Wah bunyi cam kelasss jer, P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N gitu...
Kisah bermula bila mana seorang teman dan juga sahabat telah kembali ke pangkal jalan dengan jaya dan selamatnya. Alhamdulilah, AMINNNN.

Maka, dengan perasaan gumbira kami berpakat untuk meraikan kepulangan teman nan satu. Dan secret recipe sogo menjadi pilihan untuk bertemu. Niat dihati mahu berkumpul di restoran stimbot di situ (oo sekarang ni sudah tidak wujud lagi itu kedai), bagi mengimbau kembali nostalgia keREMAJAan kami tapi apakan daya.

Antara menu-menu yang mereka makan:-

Carribean seabass - RM17.50
Fish & Chip @ Green Curry @ Spageti meatball plus Air - RM15/set
Japanese Soba - RM13.50

Lapan tahun dulu, Oktober 2002..
Buat pertama kali dan ako ghase macam terakhir kali jer, kami dapat berkumpul together-gether meraikan hari keREMAJAan, keSOLOan serta keDARAan (bak kata kak een) masing-masing.

Mungkin kah peristiwa bersejarah kami akan dapat diulang kembali???

Dan lihat lah mereka sekarang.
Ohh masing-masing sudah hilang keSOLOan dan keREMAJAan.
Dapatkah kowang lihat betapa perubahan telah berlaku diantara kita??

Kenapa tetiba ako rindu plak kegiatan kita yang dulu?

Ija n shida, ingat x kita ke umbai jam 8 malam hari Jumaat semata-mata hanya mahu melantak ikan bakar? Dan jam 1 pagi kita pulang semula ke KL dan kemudian kita terus ke genting untuk bersokaria? Ohh sangat seronok alam REMAJA dan SOLO ketika itu kan?!! "Syyyhhhh jangan kasi tahu laki-laki kowang, kang x pasal-pasal tak boleh berpoya-poya dah lepas nih".. hahaha

Cik noorium, masih ingat kah dikau saat-saat kita bercengkerama di atas bukit cameron? Dan buat pertama kalinya ketika itu ko memperkenalkan kepada kami air blink blink??!! hehehe

Yan, kenapa tekak ako macam terbayang-bayang nak makan sushi buatan air tangan ko ek? lalala

Buat cik sri siantan.. (muahah abesh la ko, melekat arr nama tu lepas nih), welkam to da group! Nampak gaya segala xtvt berpoya-poya ako boleh lakukan dengan ko jer la ye lepas ni.

Buat adik n kakak, masih ingatkah percotian di Sabah dan juga Langkawi?? So, bila mahu ulang sekali lagi?? Pape pun, welkam back shida!!
Tahniah yan sebab bakal timang cahayamata ketiga!!
Dan buat cik noorium dan cik Sri siantan, sabar menanti, mana tahu rezeki kowang akan muncul tak lama lagi?!! *wink*
Akhir sekali, buat farihah dan kak een, ghase nya cam ako x sabar-sabar nak tunggu baby kowang yang ke-empat plak ..

Muahahah... lalala

Nota Jemari: yuuhuu awakkk!! Kita tunggu awak tau!! *wink*