ABIN dah sihat!
Makin sihat dan lasak!
Tapi kadang-kadang jadi manja terlebih.

Kowang tahu kan aritu ako ada mention yang ABIN kena operate. Operate jari kaki dia yang terlebih. Alhamdulilah sumer nya selamat. Tengok la si ABIN skrg makin SIHAT dan SIHAT dan yang tak larat tu bila dia soh dokong. Aiyaaakkkk memang bole pengsan bila berat badan dia sudah makin bertambah dan tambah. hehehe....

Kebetulan aritu dia balik KL, so ako amek kesempatan la kan tengok luka jahitan tu.

Luka dia tu klu boleh hari-hari kena cuci. Tapi klu dah hari-hari, tak koser nya la kan MAMA si abin dan ulang-alik umah spital. Maka, dia mencuci saja sendiri kat umah. Ada specific ubat/cecair la dia guna tuk cuci luka tu. Ko tengok si ABIN, wah kan main riak muka dia. Takpe takpe nama pun budak laki kan. Budak laki kena kuat!! ABIN good boy kan ;-)

Opocot............ ako dah warning sesiap, klu tak berani tengok, better jangan tengok!! Ekceli ako tengok pun ngilu dibuatnya. Panjang sungguh doktor tu bedah sampai ke tulang atas kaki dia. Padahal klu ikutkan jari kaki dia yang terlebih tu cinonet je tau! Ada lah sebab nya tu kan doktor buat camtu hehehe..

Ok bila luka tu dah dicuci ngan cecair khas, kasi letak satu kain kasa kot nama nya tu, tutup kat tempat jahitan. Then baru letak ubat untuk keringkan luka dia. Ekceli klu tengokkan luka jahitan tu dah hampir nak kering dah tu. Insyallah 24 hb ni jumpa doktor balik untuk follow-up check up.

Dah letak ubat then kita balut dengan kapas kasi tutup supaya elak dari jangkitan kuman.

Tengok budak kecik tu, rileks ajer. Tapi klu kowang nak tahu, auta juga budak ni. Klu dia pakai kasut, laju jer dia jalan tapi bila buka je kasut, otomatik kaki dia patah. Maksudnya otomatik dia cakap dia x leh jalan. Hahahhaa.... merengek-rengek soh kita dokong. Yang tak tahan dia akan merayu kat kita dengan ayat ni, "alon....alon....." ..(Tolong! Tolong!) .. Ishh selagi kita tak tolong dia, adussss bising sebut alon alon.. seb baek bukan ALONG! hahahaa.

Dah siap!
Tapi sian plak kat dia, nanti sok dah besar kaki tu dah x cantek dah sebab ada bekas jahitan kan. Eh ada tak ubat tuk hilangkan parut luka jahitan??

Nota Jemari: ..teringat, dulu ako pun pernah kena operate kaki masa umur 4 tahun gara-gara kaki terselit kat celah tayar basikal yang sedang dikayuh... gurlppp!!