,

Melepak ke Central Market

Ahad aritu kan ako susah nak tido, sedar2 je ntah jam berapa baru leh lelapkan mata. So pagi tu konpom la ako bangun lewat sket. Ala mmg sket je pun lewat nya tu. Memandangkan aura RAJIN tu masih ada saki baki dalam badan ako ni, maka dengan x semena2 ako telah menyiapkan bekfes iaitu bihun goreng tuk santapan kami adik beradik. Nyummyyy sangat sedap!! Harus puji diri sendiri, lagi pun ada owang tu menambah bihun goreng ako dengan banyak serta rakus sekali. Maknanya konpom la keLAZATan masakan ako tiada tolak bandingnya lagi. muahahahaha.... *gelok beso, beso gak lobang idong dibuatnya*

Lepas BRUNCH, *ater bekfes pun time tu dah jam 11.45 pagi, sudah hampir ke tengahari lagaknya*, ada owang mengajak ako melepak ke CM (opss bukan Che Mat tapi Central Market). Pada mulanya ako keMALASan di situ. Paham2 aje la area situ yg sesak seSESAK2nya. adusss mau drive, lagi la bertambah2 MALAS. Tapi takkan nak menghampakan harapan owang, maka ako gagah juga la untuk menDRIVE ke area situ. Dan akhirnya berkat keSABARan ako, berjaya juga memPARKINGkan si putih betul2 di Central Market. *pheww lega!*

Aiyo, bape lama ako x melepak ke situ. Hampir2 soploh taun. Ye la dolu2, CM tu la tempat ako menempek menunggu bas mau pulang ke umah. Bila dah ada si putih, maka otomatiknya ako sudah melupakan zaman2 menaiki bas serta melepak ke situ. *alaahaiiii....*

Ye ye opkos la banyak sungguh perubahan kat CM. Nak bandingkan soploh taun dulu dengan skrg, ishhh banyak bezanya. Ako ada juga sedikit teruja untuk melepak lelama di situ. Jalan-jalan, pusing2, ye ye mmg sangat2 sesuai tuk pelancong2 mendapatkan barangan cenderahati di situ. Tak yah nak tergedik2 ko ke Komplek kraftangan kat Ampang tu. Kat CM, ko leh dapat macam2. KLu laa ako seorang PELANCONG dan byk DUET.... ermmm... *abaikan...!*

Eheh... asal ramai owang berkumpul nih? ada rusuhan kah?? Oh tidak... harus ako melarikan diri dulu klu rusuhan sedang berlaku tapi eh jap jap jom kita tengok dekat2 sket.
ermmm.... mcm ada satu tarikan.. Apa yek?!

Anjing???
erkk gurlpp....

Oooo ada demonstrasi pak polisi tentang cara2 menangani penjenayah di negara kita nih. Dan salah satu nya adalah dari unit anjing.. bla bla bla... *sila jgn tanya ako lelebih pasal unit itu*

Ni apa plak kes budak2 ni???
Oooooo ako kurang mengerti sket apa motif budak2 tu terkinja2 atas itu pentas?? Tapi sebab lagu MJ yg berkumandang, so ako assume meraka saja2 terkinja2 sambel meniru aksi MJ menari. Layan kan aje laaa..... Dapat gak merehatkan kaki serta kepala hotak di situ.

Puas berehat, ako ke Petaling Street plak. Aiyo, itu adalah kali ke-2 ako menjejakkan kaki berjalan2 masuk ke situ. Sebab nya, ako adalah keTAKUTan untuk melepak2 berjalan2 sesuka ati di kawasan sebegitu. Sangat ngeri unless ko melepak ke sana beRAMAI2.

Mau soping t-shirt, mau soping wallet, mau soping kasut, mau soping beg2, jam??? Macam2 ada kat situ tapi ako tau keMAMPUan ditahap sukar bernapas. Membelek2 sekadar melepaskan napsu bersoping. Erkk.....?!

Jam sudah ke angka 2 petang. Lapar!
Hajat mau melantak di Sogo tapi parking adalah PENUH!
Maka, memandu si putih terus ke The Curve.

Nota Jemari: ... bersambung
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.