Check email yahoo... Baca tajuk "PROMOSI NOVEL"


Assalamu'alaikum dan salam hormat buat semua penerima emel ini.

Buat makluman.
Saya mempunyai 2 buah novel terbaru, terbitan ALAF 21. Yang baru diterbitkan dan masih panas dipasaran. Saya berhasrat untuk memberikan kepada anda novel tersebut. Dan sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkannya, sila kembalikan emel ini dalam kadar segera.

Sila berikan: Nama penuh. Alamat lengkap. Nombor untuk dihubungi. Disebabkan saya cuma ada 2 buah sahaja. Maka, 2 orang pertama yang membalas emel ini dan menyatakan persetujuan sahaja yang akan menerimanya.

Syaratnya adalah seperti dibawah:
1 - Mesti mempromosikan novel ini beserta ulasan didalam blog peribadi anda.
2 - Anda perlu memberikan ulasan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima novel tersebut.
3 - Waktu promosi didalam blog peribadi anda adalah dalam waktu 2 hari.
4 - Sebaik sahaja anda memasukkan entri tentang novel ini, anda diminta supaya menghantar emel kepada saya dengan tajuk: SUDAH POTING.

Itu sahaja syaratnya.TERIMA KASIHAbang long.
# Emel peribadi telah mengalami masalah teknikal.http://novelman.blogspot.com/


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila ako dapat emel tu terus ako reply..
Sesaje la kan mana tahu nasib baik, dapat gak ako novel free nih.. hhee

So tadi x semena2 ako dapat 1 bungkusan.
Wah cam dah dapat agak coz sampul tertulis 'alaf21'.. yeehaaa mmg nasib baik la gamak nya. Dengan rakusnya ako buka itu sampul. Tak sabar nak tahu tajul novel itu. Erkk alamakkk novel 'aksi'. Adussss harus ako mengambil masa yg lama sket tuk menghayati novel2 sebegitu.. Tapi pape pun ako akan cuba sedaya upaya!! Chaiyo! chaiyok!!


Tengkiu kat Abang Long n krew sbb jadikan saya salah sowang yg 'bertuah'.

Nota Jemari: bukan senang owang nak bagi mende FREE kat kita. Alhamdulilah..