Samat tengahari, salam hari Jumaat.
Wah nari kat opis ni ada jualan barangan terpakai yang masih elok lagi.
Pada mulanya takde la excited sangat nak pegi jenguk kan tapi bila dah sampai kat tempat jualan tu, WOW macam-macam ada. Murah-murah pulak tu. Nama pun 'garage sale' kan, harus la kena murah.

Perasmian jam 11 pagi tadi.
Tapi sebelum jam sebelas, memasing dah tercongok kat tempat jualan.
Macam biasa, musti la dirasmikan oleh Gabenor sendiri.
Wah bukan main gembira dan ceria wajah gabenor tadi.
Malah beliau juga bermurah hati mendermakan beberapa helai kain opel berbatu. Tapi yang x bestnya ermm kena letak rege 'bidaan' dulu. Alaaaaaaaa....... Ingat bole beli terus. So konpom la sape bida paling tinggi dapat belikan. Cantek-cantek kain nya, baru-baru lagi.

Tengok ajer la betapa riuh dan sesak nya warga bank berebut-rebut nak dapat barangan tuh. Tapi yang tu memang berbaloi, beg piknik baru lagi, sape tak nak kan?!!! Harus kena berebut-rebut.. Oh tidakkkk abesh la gambar ku disnap masuk kijang...*malu*

Pastu kan ada macam-macam pinggan-mangkuk kat situ. Ako nak belikan mat gebu satu pinggan tu tapi belum sempat ako nak beli orang lain dah sambar dulu. Pinggan-pinggan kat atas ni RM3 jer sekeping. Nak soh ako beli tuk umah sendiri, idok la ye buat masa ni. Tapi last-last ako belikan untuk seseorang juga.

So untuk awak, pesanan awak sudah saya laksanakan.
Nanti petang saya gi hantar k... Tunggu *wink*

Nota Jemari: Cane nak kaber malu ni??... Badan besar camtu konpom nampak punya..!!