Aktiviti ujung minggu

Samat malam kengkawan,

Cuti ujung minggu 3 hari berturut-turut buatkan awal-awal lagi ako dah kebuhsanan!! Oh siyes tak tau mau buat apa. Sudahnya sepanjang ari hanya melepak depan tibi saja la. Buhsan tengok tibi ako buka dvd, buhsan tengok dvd ako bertenet. Dan bila dah duduk bertenet harus la x bangun2 depan laptop layan bercucuk tanam kat FB.

Sakan ako jadi petani moden sepanjang hari. Buhsan tengok kebun sendiri, masuk pulak kebun owang lain. Lompat dari satu kebun ke satu kebun. Wah klu lah dalam kehidupan realiti, mau mmg betul2 ako jadi petani moden yang berjaya. Kayo rayo la makcik dapat hasil yang lumayan. muahahahaa.... ;-D


Malam, ermm belek peti ais. Ada ayam, kacang boncis dan kentang. So tetiba tingin plak mau memasak ayam lemak cili api. Wah beriyer2 ako mencari resipi kat dalam blog mat gebu. Sowi mat, ako x jumpa resipi yang sesuai so ako cepat2 beralih ke blog masakan kak ct. Alhamdulilah akhirnya jumpa juga resipi yang sesuai dengan bahan2 yang ada kat umah.

Tak tunggu, bahan dah ada, cepat2 la ako bertungkus lumus kat dapur tuk hasilkan satu lauk kegemaran ako sendiri. Dalam tengah nak mula masak, baru pasan serai takde. Memang ada tanam kat luar umah tapi cam malas mau keluar waktu gelap2 tapi mcm x best plak klu xde serai kan. Bukan serai tu menaikkan aroma lauk lemak ni kan?!!! Gigih juga la memotong daun serai di waktu malam hari. Gelap weii... mana de lampu kat kawasan tanam serai tu. Ngeri gak mana tahu kot2 tersalah potong, huh minta dijauhkan!!

Ok ok dah ada serai baru la bole masak dengan jayanya.

Tak yah la ako beriyer2 mau citer pasal resipi eh kat sini. Itu pun ako cilok resipi owang. Siap sudah masakan ayam lemak cili api ako. Nyumm.... nyummm ok so tunggu apa lagi, pewot pun dah bunyi2 tak tahan bau aroma masakan itu. Sedap!! eheh puji diri sendiri plak ek. Ishhhh konpom memang sedap!! muahahaha....

Bismilahirohmanirohim..

See see , sape cakap ako x reti masak?!! Belum terai belum tahu. See da hand laaa! hahahaha . Btw thanks to kak ct n mat gebu sbb jadi sumber inspirasi tuk ako memasak.

Nota Jemari: bangga ngan diri sendiri!
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.