Masih malam yang sama juga.
Lepas berbuka kami singgah ke jusco bukit indah tuk beli hadiah buat cikgu linda.
Setel urusan pembelian, kami singgah di danga mall kasi pekena teh tarik kejap. Pastu kami terus memecut ke Kulai Jaya. Gara-gara mahu buat surprise pada cikgu linda sempena besday beliau esoknya tu.

Eh ni idea sape ek nak pekena kan derang nih?? Kijam ok mereka ni sumer. muahahaa... Tepat jam 12 tghmalam 30 Ogos 2010, satu sesi mengejut telah berlaku di hadapan rumah en azman merangkap en burung kasawari. Ssyyhhhhhh misi sudah bermula.

Wah pandai nya memasing berlakon. Macam-macam scene kita plan kan akhirnya ini yang menjadi. Are you ready guys?!!

Kowang tengok tu, siap panjat pagar!! Aiyo nasib baik la jiran tetangga tak report polis. Klu tak, mahunya kita sumer meringkuk lam penjara malam tu haha..

Derang pakai suar bole la panjat kan....

Yang kita ayu berbaju kurung ni takkan nak kena panjat gak?? erkk....
Akhirnya ketuk punya ketuk, terbuka juga pintu umah orang yang kena terjah nih. Ha amekk ko pucat lesi tuan umah. Penakut juga ye en burung nih. hahahaa....

Memandangkan kita nak surprise kat cikgu linda, pulak tu cikgu linda sudah membuta masa kami sampai, maka kami yang pompuan2 ajer la yang menyerbu masuk ke dalam bilik. Apa berlaku di dalam bilik, syyyhhh kami saja yang tahu... hahahaha rehsia!!

Terima la hadiah dari kami sumer...

Hepi besday Cikgu Linda...
psstt yang ke berapa ek??
Pape pun selamat hari tua ye :p

Alo lo lo.. men suap-suap lak dia.. Alaa ako pun nak jugaaaaa ! :p
Dan malam itu kami hanya bersahur kek dari secret recipe.

Selamat tinggal cikgu linda dan en burung.'Tahun depan kami datang lagi..

Nota Jemari: pasni sape plak ya kena terjah? jeng jeng jeng....