Followers

Monday, December 7, 2009

Teater "Our Story The Musical"

Entry ni adalah kesinambungan dari entry teater sebelum ini. Ye ye ako memang lambat sudah mau menghapdet cerita ini. Tapi ada ako kisah?! muahahaha ....
Hari kejadian adalah pada Sabtu, 21 November 2009 bersempena dengan Annual Dinner BNM yang ke-50. Penat lelah berlatih selama sebulan akhirnya dipersembahkan dengan jayanya. Alhamdulilah. Jom kita layan gambar2 kat bawah nih.


Babak 1
~Tok Wan menerangkan kepada cucunya (Diana) tentang kebaikan menabung~

Tok Wan: (Menarik tangan.) Ha, kalau nak aiskrim, kena dengar Atok cerita dulu.
Diana: (Datang dekat Tok Wan.) Cerita tok? Cerita apa? Cerita Doremon ke tok?
Tok Wan: Eh, tak! Cerita kenapa kita kena berjimat cermat. Bukan senang tahu nak dapat duit.
Diana: Tapi Diana tengok mama dengan papa pakai kad saja Atok. Cucuk-cucuk sahaja keluar duit. Cucuk-cucuk sahaja keluar duit Tak payah kerjalah macam ini Atok. Kad boleh bagi duit!
Tok Wan: (Ketawa). Duit, kat tempat kita ni, ada bank yang keluarkan. Bukannya keluar magic macam tu sahaja tau! Ha, Atok nak cerita macam mana Atok mula kerja dengan bank. Tempat keluar duit satu masa dulu.

Babak 2
~Wan Abdullah, pada hari temuduga di Bank Negara Tanah Melayu, tahun 1967~

Good morning Sir, greetings mem, (Tok Wan)
May I sit, should I stand,
Don’t be to harsh on me, please, please, pretty please
I do smile, but my legs are shaking helplessly.
 Why do you want to work here mister? (Penemuduga 1)
I love to serve my nation, may I. (Wan Abdullah)
So tell us about Bank Negara Tanah Melayu mister? (Penemuduga 2)
The bank that looks after the nation’s money, say I. (Wan Abdullah)
What else do you know mister? (Penemuduga 1)
Was established in 26 January 1959, ay-ay! (Wan Abdullah)

Babak 3
~Pelancaran Bank Negara Tanah Melayu~
*Ni scene bondarock aka Dilla*
26hb. Januari 1959 tarikh keramatnya,
Trompet berbunyi semboyan hari penuh makna,
Sri Paduka Baginda mencemar duli,
Di samping turut Raja Permaisuri bertandang seri,
Merasmi, menyaksi, akan mercu jaya tersergam ini

Diiringi Tunku Abul Rahman,
Tun Abdul Razak dan Tan Sri W.H Wilcock,
Satu peristiwa bersejarah berlaku selepas merdeka
Bank Negara Tanah Melayu memahat kukuh kedaulatan nusa

Bank Negara Tanah Melayu, titik tolak sejarah ekonomi negara,
Kita bangga punya bank sendiri,
Bank Negara Tanah Melayu gah di persada,
Itulah tanda kita punya jati diri.

Babak 4
~Wan Abdullah bekerja dengan Jabatan Matawang~
*ni scene AKO aka anakomak*

Duit-duit di mana kau duit, (Khorus)
Duit-duit,
Duit-duit kerja ku membukit
Duit-duit


Mata sudah berpinar, (Pekerja 1)
Tengok duit banyak sangat,
Hari-hari kira duit,
Sampai mimpi hantu duit.


Duit syiling pakai besi, (Pekerja 2)
Duit kertas pakai kertas,
Tangan ku kira duit,
Makin hari naik kebas.

Duit-duit... 2x (Khorus )

Duit British beribu-ribu banyaknya (Wan Abdullah)
Akaun kerajaan kami jaga
ari pertama slicker, kedua dan ketiga
Masuk keempat semua garu kepala
Akaun tak balance mana pergi duitnya?

Dari duit Barat, ke Malaysian Dollar, (Pekerja 1)
Kepada ringgit hinggalah ringgit Malaysia (Pekerja 2)
Kijang tetap lambang kemegahan semua, (Pekerja 1)
Bunga raya simbol rakyat sejahtera, (Pekerja 2)
Tulisan jawi tinta warisan segala, (Pekerja 1)

Agong sebagai penaung negara. (Khorus)


Babak 5
LATAR: Sawah padi, ada patung orang-orang, ada lesung padi, ada tempat banting padi, ada nyiru padi. Ada set/props perlambangan dua kaum utama juga.
MASA: Pagi / tahun 1970 -an
WATAK: Pak Mamat / Maniam / Ah Yap / pesawah
ARAHAN: (Pak Mamat, dan beberapa orang kampung lagi sedang membanting padi. Masuk Maniam dan Ah Yap dengan barangan dan basikal isi getah.Cadangan: Transisi peralihan fasa ekonomi Negara- dari sektor pertanian kepada industri pembuatan, kepada industri berdasarkan servis dan ICT serta k-ekonomi.)


Babak 6
~Kemelesetan Ekonomi~
LATAR: Bilik Mesyuarat Bank Negara Malaysia
MASA: Tahun 1997
WATAK: Wan Abdullah/ Pengarah 1/Pekerja bank (8 orang – lelaki / perempuan)

ARAHAN: (Layar menunjukkan fakta-fakta mengenai kemelesetan ekonomi tahun 1997. Solusi, strategi dan senario akibat daripada kemelesetan. )

Wan Abdullah: (Serius dan fokus) I cannot agree with the IMF recommendations. The social repercussions will be severe.

Pengarah 1: Yes, we have a solution, pegging is one of the option is being considered

Babak Akhir
~Lagu Bank Negara~

Bank Negara megah ternama,
Kebanggaan kita warga terbilang,
Medan utama kewangan negara,
Peneraju ekonomi Malaysia gemilang.
 Lima dekad berdiri kukuh di persada,
Cabaran, dugaan ditempuh penuh yakin dan tabah,
Khidmat dan bakti pada Negara bertuah,
Cinta dan kasih padamu telah tertumpah.

Bank Negara megah ternama,
Kebanggaan kita warga terbilang,
Medan utama kewangan negara,
Peneraju ekonomi Malaysia gemilang.
“Bank kita, kebanggaan semua”
Nota Jemari: TAMMAT

No comments: