ako perlu ke satu2 tempat tertentu.. sbb ako sangat suka memandu dengan hanya memakai sipar atau sandal..

Payung-satu lagi bende WAJIB yg musti ada dalam si putih. Panas, hujan, ye amat2 la diperlukan di saat2 begitu..

p/s: ekceli payah gak nak cari barang2 penting lam kete ako tu.. sbb nya dah mcm tempah sampah sarap pulak.. iskk...

Nota Jemari: Ok LIN, setel dah tag nih..

Selamat Pengantin Baru

Jemputan kenduri di Shah Alam..
Kenalan MAK ngan ABAH..
Kenalan sepejabat, malah kenalan sejiran sewaktu kami masih kecik..

I tell you, the lauk pauk are so delicious..
Katering Pak engku from www.kuziecatering.com
The pemes caterer n wedding planner...
Artis like CT, Ning, Nadia & Kak engku also used this caterer.

Tengkiu gift..
So simple but still look nice.
Kurma in da pot..

Yeehaaaa masih menjadi penumpang yang setia!!
Burlppss.... kenyang dah..

Nota Jemari: Mgu depan ada lagi.. wadusss mau naik lagi berat ku ini

Balik kampung

Dah lama x jadi penumpang...
Maka, kembali nya ako ke kampung semalam, membuatkan ako terasa MALAS untuk menjadi pemandu. Paksaan telah dibuat di situ iaitu ako jadi penumpang & adik jadi pemandu... Yeehaaaa... sungguh bersenang lenang ako di kusi belakang.. Nyenyak ketidoran sampai le destinasi. Perghhhh.. sekali sekala dapat menikmati kesenangan!!


On d way balik ke KL, menyinggah le sebentar untuk menikmati air kelapa..
Terpandangkan ini botol.
Aiyo... botol apa kah itu??
Oooo... itulah botol air minuman org2 kampung...
Ye ye.. ako x tahu jenama apa tapi tertulis kat situ "Long Chan Trading Co", maka kami mengelarkan air itu "air bergas Long Chan"..

Sedap kah?
Rasa air bergas mcm yg kita slalu minum itu..

Kat kampung kowang ada tak air camtu?

Nota Jemari: kat kg, mcm2 bende pelik kita leh jumpa..

Saturday, November 22, 2008

Tiada di KL

Ako pulang ke kampung...
Menghadiri kenduri arwah di sana..
Selamat Hari Cuti, sumer..

Nota Jemari: cuti... hurmm

Friday, November 21, 2008

Bekfes TIME

Tepat jam 10.55 pagi...
Roti bakar tuk alas pewot...

Jemput makan...

Nota Jemari: waduhh makin kebizian smp x sempat nk bekfes

Thursday, November 20, 2008

Tag by MYA again!!

Kata nya tag ttg kejujuran.. erkk.. apa yek?!

#01; - Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng tag dia. Contohnya aku, ditag oleh Mya.

1. Honest ako cakap, ako suker tgk gaya mommy yaya nih. Cool, trendy, simple.. Senang cakap, Pandai bergaya la!!

2. Satu yg ako paling 'SUSPEK' kat mommy yaya ni, dia bleh telan apa saja yg dirasanya menarek dek tekak beliau. Pergh ako heran gak, leh tahan ye pewot si mommy yaya nih!!

3. Patot x ako cakap dia lembut?? erkk sebab dier suker kaler pink... erk bleh gitu??

4. Cermat & berhati2.. Sebab ako tengok & rasa melalui cara pemanduan beliau bersama Myavi.

5. Suker coti-coti .. bukan takat msia je, malah klu ber'uang', harus dier terjah sampai ke obersee.

6. Suker berxtvt.. erkk bersosial tu sama x ek? hehehe

7. Suker beli kasut!! Betul tak? eh betul betul.. erkk betul la kan?! *wink*

8. Ako kagum ngan mommy yaya nih.. Walaupun dah alone tapi masih lagi 'baik' ngan babah yaya. *tabik spring.. toin toin*

9. ehemm ehemm mommy yaya suker seseorang... siapa tu ek? Biar la mommy yaya saja yang tahu... *wink*

10. Di usia 'muda'.. erk muda lagi ker.. sudah memiliki rete sendiri.. rumah, kete & YAYA!

#02; - Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. sesuatu pasal diri mereka.

1. AKO suker kan MERAH.. tapi bukan terlalu fanatik *wink*
2. AKO seorang yang sukar menguruskan kerja lebih dari SATU
3. AKO suker CEKLAT tapi paham2 sendiri la yek..
4. AKO dalam proses mengecutkan badan yang mcm dah mengembang balik... *erkk*
5. AKO adalah peminat/pengumpul drama2 korea & jepun
6. AKO suker KRU ..
7. AKO bukan penggemar siput/kerang/hati/limpa/ dan yg sewaktu dengannya
8. AKO ada si 'putih' yang baru nak masuk 3 tahun umurnya.
9. AKO suker camping/hiking/travelling
10.AKO nak KAWEN... bleh x? muahhahaa...

#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

1. nad
2. lin
3. moralle
4. angah
5. intan
6. sodep
7. carneyz
8. ween
9. riani
10.aza

Citer ngan JUJUR eh... *wink*
nak kondem ker.. nak puji ker..
sila sila... tarak hal.. nama pun tag KEJUJURAN

#04; - No tags back!

Ok Noted!

Nota Jemari: SETEL!

Mana satu pilihan kowang?

Kalau dibagi peluang dapat bende FREE, mana satu pilihan kowang?
Rege dalam RM25 ..

Dan ini adalah beberapa wishlist ako yg merangkumi rege tersebut tapi harus lah pilih SATU sahaja.. So, yg mana satu kowang rasa berbaloi?

1. Tiket naik bus 'hop on-hop off', city tour. Ekceli ako teringin sesangat nak naik bus tu. Tapi harus lah berteman kan.. Tak koser le ako nak naik bus tu sowang2.. Bagi pemegang Mykad, dapat le beli tiket tu ngan rege RM19 sekeping... Tapi takkan nak naik sengsowang kan, so ako nak minta 2 keping. Maka, pemberi yang baik ati itu kena la membayar sebanyak RM38, yakni melebihi wang yg diperuntukkan. Hurm tapi mana tahu kot2 pemberi tu seorang yang betul2 pemurah... So, y not kan?!

2. Tiket menonton wayang di GSC One Utama. TAPI ako nak yang 'twin seat' punya.. Rege dalam RM12, itupun klu tgk di hari minggu. Dan musti la ako nak minta 2 keping tiket. Takkan nak layan sensorang kan. Ikutkan ati, ako nak minta yang 'premium class' or 'gold class' tapi yg itu mmg TERlalu ober la kan. Melampau2 budget yg diperuntukkan.

3. Klu lah rege itu di'up' kan sket, mau nyer ako meminta dibelikan cd box series drama korea yang terbaru tapi memandangkan rege ala2 gitu kan, so bagi vcd movie korea yg latest pun jadi la kan. Or vcd jepun yg latest pun orait gak. Waduh sudah windu mau layan korean n japanese drama balik tapi apakan daya....

So antara 3 diatas, mana yang kowang rasa berbaloi ako minta? Or ada cadangan lain? Tolongg pelissss...

Nota Jemari: naik buntu dah nih.. due date minggu depan...iskk

Minum petang, yuk!

Minum MILO
anda jadi kuat & sihat!

Nota Jemari: jemput minum petang

Wednesday, November 19, 2008

Lepaking here...

Balik opis tadi ako menyinggah kejap ke umah kak lin iaitu merangkap kakak ako.. Dengar2 citer nyer laki si dia dah membeli satu laptop baru. WAH, harus lah ako mencuba pakai sementara masih 'panas'. Yang best nya melepak kat umah kak lin ni sebab yang pertama;

ada lappy baru.. FREE wifi plak tu.. ha musti kowang x caya kan kat taman perumahan ada FREE wifi.. Siyes, kat area umah kakak ako mmg setiap umah ada free wireless.. So harus la lepas ni keRAJINan ako datang bertenggek kat situ makin menjadi2..

sebab kedua, dia sediakan bilik khas tuk ako beradu..
WOW! Ini menambahkan lagi keinginan ako melepak di umah dier.
Boleh buat macam bilik sendiri.. Ye ye privasi sangat2 diperlukan di situ.

dan sebab yang paling UTAMA, ada banyak makanan..
Waduhhhh konpom duduk seminggu kat umah dier, berat ako pun mencanak2 naik.
Erkkk.... ngeriiii!!!
But i like it!
Makan selagi terdaya...

Ye ye sesi melepak & bersenang lenang di situ..
Sungguh mengasyikkan...
Sungguh santai sekali...

Dan akhir sekali, ako yang setelah penat melantak, mensurfing & merehatkan hotak.
Harus ada keceriaan di situ...
Yeeehaaaa... i like the place!!

tapi AWAS!

Sumer itu ako lakukan hanya bila abang ipar ako tiada di rumah..
muahhahahahaa...

Selamat merehatkan diri *wink*

Nota Jemari: syyyyy.... !!

Tuesday, November 18, 2008

Treasure Hunt kembali lagi...

Treasure hunt kat opis ako ni kembali lagi..
Wah, excited gak bila dapat tahu tapi apakan daya, tahun ni ako x dapat nak join..
Ada urusan peribadi sket..

13 Dec 2008
KL-Selangor-KL

hurmm... taun ni TH just buat area KL je. Ni sah jimat kos punya pasal..
Antara kenangan terindah treasure hunt yang pernah ako join...

*cuba teka mana satu ako?*

Nota Jemari: Apa tema taun ni ek?

Al-Fatihah

Hari ni genap 2 tahun pemergian ABAH..
Moga ABAH damai & tenang di sana...

Al-Fatihah

Kenangan Terindah bersama mu tetap jadi ingatan sampai bila2..

Nota Jemari: windu ABAH!

Monday, November 17, 2008

Nostalgia

Wah... ako dok gelak sakan tgk gambar hitam-putih ini kat FB si Jimmy..
Harus keji tempek gambar lelama ni tau!!!
I malu u...
wakakkakaa.. x tahan sungguh keayuan ako ms itu..
waduhh... muka skema..

ha ni lagi arr... tgk gambar aksi bergaduh..
oppsss itu hanya lakonan semata2...

Oh ako menjadi rebutan...
sowang cinta sejati, sowang lagi cintakan rete 'bapak' ako..

Adehh... gelak guling2 ako tengok gambar lakonan ku ini..
Spesis cam drama di awal 80-an..
aduhh....

Kenangan indah..
Goshh...
tapi tetap nak gelak jugak...

wakakakakakakaka....

Nota Jemari: gelak beso siot!!

Sunday, November 16, 2008

AKO is AKU

Yuhuu samat petang sumer...
Melepak di petang ari ni, tetiba terpikirkan sesuatu...
Dan terpikir nak wat entry nih..

Lately ni borak ngan kowang sumer, ako terperasan yg kadang2 kowang ada TERpanggil ako ngan panggilan 'AKO'. Well, mula x pasan sangat. Tapi bila dah kerap sangat ramai yg panggil mcm tu so rasa weird plak di gegendang tinger ako. Sebab apa? Sebab panggilan ako tu ako rasa hanya sesuai disebut oleh ako saja. Opsss jangan salah paham. Maksud ako camni..

Mostly dalam entry ako, ako akan membahaskan diri ako sebagai 'AKO', which means 'AKU'. Ako mengubahsuaikan tulisan AKU itu menjadi AKO bersesuaian ngan selera jari jemari ako menaip. So, bila kowang2 kat luar sana masih memanggil ako ngan nama AKO, erkk rasa tergeliat sket lidah nak membahaskan diri esp klu berborak ngan kowang2 yg dah senior dari ako. Kowang paham kan maksud ako nih?

So dipendekkan citer, ekceli AKO itu adalah AKU. Bukan ganti kata nama. Bukan ako membahaskan nama ako mcm 'AKO MUSTAPA' walaupun mmg ako minat kat dia. muhahaha.. Ekceli AKO is satu simbolik bagi diri ako. Tapi AWAS! Ada juga blogger lain yg menggunakan aku sbg AKO. So jangan terkonpius, ok..!! Btw, my name is RETNA. *wink*

Selamat memahami diri AKO. Salam kenalan pada yg baru!!

Nota Jemari: aduss kowang paham ke nih? Baca balik, ako lak yg pening.. iskk

SMS dari MAXIS

Jam 9.07 am...
Lokasi : masih di atas katil...

beep beep.. *itu bunyi mesej di henpon ako, harap maklum!*

Tertera di skrin mesej dari MAXIS..
Aiyakk...
Your total usage of RM1xx.84 has exceeded your limit. Kindly make payment within the next 24 hours to avoid interruption.
Makna nyer ako dah kena bayar bil maxis ako dalam ms 24 jam.. Tapi ako x moh bayar skrg, maka harus esok ako dah x leh wat call out. So, pada kowang yg dok sms ako or harapkan balasan tipon dari ako, minta maaf la ye. Konpom permintaan kowang itu ako simpan aje.

Tunggu sampai ako bayor bil bila dapat gaji.. Ek bila gaji ako ek?? Tungguuu!!!

Nota Jemari: Cuba hidup tanpa henpon

Tag from KIKA

WHAT IF YOUR EX SAID THESE TO YOU???

1. hi, how are ya?
Baik, FULLSTOP!

2.hey! you wanna go to mall?
NOP.

3.i love you ..
sepi... should i reply? guess NOT.

4.do you want some cookies??
Should i reply again?? erkk NOPE!!

5.can you take me a picture?
Erkk.... y should i??

6.help me in my homework!
ermm.... *malas nak layan*

7.here's my gift to you..
tolak tepi

8.let's just be textmates
*ketok meja* x paham2 lg ke mamat nih...??

9.do you want me to buy you an ipod??
Ur hutang pun i've to pay, now u insist to buy ipod for me? pigii daa

10.let's sit together in the bus
Duduk dalam si PUTIH lagi besh..

11.hi baby..
Tengkorak ko!!!

12.you're still cute..
Tak makan dek puji... *bluwek*

13. i still love you..
but i HATE YOU!

14. can i visit your house??
Nobody @ home!

15. do you love me??
Apa punya soklan la nih!! Apa jadah ako nak lap2 ko lagi..

Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list
2. ask them to complete this tag
3. repost on their blog
4. write the title "what if your ex said this to you"

Im tagging
Perlu ke TAG owang lain?? erkk x yah la kan... ehhehe

Nota Jemari: KIKA, setel ye dik !

Tag dari Kak Intan & ........

Ako kena tag work station dari kak Intan & sape ek lagi sowang?? Tak ingat plak.. btw ni ako tempek la ek tempat keje ako.. Jangan kutuk.. Sila abaikan segala kekusutan dalam gambar itu.

Ini lah meja ako kat opis..
Hepp ye ye ako tahu nampak serabut..
Jangan soh ako kemas sbb konpom lepas kemas akan tetap berserabut balik.. Jadi, biar kan aje meja itu sebegitu rupa sampai bebila.
Tak tahu bila meja itu akan nampak kemas & cantek..
Erkk... perlu ker??

OK kasi jauh sket pandangan tu...
Ini keseluruhan work station ako..
Sebelah itu kawan ako. Nama dia Farihah. Kami punya tempat keje sebelah menyebelah.. Senang untuk kami bergosip, mengutuk & sebagai nya... Tiada gangguan tapi AWAS, walau pun nampak cam xde pape, tapi bila kami berbisik pasti ada telinga2 yg cuba untuk memahami butiran bisikan kami..

Erkk... x suker sungguh!!
Itu lah lumrah kehidupan di opis, betul tak?! *wink*

Ini plak dari pandangan sisi meja ako..
Hoitt, ako dah cakap, sila abaikan segala kekusutan dalam gambar itu!!!

Yang ini plak pandangan keseluruhan opis ako..
Amek kowang, satu opis ako tempek kat sini.. Muahahahaha...
Ini gambaran dari pantry ako ye, kawan2!

Ini pantry..
Tempat ako melantak..

Ini plak tempat ako melepak..
Beristirehat..
Tempat menenangkan pikiran...
Tempat kami bermain..
Tempat kami membuta...
muhahaha segala2 nya kat sini..

Ha puas hati! Sumer tempat ako tempek kat sini...
Ekceli ako dah pernah dah tempek sume ni kat entry sebelum2 nya...
Malas nak cari so ako tempek balik.
So layaaannnnn!!

Sekian.

Nota Jemari: Setel!!

Saturday, November 15, 2008

Puspanita Hi Tea

Semalam petang sepatotnya ako join hi-tea puspanita kat opis nih.
Tapi last minit ako x dapat join sebab ada keje yg perlu disetelkan semalam juga.
Maka, x dapat le ako nak mempoye2kan diri di petang Jumaat nan indah..

FRUST??
Opkos arr... slalu nya ako yg akan turut serta memeriahkan majlis dengan persembahan.
So, ingatkan taun ni nak turut serta sebagai tetamu saja.
Tapi, hurmm nasib x menyebelahi diri ini tuk bersuka ria..
Alahaii...
Sudah nya, ako mengenjoykan diri je la depan PC kat opis petang semalam..
*x besh langsung*

Tema semalam ada lah 'batik'.
Memandangkan ako x dapat join, maka kak een telah baik hati tolong mendapatkan door gift tuk ako juga. Dan doorgift itu adalah sehelai kain batik.
Waduh.. bila masa lak ako nak pakai kain batik tuh??

Aniwei, thanks kak een sbb sudi dapatkan juga doorgift yg x sebarapa itu..
Tak kisah la kan, nama pun FREE!

Nota Jemari: kena banyak bersyukur

Thursday, November 13, 2008

Aktiviti di waktu LUNCH




Malas nak citer pepanjang...
Layan je la ek xtvt ako n kengkawan di waktu tengahari..

Jom main UNO!

Nota Jemari: lepas gian...

Wednesday, November 12, 2008

Nasi Lemak takde LEMAK!

Tadi tetiba terbuka peti ais..(ada lak ayat tetiba kan...). Ako nampak ikan bilis.. Lam kepala hotak ms tu teringin nak makan ikan bilis goreng. Selongkar peti ais lagi. Ada telur, timun, kacang, otomatik terdetik lam ati, "masak nasi lemak sedap gak nih!!"

Zassss dengan sepantas kilat tangan dan kaki ako mula bekerja. Yeehaaaa tak pasal2 ako masak nasi lemak weiii tapi sbb kan tak moh makan lemak2 maka nasi itu ako masak tanpa letak santan. "Ala orait la tu kan nasi lemak tanpa LEMAK!"

Taaadaaaa.. setelah bertungkus lumus kat dapur, maka ni la hasilnya!
Jemput makan ye..

..bismillahirohmanirohim..

Sedap weiii...
Pedas.. Harus lah pedas.. Klu tak, tak 'kick' la kan..

Puji diri sendiri nampak!!
Eh, opkos arr... nak harapkan kowang yg puji, ken salam je la..
Muahahhaha puji2an tuk diri sendiri adalah WAJIB!!

Superb!
Sedap!
Delicious!
Nyummy!!

burlppp... opppssss
Sekian, kenyang!

Nota Jemari: makan lagi kan... huhu

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers