Lepas beraya kat Selayang, lepas solat Jumaat, kami sumer terus ker Kelana Jaya. Kali ni beraya dengan warga emas plak. Pangkat atok sedara. Klu dah nama pun beraya kat KL maka harus la pergi menziarah sanak saudara di kawasan persekitaran nya.

Selalunya lepas makan baru kita bergambar tapi kali ni kita bergambar sebelum kita dapat melantak. Sape yang terlambat tu, minta maaf la yer, dah sape soh sampai lambat kan. Maka tiada la gambar mereka dapat diabadikan bersama.. *bluwekkk

Menu utama semestinya ketupat, lemang dan juga rendang.
Menu standard gitu... Tambahan kuah lodeh dan juga kuah kacang.
Ooooo ada yang pelik bila nasi impit atau ketupat dimakan dengan kuah kacang. Kalau tak silap belah utara tak pernah kan makan ketupat bercicah kuah kacang??? Betul tak kawan ako yang satu nih??? hehehe  Tapi kami di selatan, memang lumrah kuah kacang mesti ada.

Inilah warga emas yang kami ziarah itu..
Tok ngan uwan achik...
Terima kasih kerna melayan kami.
Tahun depan insyallah kami datang lagi.

Nota Jemari: klu takde yang lama, manakan datang yang baru....