, ,

Tengkiu, BOSS!!

Salam petang..
Ye ye seharian pagi tadi ako takde kat tempat.
Ada training. Ngantuk yang amat seb baek la waktu training nya hanya separuh hari ajer.

Ok jom kita tengok xtvt tengahari semalam.
Alo makcik PEPEL, ko jangan termuntah2 tengok entry makan-makan kat sini tau...
Tu la sape soh ko tanya pasal entry makan2 kan.. ha skrg ni ko kasi baca sampai tak lalu makan :-D

Semalam lunch memang hajat BOS mahu memblanjer anak-anak buah kat section dia. Sempena pemergian salah sowang anak buah dia yang akan meninggalkan opis. So bila kata BOS nak banjer opkos la memasing dengan rela hati memFREEkan diri sendiri.

Macam yang ako war-warkan semalam, ye kami melantak kat restoran thai kat atas sogo tuh.
Menantikan lauk-pauk dihidang. Terima kasih BOS (bos ako yang belah kiri sekali).

Sambel menanti, ermm derang ni sibuk pulak bercerita pasal henpon baru. Ye la ye la ako tahu arr henpon ako tak canggih macam kowang. huh! Sekadar mampu memerhati sahaja... huwaaaaa nak juga.. gurlp!!!??

Dia yang diraikan dan mereka yang meraikan.

Lauk sampai.
Tapi sampai hati kamu hanya menceduk untuk BOS!!
Ooooo kecik ati sampai tak lalu makan....

Tahu la nasi dan makanan kamu sudah di depan mata.. Kaber kaber sket kak een oiii.... :p

Tengok!!!
Eh mana makanan kami????
Tidaaakkkkkkk... ye la ako memang diet tapi aduss takkan sampai ako x leh makan walau secubit nasi??? Oooo kijamm nyaa!!

Eleh.. nak kongsi konon.... Pastu lagi mahu kontrol2 lobang idong..
Erkk... lobang idong kah??? laaariiikkkkk :p

Ha meh owang ajar, camni la men suap2 baru lah MESRA gitu....
aaaaa... nganga buka mulut, buka mulut...
Sharing is caring kan?!!!
Lalalalalala....

Nota Jemari: Memang kenyang... alhamdulilah rezeki.



Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.