Followers

Tuesday, April 28, 2009

Coklat Orang Kampung

Di sebalik pendedahan media mengenai pelbagai jenama coklat luar negara menggunakan bahan tidak halal dalam produk mereka, wartawan ADHAM SHADAN melaporkan alternatif jenama coklat Malaysia. Ia bukan sahaja halal, enak bahkan sudahpun menarik penggemar coklat dari Singapura dan Jerman.



Ungkapan Sense of Village Chocolate (Rasa Coklat Kampung) pada coklat Beryiel's Chinno itu bagaikan memberi gambaran dari mana asalnya. Dibungkus rapi persis coklat-coklat luar negara, ia merupakan coklat tempatan yang dihasilkan di Kluang, Johor.

Meskipun berasal dari desa, coklat buatan Malaysia itu mampu menawarkan mutu coklat setanding dengan coklat-coklat import. Beryiel's Chinno merupakan antara coklat keluaran syarikat Brely's Secret (BS). Selain Beryiel's Chinno, BS turut menghasilkan jenama coklat Brely's Secret dan La Vasse.

"Ungkapan itu seakan-akan memberi makna yang orang kampung juga mampu buat coklat," kata Ketua Pegawai Eksekutif BS, Mohd. Hairul Azizi Amat Tokimin ketika ditemubual Kosmo! baru-baru ini.

Kosmo! berkesempatan mengikuti lawatan ke kedai coklatnya di Desaru, Johor tidak berapa lama dulu.

"Sebenarnya, coklat daripada industri kecil dan sederhana (IKS) seperti kami sama sahaja mutunya dengan coklat-coklat import dari luar negara. Rasanya pun sama enak. Cuma yang membezakan adalah jumlah yang dapat kami keluarkan," ujarnya sambil memberitahu pihaknya telah menghasilkan 60 jenis coklat.

Hairul, 29, menyifatkan coklatnya semakin mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat dan para pelancong terutama pelancong-pelancong Singapura.

"Mereka rasa coklat saya, lalu bertanya buat sendirikah? Mereka kata, ia sangat sedap. Mereka beli coklat saya dalam kuantiti yang banyak. Mungkin juga kerana nilai wang mereka yang lebih besar memberikan mereka kuasa membeli yang lebih besar," katanya.

Bahkan lebih membanggakan, coklat dari kampung buatan usahawan bumiputera itu telah berjaya memikat tiga buah syarikat Jerman ketika menyertai pameran coklat dan biskut di Colonge, Jerman baru-baru ini.

"Tiga syarikat Jerman tertarik dengan coklat kami dan berhasrat untuk memasarkannya di negara mereka," katanya sambil memberitahu BS dijangka memiliki kilang yang lebih besar di Gombak, Selangor pada Ogos ini. Ia dijangka mampu mengeluarkan 23 tan coklat dalam sebulan berbanding 1.5 tan sahaja di kilang di Kluang.

"Saya sedang memikirkan tawaran itu. Saya melihat ia sebagai jalan untuk saya menembusi pasaran antarabangsa, tetapi saya juga perlu mengukur baju di badan sendiri. Untuk menembusi pasaran antarabangsa, saya perlu mempertingkatkan keupayaan pengeluaran. Perancangan untuk mewujudkan kilang yang lebih besar ini juga didasari daripada matlamat untuk memperluaskan produk sehingga ke pasaran antarabangsa," ujarnya. SETERUSnya klik sini.

KEDAI Brely’s Secret yang terletak di Desaru, Johor

Nota Jemari: psttt owang JOHOR, tolong belikan ceklat tu :p

1 comment:

SiS-lin said...

o nk coklat eh..bru je td dpt mkn coklat tu..kwn bg la ret...hahaha