



Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan itu syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-
Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia
Malaysia Airlines mempelawa anda untuk menjadi sebagian daripada kakitangan kabin kami (Pramugara & Pramugari). Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.
Kelayakan:
Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-
KAWASAN : KUALA LUMPUR
TEMPAT : Malaysia Airlines Academy No. 2, Jalan SS7/13, Kelana Jaya, Selangor
TARIKH : 3 Oktober 2009 (Sabtu) - Pramugari
10 Oktober 2009 (Sabtu) - Pramugara
Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).
Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.
Calon yang Berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.
Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ila,
Walau sangat2 menarek minat ako, namun melihatkan kelayakan yang tertera... alahaaiii sah2 mmg TAK LAYAK pun.. huhu.
Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
---> huhu ye ye sedar diri sendiri, umur sudah melebihi jangka waktu.. huwaaaaaa
Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang
seimbang.
---> erkk... tang tinggi konpom x lepas dah.. ater rasa sudah mengecut bila makin 'matang' nih.. timbang kati berat terasa cam senget sebelah pulak.. huhu ada kebenjolan di tepi2 membuatkan badan sudah x seimbang kata... erkk gurlpp... alahaaaaiii
Nota Jemari: sumber malaysiaairlines.com

Nota Jemari: ako aim nak beraya ke Rawang nih.. alo alo owang rawang... hehehe
Assalamualaikum....



See see see kan dah cakap. Bukan susah pun nak kasi dia ceria balik. Hahha senang hati tengok dia dah tersenyum kembali. Bukan dia je yang ceria, hati 'bibik' pun jadi berbunga2 bila tengok aksi2 kami itu...
Dia sangat excited tengok bot/kapal. erkk Nak jadi pelayar kah?? gurlppp
Kowang tengok la tu menggigil kesejukan dan ketakutan budak tu dibuatnya. Alaahaiiii sian dier. Tak pasal2 dia fobia kejap dengan air. Harus la ako pujuk dia kasi diam, sumbat je ngan botol. Setel masalah. hehehehe...
Taadaaaa tu dia segerombolan keluarga 'burung' datang berlabuh di pantai port dickson. Ambooi2 kusangka kan berdua tapi ghope2nyer diheret pulak 'burung-burung' kecik bersama2. Nasib laa kowang beraya kusajikan air seben up sajo la ye. Nak hidangkan kuih muih ketupat rendang sumer, alamat mana pulak mau cari tgh2 pantai tu kan. So, apa yang ada kowang santapkan aje la kan.
Tengkiu la ye sebab sudi gak beraya ngan ako kat tepi pantai. hahhaa nak ajak beraya kat tepi kolam erkkk ntah bila la kan. heheheh So pasni jangan serik2 ye datang beraya lagi.

Tadikan ABIN mandi kolam dulu. Saja mau test sama ada ABIN takut air ke tak. So far dia ok tu yang terus bawa dia ke pantai pulak. Memula cam pelik sket la, ye la kan air pantai kan ada masin2 sket. ehehehe Bila dia terminum air pantai terus terdiam kejap. Maybe sebab terkejut minum air masin kot hahhaa...
Taaadaaa ini lah 'kete merah' ABIN. Comei tak....
Dah makin kurus pak ngah ako tu. Ye la nama pun dah makin tua kan. huhu.... Tapi tatap menten mcm dolu2 gak. Kowang tgk la tuh tatap dengan suar pendek apek dia tu. Alahaaaaiii.... Oh ye pak ngah ako ni fanatik ngan citer2 zaman jepun. Klu dah ngadap muka dia, harus la dengar dia bercerita pasal jepun memerintah dolu2. Tak kira citer pape pun yang pasti musti berkaitan dengan Jepun. aiyoo..... sampai kitorang dah leh hafal apa yang dia nak citer.
Akhirnya sampai jua ako kat pantai port dickson. Memandangkan sampai sana pun dah waktu petang, maka kita simpan dulu niat nak mandi manda ye.. Cantek kan pemandangan kat situ. Dapat pulak aprtment yang betul2 ngadap laut.