Followers

Thursday, April 30, 2009

Hepi Holiday!!

Yeehaaa......
Happy holiday!!!
Esok cuti....
yabedabedooooo...................

pssttt kowang watpe cuti2 esok??

Nota Jemari: syiokkk coti

Cuti yang sibuk

Cuti 3 hari nanti, ako akan dilanda kesibukkan...
Kesibukkan menghadiri kenduri-kendara, bertemu sedara mara.
Waduh, kesibukkan yang akan membuatkan kepala hotak ako runsing tatkala bertemu mereka sumer. Gurlpp..................

Jumaat - petang majlis bertunang cousin pompuan.
Jumaat - malam majlis menikah cousin lelaki
Sabtu - tghari majlis menyambut menantu di umah pakcik
Sabtu - malam serbu ke umah cousin yang baru balik dari Dublin
Ahad - petang majlis doa selamat & besday party
Ahad - malam konpom ako membuta tak hengat2..

Phewww.... padat mampat xtvt ako.
Klu ada masa insyallah ako akan hapdet kat sini.
Klu takde tu paham2 je la ek.
Jumpa kowang hari senin je la.

Nota Jemari: asek makan kenduri owang je kan huhu....

Part time Job

Mana nak cari part time job ek???
Terasa nak buat part time plak...
huuhu.....

Nota Jemari: alahaiiii nasib...

Tuesday, April 28, 2009

Ako LANGGAR Dia


Cuba kowang tgk, ada pape tak kat kete tu??
Macam takde kan...
Hakikatnya ako dah langgar kete dia..
Tapi klu tgk betul2 xde calar, xde kemek tapi dia still nak soh ako bayar..

Nak soh ako nayar cash?? minta maaf la..
Ako minta no hp dia.. Dia amek no hp ako..
Konon ako cakap nnt ako call, kasi tarik masuk bengkel... Tgk apa rosak.

Ermm... tadi ako call kakak ako..
Dia soh wat report polis.
Dia cakap, dari ako dok bayar owang tu, dok repair kete owang tu *yg rasa nya takde pape*, better ako bayar je saman kat polis. Hati pun senang....

Ako tgh serabut skrg nih...
huwarghhhhhhhhhhhhh
Patut la hati rasa x besh arini... Ghope nyer ada mende nak berlaku..
Tak suker nyerr!!!!

Sian si putih.. Tahun ni je dah bape kali kena hentam or dihentam..
Sian jugak kat tuan si putih, alahaaii... terus dah takde mood skrg nih...

Nota Jemari: takde MOOD!!!!!!!!!!!!!

Flora Cinta by Min Malik


Flora Cinta - Min Malik



Benarkah ini ujian lagi
Beombak cuma rasa gundah
Dari sanubari

Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula

Biarkan... mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu

( korus )
Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...

Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...

Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama

Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru bermula

Biarkan mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu ( 2X )

Nota Jemari: suker dengar lagu bila Aishah nyanyi

Lapar! Lapar!

Adehhh......
bau macam2 lauk...
lapar dibuatnya...
Mentang2 ako poser arini..
derang mmg saja dengki!!!
huwaaaaaa.....

Lapar nyaa!!
adehh.... tak leh jadi..
ako nak layan tido supaya pewot x rasa lapar..

Nota Jemari: sakan nya derang melantak...

Coklat Orang Kampung

Di sebalik pendedahan media mengenai pelbagai jenama coklat luar negara menggunakan bahan tidak halal dalam produk mereka, wartawan ADHAM SHADAN melaporkan alternatif jenama coklat Malaysia. Ia bukan sahaja halal, enak bahkan sudahpun menarik penggemar coklat dari Singapura dan Jerman.



Ungkapan Sense of Village Chocolate (Rasa Coklat Kampung) pada coklat Beryiel's Chinno itu bagaikan memberi gambaran dari mana asalnya. Dibungkus rapi persis coklat-coklat luar negara, ia merupakan coklat tempatan yang dihasilkan di Kluang, Johor.

Meskipun berasal dari desa, coklat buatan Malaysia itu mampu menawarkan mutu coklat setanding dengan coklat-coklat import. Beryiel's Chinno merupakan antara coklat keluaran syarikat Brely's Secret (BS). Selain Beryiel's Chinno, BS turut menghasilkan jenama coklat Brely's Secret dan La Vasse.

"Ungkapan itu seakan-akan memberi makna yang orang kampung juga mampu buat coklat," kata Ketua Pegawai Eksekutif BS, Mohd. Hairul Azizi Amat Tokimin ketika ditemubual Kosmo! baru-baru ini.

Kosmo! berkesempatan mengikuti lawatan ke kedai coklatnya di Desaru, Johor tidak berapa lama dulu.

"Sebenarnya, coklat daripada industri kecil dan sederhana (IKS) seperti kami sama sahaja mutunya dengan coklat-coklat import dari luar negara. Rasanya pun sama enak. Cuma yang membezakan adalah jumlah yang dapat kami keluarkan," ujarnya sambil memberitahu pihaknya telah menghasilkan 60 jenis coklat.

Hairul, 29, menyifatkan coklatnya semakin mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat dan para pelancong terutama pelancong-pelancong Singapura.

"Mereka rasa coklat saya, lalu bertanya buat sendirikah? Mereka kata, ia sangat sedap. Mereka beli coklat saya dalam kuantiti yang banyak. Mungkin juga kerana nilai wang mereka yang lebih besar memberikan mereka kuasa membeli yang lebih besar," katanya.

Bahkan lebih membanggakan, coklat dari kampung buatan usahawan bumiputera itu telah berjaya memikat tiga buah syarikat Jerman ketika menyertai pameran coklat dan biskut di Colonge, Jerman baru-baru ini.

"Tiga syarikat Jerman tertarik dengan coklat kami dan berhasrat untuk memasarkannya di negara mereka," katanya sambil memberitahu BS dijangka memiliki kilang yang lebih besar di Gombak, Selangor pada Ogos ini. Ia dijangka mampu mengeluarkan 23 tan coklat dalam sebulan berbanding 1.5 tan sahaja di kilang di Kluang.

"Saya sedang memikirkan tawaran itu. Saya melihat ia sebagai jalan untuk saya menembusi pasaran antarabangsa, tetapi saya juga perlu mengukur baju di badan sendiri. Untuk menembusi pasaran antarabangsa, saya perlu mempertingkatkan keupayaan pengeluaran. Perancangan untuk mewujudkan kilang yang lebih besar ini juga didasari daripada matlamat untuk memperluaskan produk sehingga ke pasaran antarabangsa," ujarnya. SETERUSnya klik sini.

KEDAI Brely’s Secret yang terletak di Desaru, Johor

Nota Jemari: psttt owang JOHOR, tolong belikan ceklat tu :p

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

Nota Jemari: kowang merokok?? Konpom cam LEMBU!! muahaahaha

Monday, April 27, 2009

Mimpi K.O.W.A.N.G??!!

Dah dah... jom tido sumer...
muhahahaha ni pun leh jadi entry ek...
Lantak arr.....

OK gud nite sumer!!
Mimpi indah2 tau..

Oh ye malam tadi ako mimpi kowang!
Sape kowang?? hahahaa... kowang laa...
Mimpi apa ek??
Jap jap ako nak recall balik...

alaaa..... dah x ingat so gamak nya x best la mimpi tu kot..
muiahaahaha...
ok ok malam ni mau mimpi kowang lagi...
ala kowang yang lain la plak ye...
'Kowang' yg dah masuk lam mimpi ako, sila dok diam2 ek malam ni.
Tolong kasi laluan 'kowang' yg lain menerjah dalam mimpi ako...

Selamat Malam sumer...
Sweet dream..

Nota Jemari: bila nak mimpi dipatuk ular ni ek????

Sepetang di SETAPAK INDAH

Pagi semalam tgh sibuk mengemas umah, dapat satu sms dari budak nih. Katanya akan tiba di KL ptg itu juga. Mengajak le diri ku ini ke pesta buku di PWTC. Ako ni kisahnya malas nak berasak2 maka menolak ajakan budak tu ke PWTC.

Sampai saja dia kat KL, sms lagi n kali ni ako ajak dia melepak aje la. Tapi nak melepak ke mana ek??? Dalam perjalanan mengambil si kiki, berSMS plak ako ngan kak CT. Alhamdulilah seb baek tuan umah ada kat umah. Maaf la ye kami mengganggu petang2 semalam. Kisahnya memasing x tahu nak ke mana. 'Terbang' ke Sri Gombak kejap tuk belikan pisang goreng. *tau dah konpom kak ct x masak punya ehehhe*
Panas! Yeah petang itu adalah sangat2 panas. Bahang makin terasa. Hope kak Ct & che mat tak la 'bahang' ek terima kedatangan kami. heehehe... *ngeri..*

Amboiii budak tu, senang lenang ek datang umah owang.. Eh jap jap dia tgk apa tu ek??? Meh kita tgk apa yg dia tgh layan tu...

Ooooo che mat kasi kitorang layan video gambar yang dia buat. Nostalgia sungguh!! Ingatan mengimbau kembali kenangan itu. Memandangkan budak tu kat x dapat join, so kitorang bagi dia layan aksi2 kowang sumer ketika itu.

Eheh, takkan x abesh lagi melayan kan?? huhu... Amboiii rilekss bebenor derang ek.. Apa la yg derang sonok sgt melayan tu????

Wah, gambar kawen che mat & kak ct laa!!!
Hoyeee akhirnya berjaya gak ako pujuk derang soh tayangkan gambar2 kawen. muahaha.... aalahaaiii muka che mat waktu muda cam x menyabar2 ek... oppssss laariksssss :p Kak ct plak muka takut2 tapi mau... bluwekkk... wkaakakka... Biasa la bila tgk gambar kawen owang dulu2, hehe lain kan dari skrg *wink*

Pape pun hope sesape yg dah kawen tu akan kekal la ek sampai akhir hayat... huhu.. nak kawen jugakkkkk!!!!!!! Tengkiu kak ct n CM.... *sengih*

Nota Jemari: 'datuk' oo 'datuk', bila mau masuk meminang ek???

Sunday, April 26, 2009

Lewat petang itu...

Selesai tgk wayang...
Selesai meronda2 di OU...
Setel menyoping di IKEA..
Lewat petang itu kami mengisi pewot ke situ...

Kota Damansara tempat dituju..





Makan lagi..
Kedai itu sangat special..
Khas untuk owang2 dari utara...
Lepak sana mmg kowang akan dengar loghat utara di sana sini.

Makanan sedap? Bole laaa takde la seBEST sangat tapi masih boleh ditelan..
Yang penting teh ais sama mi goreng mamak mmg SUPERB!!
I like!

Thanks kak een...
Thanks Aton...
Thanks michah...
Hari sabtu yang penuh bermakna.

Nota Jemari: Sape terkluar AF mlm tadi???


~AKO no one else~,

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Saturday, April 25, 2009

Sejenak di waktu petang..

Hari ni hari ako bersama para isteri serta ibu...
Plan mau tgk wayang....
Kami menuju ke One Utama...
Oooo bila ke sana konpom teringat kisah 2 tahun yang lepas...

Mula mau layan citer kartun.. Aterr nama pun bawa budak2..
Last2 sepakat le kami berempat mau layan citer antu..
Ooo itu budak kecik sangat2 la 'berani'. Harus lepas ni ako hangkut dia lagi kalu mau layan citer2 sebegitu.


Wayang start jam 1.30 petang..
Melantak le kami dulu. Pewot memasing sudah berbunyi2.
Kelaparan kata nya..
Ako teringin nak makan waffle. Mengajak le mereka melantak di A&W..

"mana ibu 'kakak' nih?? Lambat nya gi beli makanan... aunty dah lapar laa"

"sabar la aunty... ibu tgh beratur tu.. jom kita tahan pewot supaya tak lapar"

"haaa... tahan pewot???"

memasing sengih saja laa.....


hoyeeeee dah dapat makanan.... burlpp... kenyang...


"dah jom jom kita layan wayang plak...."

Nota Jemari: Jangan TEGUR!!!


~AKO no one else~,

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Kisah di waktu pagi

Hari ni ako bangun awal... Slalunya klu ari cuti mmg konpom ako akan bangun lewat. Tapi memandangkan ako ada misi bersama si putih, maka harus la pepagi buta ako dah mencelikkan mata. Seawal 7.30 pagi ako dah terpacak depan kedai servis tu. Semata2 nak dapat no 1. hahaha... Yeahhh mmg berjaya misi 'gelojoh' ako di pagi ari. Si putih berjaya menambat hati para pen'servis' kat EON tadi.




Ooooo ako bukan servis si putih tapi ako hantar si putih untuk menukar timing belt yg mmg dah masanya diganti. Dan lepas ni ako terpaksa mengikat pewot yg semkin moncit gara2 setelah melayang RM501.70. Gurlpp.... Tapi sayang punya pasal, ako sanggup korban apa saja untuk ko putih, walau lepas ni tuan ko akan jadi betambah2 kering & kurus.. waakakakak ye ke makin kurus??? *gelak beso*



Ako belum bekfes. Cari kedai mamak..
ermm Makan sowang2... Layan aje la.
Si putih siap ditukar ganti tepat jam 10.30 pagi.
Then terus memecut ke Pandan Indah... vroommmm.....

Nota Jemari: Skrg sumer nya buat sendiri.. huhu

~AKO no one else~,

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Friday, April 24, 2009

Aktiviti ESOK

Pagi - Kena bangun awal.... Mau hantar si putih tukar 'timing belt' ... erkk dengar2 mahal ek? gurlpp.... *adehh.....*

Tghari - Mau pigi Ambank... Kasi setel duit kete... *aiyoo...*

Petang - Mau ke One Utama... Kasi layan budak-budak....

Malam - Mau rehat.

Sekian.

Nota Jemari: nak tengok teater!!!??


~AKO no one else~,


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Thursday, April 23, 2009

Tag form MYA lagi...

Nyatakan usia blog anda?
Ermm citer pasal blog nih, panjang kisah nya ni. Ako start berBLOG klu tak silap tahun 2004. Dan BLOG pertama ako adalah http://anakomak.blogdrive.com. Tapi kowang jangan harap dapat baca kisah2 kat blog itu sebab nya itu blog sudah lama pupus. Ako pun x ingat nape ako musnah kan blog itu. Kemudian ako beralih2 bermacam2 url dan smp la ke skrg ini.. So kowang kira sendiri la ye berapa usia ako dalam arena pemBLOGan ini.. *erkk mcm x menjawab soklan plak ghase nya*

Terangkan kenapa anda berblogging?
Sebab UTAMA nak soh kowang baca kisah ako & aktiviti ako.. Bihtu kowang igt blogging ni tuk hape??? Lepas dah lama blogging baru ako tahu ghope nyer blogging ni banyak mengajar ako erti kehidupan, persahabatan, dan macam2 lagi.

Nyatakan blog pertama yang anda baca?
Percaya atau tidak, BLOG pertama yang ako baca adalah blog budak ni.. Wahai kengakwan seopis, sila lah percaya. Walau ako tak kenal dia dulu, walau dia baru je jadi warga opis, tapi ekceli ako dah lama kenal dia melalui kisah2 kat blog dia. *wink*

Letakkan entri pertama dalam blog anda
Nak letak camne klu blog tu pun dah di delete... ermm..

Huraikan entri tersebut
TAMAT. Sekian

Letakkan satu pic yang anda suka dalam blog anda?
Sila lihat gambar dalam entry kat bawah nih.... muahahaha...
Ako suker ako suker!! Sebab apa, lu pikir la sendiri..

Harapan?
Ako nak tambah lagi kawan... sebab dari BLOG la ako jumpa kowang sumer!!!


Nota Jemari: SETEL!



~AKO no one else~,

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Bila lagi nih??!!

~gambar sekadar hiasan~


Eh ako takde citer pape pun..

Bagi kowang yg dah pernah layan gambar kat atas tu dalam blog lelama ako, sila abaikan ajer.. Bagi yg baru nak layan, kowang layan je la k... Sesungguhnya ako tgh takde idea nak mengarang.. Sekian!!

Nota Jemari: bilakah ia akan terjadi?


~AKO no one else~,

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Wednesday, April 22, 2009

Ngantuk sangat!

Terlalu mengantuk, dari pagi sampai la skrg, menguap x berhenti2. Lantas ako bergerak ke pantry dengan lenggang lenggok nya..

Mencapai sesuatu dari atas lemari...

Ako buat susu coklat Anlene la weii...
Ako ngantuk...
Ako haus...
Ako lapar....

Letak air panas campur air sejuk...
harus la suam2 sahaja...

Dan hasil nya....
Bila ako ngantuk, meh minum susu Anlene.. :p

Nota Jemari: asal menguap je nih... adusss

Tuesday, April 21, 2009

Linda DEMAM angkara KASAWARI???

Dengar citer Linda demam.
Ermm... adakah disebabkan oleh KASAWARI???
Angkara KASAWARI telah belajar melakukan teknik pernafasan dari 'akar pernafasan'. Angkara tersilap teknik pernafasan, Linda menjadi mangsa keadaan?? Oooo sungguh kejam KASAWARI itu.

Bukan Linda saja yang DEMAM, malah anak ikan jerung ni pun mengalami nasib yang sama. Pengsan setelah menerima teknik pernafasan dari KASAWARI... Alaahaiii sian 'baby shark' tu...

"Oiiii beep2, ko x gosok gigi ke hape tu???"

wakakakakakakak *gelak beso ako*

Nota Jemari: ala jangan marah, gurau2 jer....


~AKO no one else~,

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers