Followers

Tuesday, November 24, 2009

Aksi ABIN laa bukan aksi Aunty NANA!!!


Aksi dia tido usah dipertikaikan lagi la yek... Memang ghope gitu ghaye tido nya. Ntah ikot pangai sape la tu kan. Tertonggeng2... iskkk.... ko ni ABIN, mcm2 sungguh 'peel' ko ye.


Ha yang ni plak, masa ako kuar ngan dia g Jusco. Tak sangka plak bila letak je dia depan stereng, lorr otomatik dia buat ghaye ghope kat atas nun...


Kowang peratikan tangan dia tu. Amboiiii amboii kecik2 dah ghope ghaya pemandu lagaknya..

Nota Jemari: ermmm Nak salah kan sape ek? heehe

Thursday, November 19, 2009

"Our Story, The Musical"

Salam,

Memandangkan esok ako dah start takde kat opis, so ako tempek beberapa keping gambar buat tatapan kowang sumer. Gambar-gambar untuk persembahan kitorang di malam kemuncak Makan Malam BNM sabtu nanti.


Scene 'pesawah'


Scene 'BNM Maju Ke Hadapan'


Scene 'Duit-duit'


Scene 'Pelancaran BNM'


Scene 'Temuduga'


Scene 'Matawang dan kaunter'

Sumer pelakon

Nota Jemari: Moga sumer nya berjalan dengan lancar, AMIN

Wednesday, November 18, 2009

Tiga tahun sudah berlalu


18 November 2006, masih terngiang2 lagi peristiwa itu di kepala hotak ako. Sehari sebelum itu, ako dan  MAK telah menemani arwah ABAH di IJN petang itu. Ada sedikit pertelingkahan antara ako dan arwah. Hanya disebabkan perkara yang kecik ajer. Ako pulang petang itu tanpa memandang , tanpa sempat memohon kemaafan. Ako berlalu pergi seolah tiada apa yang perlu dikesalkan.

Pagi, 18 November, MAK rasa x sedap hati. Kebetulan kami adik beradik terasa berat nak bangun awal2 pagi. al maklum hari sabtu la katakan. Tapi MAK, awal2 lagi dah bangun, ghopenya MAK x dapat tido malam itu. Dipaksa nya kami sumer bangun awal pagi itu, soh hantar dia ke IJN. Tapi memasing cam malas. Ye ye.. Kebetulan adik lelaki ako kerja ari itu, so dia la yang tolong hantarkan MAK ke IJN.

Dalam setengah jam, kami dapat panggilan tipon dari MAK di IJN. Ghope2 nyer arwah ABAH sudah dimasukkan ke CCU dari malam tadi. Punca nya sesak napas. Kami hairan, kenapa pihak spital x contact kami malam itu juga?! Mungkin itu lah suratan nama nya. Setelah menerima panggilan MAK, kami bergegas ke IJN. Dari jauh sudah kelihatan muka MAK yang runsing dan risau. Waktu itu kami masih tidak dibenarkan melawat arwah. Sepanjang duduk di luar CCU, kami lihat doktor, para jururawat ke luar masuk dengan cemas sekali. Kami sumer rasa x sedap hati.

Dan tiba waktu nya, kami akhirnya dipanggil oleh doktor yang merawat arwah dan ditempatkan di dalam satu bilik dalam unit CCU itu. Tapi masih x dibenarkan meliahat arwah lagi. Masa ni, kakak ako dah mula melalak. Ako cool lagi. Mak pun dah start teresak2. Setelah mendengar penerangan doktor, "tiada harapan lagi!" , ermm masa ni toksah cakap lagi la, opkos memasing dah melalak, meraung sakan kat situ juga.

Kami sempat menjenguk arwah. Terbaring sekujur tubuh.. Ako masih terasa kehangatan tubuh itu. Hangat? Tidak... sejuk... kaki tangan kesejukan... Mesin yang membantu arwah bernapas, sedikit demi sedikit menunjukkan aras penurunan. Dan bila angka di mesin itu menunjukkan ke no 0, ako sedar arwah sudah pergi untuk selama2nya. Masih terbayang2 lagi raut wajah arwah yang penuh dengan wayar2.

Pasrah! DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita kembali.

Al-fatihah buat arwah ABAH yang telah pulang ke-rahmahtullah pada 18 November 2009 tepat jam 10:10 pagi.

Nota Jemari: Ampun maaf yang ako pinta sewaktu di tepi katil tempoh hari, dengar kah arwah?

Hepi Besday, Shai!!

Sabtu, 14 November 2009. Kisahnya pagi itu ako ada latihan teater sampai ke petang tapi sbb kan keMALASan, maka ako datang belah pagi saje. Dan alang2 ada tetamu dari jauh mau turun, maka ako sukarela pi jemput derang kat Pudu. Ekceli kami dapat jemputan besday party kat umah shai di UK Perdana. Disebabkan tersalah jalan dari Pudu ke UK, maka kami telah terlewat sampai di tempat kejadian.


Lor sampai2 je, mcm sunyi sepi jer... Patut laaa ingatkan kami owang terakhir yang sampai ghope nyer owang pertama yg selamat tiba di tempat kejadian. So apa lagi, kasi makan dulu laa. Al-maklum sian owang jauh tu kelaparan sudah.


Macam-macam ada.. perghhhhhh!! Ni yang rambang mata mau menyantap nih.

Kek ditaja oleh rakan sekerja besday boy.
Hepi besday SHAI, moga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh.

AMINNNNn!!!

Di beranda jua tempat kami melepak. Ater dalam umah sudah penuh dengan kengkawan kerja si shai tu.

"pssttt kak ct, cuba tengok si Danial tu, cam nak telan owang pun ada dah tu ekekeke ;p"



Klu dah nama "Suri Di Rumah", tak sah klu x masuk kat dapur kan. hehehehe.... Rajin sungguh derang nih. erkk bini sape la tu kan...

"Ye ye Cik Temah dan Cik Tipah... kasi goreng kopok tu elok2 sket ye :-D"

Entry disudahi dengan satu soklan,
"Agak2 kowang kaki dan stokin sape kah itu??"
muahahahahaa.....

Nota Jemari: auwwww..... :p Gambar lain klik sini.

Kisah Jumaat lepas....

Entry tertangguh ...
Masa terhad nak hapdet skrg nih. Pape pun, ako try hapdet juga.

Masih citer pasal makanan juga kat sini. Plan nya jumaat lepas ako mau mencari sesuatu. Sementara kengkawan yang lain pun ada plan sendiri. Maka berjalan la ako seorang diri menuju ke Sogo. Tup .. tup.. ako mendapat idea untuk mengSMS seseorang. Berjanji la kami berLUNCH sesame tengahari itu.

Kami memboncitkan pewot di Restoran East Meet West di Sogo.


Kata nya nasi goreng seafood. Ermmmm bole la tahan. Cuma kopok itu adalah lemau selemau2nya... Alahaaaiiiii ...


Nasi Beriani Ayam. Ha pada kowang yang tergedik2 nak makan nasi minyak merangkap nasi beriani kan, x yah tunggu2, moh pi je kat kedai tu. Nampak mcm kosong je kan?! Tapi lauk ayam nya ekceli dia sorok dalam nasi beriani tu.


Chicken Chop... Nampak sedap. Lupa lak nak tanya kawan ako tu, sedap ke tak...


As usual musti x sah klu x minum vanilla shake... Seseorang itu mengorder Coklat shake, manakala stroberi shake plak hasil order dari kawan nan satu.


Dan taaaadaaaa....
Ini lah seseorang yang ako temui jumaat lepas. Lama rasa nya tak dok semeja mcm ni.. So untuk awak, lenkali kita sembang makan2 lagi k..

Nota Jemari: Awak, pasni kena jaga kesihatan tau! Ingat pesan doktor!

Thursday, November 12, 2009

Cendol LEMAN DAWI

Selesai urusan pengebumian, kami sepakat mau pulang. Tapi sempat singgah di pekan Rembau untuk makan tengahari. On the way pulang ke KL, kami lalu ikut jalan lama menuju ke Seremban. Hajat di hati nak merasa cendol 'Leman Dawi'.


Warung cendol ni terletak di tepi jalan jer. Klu ikut jalan lama dari Rembau ke Seremban, warung itu terletak di sebelah kanan. Sangat2 pemes. Sudah masuk rancangan Majalah 3. Sudah masuk dalam 'Hot FM' sempena apa ntah ako lupa laaakkk.. ehehee... Senang kata, mmg dah terkenal la warung Pakcik Leman tu.


Walau sebenarnya sudah lama pakcik Leman ni berniaga tapi baru semalam ako teringin nak benti rasa air cendol buatan beliau sendiri. Dulu2, kowang tengok kat gambar atas, kecik jer warung tempat dia berniaga. Tapi sekarang dah maju, alhamdulilah dah besar la sket. Dan dah ada tempat sendiri untuk berniaga.


See see.... tuah owang siapa yang tahu kan?!!!


Ekceli yang spesel nya cendol kat situ, ko leh tambah2 dengan PERCUMA!! Diulangi, PERCUMA!!!!
Bagi peminat cendol, memang puas la kan klu dapat minum cendol banyak2. Rege cendol biasa hanya RM1. Dan dengan RM1 ko leh makan seberapa banyak ko suka!! Impresif kan??!!


Bukan itu saja, klu ko nak minum air barli pun diberi PERCUMA. Bak kata banyak mana ko minum pun tetap PERCUMA. Haaa.. x menarek ker tu?!!! Memang berbaloi klu waktu panas terik. Konpom hilang dahaga dan rasa kepuasannya.


Dan ini la ghope pakcik Leman dani.. Eh cop cop... bukan yang tengah makan tu ek. Tuh tuh yang pakai baju serba OREN tu la empunya gerai. Becok giler.. abesh sumer yang singgah kat gerai dier, dier akan sapa. Kira ramah tamah la gitu lebih kurang.

Kisahnya macam mana dia mula2 nak berniaga cendol ni, sewaktu waktu dulu, (mungkin ms zaman dia kecik2 la kot), dia ni kisahnya miskin, takde duit. Tapi dijadikan citer, waktu itu panas terik. Dia teringin nak minum cendol tuk basahkan tekak yang tengah haus. Sebabkan dia miskin, so duit yang ada kat tangan cukup2 untuk beli 1 cawan cendol. Lepas dia minum, dia rasa haus lagi dan teringin nak tambah. Tapi dia sedar kewangan dan keadaan nya yang masa itu tidak mengizinkan. Tambah plak, tokei cendol waktu itu takde belas kasihan mau kasi  tambah FREE. So, bermula dari situ la dia berazam dan tekad nak buka gerai cendol dan bagi FREE untuk customer yang ingin menambah.

See see tuah owang kan?!!!!!

Nota Jemari: tuah ako kat mana plak ek???

DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita kembali

Assalamualaikum,

Tepat jam 2.57 pagi, Rabu 11 November 2009, sedang lena menidokan diri, tiba2 deringan bunyi hp bertalu2 membingitkan lobang tinger ako. Ingatkan masih bermimpi, tapi ghope2 nya mmg sungguh henpon sedang berbunyi. Dan pagi itu mendapat berita yang mengejutkan dari pak chik.

"Pak Ngah Mansor telah meninggal dunia baru kejap tadi"
"haaa... biar betul?? Inalilah...."

So, di awal pagi nya ako serta kakak pulang ke kampung untuk menziarah arwah untuk kali yang terkahir.

Memandangkan arwah meninggalkan kita di awal pagi maka, sumer sepakat untuk mengebumikan arwah segera sebelum waktu zohor. Tak sempat nak tunggu kepulangan cucu nan sowang kerna jauh menetap di Terengganu.

Pape pun, moga roh arwah dicucuri rahmat.

p/s: Tinggal 2 orang je la lagi adik-beradik MAK ako. hurmmmm.....

Nota Jemari: DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita kembali

Monday, November 9, 2009

Keropok 'Amplang' bukan 'Ampang' eh!!



Ada owang baru balik dari Sabah.
Setau ako kopok ni mmg glamer kat Sabah.
Dan mmg sedap dimakan time2 terasa nak mengunyah...


Ha gini la ghope kopok amplang itu..
Nyummm...... Dibuat dari ikan.
 Tapi dulu kawan ako yg dari Sabah cakap klu kopok ni banyak tepung lagi ada 'ummpphhh!'

Pape pun time kasih la pada owang tu.
Kenyang pewot derang kat opis ni melantak.

Nota Jemari: makan ngan teh tarek panas, sedap gak ni.. Slurpppp!!

Hepi Annivesary

Tanggal 9 November 1973,
Sudah genap 36 tahun perkahwinan mereka.
Alhamdulilah mereka dikurniakan 4 orang cahayamata yang sihat2 belaka.
Dan untuk sekian kalinya ako BANGGA nak ucapkan,

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan"
buat kedua-dua arwah MAK dan ABAH.

Walau mereka 'jauh' di sana,
Walau mereka tak akan 'dengar',
Walau mereka tak akan 'nampak'

TAPI

Ako tetap nak kasi tau,
KAMI sayang KAMU berdua.
KAMI tetap bangga jadi anak KAMU berdua.

Nota Jemari: teringat hari itu....

Friday, November 6, 2009

Hepi Wiken

Selamat Berhujung Minggu, semua!!

Wednesday, November 4, 2009

Video Sesi latihan

Salam sumer,

Arini puas daah ako pikir nak letak entry apa tuk tatapan kowang sumer. Alang2 ako buka buletin kijang kat opis tadi, ada video sesi latihan teater kitorang. Ako dah try test cuba kasi link tu kat adik ako yang dok kat Batu Pahat tuk view videoclip tu, dan alhamdulilah dia bole tengok. So khas buat tatapan kowang yang berada di luar kawasan liputan opis ako, layan la video sesi latihan yang x seberapa ini ye....

Meh layan video kat sini.

ps: Loading video ini agak keLEMBAPab sket, so harap menanti dengan penuh sabar.

Nota Jemari: .. tapi klu kowang x leh gak nak view, jangan salahkan ako ek. Ako hanya merancang dan berusaha, DIA yang menentukan.

Tuesday, November 3, 2009

Koleksi Hantaran


Pagi tadi lepas beli bekfes, sempat la singgah kat kedai makcik kat kupang tu.. Tetiba tertarek kat majalan "Koleksi Hantaran Pengantin". Walau macam agak mahal sket tapi sbb dah bole 'swipe' kad, maka langusng x teragak2 ako membeli itu majalah.


Belek punya belek, tertarek kat kaler ini. SImple!


"Seri Hantaran"


Dan ekceli ako suker kaler OREN dalam majalah nih. Tapi dalam gambar kat atas ni x nmpak sangat 'BRIGHT' kaler oren tu.

Tunggu.. hantaran siapa kah yang akan muncul berwarna OREN nanti?
jeng... jeng...

Nota Jemari: tetiba cam dengar bunyi kompang.... erkkk?!

"Hepi bEsday, LAN"

Salam pagi Selasa,
Ye ye citer pasal makan lagi kat department ako. Kata nya nama department pun Jabatan Aku Suker Makan (JASM). muahahahahaa maka mmg konpom la ada je jamuan makan lebih2 lagi bila BOS2 sumer takde kat opis. Bak kata pepatah melayu, "bila kucing takde, tikus pun menari2". lalalalaalalaa.... suker suker!


Besday kek untuk besday 'boy' tapi dijadikan citer tiba2 besday 'boy' tiada kat tempat kejadian. Errkk...


Namun begitu, walau owang yang diraikan tiada di situ, majlis makan2 tatap diteruskan. Nama pun makan, so tunggu apa lagi, terus MELANTAK la memasing dengan rakus nya. muahahahhaa




Dan dengar citer jamuan makan2 semalam petang adalah ditaja oleh Kak Farina. Tengkiu kak, murah rezeki. AMIN!!!

Nota Jemari: bila la nak ada rezeki lagi ni kan

Monday, November 2, 2009

Krispy Kreme


Minum petang jumaat lepas ditaja oleh Kak Farina. Asalnya nak buat makan-makan sempena bos-bos takde kat opis. Last minit para SE sumer kena dengar talk kat auditorium maka makan2 tersebut terpaksa la dicancel. Tapi untuk tidak menghampakan harapan nak makan2, Kak Farina telah baik hati memblanjer kami sumer makan donut.

Donut dibeli dari Krispy Kreme. Adek beradek 'Big Apple', 'JCo', 'Dunkin Donut' juga la tu. Ermmm ok la rasa nya not bad juga.


Camni la antara ghope donut-donut itu. Kan?! Lebih kurang je ngan brand donut yang lain, x gitu?!

Thank you to kak farina sbb sudi banjer minum dan makan petang itu.

Nota Jemari: murah rezeki

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers