, ,

Ibu bunuh bayi kerana Facebook



Seorang ibu yang bernama Alexandra V Tobias dari Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat ini hilang perasaan belas kasihan pada bayinya yang masih berusia 3 bulan. Bayinya yang bernama Dylan Lee Edmonson itu, kehilangan nyawa, setelah ibunya, Alexandra V Tobias, kesal kerana permainan game Farmvillenya di laman sosial Facebook terganggu akibat tangisan Dylan.


Tobias dikatakan menggoncang-goncang tubuh Dylan, sampai bayi itu tidak bergerak lagi. Atas perbuatan yang keji pada Januari 2010 itu, wanita berumur 22 tahun ini kini kemungkinan menerima hukuman maksima penjara seumur hidup, dengan tuduhan melakukan pembunuhan tidak sengaja. 
Nasib Tobias, seperti diberitakan The Florida Times-Union, bakal ditentukan pada perbicaraan yang akan dibacakan pada Disember ini. Namun, Hakim Richard Mantei meramalkan, hukuman mungkin lebih ringan. Ini kerana berdasarkan kebiasaan penjatuhan hukuman di negara bahagian Florida, untuk jenis kesalahan yang dilakukan Tobias, hukumannya adalah antara 25-50 tahun.


Dalam surat pembelaannya, Tobias mengaku dua kali mengoncang-goncang tubuh Dylan. Selepas menggoncang Dylan pertama kali, Tobias sempat menenangkan diri dengan cara merokok. Tapi ternyata tangisan Dylan kembali terdengar, hingga membangkitkan kembali amarah wanita berambut perang ini.’Kata dia (Tobias), ada kemungkinan Dylan terpukul semasa dia mengoncang-goncang tubuhnya.


Sesuatu perkara keduniaan apabila dilakukan berlebihan pasti akan berbahaya, tidak terkecuali Facebook, bukan hanya terbukti banyak menurunkan produktiviti pelajar dan pekerja tapi boleh juga sampai menghilangkan nyawa, bahkan nyawa buah hati sendiri, oleh itu bijaksanalah menggunakannya.
Tapi kalau kita berlebihan kepada perkara-perkara yang meningkatkan ketaqwaan seperti berzikir, membaca Al-Quran,solat sunat dan sebagainya sudah pasti kita akan mendapat ganjaran yang sepatutnya dan tidak membawa mudarat. 


Nota Jemari: gurlpp.................... *melopong*, insaf ker?
Share:

2 comments:

  1. insaf kita kakRet, kalau kat rumah memang kita online time oni tidur, kalau dia tak tidur pun make sure ada mrABi tlg jaga, jika tak boleh juga, mmg kita tak online, lbh baik dihabiskan masa dgn anak, teman dia main, lagi seronok.

    ReplyDelete
  2. hheehe nak main bole tapi jgn lah sampai lalai dan mengkhayalkan, betul tak?

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.