Followers

Friday, December 3, 2010

Novel Coke And Sundae


Ako rekomen kowang kasi layan novel yang satu ni.
Siyes memang klakar da besh sesangat!
Kadang-kadang bila baca ako tersengih sowang, kadang-kadang bila baca ako tergelak bagak nak gila! dan kadang-kadang baca ako terbayang watak-watak menjadi realiti.

Best! Best!
Ako tak tahu jiwa kowang macam mana.
Tapi yang ako pasti jalan citer novel ni memang menepati jiwa dan citarasa naluri ako.

Sempoi!

Gi la cari cepat kat kedai-kedai buku POPULAR dan yang sewaktu dengannya..
Klu tak silap harga novel ni RM18.
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.


Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.

Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.

Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?

Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

Nota Jemari: Details boleh cari kat sini ..

7 comments:

♥chubbycekelat ♥ said...

Best!! nnti nak cari kalo ade duet lebih.. kikiki xD

Fatehah A. said...

mcm best je novel ni.heheh nk try carik la

AKO @ retna said...

chubby,
cari tau... heheh or klu sempat nnt kita kasi pinjam buku kita je ;-)

fatehah,
yup cari k ;)

Sis-Lin said...

coke klu campur dgn sundae jadi le CokeDae...bkn rasanya mcm kat A&W tu ke..pepsi float??

AKO @ retna said...

hahaha... lain.. ko try arr rasa..
Ako dah pernah try, sundae ngan float ada beza nya ;-)

♥chubbycekelat ♥ said...

hallaaaaaaaaaaaaa suwittt
okeh okeh okeh :D

AKO @ retna said...

*smile*