Salam hari Isnin,
Mood poser ~ mood 'jatuh' :(

Wiken, sabtu dan ahad hanya melepak kat umah.
Niat nak berpoyer-poyer terpaksa dibatalkan bila bangun pagi sabtu, terus terbacakan mesej seperti di bawah.

Memang selalu, begini la cara kami berkomunikasi kat umah.
Sudah terbiasa sejak dia bujang lagi. Al-maklum, keje nya tak menentu. Siang ako gi keje, dia membuta. Bila malam ako membuta, dia plak bekerja. So jalan terpantas dan senang, pape saje masalah/berita/agenda, papan putih itu lah yang akan jadi mangsa contengan kami.

Bila terbaca ajer mesej ini, "Tayar ko pancit, aku dah tukar, nanti hantar workshop & check skru sekali".. ermm adehh terus musnah harapan mahu bersokaria.

Terus ako kluar melihatkan keadaan 'kaki' si putih. Alahaaiii, tayar spare pun sudah kurang angin, bertambah-tambah arr angin ako kuar satu badan. Ok, FULLSTOP untuk bergedik-gedik.

Check punya check, ada satu paku sudah mencucuk itu tayar.
Aishhh..... pheww selamat dari melayang beratus-ratus. Kasi tampal saja lorrr. Dan alhamdulilah, pagi ni 'kaki' si putih selamat terpasang balik.

Thank you arr kat adik ako, takde dia memang konpom ako mati kutu!!

ps: Aton, sori ya! Ini lah sebab me tak reply ur mesej sabtu lepas. Hope tak marah!!

Nota Jemari: Hoyeeee minggu ni baru boleh bergedik-gedik..