, , ,

Melaka Dalam Sejarah

Siang bertreasure hunt....
Malam nya pulak menghadiri dinner kat Hotel Renaissance, Melaka.
Tema malam itu adalah 'Melaka dalam Sejarah'.

Mula nya ako malas plak nak sewa-sewa baju nih... Nak bergaya sakan ke hape..
Tapi last minit, malam jumaat tu juga ako dan Jun ke Sri Rampai menyewa pakaian ala-ala portugis kat centrestage. Nasib baik la adik-adik laki yang 2 orang tu setuju ajer nak berpakaian sebegitu.

Setelah dipilih, maka kami bersetuju untuk memakai pakaian seperti dalam gambar kat atas nih.
Ye ye ada yang kata macam gadis 'dutch lady'.. Rasa nya betul la tu .. Pape pun sebab kan baju itu lah team kami tersenarai dalam top 3 pakaian tercantek!! Wah, walau tak menang tapi cukup berpuas hati.

Ini zaman kesultanan melayu melaka.
Bila Sultan Melaka dan Hang Tuah bersatu, Puteri Hang Li Po tidak ketinggalan. Begitu juga pedagang luar yang datang ke Melaka... Suka konsep derang ni, kira bercampur-campur menjadi satu.

Yang part ni ako tak paham sket.
Kalau parasmewara ternampak kancil ketika berehat di bawah pokok melaka, apa plak kena mengena dengan si arnab dan juga kura-kura????

Cuba kowang explain sket???? Motip??!!!

Penjajah-penjajah wanita....


Cenderahati dari Hotel Renaissance..
Sangat comel.
Kalau di negeri sembilan, dipanggil bekas 'paha' .. slalu dibawa ketika kenduri kendara. Tetamu mengisi beras di dalam nya nak kemudian tuan umah akan membalas dengan pulut dan juga rendang.

Tapi klu di melaka, ako tak pasti apa fungsi nya?
Mungkin ini kegunaan kaum baba & nyonya yang terkenal di sana???
Explain pelissssss.............

Manakala kat tempat lain, ako tak tahu ada guna ke tak bekas nih?

Pedagang-pedagang atau penjajah yang pernah berada di Melaka sewaktu waktu dulu..

Nota Jemari: Seronok tengok pelbagai jenis pakaian malam itu..
Share:

8 comments:

  1. seronok... mekchu pun seronok sbb semua sporting.. sape yg menang sbnarnya?

    bekas merah tu lebih sinonim ngan baba & nyonya.. org n9 pnggil 'paha' tu pes time dgr

    ReplyDelete
  2. ret,

    lawa la baju ko tu!! I liikeee gitu :-)

    psst: apsal merajuk kat fb? ada orang cari pasal eh ;-) sabo ye ret..cool!! padamkan saje orang itu dalam list ko...hahahaha take care!

    ReplyDelete
  3. mekcu,
    yang menang pakai baju pedagang arab ....

    yang sebutan 'paha' tu ekceli x reti nak tulih bebetul sebutan nya.. so kita tulih seakan2 la bunyi nya.. tak tahu la kat belah kg mekcu kot2 x pakai bende ni.. tapi kat belah rembau, mmg pemes nak2 time2 kenduri kendara...

    wan,
    thanks.....

    bukan majuk cuma cari 'ruang' je kejap ehehe

    ReplyDelete
  4. wahhh..aku x prnh masuk apa2 event pakaian beruniform..bestnyaaa la kan dpt meragam dn bergaya camtu..bila lagi kan..huhuhu

    ReplyDelete
  5. lin,
    hehehe ms tadika x nah msk pakaian beragam ker :p

    ReplyDelete
  6. salam retna, kalau x keberatan boleh saya tau kat area mana sri rampai yang retna sewa baju portugis tu? ada baju tradisional lain jugak? retna ada alamat atau no. telefoon kedai tu lagi? mohon pertolongan dari retna.
    terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. virgin,

    ctc no ni k

    Shop name: Centrestage Vision Dynamic
    Address: 43-1 Tingkat 1 Jalan 46B/26 Taman Sri Rampai Setapak 53300 KL
    Tel/ Fax: +60 (3) 4143-2743
    E-mail: centrestage9@gmail.com
    Salesperson: Geena

    ReplyDelete
  8. thanks a lot retna, you are the best! :D

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.