Plan nya malam tadi mau bekfes sesame tup tup Dilla cakap mahu ke kenduri kawen kat Tanjung Karang. Dan kebetulan Sri plak ada mengajak ako tuk follow dia ke kenduri yang sama. Maka, plan bekfes bertukar menjadi lunch. Jemputan bukan la ke atas ako. Ako hanya lah menumpang kasih menemankan Sri dan Dilla. 

Berpandukan map di atas kad jemputan, alhamdulilah kami selamat juga sampai ke destinasi kenduri. Rumah perantin betul-betul terletak di kawasan sawah padi. Memang cantek menghijau ajer pemandangan di situ. Sepanjang jalan kiri kanan adalah sawah padi. Kak CT ngan CM musti suke ni klu dapat bergambar kat situ. *wink*

Banner 'Selamat Datang' dari perantin menyambut kedatangan para tetamu.

Langkah kanan kami sumer. Rombongan perantin baru sahaja tiba. Meriah dek sore penyambut tetamu di corong speaker dengan dialek 'jawa' nya.

Cuaca sangat panas! Tapi alhamdulilah juga la, klu ujan pasti keLECEHan disitu walau ujan itu rahmat. Memang majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Klu di Johor, perantin akan membaling duit kepada para tetamu terutamanya kanak-kanak. Tapi di situ ako lihat, perantin akan membaling ceklat ataupun gula-gula kepada para tetamu. Baling baling... toinn kena kepala ako. AdOooii saket woooo....!! sabar je la. Dah dah daripada kena baling lagi baik kita isi pewot dulu.

Sri cakap klu kenduri owang Jawa, tak sah klu xde makanan itu. Alamaakk lupa lak mahu amek gambar. Makanan tu klu x silap ako, so-on goreng bersama tempe. Ala-ala bihun goreng gitu. 

Pewot dah kenyang kan, so jom kita serbu dalam umah plak. Lama sangat nak tunggu bakal perantin lelaki, bergambar ajer la dengan perantin lelaki cinonet. Jadi la kan.. huhu.

Selamat Pengantin Baru, Umi dan Azmie.
Moga kekal ke anak cucu.
Kalau dah jodoh tak ke mana kan?!

huwaaaa.... tiap kali ako soh Sri amek gambar guna hp ako musti gegar.. Ko kijam kan Sri... *mencik!!*

Nota Jemari: kawen itu indah, betul ke? Erkk k.a.w.e.n ke n.i.k.a.h yang indah?? lalalaala