Petang yang nyaman..
Ok jom sambung lagi.

Kali ni aktiviti 'team trust'.. Dah ala-ala bunyi cam 'thin crust' plak.
Ishh.... asek ingat makan je ako nih. nehi..nehi...

Game ni memula memerlukan hanya 3 orang sahaja.
Sorang depan, sorang tengah dan sorang kat belakang.
Aktiviti ini memerlukan keyakinan dan percaya pada rakan kita sendiri.
Ala ako rasa mostly kowang pun pernah gak try main game ni kan.
Ako tolak depan, dia tolak belakang. Yang penting orang kat tengah-tengah kena percaya kawan-kawan di hadapan dan belakang dia.

Cuba kowang bayangkan klu ako kat tengah-tengah?? Dengan owang hadapan dan belakang ako adalah keding semata-mata....

Ha bila x seimbang, camni la jadi nya. Konpom ada yang akan terjatuh.
Tapi nasib baik team ako walau pun kecik molek sumer nya, mereka sangat boleh dipercayai. Phewww memang la tak jatuh, buatkan ako bertambah-tambah YAKIN.

Lepas bertiga, kami dikehendaki berada 4 orang dalam satu kumpulan....
Game masih sama cuma kali ni kena berlari-lari anak dalam bulatan.
Setiap orang mewakili satu nombor.
Fasilitator akan menyebut satu nombor secara rawak.
So bila nombor ko disebut, secara otomatik ko kena jatuhkan badan ko. Dan dalam masa yang sama kengkawan yang lain kena lah alert dan cuba sambut supaya mereka tak jatuh.

Bila tak alert, ha tu yang ada owang jatuh gedebuk!!
Saket ke tak, kena tanya empunya badan sendiri.

Ha masa ni lah kan ko leh test kengkawan ko, sama ada derang ni betul-betul care kat kita atau hanya sekadar kawan sahaja.

Masih dalam konsep 'team trust'.
Kali ni setiap orang diberi kain penutup mata.
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sahaja.
Kumpulan A akan menutup mata mereka sendiri. Manakala kumpulan B akan siap sedia untuk bertindak! Wah cam nak gi berperang plak kan. hahhhaa...

Mereka yang ditutup mata akan menjatuhkan diri sendiri.
Manakala mereka yang dibelakang akan cuba menahan supaya tidak jatuh!
Kali ni kalau jatuh memang la saket sebab atas lantai yang berbatu berbanding sebelum ni hanya atas rumput.

Aktiviti ni ako memang tak leh caya orang belakang ako sebab dia tak betul-betul sedia dan natijahnya dedua terjatuh. "AdOooiii kejam kan ko Sri sebab biarkan ako gedebuk ke lantai"... huwaaaaaaa

Inter team coordinator. Camtu la bunyi aktiviti kami seterusnya.
Masih dibahagi kepada dua kumpulan.
Dedua kumpulan dikehendaki menyeberang ala-ala jambatan yang terdiri dari 4 keping kayu. Pandai-pandai la kowang iktiar camne nak bawa sumer sekali ahli kumpulan menyeberang dengan jayanya hanya menggunakan 4 batang kayu itu. Dan kayu-kayu tersebut tidak boleh mencecah rumput.

Walau berhati-hati agar memasing tidak terjatuh....

Namun tatap juga ada yang terjatuh berpelukan... auwww...
WOW, hahahaha... "adeh helmi, ramai-ramai pompuan kat department kita, ngan rosli gak ko nak peluk ek.. hahahah".

Adussss bila nak abesh nih??????

Mereka yang telah berjaya menyeberang laut china selatan.. haahah

Penat!!!
Abesh sesi belah pagi memasing melepek dibuatnya.
Nak makan pun dah tak lalu.
Oppsss ye ke tak lalu? Muahahaha... Slalunya bila dah penat, selera makin bertambah nih.
Gurlppp!!!??

Depan mata dah banyak pilihan makanan, tunggu apa lagi.
MELANTAK time la lepas tu!!

Nota Jemari: kita sambung lagi ye nanti