, ,

Genap 4 tahun...

Al-fatihah....
DariNYA kamu datang, kepadaNYA jua kamu kembali..

18 November 2006 bersamaan dengan 27 syawal 1427H.
Penghujung syawal ..
Lebih specific, sehari sebelum kami sekeluarga rancang mengadakan rumah terbuka..

Dia excited dengan perancangan itu.
Malah dia yang beriya-iya hendak mengadakan jamuan raya tersebut.
Bahan-bahan masakan sumer sudah kami beli.
Namun, 2 hari sebelum majlis itu, dia terpaksa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Dia mengadu saket dada yang amat.
Segera malam itu kami juga kami bergegas ke IJN.
Keesokkan nya alhamdulilah, dia nampak sihat sedikit.
Malah kami sempat berborak dan bergaduh kecil.
Sungguh ako tak sangka itu lah kali terakhir ako bercakap dengan dia.

Sabtu, seawal jam 8 pagi kami sekadar menghantar isterinya dulu ke IJN.
Kami mendapat panggilan dari isterinya lebih kurang jam 10 pagi mengatakan yang dia saket kembali. Terkedu! Tapi kami adik-beradik bergegas juga ke IJN.

Sampai di sana, dia masih di wad CCU.
Para doktor dan juga jururawat bertungkus lumus membuat sesuatu ke atas dia.
Waktu ini kami masih belum dibenarkan melawat dia.
Sejam kemudian, doktor memanggil kami sekeluarga.
Menerangkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.
Bersiap sedia mental dan juga fizikal.

Kami melawat dia.
Terbaring disaluti wayar-wayar yang ako sendiri tak pasti untuk apa.
Di dalam mulut terletak satu alat bagi membantu pernafasan dia.
Bibirnya kelihatan sangat biru.
Sayu!
Dia hanya diam membisu.
Tertutup mata namun masih kedengaran nafas yang sedikit perlahan.
Ako tengok mesin di sisi dia.
Ada tanda jalur turun naik di mesin itu.
Nampak nombor tertera.
Makin lama nombor itu menurun.

Yang lain mula membacakan yassin.
Masing-masing mula mengalirkan air mata.
Ako pegang kakinya.
Sejuk!
Sungguh sejuk yang memang kowang tak leh gambarkan.
Ako tahu waktu dan saat-saat terakhir itu dia masih boleh melihat dan mendengar kami.
Sowang-sowang meminta maaf kepada beliau.
Andai waktu itu dia terpaksa pergi jua, kami harus redha.

Ako genggam tangannya.
Sejuk!
Ako cium dahinya.
Sejuk!

Sediakah ako waktu itu?
Sebenarnya ako sendiri tidak pasti.

Soploh minit kemudian,
garisan di mesin menjadi tegak melintang.
Nombor juga menjadi kosong.
Dan waktu itu ako tahu dia sudah tiada.
Pergi meninggalkan kami semua.
Pergi menemui penciptanya.

Al-fatihah.
Raungan dan tangisan silih menganti.
Kami pasrah!
Dia pergi tanpa sempat meninggalkan pesanan terakhir buat kami.
Dia pergi tanpa sempat kami mendengar suara nya buat kali terkahir.

Kini genap 4 tahun dia pergi.
Moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh disisiNYA..
Al-fatihah..

Nota Jemari: ABAH, kami tetap merindui kamu..
Share:

7 comments:

  1. KO buat aku nangis la pagi2 ni... huwaaa...

    ReplyDelete
  2. Intan,
    nak wat camne.. just luahan ako je :)

    ReplyDelete
  3. kita nangis baca entry ni kakRet. al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..
    kita sama2 xde ayah tp aku still ada mak..
    ko sabar ok dn tabah..mgkin ada hikmahnya dia kembali lebih awal dlm dunia ni..aminnn

    sayangg ko...:)

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.