, ,

Persiapan sebelum 'pergi'

Tengok tajuk cam seram plak tetiba... "Persiapan sebelum pergi".. aiyo ishh jgn pikir lain. Ni persiapan ako sebelum melangkah pergi menuju ker bandaraya johor bahru. Kisahnya si putih kan ada 'saket' sket. So sebelum pape berlaku tgh jalan, harus la ako g jumpa 'doktor' putih terlebih dahulu. Hari itu adalah hari gaji bagi sumer bebudak opis ako. So, bila katanya ari gaji, musti sedap je nak pegang duit banyak2 kan. Maka, ako terkluar la duit lebih sket. Kononnya mau buat duit tambang or lebih spesifik lagi, duit berjoli masa ke Jay Bee nanti. Tapi dipendekkan citer, bila ko dah plan mau menghantar putih berjumpa 'doktor', ermm maka jgn la bermimpi mau berjoli2 sakan dengan duit yang banyak itu.


Tayar ada sket meragam. Jadi perlu gi jumpa 'doktor tayar', mau kasi adjust alignment. Cot cet cot cet, dengar cakap 'doktor', dia suggest kasi adjust empat2 tayar. Itu ok lagi. Pastu dia cakap lagi, tayar depan belah kiri ada sket 'rosak'. Kena ganti skru yg dah x leh pakai lagi. Tanya bape rege sumer, ok lagi bole diterima. Dia check lagi, dan check lagi, aiyo suruh repair 'part2 yg rosak' kat empat2 tayar. ermmm...... dan akhir sekali, memandangkan tayar belakang belah kiri adalah terlalu lama sudah, maka dia suggest kasi ganti yg baru. erkkk PAP!! Sudahnya, terpaksa la melayang2 kan beberapa not RM yang gurllpp bagi ako cukup tuk wat tambang dan blanjer ke Jay Bee aritu.

Nak tak nak, konpom la memang kena pun repair pape yang patut. Nama pun nak berjalan jauh kan. adusssssss!! Mengigil ako masa nak bayar bil itu. Terpaksa la tutup sebelah mata jap. Gigit jari la lepas tu... erkk gurllpp!

Lepas setel urusan ngan 'doktor' si putih, terpaksa la pulak ako bawa putih berjumpa dengan 'doktor cuci' plak. Kekdahnya putih sudah jadi tidak putih lagi. Al-maklum kang klu putih ada daki2, mau nya kena kutuk ngan budak2 berdua yg akan menompang ke Jay Bee tu nanti. So daripada ako kena dengar bunyi2an yang kurang enak, maka baek la ako kasi bersihkan putih dengan seputih2nya. ehehhehe...


Nota Jemari: Alhamdulilah, PUTIH pulang dengan bangga kerna sudah jadi sePUTIH2nya.

Share:

2 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.