Pas kenduri kami buat satu misi iaitu mahu bergambar sakan bersama sawah padi. Tapi sila lah jangan salahkan kami jika gambar2 adalah tidak menepati citarasa kowang. Kami bergambar semampu yang boleh ajo. Nak gambar betul2 kat tengah sawah adalah mustahil sbb batasnya sudah tidak kelihatan. Ko nak mampos soh kami bergelumang dengan pacat dengan berpakaian sebegitu?? Oh tidakkk!!!

Kami berlima. Jadi lah daripada takde langsung gambar kami sumer. Posing2 acik dalam ghumah dok perati ajer anak-anak dara dan mak dara berposing luar umah mereka. 

Suker gambar ni! Ko ingat senang nak bergambar atas titi yang erkk bertarung nyawa di situ. Klu terjatuh, kim salam ajer la ama baju yang cantek2 itu. hahaha.... Tapi siyes suker sangat. Bagai gadis kampung yang ayu lagi sopan. *pasan*

Suka hati mak bapak kowang je ek bertenggeh tengahari buta, panas terik kat jambatan tu? Eheh tu kira jambatan ker ek? Bukan titi? Konpius jap. hahaha Biasa la kan bila gadis bandar masuk kampung, jadi jakun plak kekdahnya di situ. Pedulik hape owang lalu lalang di situ. Ibarat shooting 'pilem' plak. muhahahaa.

Mak dara dan anak dara. Agak-agak klu jadi dara pingitan kampung, memang situ ke tempat lepak nya ek? hahhahaha.....

"Sri, ko suker kan amek gambar jarak jauh!!"

Pokok pisang pun jadi la nak amek gambar.

Klu masa skolah dulu, time kelas lukisan je, ako suker lukih gambar pemandangan sawah bersama sebatang pokok kelapa. Ilham dari arwah ABAH.

Lihat lah.. keindahan!!!

Kowang ingat tak lagu Ogy dalam citer hape ntah ek? Lupa lak.. yang dia amek shooting kat sawah tu? Bukan citer Ali Setan 1 ker?

Cak!
Awak oo awak, saya tengah tunggu awak ni!!

"Hati-hati Iman, buah kelapa nak jatuh tu!"
"Cepat aunty, ready untuk sambut buah kelapa"
"haaa??? nak mampos, kang bukan kita sambut buah kelapa, owang lak sambut kita atas ambulan kang..."

Indahnya pemandangan...
"ehemm shai, bila nak bawa kita gi tengok sawah awak plak?"

Nota Jemari: Kenangan dolu, bajak guna kerbau..