Salam sumer,

Sowi la ye, kelewatan menghapdet disebabkan internet kat umah teroverLOAD membuatkan nak load gambar adalah lembab sesangat. Mood pun hilang bila payah benor nak loading gambar2. Ni ako curi2 la hapdet jap kat oips. Nak load gambar kat FB memang amek masa la sket ye. Harap sabar menanti.

Ok hari pertama seharian kami di dalam flight.
Hari kedua, lepas naik cruise dan bagi makan seagull, kami di bawa ke area Nami Island iaitu tempat shooting drama 'winter sonata'. Tapi sebelum sampai ke tempat yang dituju, kami lunch dahulu. Ok ni tempat makan pertama buat kami sumer. Pengalaman pertama nak try makan makanan derang nih. Ermmm... Untuk pengetahuan kowang, kawasan luar bandar adalah amat payah nak jumpa makanan HALAL. So, kami hanya dibawa makan di restoran yang tidak dihidangkan "PORK".

Turun-turun dari bas je excited nak ghase suasana makan di situ. Kawasan restoran nih kira cam atas bukit sket. Sepanjang perjalanan ke situ memang berderet2 kedai makan.

Camni la ghope kedai makan pertama bagi kami. Nak cakap besar, idok le sangat.

Harapan nak meghase makan bersila.

Perbezaan makanan kami dengan mereka. Kami hanya dihidangkan sayur-mayur sahaja. Mostly sayur adalah kobis. Kobis.. kobis kobis dan sedikit cendawan. Erkk.... tak lalu tapi harus la makan kang mana plak ako nak cari makanan HALAL lagi kan. Mahu kebulur dibuatnya kang. Kira masakan tu digoreng la. Letak sket cili baru la ada 'rasa' sket. Klu tak, ghase cam makan makanan owang saket jer. hahhaa...

Sedap tak sedap, ko telan je la. Buat2 je la makanan tu sedap.

Group kami 20 owang dan hanya kami berempat sahaja yang MELAYU. So, memang pape je musti together2 especially time makan la kan.

Nota Jemari: makanan kat negara sendiri juga yang sedap.. Mula tingin nak makan rendang, sambal time kat sana hheehe