Followers

Friday, July 31, 2009

Ako yang TERlebih 'pandai'

Malam tadi, ako tengok kolam ikan kat umah ako tu dah kekurangan air. So, sebab TERlebih 'pandai' ako pun penuhkan la kolam itu dengan air yang banyak. Tanpa melihat terlebih dahulu sama ada anti-klorin masih ada lagi ke tidak. Dijadikan cerita, pagi ni bila tengok je ikan dalam kolam itu, alih2 nampak 2 ekor ikan sudah pun menghembuskan napasnya yg terakhir tanpa sempat meninggalkan pesanan.

Nampak x ikan 2 ekor itu?? Adusss mampos la ako kena bebel ngan adik ako. Apa taknya, sebab dia yang membeli ikan2 tu sumer. Sampai kat ako soh jaga, terus mampos lak ikan2 tu. Aiyooo.... nampak gaya ako kena la ganti balik ikan-ikan yang dah 'pegi' itu.

Dan sekarang ni dalam kolam itu hanya tinggal ikan2 yg berwarna hitam sahaja. Erkk jangan tanya ako apa jenis ikan2 hitam itu. Ako sendiri tak tau. Untuk pengetahuan kowang, ako bukan penggemar membela2 binatang kat umah. Ikan2 ni pun ako jaga sebab arwah MAK ngan ABAH yg suka bela. Dan lagi, ako sendiri tak pernah gi beli anak-anak ikan yg baru. Sumer keje2 membeli adalah urusan adik2 ako je. Yang ako tahu just bagi dia makan tiap2 pagi.

Nampak gaya lepas ni terpaksa la ako amek berat sket pasal ikan2 itu. Bila dah terlebih 'pandai', camni la jadinya.

Nota Jemari: kena beli b4 adik ako balik KL ni... tapi... adehh MALAS nya!!

Menanti debaran Lucky Draw

Samat petang sumer,
Setelah 3 hari acara Book Fair dan juga Knowledge Fair kat opis ako ni, so tiba la saat2 yg dinantikan oleh sumer orang. Petang ni akan berlangsung acara penyampaian hadiah dan paling utama ada LUCKY DRAW!!

Ye ye memasing tengah berdebar2 menantikan saat dan detik itu. Tepat jam 4.30 petang nanti, konpom ramai yang akan bertenggek kat auditorium termasuk la ako.

Ni salah satu test yang ako kena buat kat fair itu.
Hasil dari test itu ako adalah jenis owang yang bekerja/memahami secara 'kinesthetic'. Kowang nak tahu makna nya, sila cari dictionary sendiri ye!

Selain itu, ko pegi setiap booth, ko jawab soklan ko dapat cenderahati. Cenderahati sebelah kiri tu, ako rasa kowang pernah tengok. Ala yg mcm item kat msjbox juga. Yang sebelahnya plak, klu ko x tahu, memang nak kena la tu. Botol air!!! Senang, pasni ako akan slalu memastikan tersedia air masak di tepi meja ako ni... *erkk ye ke?!*

Yang ni plak, memula ako pun x paham apa kekdahnya derang bagi. Ghope2nya untuk hilangkan stress tangan ko. Dah penat2 menaip kat keybod, konpom tangan ko penat. So amek mende alah tu, ko ramas2, ko picit2 ko genggam2.. Ala kira satu senaman la juga tu kan... *wink*

Yang ni ako paling suka. Memula ingatkan apa la yg cam bentuk bunger ni. Bila belek punya belek, laaaa ghope nyer highlighter. Wah, cantek!! senang, 4 in 1. Banyak kaler. Tak yah nak bawa banyak2 dalam pensel case. Eheh... ako ada ke pensel case ek? hehehe

So, x sabar dah nak tunggu petang ni. Doakan ako dapat menang Grand lucky draw berupa "Netbook" ACER. Jadi laaa daripada takde... *eheh, netbook ke notebook eh?*

Nota Jemari: mengharap sesangat....

Kisahnya Facebook

Salam,
Arini ako nak citer pasal facebook @ FB.
Erm... masa awal2 pendaftaran mende alah ni, ako excited la juga. Apa tak nya, selain frenster, kat FB juga la ramainya kengkawan skolah ako bertenggek dan melepak.

Sebab mende yang elok better kita share ngan kengkawan, maka ako menginvite le kengkawan yang belum ada FB lagi. Ada la beberapa orang yang menyambut baik pasal FB ni tapi ada juga yang mention FB ni cam leceh dan x best. Fine!

Tapi kowang jangan x tak caya, mereka yang cakap FB ni tak best dan susah la yang mostly bertenggek lelama kat FB skrg nih.

Ha tu la owang tua2 cakap, tak kenal maka x cinta. Jangan benci sesuatu itu sebelum mencuba. Nah, bila dah cuba, bila dah faham, ko plak yg lelebih bertenggek kat FB. muahahahaa.... gelak gelak beso ako dibuatnya. Oppssss adakah kowang terasa??? Oh..... ako x refer kat sesape, cuma secara random aje penulisan ini.

Ye ye dulu ako minat sangat2 melepak kat FB tapi lately ni cam malas sket sbb server nak masuk FB adalah sangat2 slow. Ooo tak tahu la tempat kowang, tapi kat opis ako, kat umah apatah lagi mmg keLEMBAPan itu dirasai. Klu nasib baik, adalah terpacak ako di situ. Ikut mood, cuaca dan keadaan semasa. ahahhaha...

Pape pun, FB ke frenster ker, sumer nyer tempat kita nak cari balik kengkawan lama. Tak gitu?! So, jangan cakap x suka. Rasai dl pengalaman bermesra2 di satu2 tempat, dah rasa dah tahu baru leh komen!

Nota Jemari: thanks frens!!

Thursday, July 30, 2009

Aku Mahu Saiz S

Kat opis ni ada book fair.
Dari semalam sampai la esok.
Sangat2 murah coz dapat 50% diskaun.
Dalam banyak2 buku yang ako belek, tup2 terminat, tertarek membeli buku seperti di dalam gambar. So, skrg ni tengah gigih membaca isi kandungan buku itu.

Nota Jemari: Ako mahu saiz S

Sepetang bersama 'bakal' abang speaky punya MAMA

Aiyo, tajuk tak agak2, panjang giler!
Muahahahaa.... abaikan.

Semalam petang ako menyinggah sebentar ke umah bakal 'abg speaky' punya MAMA mertua. Kowang paham tak? ala buat2 paham aje la ye. Menyinggah ke situ atas urusan penghantaran hadiah buat mereka anak-beranak.

Penyinggahan ako ke sana tidak sia2. Dihidangnya ako dengan muffin ceklat yg sangat2 lazat, lemak berkrim. Erkk.... bertambah2 lemak di badan ku ini.


Dalam asyik menikmati hidangan, terpandang le ako ke satu sudut di situ. ERkkk tertanya2.. maka untuk menghilangkan keraguan di dalam kepala hotak, ako dekati mende itu. Dan sangat2 tidak ku sangka, ghopenyer di dalam peti berupa oven terkandung kamera canggih bakal 'abg speaky' punya pak mertua. Wah sangat unik!! Ni kalau ada peti EMAS, konpom kamera tu terletak di dalamnya. hehehe.....

Pas makan, ako balik. Trima kasih kak CT atas muffin itu. Dapat le saya melantak muffin sambel tgk tibi malam tadi.

Nota Jemari: makan makan, patut la ko dah 'KEMBUNG' semcm.. erkk

Roti Naan Cheeseezzzzzzzz


Kowang pernah makan roti naan dalam ada cheese?
Aiyo, ako adalah pestime melantak itu roti cenggitu.
Ermm, oh ye lepas kami selesai berGHAIRAH, memasing kelaparan dbuatnya. So Murshi mengajak kami melantak di satu sudut di depan Ampang Point. erkkk... siyes ako mmg tak tahu kat situ ada warung2 tempat melantak. Patut la tiap kali lalu kat situ slalu jam, berlambak dereten kereta2 bertenggek kat tepi2 jalan itu.

Aiyaakkk.....
Ok citer pasal roti naan itu.. ermm ok la not bad. Makan sewaktu panas adalah sangat2 digalakkan. Baru la kenikmatan cheezzyy itu dirasai. Nyummyyy!!

Budak berdua ni, mata sudah mengantuk tapi ku paksa rela mereka bergambar. Sudahnya senyuman itu adalah dalam keTERPAKSAan... hehee

Nota Jemari: makan selagi terdaya

Wednesday, July 29, 2009

Aksi 'GHAIRAH' mereka

Salam,
Malas mau citer panjang2...
Kowang layan je aksi-aksi 'GHAIRAH' mereka malam tadi....
perhhhh, syiok!!!


Amboiiii si kecik dua orang tu bukan main suka lagi main.
Mereka mmg terlalu 'GHAIRAH' dan asyik bermain..
Kowang x nak rasa keGHAIRAHan macam mereka ker? :p


Ini result first game.
ermm.... budak-budak lebih 'teruja'..
dan hasilnya, ako gak yg corot.... huhu


Game kedua.... ako masih jua kalah..
Dasar x reti main...
Tapi atlis bole gak masuk lobang, walau kadang tersasar ke longkang jua..

Sekali sekala mau release tensen, sonok gak MAIN ni ek!! bluwekk....

Nota Jemari: asal 'MAIN' sambel ber'GHAIRAH' je kowang dah pk lain... :p

Jom 'MAIN'!!

Malam tadi, ako melepak bersama mereka ke Superbowl Flamingo, Ampang. Hajat memula mau tengok wayang tapi last minit memasing tukar haluan terus berpakat jumpa kat situ. Tuesday, kan slalu owang cakap 'ladies nite'. Ooo itu klu ko plan nak tengok wayang la kan. Tapi ako kisah apa, ladies nite tetap ladies nite. Tak kira ko buat hape sekali pun. muahaahaha.....


Ini ekceli pose selepas penat bermain.

Ako bersama mereka malam tadi...
Makan dan main bersama2.
Malam yg sangat seronok.
Sambel menghilangkan stress kat kepala hotak nih..

Tak sangka malam tadi ramai juga makhluk2 yang turut datang bermain.
Terpaksa la kami menanti giliran dengan 'sabar'.

Bersama si cilik, MIESYA.

bersama 'adek' AYIES.
alamakk abang, dah mcm gegirl la..
nanti soh IBU kasi kerat rambut tu ek, baru la nampak macho sket!!



Nota Jemari: sebelum 'main' kena melantak dulu

Tuesday, July 28, 2009

ABIN demam

Sian budak nakal ni, demam plak.
Baru tahu dari mama dia, dia demam panas.
Demam rindu kot.
Apa tak nya, mama dia takde seminggu.
Abin kena tinggal kat umah atok ngan nenek kat Kluang.
Sah la tu demam kena tinggal...

ehehhe... alahaaiii..

Pape pun cepat sembuh eh ABIN.
Nanti balik KL, aunty nana belikan ceklat tuk ABIN.
erkkk eh jap jap ABIN dah leh makan ceklat ke ek?
Muhahhaa, ako men bantai sumbat je pape ke molot dia.
syyyyy kowang jgn kasi tau mak apak dia tau!

Mati kena kerat kang ako!!
laaarikkkksss

p/s: sebab xde gambar dia tgh saket, ako tempek la gambar dia tgh hepi

Nota Jemari: rindu dia, cepat sembuh ye ABIN!

Ouchhh!!


Dalam beberapa ari ni ako pasan tumit ako saket sesangat.
Tak tahu la sebab apa.
Memula ako ingatkan mungkin silap pijak atau silap tido kot. eh apa kena mengena tido ngan tumit eh?? Aiyaakkkk.....

Owang kata, kita leh tahu penyakit melalui tapak kaki.
Ermmm.... ako ada penyakit kah?
Apa ek?

Nota Jemari: gurlpp....

8 Petanda dia jodoh kamu...?

Kalau tak dak 8 petanda di bawah ni, cepat-cepat cabut, jangan buang masa, ramai lagi dok ada, cari lain. Time is expensive. Yang dah kawin pun boleh lah di jadi kan rujukan.... Ako dapat dari email, saja share ngan kowang. Betul ke x betul, wallahualam.

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan
getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkaratersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah
gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Nota Jemari: tepuk dada, tanya hati

Monday, July 27, 2009

Poser, dah ganti ke belum?

Bulan ramadhan bakal tiba...
Poser yang lepas kowang dah abesh ganti ke belum?
Ako ada lagi 5 ari... gurlpp!
Aiyo, harus gigih nak kena ganti 5 hari berturut2 nih..
ERkk mampu kah?
Dengan godaan yang banyak, moga2 godaan tu sumer dapat diatasi dengan jayanya.

So, kowang tunggu apa lagi, jom ganti poser cepat!!

Nota Jemari: bila ramadhan tiba, pasti 'ia' pun akan datang jua.. sob sob..

Menu diet

Salam kawan-kawan,
Dah petang2 mcm ni tetiba rasa lapar pulak. Tapi hajat di hati x nak la makan yg berat2. So, meh kita tengok menu diet ako petang ni.

Kowang pernah pegi Sogo?
Kowang pernah makan kat food court Sogo?
Ha klu pernah, lagi senang ako nak citer.

Menu pertama ako adalah 'popia basah' yang boleh didapati di food court Sogo. Sangat murah. Dengan rege RM2.70 seroll, kowang leh makan dengan kenyang. Popia ni x leh makan banyak2 coz ia cepat muak! Lagi sedap klu dimakan dengan segera. Ko beli, ko terus ngap masuk lam molot. Jangan tunggu lama2, nanti hilang keSEDAPan popia itu.

Ini plak menu kedua ako. Cepat, mudah & ringkas!
Amek secawan megi berperisa pape saja yg kowang suka.

Letak perencah kari. Dah sebab ako amek megi kari so perencah nya pun kari la ye.

Pastu tuang air panas. Pastikan betul2 panas mengelegak. Kang x sedap pulak megi ko, kejung semacam je kang klu x panas.

Tutup sekejap.
Taadaaa dah siap untuk disantap!

Ha.. mudah kan!?
So apa tunggu lagi, jom join menu diet ako yang x seberapa ini.
Yang pasti, ko dah makan macam2, jangan lupa teguk air masak mati. Bukan apa, kasi neutralkan balik isi pewot kowang yang ntah macam2 kat dalam tu.

Selamat mencuba ye kawan2.

Nota Jemari: burlpp kenyang dah

Back to NORMAL

Salam,

Jangan banyak tanya....
Ye ye ako kembali ke pangkal jalan..
Memandangkan template sebelum ni cam ada sesuatu yg 'kurang', maka ako ambik keputusan tuk kembali kepada yg asal. Puas sudah ako cari 'kekurangan' itu tapi masih jua x tau mana silapnya.

Dan sekarang, walau ianya sesuatu yg masih SIMPLE tapi ako tetap PUAS!

Nota Jemari: manusia, tetap mau perubahan!

Sunday, July 26, 2009

Takziah!

Tengah syiok layan MELODI tadi, alih2 tibi jadi cam lam gambar tu. Erkk.. aiyo memula tu terkejut gak. Mana tak nya tetiba je siaran hilang.

Pikir punya pikir baru teringat ghopenyer bil ASTRO x bayar lagi. Ermm... alahaaiiii. Bayar lambat sket je terus dah kena potong. Nasib badan laaa.. Tapi bagus gak, lagipun ako jarang bebenor tengok tibi. Paling2 pun ako layan tibi dalam bilik je.

Nak sambung balik ASTRO, kena bayar RM20, betul kan?!

Ha biar la dulu...

Nota Jemari: macam-macam, TAKZIAH la tuk tibi ako tu.

Saturday, July 25, 2009

What a BORING day

Pagi...
Ako dah tercongok depan kedai servis EON.
Pung pang pung pang x pasal2 melayang RM500++... gurlpp!!
Tu baru minor servis.. Ako budget bila wat minor servis, takde la sampai RM200. Tapi nak wat camne dah lama benor ghope nyer si putih tak diservis. Bila dah lama x servis, banyak plak 'luka2' kat badan si putih. So, nak tak nak, kena la juga ganti baru pape yg patut.. Alahaiii.

Tengahari..
Melepak ke umah kak een. Lunch kat sana sekali.
Melepak pun kejap je, pas makan terus balik.
Ater.. takkan ko nak menempek lelama kat umah owang.
Ye ye, mereka pun nak privasi juga.

Petang..
Tengok tibi.
Berbaring2 di atas katil..
Terlelap!
Sedar2 dah jam 6.30 petang. Gurlpp.......... malas nya nak bangun.

Malam..
Lapar!
Malas mau kuar. Sudahnya dail 1300-13-1300 sahaja la.

Makan...
Tengok tibi....
Makan...
Tengok tibi...

what a BORING day!!

Nota Jemari: What a LIFE!?

Friday, July 24, 2009

Tengkiu, Ijad!

Hajat dia untuk membelanjer kak een sepotong kek.
Maka, mereka menuju la ke cafe petang itu.
Nasib mereka agak baik, tinggal 3 ketul kek saja lagi di situ.

Mereka tak tunggu, terus saja membeli kek-kek tersebut.

Tercapai jua hasrat dia untuk memblanjer besday kek.
Walau hanya seketul kek, jadi laaa daripada takde.

Terima kasih daripada kami.
Sangat sedap!

"Sama-sama!"

Nota Jemari: murah rezeki dia

Makan di Kg Baru

Tengahari tadi melantak ke Kg Baru.
Memandangkan ako muak mau makan nasi campur, maka ako mengORDER mi goreng dengan harapan ia menambahkan selera makan ako. Tapi sangat kecewa kerna mi goreng itu dimasak seperti memakan kue teow kerang goreng. Ako adalah tidak gemar klu mi itu digoreng secara 'basah'. Ako lebih suka klu dimasak secara goreng 'kering' atau senang cakap 'mamak style'.

WHAT, kerang??? erkk.... yewww... yurkss!!
Oh no!


Ok, lupakan pasal mi itu.
Tengah mereka melantak, di saat2 akhir tup2 terjumpa binatang kecik itu. erkk gurllppp!!! Kowang nampak tak?? Nampak tak weii??? Ulat!!!!

Yurkssssss..... ulat dalam sayur!!

Adusss sian kawan ako. Seb baek dah abes makan. erkk ... Hilang terus selera ako yg sememangnya tgh hilang itu.

Nota Jemari: ulat, bukan khasiat ek?!

Happy Besday, Kak Een!






Banyak yang kita pernah lalui bersama..
Moga persahabatan ini akan kekal selama2nya!!!!
FRIENDS FOREVER....

SELAMAT HARI JADI
dengan ucapan tambahan;
"bila nak tambah baby boy lagi?"
eheehhee

Nota Jemari: Moga jadi ibu dan isteri yang disayangi mereka

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers