Sabtu 28 Ogos 2010.
Plan trip ke singapore satu hari.
Flight pagi tu jam 6:15 pagi tapi sampai LCTT tepat2 jam 6:15 pagi, maka konpom la kan kitorang tertinggal flight pagi tu. Adussss......!! Bincang punya bincang then memasing setuju nak amek flight jam 10:30 pagi. Terpaksa la berkorban uwang ringgit semata-mata nak beli tiket lagi. Memasing pejam mata jer bila nak bayar duit tiket yang 2 kali ganda dari tiket asal. Gurlpp!!

Ye la kena la beli tket on-da-spot. So bila dah nama pun on da spot konpom la rege pun mencanak-canak naiknya kan!! Tapi sila jangan tanya bape yang terpaksa kami bayar. Pejam mata, pekak kan tinger, terus hulur jer duit. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa...... ala tapi kejap je pun sedih medihnya tu. Kata nak bersokaria kan maka nak tak nak terpaksa la juga buat hati dan muka hepi.

Akhirnya...berjaya juga mendapat tiket yang baru!

Dan berjaya juga berada di dalam perut kapal torobang. Fuh! Berpeluh ok nak buat keputusan yang genting itu.

Perjalanan yang hampir sejam.
Bulan poser, so membuta ajer la ako dalam kapal torobang.
Ater kan pagi tu terpaksa bangun awal so amek peluang la ako membuta kejap. Penat lelah menempuh onak duri pagi tu akhirnya selamat juga mendarat di Lapangan Terbang Changi. Terus kami menaiki MRT menuju ker area hotel.

Dari Changi kami menaiki MRT menuju ker Tanah Merah untuk menukar train. Kemudian kami menaiki train menuju jer Clementi. Maaf, ako terlupa harga tiket berapa sebab ako beli yang harga SGD10 terus. Senang untuk kegunaan MRT dan juga bas.

Dari Clementi stesen, kami naik teksi la ye sebab bawa beg besar2 kan. Ekceli nak naik bas pun bole cuma x sanggup la kan nak hangkut beg-beg camtu naik bas. Kami menginap di hotel budget jer iaitu Santa Grand Hotel. Hotel kami di area Pasir Panjang berdekatan dengan West Coast. Ok la not bad juga hotelnya. Ye la nak tido pun semalam jer kan. Klu amek yang mahal2 sangat cam tak berbaloi plak ghasenya.

Kami check-in dulu. Solat dan mandi. Jam 2.30 petang kami kuar balik. Aduss lari sudah plan mahu berjalan-jalan di sekitar Singapura dek kerna tertinggal flight pagi tu. Maka a day tour terus jadi half day tour jer laa. Bila dah separuh hari, maka tak banyak la tempat-tempat yang dapat kami lawat. Ooo ada sahabat bertanya, "korang tak pergi ker Universal Studio?" Buat masa ni kami belum teringin lagi nak masuk Universal studio. Mungkin plan yang akan datang, insyallah.
Ok perjalanan bermula. Naik bas kat sana. Ok ako admit, transport kat sana memang senang, mudah dan yang penting selesa!! Tak yah nak berebut-rebut macam kat sini. Siyes, walau kat hentian utama pun, x yah berebut-rebut naik bas tapi nak naik train, maksud ako klu ko nak bertukar train, musti derang berebut-rebut juga padahal train punya la banyak. Aiyo..... !!??

Dari MRT Clementi kami berhenti di stesen MRT City Hall. Jalan-jalan menuju ke esplanade. Ala esplanade ni tempat tengok teater. Tapi bagi ako klu tgk kan macam suasana kat KLCC. Bukan KLCC soping complex tu tapi KL Convention Centre especially kat ruang legarnya tu. Tak sure plak berapa besar esplanade ni klu nak dibandingkan dengan Istana Budaya. Mungkin sama saiz mungkin lagi besar atau kecik.

Kat bahagian luar. Berlatar belakang kan marina .. erkk alamak marina apa ek??? Aiyo cane leh lupa ingatan lak nih??!!!! Ekceli ako cam teruja nak naik atas yang cam bentuk kapal tu. Tapi nak ke sana kena lalu jambatan dan kena bayar SGD20 klu x silap. Ermmm sebab kesuntukkan masa so skip ajer la 'daki' ke puncak tu ek. Maybe lain kali, mana tahu ada peluang kan ;-)

Singapore Flyers. Lagi besar dari Eyes on Malaysia. Gendola nya pun lagi besar, pusingan nya pun ambil masa 30 minit. Terasa lama ok berada di atas puncak itu. Seb baek la ako bukan jenis yang gayat pada ketinggian.

Sudah berada di dalam gondola singapore flyers. Alamaakkk bape ek rege tiket nya?? Lupa lagi... iskkk...

Kowang nampak kat bawah tu???? Tu la pit stop.. eh betul ker? Ala yang F1 lumba-lumba kete nih. Sila jangan tanya lelebih k, jadah haram ako tak tahu pape pasal lumba-lumba kete nih. Tapi setahu ako klu kat spore, litar lumba kete nya adalah di jalan raya. Klu kat Msia, kita ada sepang circuit kan? Tapi di sana derang berlumba atas jalan raya yang kita slalu guna tu. Opkos la masa perlawanan derang akan tutup jalan-jalan tertentu tapi konpom keBINGITan nya terasa seluruh singapura.

Eh kan kat sana baru je selesai sukan remaja. Alang-alang dari Singapore Flyers kitorang nak ker Merlion City, akan lalu park nih. Ermm masa kitorang lalu ada la juga beberapa kumpulan dok melepak macam buat gathering la gitu. Siap makan-makan, memang tergugat iman tengok derang makan kek dan aiskrim di waktu panas terik itu. Perghhh sabar je la!!

Camni la ghopenya esplanade dari pandangan luar. Macam bentuk buah doghian pun ada gak sket-sket.

Jalan-jalan sampai la ke Merlion Park nih. Adusss penat nya berjalan di waktu panas terik! Haus! Haus!

Pergh lega!! hahaha tadikan haus sangat so bila dah ada kat depan air tu ghase cam sejuk sket.

Ako: Nape ek, klu gi singapore mcm WAJIB plak tengok singa batu ni??
Cousin: Aku pun heran gak.. Agaknya singa batu ni leh kuarkan Sing Dollar kot??

Ha kat sini pun ghase cam wajib gak bergambar. Orang dok bergambar, ako pun tak tinggal sama. Gambar je la kan, tak rugi apa pun.

Masa dok tunggu MRT sampai, ako peratikan orang-orang kat sana cukup teratur dan disiplin gitu. Memasing akan tetap beratur kat dalam line merah sementara nak bagi orang dalam train kuar terlebih dahulu. Klu kat sini, ako konpom, belum sempat orang dalam tren nak kuar, orang kat luar tergedik-gedik berebut-rebut nak masuk. Aiyo.... aii malu OK!! Isskkk.... nama jer negara yang penuh adat dan sopan santun tapi bila part-part disiplin ni memang tak leh tandingi la negara-negara luar. Agak-agak kowang apa punca nya ye sikap orang Malaysia ni teruk benor dari segi disiplin????

Nampak tak penghadang tu??? Ada certain-certain tempat je yang ada penghadang tu. Konon nya banyak kes bunuh diri kat kawasan MRT nih. Sebab tu la pihak berkuasa pasangkan penghadang tersebut. Tapi pelik gak, hanya tempat-tempat tertentu jer yang ada. ermmm makna nya orang-orang sana suka bunuh diri kat kawasan yang ramai orang kot??!! ermm..nak cari publisiti kah?? No komen la kan.

Jam 6 petang kitorang kena gerak ke Woodlands plak. Mahu berbuka puasa di sana. So kali ni kami naik bas sahaja. Sistematik sungguh pengangkutan kat sana. Tak yah ko nak berebut-rebut naik bas. No bas pun besar-besar terpampang kat situ. Gerenti tak sesat punya la, insyallah ;-)

Here we are!!
Sudah sampai kawasan perumahan area woodlands.
Tapi rumah sape yang ako nak pegi ni ek???

Nad, mana u nak bawa kitorang pegi nih????

Camni la ghope flat-flat di sana.

Taadaaa!! Kita dah sampai pun kat umah sis moralle. Klu tak silap umah flat kat sana lebih kurang keluasan nya macam condo la klu kat Msia nih. Tapi ada beza juga, klu umah flat yang jenis lama maybe ada kecik sket keluasannya.

Murah rezeki, dapat gak merasa air tangan sis moralle ye. hhehe...
"Pssttt kak, lauk pauk tu mmg sedap. Nak tambah tapi sudah kembung dek air jer".

Kena la bergambar dengan tuan umah kan. Pape pun terima kasih banyak-banyak atas jemputan berbuka puasa itu. Insyallah kita jumpa awak lagi masa raya ek.. hehehe.. *klu ada rezeki*

Lepas berbuka, kami ke geylang serai pula. Saja nak menjamu mata kat situ. Banyak la juga bazaar sempena ramadhan nih. Ala-ala kat jalan TAR gitu. Ingat mahu la sambar selai baju kat sana tapi ermm kebanyakkan nya baju-baju yang terjual berkonsepkan labuci-labuci.. errkk ok macam nak pegi kenduri kawen plak. Heheh tak sesuai tak sesuai tuk ako pakai di pagi raya.

Berkenan tengok patung upin ipin nih. Lain sket material dia klu dibandingkan yang jual kat sini. Tapi bila dok pikir cane nak bawa balik, ermm terus terbantut pembelian ako tu.

Baju budak-budak memang banyak pilihan. Cantek-cantek pula tu. Tapi sebab ako takde anak kecik POMPUAN kan, maka ako x beli la barang sehelai pun.. *jeling kengkawan kiri kanan, hehe sori ek tak dapat nak belikan tuk anak-anak kowang*

Sebab kakak ako sorang tu dok sibuk soh beli kain ela maka kami ke Joo Chiat Complex. Kabarnya terdapat pelbagai jenis kain-kain ela kat situ. Alhadmulilah dapat la juga cari. Tak pasal-pasal ako pun sambar la juga kain ela yang ada kat situ hehee.

Joo Chiat ni dalam nya macam kat Semua House gitu. Ada 3 tingkat klu x silap. Tapi tak ramai plak yang membeli belah kat dalam nih.

Tepat jam 1.30 pagi kami selamat sampai kat hotel. Teruss zzZZZzzzzz.... Tak larat dah weii.. Niat nak bersahur pagi nya tu terus terbantut dek gara terlalu penat. Tido memang nyenyak sekali.

Nota Jemari: Lain kali datang lagi, tempat lain plak kami pegi!