Khamis lepas ako berpeluang layan citer nih...
EH citer ker? Program realiti la kiranya kan..
Astro ni memang suka kan buat program-program macam ni tapi amazing race ni bukan ker tajaan channel AXN?? ee pape je laa ye.....

So far season kali ni memang ako tak lepas peluang tengok setiap episod. Even klu terMISS pun, pasti akan cuba tengok siaran ulangan nya. Dalam banyak-banyak team opkos la ako akan sokong team dari Malaysia kan. Itu dah semestinyaaa!!

~Ethan & Khairie~

Last episod buat dekat Filipina..
Ada satu task tu, sama ada ko menari atau pun kena tangkap ba alif ba ya...
Masa tibi tunjuk muka derang tengah baca task, seb baek la si khairie tu mention nak menari. Hahaha buat nya dia tersilap sebut nak tangkap binatang ekor gulung tu, aiyaaak konpom kontroversi satu dunia hahha...

Yang best tu, sekeras2 derang tapi suka arr tengok derang cepat je dapat catch up tarian tradisional satu masyarakat kat filipina tu.

~Ivan & Hilda~

Tapi paalinggggg tak tahan tengok 'kakak' ni..
aiyoooo 'kakak' oiiii kesian la kat laki ko bertungkus lumus ok nak buat task minggu lepas. Yang klakar tu, ada satu task yang derang kena pukul labu ke hape ntah. Laki dia tutup mata & then sepatut nya si 'kakak' ni kena la bagi arahan melalui ketukan gendang kecil. Tapi sampai ke sudah dia bole plak buat bodo je berdiri kat tepi. Yang laki dia terkial2 la dok pusing kiri kanan sampai beberapa kali orang situ kena tarik laki dia supaya berada dalam kawasana permainan....

Alahaaaiiiii.......... pastu bole la ko marah laki ko kan sebab tak dapat pukul.. Eh helo 'kakak', eee nasib baik la laki ko bukan jenis cepat nak marah.. Sabar tengok laki dia asek kena buli jer.. Malu ok nak sokong team malaysia yang satu nih... hehehe...

~Natasha & Hussein~

Mula nya ako ingat team ni dari Malaysia. Ghope nya mereka ni anak-banak dari Indonesia.
Siyes suka sangat cara derang berkomunikasi..
Macam takde pelat-pelat orang Indon cakap omputih.
English derang memang best arr....

Masa derang buat task yang menari tu, hahaha suka tengok anak-banak ni menari.. Perghh cepat betul derang dapat tangkap tarian tu. Kira overall, derang ni antara pebret team ako arr.

~Nadine & Yani~

First team yang terkluar...
First episod suka tengok derang....
sebab muka Yani tu sweet jer hahhaa.....
Team dari Indonesia nih...
Klu tak silap episod kedua ker tiga ek derang la first team yang terkluar..
Sian, takde rezeki!!

~Alan & Wendy~

Pastu second team yang kuar, team satu-satunya dari Hong Kong...
Derang ni couple yang ala-ala romantik & lembut ajer...
Tapi bagus gak derang kuar awal sebab macam x memberangsangkan minda ako nak tengok derang still dalam perlumbaan tu. hahahaa  

~Sahil & Manas~

Dan team ketiga terkluar adalah team dari India....
Team yang tak reti nak manage duit derang..
Asek tak cukup je nak bayar duit tambang ...
Bagus-bagus terkluar awal... hehehe....

Team-team yang lain, ok la not bad...
Tak sabar nak tunggu khamis ni, layan next episod plak.
Tengok preview macam lagi mencabar ja....
Agak2 ke mana plak mereka kali ni ya?

Nota Jemari: TH ganti amazing race, cam menarik je kan? hehehe