Misi masih tak sudah! OK malas nak citer panjang2 pasal kes yang satu itu. Plan lunch tadi mahu ke Sri Petaling. Ako pun ingat-ingat lupa area situ. Pakat ramai-ramai ke sana, macam biasa la kan. Dan seperti biasa menumpang kasih kereta budak kecik tu.

Dijadikan citer, kereta nya sudah hampir kehabisan minyak!! Gurlpp.. Permulaan perjalanan kami hanya mampu berjalan sekitar 20km sahaja. Sedangkan tempat yang dituju konpom la melebihi dari minyak yang ada. Mengelabah la memasing ater mencari stesen minyak paling terdekat.

Dan sesampainya kami di setsen minyak, cuma tinggal lagi 1km sahaja. Phewwww, lega! Sempat juga kami sampai untuk mengisi minyak. Klu lah saat itu masih x jumpa stesen harus la kami berempat yang ayu berbaju kurung menolak kereta hingga ke tempat yang sepatutnya. Erkk..... sanggup kah?

Pape pun slalu saja bila bersama si kecik dan kereta pasti ada saja pengalaman perjalanan yang mengerikan dan mencabar!!

Aduhaaaiii murshi! Tapi klu takde awak susah jugak kan.. Pape pun memang tabik spring la kat awak ek.. toin toin!! Syabas!

Keinginan kak een untuk mencuba kedai makan baru kat area situ tidak kesampaian.. Takpe kak een, next time kita cari masa makan tempat lain plak k ;-)

Nota Jemari: sudahnya makan kat cafe juga!