Dah nak hampir seminggu berlalu..
Sabtu lepas bersamaan dengan 16-17 Oktober telah berlangsung satu acara tahunan opis ako iaitu Treasure Hunt (TH). Seperti tahun-tahun yang lepas, TH kali ni akan bermula dari KL menuju ke bandaraya Melaka bersejarah. Tahun ni hanya 60 buah kereta sahaja yang akan bertanding.

Seawal 6.30 pagi (sabtu) sudah ramai yang berkumpul di Lanai Kijang di mana segalanya bermula di situ.

Sebelum acara bermula, kita kasi bekfes dulu. Kemudian dengar taklimat terakhir sebelum berlepas. Sempat la bergambar ngan team-team dari department ako..

Rasa nya ni pestime kot kena baca ikrar jalanraya...
Sebab kan tahun ni takde taklimat keselamatan jalanraya oleh jabatan keselamatan, maka satu ikrar jalanraya terpaksa la kami sumer baca. Tapi klakar ok ikrar nya... heehe ada plak sebut anak bangsa.. bla bla... adehh tak leh tahan isi kandungan ikrar tu. Kowang ghase derang ikut sangat ke ikrar tu??? Tapi klu dah nama pun berikrar, erkkk........... paham2 sendiri je la ye!!

Mari bergambar lagi, kali ni dengan team ako (National Treasure) kat kereta kami.
Tahun ni ako tak join dengan budak-budak department ako..
Mereka ni sumer adalah budak-budak department lain...
Tapi ako moskel.. awat la bila ako cakap ako seGENG dengan derang, soklan yang sama akan muncul..

"eh camne ko leh satu team ngan derang nih??"

Eh helo.. salah kah ako seTEAM ngan derang nih????
Derang ni pestime join TH tapi ok la nasib baik hotak derang bergeliga juga arr nak dibandingkan dengan ako kan... So far ako enjoy seGROUP dengan derang. Cuma peel derang je kebudak-budakkan sket kadang-kadang tu. Muahhhaha biasa la dah nama pun derang ni sumer bawah umur dari ako kan.. ;-) Sorang-sorang dengan peel memasing so layan je la.

Satu-satu je la gambar kitorang tengah mencari jawapan ....
Excited betul mereka, maklum la pestime katakan.. hehehe...

Ada satu tempat ni klu tak silap ako area Labu kot...
Sorang makcik ni menegur sebab dia moskel kan ramai-ramai orang kat pekan yang kecil tu...
Maka berborak la ako ngan dia....

"Buek apo ni nak?"
"Ado sukan" (ntah tetiba ako sebut suka piginya)
"Ooo sukan... Sukan apo lak nak buek kat sini? Kocik yo pokan eh.." (maybe makcik tu igt cam nak buat Sukan Malaysia ala-ala SUKMA tu)
"Erkk..... " (ako diam n sengih je waktu ni)
"Ghamai-ghamai ni nak chaghi tompek la yo... Kigho an sobei-sobei la ni yo?" (sobei-sobei = survey)
"Haaaa yo -yo..." (iye kan ajer laaa... ishh kang citer lelebih kang sampai ke sudah ako x dapat cari jawapan...)

Tapi yang klakar tu bole lak ako sebut sukan.. Aiyakk betul juga, sukan apa la yang nak dibuat kat pekan Labu tu weiii???? Ako nak sebut treasure hunt tapi kang dia tanya menatang TH tu apa, adehh malas lak ako nak bagi hujah jawapan dengan details kan...

Dan tepat jam 3.50 petang kitorang selamat tiba di lokasi penghabisan iaitu di area Sek Ren Malim, Melaka. Sebelum sampai bandar Melaka ni kena la lalu pekan Alor Gajah dulu.. Yang tak leh tahan tu, jawapan ntah ke mana, ramai-ramai bole lah dok melepak pekena cendol.. Perghhhh terus hilang dahaga bila dapat pekena cendol yang sejuk dan ada kaw itu!!!

Tapi memang siyes cendol mamak tu memang sedap!
Sebab kami mengejar masa yang tinggal saki baki itu, terpaksa la kami tapau sahaja....
Ako tengok team lain bukan main lagi berteduh melepak2 ... hahaha dah la tempat cendol tu memang strategik bawah pokok. Bila cuaca panas terik camtu, tekak plak dibasahi dengan air cendol sejuk, haa kowang bayangkan je la ya betapa nikmat tak terhingga..

Sebelum ke lokasi akhir tu, ada barang-barang treasure yang harus dibeli. Maka sempat la kami singgah kat Tesco erkk area mana ntah tuk beli barang2 tertentu. Terasa macam amazing race plak berlari2 kami kat dalam tesco tu.. Ye la kan, klu dah tahu kedudukan barang senang je la nak tuju terus. Ni, dah la tempat baru so mana la nak familiar kan kedudukan susunan barangan kat situ. Ghase cam ako pusing satu tesco dibuatnya. Penat!!

Alhamdulilah sumer nya berakhir dengan jaya dan selamat.
Thanks to team member yang banyak beri kerjasama.

Buat Jun, pasni kena check balik keadaan kete yang bercalar tu k .. Hope takde la teruk sangat ye..

Buat Wafi, thanks walau selsema + demam tapi tetap juga bersungguh2 jadi driver yang bersopan santun di jalan raya.. Cuma di saat-saat akhir tu terpaksa juga la 'curi' jalan tepi sebab kita kejar masa kan..

Buat Wan, ermm aiyooo jangan moody2 slalu tau! Biasa laa bila dah penat dan panas, hotak dan perasaan akan bercampur aduk jadi tak best! pape pun kita tabik awak sebab berlari2 dengan pantas untuk dapatkan jawapan!!

Nota Jemari: .. bila sumer bekerjasama..