Bangun!
Bangun!
Bangun!

Erkk........ nak bangun apa nya malam tu lepas 'bersarapan' jam 1 pagi, balik je rumah terus dah tak leh tido. Mata tak mahu lelap. Berborak dan melepak la ako ngan lin sampai pagi hari. Adusssss ting tong ako kejap seharian sabtu tu.

Sabtu, 6 November 2010, kami ada misi!
Misi ke kampung melayu majidee di johor bahru.
Misi menyempurnakan hajat mereka.
Dek kerna status misi tersebut di facebook ako, ada plak yang salah faham.
Minta maaf sesangat kat mereka yang tersalah faham tu ya!

Awal pagi dah berbaju kurung..
Dah macam nak ghaye plak. iskk...
Macam biasa, harus nak posing-posing before kuar umah.

Bekfes time!
Tak sempat nak masak kat umah so makan je la kat kedai mamak.

Sape kata HABIB hanya jual barangkemas????
HABIB juga ada buka kedai makan tau... hahaha

Lepas bekfes terus shoot ke Kg Melayu...
Mana lagi klu ke rumah bakal diadakan sidang pertunangan laaa..
Iskkk.......... sampai umah orang terus melepak..
Ater dah tak tahu nak tolong apa kan. Sumer nya tuan umah dah sesiapkan.
Tapi duduk punya duduk, dah tak pasal2 kena sound dengan bunda tuan umah.. gurlppp!! aiyoo....

Dek kerna dah kena sound, maka mereka pun tergedik-gedik masuk ke dapur... Tapi ako moskel apakah yang mereka sedang bincangkan sampai sebegitu khusyuk sekali ghope memasing ya.  

Tak sah kan klu tak bergambar ngan bakal pengantin dalam bilik....

Tahniah Lieya aka Julie.....
Selamat menempuh alam pertunangan yang bakal penuh dengan pancaroba...*erkk ye ker??*
Hantaran dari pihak perempuan sebanyak 7 dulang..

Hantaran dari pihak lelaki yang kurang satu dulang....
pssttt kena tuntut tau hantaran yang derang tertinggal tu... ;p

psstt nanti kawen pakai baju kaler merah ek.. hahahaha mesti lagi menyerlah awak tau!! *wink*

Diakhiri dengan wajah mereka selepas bermandi peluh kemasaman di petang hari... erkk..

Nota Jemari: ..tahniah!!..ermm