Followers

Sunday, May 31, 2009

Maaf ku pinta

Jemputan mu telah ku terima.
Ajakan mu bermain2 di minda.
Kesungguhan mu sangat2 ku fahami.
Tapi apakan daya ako tak dapat penuhi.

Maaf,
bukan tak sudi maupun tak ingin.
Cuma keadaan yang tidak mengizinkan ako ke sana.

Maaf,
andai ada yang sudi menumpangkan, sudah pasti ako segera sampai di situ.
Tapi apakan daya, kita hanya merancang, DIA yang tentukan.

Harap kamu x marah eh sbb x dapat nak datang ke majlis itu.
Moga sumer nyer berjalan dengan lancar.
Semoga yang dirai menjadi seorang yang soleh dan mentaati segala amanah yang diberi.

Nota Jemari: mungkin tahun depan akan ke sana lagi *wink*

Malam yang 'GHAIRAH'

Malam yang sepi lagi..
Masih dengan keGHAIRAHan kami bermain.
Malam ini betul2 menguji minda masing2.
Kali ni kami bermain scrabble pulak.

Adusss...
Sungguh menguji tahap pemikiran kami.
Malah turut menyebabkan juling2 biji mata kitorang..
ahahahaa

Tapi atas kegigihan kami untuk terus bermain,
kami tetap x putus asa.
Walau sesusah mana, walau seteruk mana perlu berpikir, kami tetap takkan putus asa. Ye ye usaha tangga kejayaan.

Malam semakin ghairah!!

Nota Jemari: sonok nya main malam2

Saturday, May 30, 2009

TAG from DakNakey

Tag ini ada 3 tasks:
1. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
2. Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya.
3. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.

5 fakta menarik tentang DakNakey ...

1. Ako kenal dia .. erkk eh jap jap ana oo ana camne ako kenal ko ek?? Ako pun dah lupa. hehhehe yang pasti klu ko dah keje kat sana, klu ko x kenal antara satu sama lain, mmg ko poyo la nama nya tu. Tak kira la ko kenal nama je ke, ko kenal muka je ke, ko kenal kedua2nya ke. Yang pasti itu lah istimewanya jadi warga keje di situ. So secara otomatiknya ako kenal budak Nakey ni dari kamu, dia, awak mahupun anda.

2. SEMPOI & BRUTAL - Ye ye mmg sesuai ngan perwatakan budak nih. Sempoi dan giler2. Ako suker cara budak ni sbb dia sangat sempoi dan brutal. Tak kira dari segi percakapan, dari segi berpakaian mahupun dari segi pergaulan. *erkk ako x reti nak describe lelebih takut budak ni jadi bertambah kembang... laarikkkkks*

3. SECRETARY - walaupun kowang tgk & rasa dia sangat2 la BRUTAL, tapi bila dalam alam pekerjaan, dia adalah seorang yang sangat2 lembut & peramah. Ater dah nama pun ko kejer as a secretary. KLu ko brutal nak melayan tetamu2 BOSS ko, apa jadah nya pekerjaan ko itu kan?!! *wink* jgn marah ek ana.. hahaha

4. CERMAT, KEMAS & TERBILANG - dah mcm slogan MALAYSIA lak muahaha... di usia yang muda, di alam yang memBUJANG, budak ni sudah pun mempunyai rumah & kereta sendiri. Ako sangat2 salute sama ini owang!! *sedar kemampuan diri, tertunduk malu*

5. KAWEN - erkk pssttt ako dengar ko t.a.k.n.a.k.k.a.w.e.n .... erkkk laarikkkkkk

10 fakta atau hobi diri sendiri

Rasa nya dah bykk kali ako citer kat sini pasal perkara yang satu ni tapi takpe la ako cerita la lagi untuk pengetahuan kowang juga.

1. Ako suker kaler MERAH.

2. Ako adalah sangat2 tidak sabar. Dalam erti kata lain, ako bukan seorang yang PENYABAR.

3. Walau bkn yang sabar tapi ako seorang yang BAIK HATI.. wakkaka harus puji diri sendiri. keBAIKan ako x yah la dikongsi kat sini. Klu kowang kenal ako, maka kowang akan tahu dimana tahap keBAIKan ako itu. lalalalala

4. Ako bukan seorang peMARAH tapi ako mungkin akan jadi seorang yang penDENDAM. *wink*

5. Ako berbangga sudah berjaya memiliki si putih. tapi masih kecewa kerna belum berkemampuan untuk memilik sebuah rumah. *huhuh*

6. Owang kata anak ke-2 adalah seorang yang pandai berdikari tapi hakikatnya ako adalah seorang yang sangat2 PENAKUT untuk berusaha sendiri.

7. AKo adalah penggemar MI GORENG MAMAK serta TEH TAREK... jom ngeteh!!

8. Ako suker BERKAWAN tapi ako x reti nak cari KAWAN. Maksudnya ako ingin berkawan cuma ako x pandai nak memulakan sesuatu hubungan itu.

9. Ako suker KAMU! tapi hakikatnya ako x boleh nak bagitahu pada KAMU.

10.Last but not least, erkk yang satu ni, ako nak ako nak k.a.w.e.n ... hehee

10 Penerima awards (kalau dah kena tagged abaikan jelah yer)

1. Puan Marlin
2. Puan Nurul Fardilla
3. Puan Farihah
4. Puan Nazreen
5. En Azman beep beep
6. Puan Normaznita
7. En Azman 'twopai'
8. Cik Mahani
9. Cik Zaharah 'joyah'
10.Sesape yang suka suki nak layan TAG ini...

Nota Jemari: SETEL!

Happy Holiday

Cuti sekolah datang lagi. Seronok la kowang ye bila masa ini tiba.
Bagi budak2 opkos la seronok sbb inilah saat2 yang mereka nanti2kan.
Bagi mak bapak budak pulak, seronok juga sbb masa ni juga la derang boleh amek cuti tahunan tuk bersama anak2. Tapi bagi owang2 mcm ako plak, seronok tetap ada sbb waktu2 begini la jalan-jalan raya akan lenggang selenggang2nya.

Yahooooooooooooooo!!!

I Love school holiday!

Ko tak yah nak bangun awal2.
Ko x yah nak berejam2 bertenggek kat jalan raya.
Ko tak yah nak berasak2 di dalam lrt, bas ataupun pengangkutan awam yang lain.

Ini sumer gara2 CUTI SKOLAH sudah tiba!

Yahooooooooooooo!!!

Bagi kowang yang akan menduduki peperiksaan penting, x kira la UPSR, PMR, SPM maupun peperiksaan universiti, masa bercoti ni lah masa yg sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Bukan x boleh nak berehat cuma pandai2 la bahagi kan masa yg semakin 'megecut' ni. Kowang nak berjaya kan? So, jangan asek terlalu leka bercoti.

Pape pun, SELAMAT BERCOTI, SELAMAT BEREHAT, SELAMAT sumer nyer.

Nota Jemari: windunya waktu itu

Bila kami 'Main' tengah malam

Adehhh tajuk x agak2 kan.. hahhhaa...
opocot mak ko, dah dah jangan nak pikir yang bukan2 lak.
Takde kena mengena nak 'bunuh setan' atau 'malam jumaat'.
Kowang tu bukan bole cakap lain sket, mula kepala hotak sumer nak jadi 'biru' atau 'kuning' je. muhahahahaa.....

Ni la kojer kitorang yang susah nak tido malam.
Apa lagi kitorang layan men game kat YM la jawab nya.
Syiok gak men game yg leh lawan berdua nih.


Tadi men game checker.. Skrg ni kitrg tgh layan game chess plak...
Tadi kitrg seri.. Lepas ni?? Tunggu!!!

Nota Jemari: syiok gak 'men' malam2 nih...

Friday, May 29, 2009

Makan ke melantak?? gurlpp....

Yuhuuuu anibadi home today??
Yeehaaa... Samat malam sumer. Seharian siang tadi ako memang kebizian sket sbb tu tak jenguk sini atau jenguk 'umah' kowang. Ni baru ada masa nak hapdet xtvt tenghari tadi.

Lunch tadi ako dan kengkawan makan kat Lanai. Sesaja melepak makan sambel borak-borak. Al-maklum dah lama x berkumpul mcm tu. Biasa la kan lunch hari jumaat ni lama la sket so mmg sakan la sesi melepak kitorang tadi.

OK ekceli bukan nak citer pasal isi2 butiran perbualan kitorang. Ako just nak citer apa yang kitorang melantak tadi. Macam-macam ada.





Gambar atas sekali tu ialah laksa johor. Ni kali ke-2 ako melantak laksa johor kat situ. Bagi tekak ako mmg sedap la cuma tang sambal belacan mcm ada kureng sket. Tapi pape pun masih ok kat anak tekak ako.

'Nasi Goreng Lanai', yang ini pun sedap gak. Tambah2 bila ko tgh keLAPARan mmg sesuai la melantak nasi goreng tu. Yang sebelah tu plak adalah pecal. Ha mmg sesuai la dimakan bersama2 ngan nasi, ye tak?! Kuah pecal itu mmg marbeles, kePEDASan. Ako, bab2 PEDAS mmg peberet. Jadi, klu ko, kamu, awak, nak masak tuk ako, sila pastikan masakan itu adalah berunsur kePEDASan.. muhahahaa...

Mushroom soup. Sedap hingga menjilat bibir. Tapi ako x puas x dapat makan ngan roti itu. Ater sket bebenor roti nya. Mana cukup tuk dimakan oleh 5 'anak tekak'. hahahaha

Yang 'panjang' semcm je tu, erkk hot dog BIG size. Aiyooo yang itu mmg ako x lalu ye kengkawan. Aterrr 'panjang' semcm je, loya 'anak tekak' ako nak menelannya.. muahahaha... *konpom ada yg nak komen pasal hot dog panjang ni wkakakaka*

"pstttt, kowang lalu ker? erkk".. :p



Sebab kePANASan, ako order la Lai Chi Kang sejuk. ermmm nyummyy slurpp ako suker tapi kengkawan ako x suker. Erkkk kata derang kurang manis tapi dah ko makan macam2 ngan minum minuman yang manis2, apa salahnya yg satu ini tawar sket. Seimbang la sket weii ahhaha..

Yang sebelah tu mcm2 jenis air kitorang order.. erkk ada ice cappuchino, air campuran carrot dan apple, *sori yg ni ako lupa nama dia*; ada air kedondong. Ooo tang air kedondong itu sangat2 la tidak menepati citarasa anak tekak ako.



Ini sumer adalah desert2 yang kitorang melantak tadi.
Marble cheese kek, Lavender Opera kek.. Makk ko nama, x agak2! ahahaha...
Embun menitik@ sago. Yang ni mmg slalu benor ako makan. Sangat2 pemes dah itu desert. OK yang last tu erkk apa jadah ntah nama nya. Ala klu omputih cakap 'caramel'. hahaha... sedap gak x muak walau ko akan rasa telur yang lebih. hehehe...

burlppp opsssss kenyang sudah.
Macam biasa ko dah melantak bende manis2 harus la ko neutralkan balik badan ko ngan air suam. Slurpppp. Alhamdulilah, kenyang!

So selesai sudah kisah ako melantak tghari tadi.
Jangan salahkan ako klu kowang mengidam, teringin atau terasa nak melantak sama.

Nota Jemari: janji hati happy

Thursday, May 28, 2009

Parcel! Parcel!

kring! kring!

Helo, cik retnawati?
Ye saya.
Ada parcel, datang unit mel skrg ye.
Ok, terima kasih

belezuppp ako ke unit mel. Tapi dalam kepala hotak dok pikir, bila masa plak ako ada order barang online nih? Or takkan la dah dapat hadiah, besday ako kan bln depan?! Aiyakk... jenuh dok pikir. Sampai2 je kat unit mel terus ako tanya owang2 kat situ parcel ako di mana?


Oooooo baru la tingat, aritu kan ako masuk kuiz novel Liza Zahira. Adehh tak terpikir langsung akan dapat hadiah tu arini. Ye la aritu kan ako x dapat gi majlis penyampaian hadiah.

Dapat cash RM100 plus sehelai t-shirt 'liza zahira'. Tengkiu kak liza for da gift. Harus la ako kongsi hadiah ni ngan budak ni sbb dia lah ako leh menang. Thanks ita. Dont worry, nanti ako banjer ko k.

Thanks again!

Nota Jemari: murah rezeki

Sleepy! Sleepy!


Bila pepagi ko dah melantak nasi lemak, harus mata terasa layu, kuyu dan berat semacam je. Tatkala ni satu je bermain2 di kepala ako. TIDO!!! Wadusss sedap nya klu dapat melelapkan mata barang sejam dua.. erk...

Nota Jemari: ngantuk!!! dush! dush!

Wednesday, May 27, 2009

'Just for Laugh' versi Melayu

Ha kowang pernah tengok x rancangan tu?
Ako lupa da kat tibi mana tayang rancangan itu.
Ok ni ako nak citer.

Lunch tadi memula ako dah malas nak kuar.
Tapi setelah dipaksa dipujuk rayu oleh kak een, maka kluar jugak la jadi nya.
Dipendekkan citer, otw ke jalan TAR, dari kejauhan ako dah nampak sekumpulan band budak skolah dok berkumpul kat depan Gulati's. Dalam hati dah tertanya2 promosi apa lak gulatis ni buat siap ada band segala bagai. hahahaa.... Makin dekat makin ako terasa 'sesuatu' yang pelik. Kowang x pelik je tetiba budak2 tu berbaris tgh panas buta depan deretan kedai sambel prektis main muzik.

Memula ako x pasan sangat. Bila dah hampir dengan derang yg ketika itu br nak bersiap2 'mengena' kan owang, kitorang terus masuk ke kedai situ. Ako dah pasan ada kamera. Ingatkan ada shooting drama ke hape. Tergerak hati ni nak tengok dengan jelas apa yg budak2 band tu buat. Laaaaa ghope2 nyer derang pekena kan owang2 yg lalu lalang kat situ. Phewwww.... nasib baik! Klu kitorang lewat sket harus la muka ni akan terpampang lam tibi lagi. wakakakakaka.... tidakkkkkkk!!!!

Siot je tau!!! Dushh..... Klu tadi kitrg terkena, harus ako salahkan kak een sbb ajak kuar.. hhahaaa.....

Nota Jemari: ako rasa rancangan tu kat tb3 coz ako nmpk van tibi3 kat tepi jalan.

Tuesday, May 26, 2009

Renew Lesen

Sebulan lalu ako dah alert diri sendiri yang dapat je gaji bln ni ako mmg kena renew lesen. Lesen itu sudah keMATIan 20 Mei lalu. Pagi tadi kak een cakap lesen dia pun dah mati bulan april. erkk harus tetiba ako teringat lesen ako juga sudah mampos. Gurlppp....

Maka lunch tadi ke pertama la kami berdua untuk men'RENEW' lesen itu. Ooo ntah mcm mana bole tersesat plak kami di dalam pertama kompleks. erkk... hilang ingatan plak kami berdua tadi.

Sampai2 ajer terus ke kaunter angka giliran.
Aiyoo...

Nampak mcm lengang.
Walau owang adalah ramai tapi sbb kaunter banyak dibuka, urusan ako kat situ sangat2 la cepat. phewww lega!!

Masa ako snappy gambar ini owang, ako sendiri terkejut sbb tetiba x sangka hp ako mengeluarkan cahaya 'flash'. Klu ako dah terkejut, kowang agak budak itu terkejut gak tak?? Seb baek dia x marah sebaliknya dia tersenyum manis mungkin keMALUan tetiba gambar nya diambil. Aniwei terima kasih ye adik manis. Seb baek ko x sombong, klu nyombong mmg ako jaja muka ko ni kat memana... *erkk bkn skrg ni pun ako dah jaja ke muka dia kan??*

Pape pun selamat dah lesen ako diRENEW.
Sekian.

Nota Jemari: penat nya jadi driver

Barang 'terjahan'

Semalam ako lewat sket kuar dari opis..
Ooo ada keje tapi lewat 'sikit' je la pun.
Sampai2 je umah mcm biasa mau check surat.
Alih2 nampak 'sesuatu'. erkk....

ni sape punya kojer buang 'sampah' lam peti surat ako nih???
cisss... eheh tapi jap jap ako check.
Laaaa...... bukan 'sampah' ghope nyer tapi hadiah.
alahaaiiiii sape le yg baik budi nya wat susah2 aje ngantor an hadiah itu?!
*jeling seseorang*

Eh, bukan awak ker? atau awak? atau kamu?
ermm... sape la tu kan?!!

Keychains dari kota singa.
haaa dah leh agak sape yg bagi.
Uishhh terima kasih la ye sbb buat susah2 je belikan saya itu barang. Tapi klu nak susah2kan diri lagi, saya x kisah. Saya sudi je terima. muahahahaa.....

Ako paling suker fridge magnet itu.
Ooo mcm tahu2 aje la awak nih.. ahaha...

ermm... tang t-shirt ni agak kuciwa sket.
Aterr ko bagi ako saiz S.
Ko x tau ker ako skrg dah saiz XL.
wakakkakaka... kijamm!!!!!

Ye la ye la esok lusa mengecut la badan ako ni weii!!
ishh dushh dushh...
pape pun terima kasih la ye.

Nota Jemari: awak tau sape awak

Malam yang kecoh

Jam menunjukkan hampir 6.50 petang..
Keadaan masih terang walaupun senja bakal berlabuh..
Macam biasa, selesai saja rutin pulang dari opis, ako akan segera melepak di dalam bilik. Hajat di hati mau menghapdet blog tapi apakan daya kredit jaring sudah kehabisan. Maka hajat terpaksa beralih arah. Melepak di dalam bilik sambel menonton tibi.

krokk.. kreekk... gedebushh..
krekk... krookk.. gedegang...

erkk??? gurlpp!!
Debaran terasa di situ.. dag dig dug!
Oh itu bukan debaran gumbira tapi debaran ketakutan.
Apakah..??? Adakah..?? Siapakah..???
Tidakkk... tanpa membuang masa, terus saja ako menguncikan diri di dalam bilik.

Bunyi semakin kuat kedengaran.
Seolah2 'sesuatu atau seseorang' sudah berada di dalam umah.
erkk.... mengigil ketakutan tatkala mmg tiada sesiapa pun di dalam kecuali ako seorang.

Oh, tolong! Jangan insiden itu berulang kembali.
Ako gabra. Bunyi2an itu membuatkan ako fobia, trauma seketika.

Puas berpikir di dalam bilik. Lampu bilik dipadamkan. Supaya ako bole skodeng 'sesuatu atau seseorang' itu melalui lobang pintu. Tapi x berapa jelas. Bertambah2 ketakutan. Sms dengan sesape sahaja. Ooo... akhirnya kakak ako menelefon. Abg ipar sudah membuat panggilan ke 'Rakan Cop'. Dan pihak polis juga ada menelefon menanyakan keadaan ako ketika itu. Selagi mereka tidak sampai, selagi itu ako masih dalam ketakutan.

Jam 8.15 malam, kakak sudah berada di luar umah.
Phewww lega sket.
Setelah memastikan keadaan sekeliling selamat, baru ako berani kuar dari bilik. Harus la kami berdua pun masih ketakutan selagi polis tidak tiba di umah. Jam 8.30 polis pun sampai. Segera ako melaporkan apa yg terjadi. Rondaan sekeliling umah dibuat. Segala ceruk, ruang, bawah katil diperiksa. Ada kemungkinan 'seseorang' dalam usaha baru hendak masuk menceroboh. Aiyakk.... tapi sbb maybe ako sempat sms jiran sebelah soh buka lampu umah dia dan jenguk umah ako dari umah mereka, maka niat 'seseorang' itu x kesampaian.


Mengikut keterangan polis tersebut, baru minggu lepas satu kejadian pecah umah berlaku kat area umah ni juga. Terdapat 5 orang india berjaya msuk dan hampir mencederakan tuan umah. Ohh tidakk, ako sangat2 ketakutan di situ! Tolong jauhi ako dari berlaku keadaan seperti itu.

Setelah memastikan sumer nyer selamat, baru lah mereka pulang. Lega! Cuma malam tadi terpaksa jadi 'pak guard' sekejap. Adussss... lotih nya!! Terima kasih pada encik-encik polis itu! Mereka sangat peramah, auwww!! *sempat lagi tu.. muahahaha*

Tetiba ako windu kat 'abg polis'.. huwaaaa.... eheh nak cari boipren kojer polis laa. ahakss

Nota Jemari: abg polis oo abg polis

Monday, May 25, 2009

Blogger Boy - Khas tuk kowang para bloggers



“Ini merupakan sebuah lagi drama yang hebat dengan konsep yang segar. Blogger Boy yang menerapkan elemen humor, nakal dan romantik ini akan disiarkan secara eksklusif di 8TV. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri hebat ini!,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Drama bersiri ini juga penuh dengan plot-plot dan jalan cerita yang cukup menarik. Anda pasti akan terus melekat dengan drama bersiri Blogger Boy ini!” tambah Kim. Kim turut menambah “Blog merupakan sesuatu yang biasa di era ini lebih-lebih lagi dikalangan remaja. Tampil segar dengan sedikit elemen komik, drama ini kelihatan cukup berbeza dengan drama bersiri yang lain.”
Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, berusia 20-an masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama “Budak KL”.

Setelah lebih sebulan menganggur, Budi akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di sebuah pusat tusyen. Budi yang sentiasa didesak oleh ibunya untuk berkahwin telah mengambil keputusan untuk melamar teman wanitanya - Zehan sewaktu temujanji makan malam mereka. Namun Zehan terlebih dahulu memberikan kejutan apabila mengeluarkan kad jemputan perkahwinannya dengan lelaki lain.

Budi yang ternyata begitu hampa dan sedih menghabiskan hari-harinya berkurung di dalam bilik. Kid (Nas-T) yang merupakan teman serumah Budi menasihatkan Budi untuk bersemuka dengan Zehan untuk membuktikan bahawa hidupnya sempurna tanpa Zehan di sisinya.

Budi yang bersetuju dengan idea gila Kid kemudiannya bertemu dengan Zehan, namun hatinya begitu sakit melihat Zehan sedang mencuba baju pengantin dan bersedia untuk sesi fotografi pra-perkahwinannya. Harapan Budi untuk memberitahu perasaan sebenar beliau terhadap Zehan tidak kesampaian apabila pertemuan mereka lebih kepada perbincangan mengenai baki hutang yang masih belum Budi langsaikan.

Budi bergegas keluar kerana tidak mahu bertemu dengan tunang Zehan. Walaupun begitu dalam keadaan tergesa-gesa, Budi terserempak dengan teman sekolah lamanya (Nina) yang juga merupakan seorang jurugambar.

Tidak lama kemudiaan laman blog Budi mula menjadi ikutan ramai. Kebanyakan pembaca berdebat tentang karakter dan jalan cerita si “Budak KL” ini.

Blogger Boy merupakan sebuah drama yang penuh dengan watak-watak yang cukup menarik dan lengkap dengan kisah-kisah kehidupan masyarakat sekeliling. Sifat lurus bendul Budi dan juga humor di dalam drama ini kelihatan cukup menarik dan menghiburkan! Bukan itu sahaja drama ini juga menyuntik elemen baru dalam drama bersiri tempatan dim ana menyelitkan unsur narator dalam penceritaan.

Untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya, jangan lupa untuk menonton drama bersiri Blogger Boy ini. Blogger Boy akan disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 28 Mei 2009 hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro anda!


Nota Jemari: Jom layan!

Sunday, May 24, 2009

Jom ke 'Warong Cik Nor'

Samat petang,

Oh ye tadi ako ke blog lovely cousin ako. Baca punya baca, ako baru tahu makcik ako nan sowang itu sudah bikin blog. Aiyakk... oo dia baru saja berjinak2 dalam arena pemBLOGan. Blog dia nanti mostly akan berkisarkan makanan & masakan. So mmg sesuai la pada kowang yg minat terhadap makanan & masakan ke sana ye!

Apa tunggu lagi, jom terjah 'Warong CkNor'.

p/s: Cik Nor, owang tolong promote gak nih.. hehehe

Nota Jemari: semakin ramai ..

Apa kes nak merajuk??

Nape ek tiap kali ako cakap ako merajuk musti owang x caya?
Erkk.... apa, kowang ingat ako x reti merajuk ker?
Tapi klu ako dah start merajuk, susah mau pujuk!
Dan bila ako merajuk, ko jgn gatal2 nak buat lawak depan ako.
Jawab nya lagi tambah la amarah ako... huh..

Nape ek kowang x caya ako reti merajuk?
Apa muka ako ni muka x leh merajuk kah?
Atau sebab kowang belum pernah tgk ako merajuk maka senang2 kowang wat kesimpulan, "ret? majuk?! huh xde nyer!!"

Alahaiii....
Eheh... ako pun ada hati & perasaan.
Bila ako majuk, ako x tunjuk.
Bila ako majuk, ako x cakap.
Bila ako majuk, ako x citer.
Tapi klu ko owang2 yg bertuah, mungkin ko dapat tahu bila waktu nya ako sedang merajuk.

Ermm....
Cuma bila ako merajuk, ako suker simpan dalam hati.
Kadang2 bila terlalu lama disimpan bole jadi satu dendam.
Oooo lebih baik kowang jgn kasi ako merajuk.
Buruk ghope ako nanti!

Huh!?

Kesimpulan nya, bila ako majuk ako x suker kowang pujuk!!
Mungkin bukan kowang atau kowang.
Mungkin hanya kamu saja yg dapat memujuk.

Oh, Doktor Gigi ku!

Sekian.

p/s: bila owang majuk, konpom ako x reti memjuk. So, jgn lah slalu merajuk!

Nota Jemari: apa jadah doktor gigi pegi nya... muahahaa

Makan! Makan! Makan!


Ini adalah menu petang semalam ako..
Ater kelaparan sudah bila malas nak bekfes sama lunch.
Gara2 MALAS buatkan pewot terasa pedih dan memilukan..
Adusss.....

Maka, nak x nak petang semalam terpaksa juga la membuat sesuatu untuk dimasukkan ke dalam pewot. Dan hasilnya, ini lah dia santapan ako di petang2 ari...

Lewat malam, oleh kerana adik yang x sihat & tekak juga teringin, ako dengan sedaya upaya memasak bubur. Oooo sebab bubur itu kosong sahaja, lantas ako mengoreng ikan bilis sama kacang tanah. Dan sekaligus membuat kicap cili untuk dimakan bersama2 itu bubur. Dan hasilnya harus la memuaskan tekak dan pewot ako sendiri.. Nyummmyyyy......!!!!

Di lewat malam itu, dek kerna kesedapan bubur itu, ako TERpaksa menambahkan sebanyak 3 kali... erkk burlppppppppppp alhamdulilah. Kenyang! Oh, oleh sebab kesedapan sangat, bubur itu tidak sempat ako snappy. Jadi sila kowang bayangkan sahaja ye keenakkan itu bubur. Nyummyyy!! *erkk tetiba ako windu nak makan bubur kat warung 17*

Sekian.

p/s: dengar2 menu kat sana ada mcm2... ehemm, kek batik jgn lupa kasi tapau ye!!

Nota Jemari: nak bekfes apa ek pagi nih? Carneyz, JUN, jom bekfes sesame :p

Saturday, May 23, 2009

Macam-macam Kisah

Terjah!
Yeahh... sana sini asek nak menerjah.. Oooo ako sungguh buhsan sudah dengan konsep itu. Rasanya sudah tiada keistimewaannya lagi. Ako harus cari konsep yang baru. Konsep baru? Yeeahh rasa nya konsep itu sudah diprektikkan. Ako praktik kan pada kamu! Itu pun klu kamu perasan. Tapi abaikan, klu konsep itu diamalkan slalu, ooo juga tiada keistimewaannya. Hanya kamu yang bertuah sahaja yang bakal merasai bersama konsep itu. *wink*

Kawan!
Ooo ako minta maaf andai sejak kebelakangan ini ako melupai kalian. Tidak... ako tidak sesekali melupakan kowang. Kowang tetap sahabat, kawan & teman no 1 dalam hati ako!! Tapi baru2 ini ako terpikir akan perasaan kowang. Ye ye bersama teman baru, umpama melupakan teman yang lama. Mungkin itu apa yg kowang rasa. Hakikatnya ako tidak pernah melupakan kowang!! Serius beb, kowang adalah sahabat TERBAIK ako dari dulu!! Ako janji lepas ni klu ako ke sana lagi, kowang la owang pertama yg ako akan cari. Maaf andai ako telah melukai hati kowang secara tidak sengaja. *tertunduk malu*

Rahsia!
Sumer owang ada rahsia. Ako pasti kowang pun sama. Jangan nak tipu or nak nyorok2. Lumrah manusia, tak sah klu x berahsia, tak gitu?! Terpulang la, maybe dengan berahsia ada kebaikan nya. Itupun sebab ko nak jaga hati mereka. Tapi kadang2 klu berahsia yang melampau2, ko pun naik muak gak, meluat, menyampah. Oooo ye ye ako pernah terpikir, klu ako berahsia, adakah kowang akan meluat, menyampah atau sebaliknya? Ermmm... terpulang pada pemikiran dan perasaan kita sendiri. Tepuk dada, tanya diri sendiri!*uhukk uhukk, saket tepuk dada!*

Rimas!
Kadang-kadang bila ko terpaksa buat sesuatu dengan berulang2 atau kata yg berulang2, ooo sudah pasti akan wujud satu perasaan yang merimaskan dalam hati & kepala hotak kowang. Mcm mana nak mengelakkan perasaan itu? Ko pikir la sendiri... *muahahha*

Malas!
Ha klu perasaan ni wujud dalam hati kowang, erkkk x dapek nak nolong!!!! aahksss....

Nota Jemari: tiada kaitan ngan sesape, hanya sekadar luahan hati!

Friday, May 22, 2009

It's FRIDAY

Jumaat datang lagi..
Moga hari-hari kowang diberkati..
Selamat Hari Jumaat.
Selamat berhujung minggu..

Nota Jemari: nak wat hape ek esok... huhu

Thursday, May 21, 2009

Tahniah, AZLIN!!

Hepi besday, LIN!!!
Moga jadi ibu dan isteri yang baik.
n moga bertambah lagi rezeki awak..

Tahniah atas kelahiran baby "Muhammad Qaliff Umar" pada 20 Mei 2009.
Baby awak comei n tembam.. Patut la tembam kan, dia lahir berat 3.54 kg hehe... Bolat mcm bapak dia tapi putih mcm awak. ehehehe... ok la tu seimbang.

Nota Jemari: bila ayies Jr nak kuar ek... huhu

Wednesday, May 20, 2009

Jumpa Doktor Gigi

Ako half day arini.
Mau setelkan urusan ngan TNB.
Dah alang2 coti, ako ke dentist sekali.
Ni pestime la setelah sekian lama ako 'katakan tidak pada dentist'.

Gurlpp.... ada debaran disitu bila berada di klinik gigi.
Bunyi-bunyian yg semcm gerudi itu membuatkan pewot ako kecut.
Tapi dah sampai takkan ko nak cabot kan.
Maka, ako menanti dengan sabar di situ.

Gurlpp....
Waduh kali terakhir ako jumpa 'dia' ditemani arwah MAK.
Kali ni, ako jumpa 'dia' berseorangan.
Peluh menitik walau sejuk air con terasa.
Adehhhh ako fobia ngan DOKTOR GIGI!!
huwaaaaaaa....
*eheh bkn ako mmg fobia ngan ubat & doktor ker?!?*

Nama ku dipanggil.
Dag Diog Dug..
Tapi bila dah masuk, terus debaran itu hilang.
Kowang nak tahu nape?
hehehehe sebab doktor itu sangat encem di mata ako.
muhahahahahhaa....

phewwww!!!
Debaran takut hilang, yg datang debaran lain plak yg terasa.
auwwwww....
*senyuman di dalam hati kasi bunga2 cinta berkembang*

Memandangkan ini pertama kali ako datang situ, so ako soh dia check je dulu. Ouchh.. oooo sungguh lembut je sentuhan itu. Sungguh lembut dan merdu sore itu. Penerangan satu demi satu, tapi ako hanya mengangguk tanda paham. Walhal, ako teruja tengok dia. wakakakaka.. oppsssssss...... jangan lelebih!!!

Kasi cuci ini gigi...
Kasi tampal itu lobang kecik.
Slalu nya ako bab2 tampal menampal ni cukup ngeri sket.
Tapi tampalan doktor itu adalah tidak saket & tidak ngilu!!
WOW, impresif!!!
auwwww.... terkesima lagi dibuatnya.

Doktor: macam mana, masih boleh tahan lagi?
Ako: Bole bole...
Doktor: Tahan sket ye, awak akan rasa ngilu.
Dalam ati... takpe takpe, lelama pun x pe...
wkakkkaakkaka gatai!!!!


Selesai sumernyer.

Doktor: ok nanti saya bagi ubat kumur, ubat antibiotik & ubat tahan saket.
Ako: OK! erkk.. lepas ni kita jumpa lagi x doktor??
Doktor: tunggu lagi 6 bulan ye..

alaaaa.................

p/s: Gigi sudah kasi cuci, sayang plak nak makan. hahaha

Nota Jemari: bila pandang sesuatu yang menarek, hilang segala kesaketan

Tuesday, May 19, 2009

Jemputan walimatul urus

ermm... erk... gurlpp...
alahaii.... huhu....
uhukk... erkk...

iskk.... adehh..... x suker!!
dusshhh.... dushh... gedebushh.....

erkk... arghhhhhhhh... tidakkk!!!
kijamm! kijamm...!!

p/s: tapi still nak ucapkan tengkiu la pada empunya diri atas jemputan itu.

Nota Jemari: tido lagi besh..

Jerebu vs Swine Flu



Eh ni bukan penutup yg doktor slalu pakai...
Ni sebagai langkah keselamatan... Tapi klu dulu iye la ako paham gak nape kena pakai kat opis tapi klu skrg ni pakai.... ermm... mcm x sesuai gitu.


Ini kisah sekitar Ogos 2005.
Kisah jerebu di mana-mana sahaja.
Kisah jerebu di opis, di luar opis, di dalam toilet...
Bak kata mmg ke mana-mana, kisah jerebu memanjang.
huh......



Tapi mmg patut la kisah jerebu diperkatakan ketika itu.
Kowang tgk la sendiri betapa tahap keJEREBUan di kolumpo ketika itu sangat2 la mendukacitakan. Jadi tidak heran la kami dipaksa memakai topeng walau ke mana2. Untuk keselamatan kita juga... uhukk uhukk..



Ini pulak kisah pagi tadi. Aikkkk jerebu lagi kah? Kena pakai topeng lagi kah??? erkk gurlp.... Oooo ini adalah akibat penyakit 'selsema babi yang semakin menular ke Malaysia. Waduhhh.... konpom sesape sahaja yang terbatuk2, terbersin, atau ter ter apa lagi, terus aje topeng melekat kat muka.

acccoooommmm.. kowang bersin, siap la kena perli, "babi! babi!"
erkkkk....

so sila pastikan kesihatan kowang ditahap yang memuaskan. Sekian.

Nota Jemari: alaahaiii mcm2 skrg ni kan...

Hepi besday 'adek' ayies

Hepi besday buat 'adek' ayies yang ke-4 tahun.
Moga jadi anak yang soleh buat Ibu ngan Bapak.
Dah besar nanti boleh kawan ngan 'ayies' junior k... hahaha...

ayies nak hadiah apa?
Pulut kuning??
Oooo senang nya...
hehehe...

Patut la ayies makin bulat...
Makan aje ek kojer nyer.. ishh...

Nota Jemari: gumuk xpe, janji sihat!!

Monday, May 18, 2009

Arghhhhhhhh!!

erk.... arghhhhhhhhhhh!!!
sebulan je lagi!!!
gurlpp.... tidakkkkkk!!!!!

dag dig dug...

Nota Jemari: adOOOOiiiii, tensen nya!!

Sunday, May 17, 2009

B.O.S.A.N arhh!!!

Sana sini Man U...
Sana sini AF...

alaahaiiii buhsan giler...

Dedua ako layan malam tadi...
and dedua membuatkan ako tertido awal.

Sekian.

p/s: klu dah sampai ngantuk dibuatnya, so pepaham sendiri la ye betapa kebuhsanan itu terasa melampau2....

Nota Jemari: klu ko buhsan, ako x soh pun ko datang sini... *wink*

Saturday, May 16, 2009

Fenomena baju KELAWAR..alahaii…!!!

TIDAK sangka, suami memendam rasa semata-mata kerana benci pada baju kelawar…

Cik Yah suka pergi pasar malam. Bukan kerana malas memasak jadi beli Yong Taufu bagi anak-anak makan tetapi kerana Cik Yah suka membeli tudung dan baju tidur ala kelawar di situ. Hobi itu membuatkan almari Cik Yah tenat dengan tudung sehingga terpaksa diperokkan ke bawah katil. Hilang terus di bawah katil, setahun kemudian baru jumpa.

Baju kelawar juga memang Cik Yah suka benar. Kata saja baju tidur tetapi sebenarnya bukan setakat dipakai waktu tidur tetapi boleh dikatakan sepanjang waktu. Memakai baju longgar berangin dan terkembang-kembang sebegitu, memasak boleh, bersantai tengok tv boleh, siram pokok bunga boleh, silap-silap ke pasar raya di taman perumahan pun Cik Yah pakai baju kelawar. Pakai saja tudung, hah, lengkap sudah gaya anggun Cik Yah. Memang selesa benar baju kelawar ni. Dan kemunculan baju kelawar ini memberi impak positif dalam perkembangan basuh-membasuh pakaian. Yalah, baju ini senang kering dan tak susah dijaga.

Semakin lama, semakin lusuh, semakin menjadi baju kegemaran Cik Yah. Jiran-jiran Cik Yah ramai yang sependapat dan berkongsi minat sehinggakan Cik Yah rasa kami patut menubuhkan kelab ‘isteri-isteri kelawar’. Alahai… Namun tak sangka pula dalam seronok-seronok kami bersantai dan gembira dengan kewujudan rekaan sensasi baju kelawar, ada kalangan kawan wanita Cik Yah yang menderita. Semuanya gara-gara baju kelawar inilah. Dia dicerai suami dan antara sebabnya, si suami lemas dengan gayanya yang suka berkelawar. Alahai... Buruk benarkah baju kelawar ni? Sembang Cik Yah bersama ahli-ahli kelab.

Maka Cik Yah pun bertanyalah pada rakan-rakan sepejabat lelaki tentang fenomena standard yang menyerang isteri mereka.

"Bini aku pakai baju kelawar, maid indon pula pakai baju T dan seluar ketat, kau fikir siapa yang aku suka tengok, hahaha," begitu gelak gempita umpama jin seorang lelaki yang perutnya seperti wanita mengandung enam bulan.

"Buruk sangatkah wanita pakai baju kelawar?"

"Bukan buruk tetapi membosankan," sambungnya lagi.

Alah, itu alasan tidak konkrit. Dibalikkan cerita maid muda itu pula pakai baju kelawar, seksi juga pandangan mata jalang lelaki. Seorang lagi teman lelaki berkata,

"Kalau isteri pakai baju kelawar aku anggap dia tak hargai kehadiran suami di rumah. Hari-hari baju kelawar, macam tak ada baju lain. Sebab itu aku ‘haramkan’ baju kelawar di rumah aku."

Wah, begitu sekali ya lelaki anti baju kelawar. Agak-agaknya sama juga dengan anti kita pada lelaki yang berkait pelekat, pagi petang siang malam dengan alasan suka suasana berangin.

Opps… Kalau begitu, kalau sudah suami tak suka, atau mungkin dia tidak suka tetapi tak berani cakap, tak payahlah berkelawar selalu sangat. Mungkin kita suka tetapi suami tak suka. Kita selesa tetapi dia lemas pula jadi kenalah bertolak ansur. Berkelawarlah jika suami tak ada, bila dia ada pakailah baju kurung raya tahun sudah yang baru dua kali kita pakai. Jadi mulai hari ini, kalau ke pasar malam, Cik Yah cuba untuk tidak jeling-jeling lagi kepada baju kelawar. Alahaiii…

Nota Jemari : so pasni x yah kita jd kelawar.. apa kata kita jd cat women plak.. ahakssss

Ako Tertipu

name aku Minah
aku ade balak
name balak aku Mat

kitorang dah lame kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu
kitorang keluar laa jalan2 macam biase
tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas
die nak beli cincin
hadiah untuk kakak die katenye

lepas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku
paling suka

lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak die jugak katenye
aku pon malas laa nak tanye banyak2
same je jawapan die dari tadi

tak lama lepas beli bunga tuh
tibe2 Mat berenti..
die berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas kot

tapi die senyum2..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tibe2 die ‘go down on one knee’
maka secara automatik aku pon teringat laa lagu
avril, "i want to see you go down on one knee..marry me today…"

Mat memanggil nameku..

"Minah…"

sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam….
aku terpaku di situ…

perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding
tiba2 terbayang keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku…?

tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi
Mat masih tunduk…
die memanggil namaku lagi skali

"Minah…"

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat
dan pada masa yang sama juga Mat mendongak memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara…

"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape?? Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab.. tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat tali kasut nih..cepat laaa..panas nih.. ishhhh..susah btol orang sentimental nih…"

Dan aku pon meraung bagai nak gile. malunye aku!!!
hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

Nota Jemari: ako hempuk je jantan mcm tu, kasi hilang stim gua mau sentimental..

Just a wish

untuk adik ako yang kat johor...
Ako tahu, konpom ko dapat banyak hadiah.
So, ko leh share ngan FIR.

muahahahaa....
dan

Selamat Hari Jadi buat adik 'kecik' ako yang semakin membesar. Adehh... dengan ucapan, "bila ko nak kecut ni weiii!!!"

Nota Jemari: memasing dah besar panjang ghope nyer...

Friday, May 15, 2009

Bercinta ngan C.I.K.G.U???

Kawan A: Eheh encem la cikgu tu!
Kawan B: Wah, best nyer klu dier mengajar kat kelas kita..
Kawan A: Aha kan... betul tu, camni baru la semangat nak belajar tu timbul..
Kawan B: Aku suker! Aku suker!
Kawan C: Erm... aku nak terai ngorat cikgu baru tu la..
Kawan B: erkk.. ko biar betul?! Nak ke cikgu tu terima ngoratan ko?!!

*sumer tergelak beso....*

Kawan A: Kowang pernah bercinta ngan cikgu tak?
Ako: P.E.R.N.A.H *tersipu malu....*
Mereka: HUH???!!!! *memasing ternganga*
Mereka: Best ke bercinta ngan cikgu???

Ha.. kowang rasa best ke bercinta ngan cikgu??
Muahahhaahha.... jap jap bercinta kah ako masa tu ek??
Ha ni baru la dikatakan c.i.n.t.a.m.o.n.y.e.t!!!
Nape yek? sbb cuba kowang peratikan perwatakan monyet2.. Monyet2 ni kan jenis yang caring n mengambil berat kat monyet2 lain. Ha mcm tu la cikgu itu menjaga ako bagai menatang minyak yang penuh... Oppssssss *mati ako kena kutuk ngan ko, BEB!!!*

Itu kisah ketika ako berumur soploh taun. Haippp kecik2 dah gatai nak bercinta. Bukan... bukan.. hahahah saja mengetest power... *boleh gitu?!*

Kawan A: eheh, mak bapak ko x marah ker bila ko bercinta ngan cikgu?
Ako: Laaaaa tentu arr marah... satu maktab perguruan derang cari cikgu tu...

Opsss lupa nak kasi tau, cikgu tu adalah cikgu pelatih ye kawan2.. Klu dah nama pun cikgu pelatih semustinya la muda2 n jambu2 belaka... wkakakakakaa.....

Sebabkan insiden bercinta ngan cikgu, lepas tu mula la pergaulan ako disekat 100%. Sampai la dah abesh skolah pun takde makne ako nak berkawan or berkenal2an ngan kowang yg bernama LELAKI... huwaaaaa... ha dah kojer ni baru le ako tergedik2 nak bercinta ngan LELAKi... wakaka...

Cuma pesanan tuk adik2 yg masih bersekolah tu, tak yah la dok tergedik2 nak bercinta sana sini. Klu nak berkawan tu mmg x salah. Study lagi penting! Zaman skrg ni sumer org lebih pentingkan pendidikan & kerjaya. Bina kerjaya dulu baru cari LAKI, ok!!!! lalalalalaa.......

tapi kan... klu dah jodoh, takkan nak tolak plak kan..

Last but not least, SELAMAT HARI GURU, cikgu!!! *wink*

Nota Jemari: main2 cinta zaman skolah ni mmg syiok!!

Thursday, May 14, 2009

Award from CHIK


Tengkiu chik

Nota Jemari: owang dah beri, kita simpan

Orang kata...

Ako: Nak kurus la..
Mereka: Nak KAWEN ker?

Ako: Nak g gym la..
Mereka: sbb nak KAWEN ker?

Ako: Tak nak makan nasi..
Mereka: Nak KAWEN ek....?

Ako: Nak kempis pewot la..
Mereka: eheh x kan nak KAWEN dah??

Ako: Kena kontrol makan la skrg..
Mereka: Ha ni musti nak KAWEN takut x muat baju..

Lastly,

Ako: HAPE KOWANG INGAT NAK KAWEN JE KE KENA BUAT SUMER TU??
Mereka terdiam.... gurlp..

Nota Jemari: takde mende lain ke nak pikir.. KAWEn! KAWEn! KAWEn! huh...

Wednesday, May 13, 2009

Lunch with PENGARAH





Pengarah BARU
Konsep BARU
Cara BARU
Serba serbi BARU..

Kini tiba giliran kami, para EO plak.
Lunch bersama PENGARAH.
Tarak malu, tarak segan.
Sumer mmg kaki makan.
Maka, mmg la makan pun berselera saja.

Kami berborak..
Kami ketawa..
Kami bergurau senda..
Ooooo itu lah PENGARAH baru kami.

Ko malu, ko segan.
Baik ko duduk dalam peti je..
Bos dan pekerja, takde beza nya terutama time M.A.K.AN
muahahhahaa.....

Nota Jemari: burlpp.....

Movie Tamil

Dulu-dulu ako pernah gak layan tengok movie tamil kat wayang.
Tu pun sebab diajak oleh kengkawan India ako.
Ooo seumur hidup x pernah lak terpikir mau layan tamil kat wayang.
Klu kat depan tibi tu maybe adalah kan.

Kisahnya sekitar tahun 2000 klu x silap.
Ako layan filem tamil tu kat situ, panggung COLLISEUM.
Dah la masa tu hari Jumaat.
Ishh.. mmg buang tebiat sungguh ketika itu.

Kowang bayangkan aje la ako sowang2 je MELAYU dalam itu panggung. erkk... sangat2 aneh pada pandangan mata mereka-mereka itu. AKO?? erkk gurlpp harus la rasa janggal juga tapi kerna K.A.W.A.N, ako buat dek ajer.. Ni la baru dikatakan PERSAHABATAN tak kira bangsa. *wink*

Kita kan rakyat MALAYSIA!!!

Ako rasa tu pes n last la ye ako layan filem tamil kat panggung itu. Lepas ni? erkk... rasa nya x sanggup dah kot.. hehehe

Nota Jemari: tapi pengalaman itu sangat2 berharga

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers