Followers

Sunday, January 31, 2010

Support for Haiti project

Check inbox FB, received from Nadhirah aka otakbelacan.
Apa khabaq semua. Selamat hujung minggu ek. :)
My blogshop is doing a charity project in aid to help the Haitians recover from the recent earthquake disaster. As of yesterday, reports shows that there's a confirmed death toll of 170,000 deaths, about 250,000 people sustained injuries, and as many as one million Haitians were left homeless.

Please lend us your support in our pledge to help them by buying our tees for just $15/RM25 or you could help to spread the word around. All net proceeds from this project will go to Haiti. Let's make a difference today and put a smile on someone. :)

Nad nak mintak tolong you all semua if you can help me to blog about this. Buat satu entry on Monday to support, boleh tak? Jun, leh letak kat blog msjbox tak? :) For Malaysians, harga 1 tshirt is RM25, delivery included. Macam yang nad kata, I don't take any profits and all proceeds will go to Haiti.

For Malaysian, the donation will go to Malaysian Red Crescent Society yg ada specialize funds for Haiti. (http://www.redcrescent.org.my/drupal/). Kalau nak order, just sms or email nad k? Skali order ramai-ramai pun cun jugak. I will give the maybank acct details later for payment..

Terima kasih semua. Tuhan sajalah yang akan membalas jasa budi baik anda. Majulah Malaysia dan Singapura untuk Haiti. :)

Tolong-menolong amalan mulia. Ako dah order 2 helai. Kowang, apa tunggu lagi jom membeli sambel menderma. Amal jariah amalan mulia.

ps: refer here for more details

Nota Jemari: Arini kita tolong mereka, esok lusa ada yang menolong kita balik..

Bagai KACANG lupakan kulit

Bangun awal pagi ni on la tibi macam biasa. Pastu klik satu cenel ke satu cenel then terbenti la kat tibi 2. Pastu tetiba tertengok gambar kat atas tu. Memula cam pelik gak apa jadah kartun ni, mcm agak lucah pun ada jugak. Tak pasan lagi tajuk citer dier. Masih layan je ar tengok. Macam menarek, ala sekali sekala nak tengok kartun.

Then terdetik nak tengok tajuk kartun. Laaaaaa patot arr tajuk dier "KACANG". Iskskkkk makna nya karaktor2 dalam kartun tu sumernyer berasaskan kacang.. Wakakakakakakka siot je pemikiran tau, memula mmg dah pikir lain.. oppsssssss kah3 :-D

Ntah pape je ar derang ni, bole lak buat kartun pasal kacang. Iskkkkk... memang la klu dah tau pasal kacang owang x kan pikir lain. Tapi mcm ako yg pestime tengok kartun tu, aikk opkos dah pikir 'senget' sket. Muahahahhaa... hep hep ok ok .. :-D eleh kowang pun kan men gelak lagi kan bila sebut 'senget' sket makna nya.. sudah la kowang!!!

Tapi pape pun, aiyakkkk lenkali owang msia ni pun kasi la buat kartun yang ermmm hotak owang x pk ke lain. Ya ampunnnnn, pepagi hotak dah 'senget'...

Nota Jemari: Jangan salahkan kepala hotak ako ye!! ;-D

Saturday, January 30, 2010

Kenangan 1996

Adusssss belek punya belek gambar lelama nih timbul rasa kerinduan plak. Kenangan lama tuh. Sonok, suka duka iskk konpom banyak kenangan. Ini lah pestime ako dok hostel ngan kengkawan. Walau just for 6 month je kat IPM Melaka (now dah tkr nama klul x silap ako), tapi banyak tul kenangan suka duka kat sana.

Saja mau kongsi sket gambar ngan kowang. Yuuhuuu kengkawan IPM ku, kowang masih ingatkah??

Sempat bergambar kat pondok tipon. Tempat slalu bergayut... Masa ni tengah tunggu bas b4 gi komplek belia dan sukan. Ada sukan apa ntah....

Masa ni plak projek besar kita sumer. Group ako buat tentang Sarawak.

Macam-macam bahan sarawak. Seb baek sumer brg2 tu ada kat umah, sonang kojo...

Group lakonan ako. Projek besar juga nih. Mana la pegi 'man topo' tu ek? hahhaha

wif bebudak hostel. Masa ni hostel kita mcm gudang je kan... huhu... Klu x silap bekas tapak hostel bebdk ITM.

Masa ni pestime kita kuar ramai2 ke Tanjung Bidara - 14 July 1996

Bebudak kelas.. Oppsss kocik la gambar eh. Sowi la ye, kowang cari sendiri la muka kowang ye. Jap jap ako try listkan nama2 kowan.

dari belakang kiri ke kanan: Salmiza, Kak Gee, Kak Reena, Retna, Ratna, G'mah, Azlin, Fifi, Syana, Kak Nurul, Yati.

Bawah dari kiri ke kanan: 'Cemek', 'Mumbra', John, Jimmy, Puan Nani, 'beruang' (opss ya ampun ako lupa nama betul dia) Eric (eheh sesape ada ctc eric?), Amad, Man, Isma.

Zana, Aton, Dila n me

Ekceli banyak lagi gambar2 tapi biasa la banyak yang sensored dari yang betul2 boleh tengok... muahahha... Well, kata hostel life kan..!! yeezzaaa

Nota Jemari: rindu nya kat kowang.... Memasing dah berubah sungguh!

Aktiviti ujung minggu

Samat malam kengkawan,

Cuti ujung minggu 3 hari berturut-turut buatkan awal-awal lagi ako dah kebuhsanan!! Oh siyes tak tau mau buat apa. Sudahnya sepanjang ari hanya melepak depan tibi saja la. Buhsan tengok tibi ako buka dvd, buhsan tengok dvd ako bertenet. Dan bila dah duduk bertenet harus la x bangun2 depan laptop layan bercucuk tanam kat FB.

Sakan ako jadi petani moden sepanjang hari. Buhsan tengok kebun sendiri, masuk pulak kebun owang lain. Lompat dari satu kebun ke satu kebun. Wah klu lah dalam kehidupan realiti, mau mmg betul2 ako jadi petani moden yang berjaya. Kayo rayo la makcik dapat hasil yang lumayan. muahahahaa.... ;-D


Malam, ermm belek peti ais. Ada ayam, kacang boncis dan kentang. So tetiba tingin plak mau memasak ayam lemak cili api. Wah beriyer2 ako mencari resipi kat dalam blog mat gebu. Sowi mat, ako x jumpa resipi yang sesuai so ako cepat2 beralih ke blog masakan kak ct. Alhamdulilah akhirnya jumpa juga resipi yang sesuai dengan bahan2 yang ada kat umah.

Tak tunggu, bahan dah ada, cepat2 la ako bertungkus lumus kat dapur tuk hasilkan satu lauk kegemaran ako sendiri. Dalam tengah nak mula masak, baru pasan serai takde. Memang ada tanam kat luar umah tapi cam malas mau keluar waktu gelap2 tapi mcm x best plak klu xde serai kan. Bukan serai tu menaikkan aroma lauk lemak ni kan?!!! Gigih juga la memotong daun serai di waktu malam hari. Gelap weii... mana de lampu kat kawasan tanam serai tu. Ngeri gak mana tahu kot2 tersalah potong, huh minta dijauhkan!!

Ok ok dah ada serai baru la bole masak dengan jayanya.

Tak yah la ako beriyer2 mau citer pasal resipi eh kat sini. Itu pun ako cilok resipi owang. Siap sudah masakan ayam lemak cili api ako. Nyumm.... nyummm ok so tunggu apa lagi, pewot pun dah bunyi2 tak tahan bau aroma masakan itu. Sedap!! eheh puji diri sendiri plak ek. Ishhhh konpom memang sedap!! muahahaha....

Bismilahirohmanirohim..

See see , sape cakap ako x reti masak?!! Belum terai belum tahu. See da hand laaa! hahahaha . Btw thanks to kak ct n mat gebu sbb jadi sumber inspirasi tuk ako memasak.

Nota Jemari: bangga ngan diri sendiri!

Friday, January 29, 2010

"Een Meet Ret" ~ East Meet West

Ok ok masih nak citer pasal makan lagi. Masih makan berdua lagi. Hari Jumaat, lunch adalah panjang sedikit. Tiada arah tujuan, hanya mencuci mata dan membeli pape yang patut di Sogo. Ako cuci mata, kak een yang membeli sakan. Setel urusan mencuci dan membeli maka kami menuju ke tingkat food court. Errmmm member nan sowang kureng suker melantak di kedai itu.Memandangkan dia tiada maka kami berdua sepakat ke "East Meet West".

Nasi beriyani, lain yang diorder lain plak yang dapat. Malas mau kecoh2, telan ajer la apa yang dah di depan mata.

Sup penambah selera.

Wantan goreng

Yang ini ako x ingat apa jadah nama makanan nya. Tapi ala-ala kue teo kungfu klu x silap. Sedap la jgk tapi cepat muak.

Stroberi milkshake dan ice lemon tea. Sedap, lazat lemak dan berkirm, pasti disukai ramai. Erkkk mcm iklan plak.. muahahaha

Yeehaaaa last but not least, ako pamerkan rakan peMAKANan ako selama dua hari ini. Thank kak een jadi peneman yang setia!

Nota Jemari: ko x suker makan, ko diam ajer ye!

Thursday, January 28, 2010

"Resipi Rahsia", kami kembali lagi...

Dah lama x citer pasal makan kan... *eh ye ker?* arini lunch berdua saja. Ater kawan nan satu sudah 'terbang' ke awan biru kerna bercuti bersama keluarga tercinta. Memang tengahari tadi hanya plan untuk makan sesajer. Takde plan mau soping atau cuci mata. Maka setelah setel urusan di CIMB maka kami teruskan saja kaki melangkah masuk ke restoran "Resipi Rahsia" di area Sogo.

Sudah agak lama tidak melepak melantak di situ. ermmmm ada menu baru ghope nyer, so apa tunggu lagi jom kita terai emnu baru itu.. Laayaaannnnn!!


Ako tatap menten mau minum itu vanilla milkshake.. Nyummyyy tapi x cukup ater mcm cikit sesangat.. Kak enn plak mengorder chocolate ice.


Kek 'pecan butterscotch' .. Nyummy sedap setelah mendapat recommended dari dak sodep tempoh hari. Puas, sedap super duper nyummy!!


Cili aka sambal. eheh takkan la ako melantak sambal je kan. Tapi siyes nampak menarek kan warna sambal tu. Ha tu la sambal untuk laksa sarawak.


Ye ye ako melantak laksa sarawak. Salah satu menu baru yang terdapat kat itu tempat. Pekat, sedap, terliur dibuatnya. Dengan rakus ako menyuap laksa masuk ke molot. slurrppppp lazat berkrim! I like!!


Last but not least, kak enn tatap akan mengorder fish n chip. ermmm.... See see berbaloi kan makan fish n chip kat situ daripada kat ice room.

Tetiba ngidam mau makan sesuatu yang sejuk mcm ABC ker....

Nota Jemari: Wiken ni mau cari cendol pak leman arr.....

Wednesday, January 27, 2010

Appreciation Hi-Tea

Nama pun hi-tea, so konpom la ada jamuan minum petang tadi. Ye ye jamuan sempena menghargai para pelakon dan juga komitee yang telah penat lelah menjayakan teater muzikal masa dinner tahun lepas. Asalnya jam 5 petang majlis bermula tapi ako masih x setel lagi keje. Ada lah sket rasa x best kan klu datang lewat kat satu2 majlis. So, 5.20 ako minta permission mahu naik ke tempat kejadian. Ceh, sampai2 je belum start pun lagi.


Duduk la menanti owang besar yang akan merasmikan majlis itu. Borak2... macam biasa memasing sibuk bergambar. Kata 'artis' kan. So sana sini sibuk bergambar sakan. Dua bulan sudah berlalu, ada keRINDUan la tu antara mereka. hehehe...


Acara bermula, ucapan, gurauan, penyampaian sijil dan sedikit cenderahati penghargaan. Sorang demi sorang mendapat ucapan tahniah daripada mereka yang reti menghargai. Alhamdulilah, terima kasih.


Makan time!!! Banyak makanan tapi melantak sedikit saje sebab khusyuk sangat menonton balik lakonan kami sumer.



Sambel makan, sambel menonton. Nostalgia buat kami sumer. Masa bersama selama sebulan takkan dilupakan begitu sahaja. Bila tonton balik lakonan sendiri, konpom la ada yang nak mengutuk, gelak, suka, kelakar.. Iskk bak kata sumer perasaan ada pada masa itu. Rindu plak! Agak2 ada production mau amek kami berlakon tak??? huhu.....


Harus la bergambar bersama..
Aiyo macam lama je x jumpa ngan ko kan, beb!! hehehe... Dekat tapi jauh!


Ha gedik, gedik.. jangan x gedik hahahha....
Wif Intan, Syikah and Zila.
"ehem... ada dengar ura-ura, ada owang tu tengah sakan dan hangat bercinta.. huhu ;p"


Ala Iqzan, awat ko jauh sangat... Takot ada gosip kah?? ahakssss ;p


Opkos la harus bergambar sama HERO.
"Orait hairi, u're da best, dik!!!"


Ok last but not least, sijil penghargaan dan juga sedikit saguhati. Alhamdulilah, jadi lah! Tengkiu BNM, tanpa kamu, tiada keseronokan... *erkk ye ke?*




Nota Jemari: bukan senang owang mau hargai kita

Tuesday, January 26, 2010

Mana satu pilihan yang sesuai????


Tissot for men

Tissot for women

Frame, kad holder, jam meja, tempat letak pen from pewter

Set hi-tea

Rantai leher
 
Rantai tangan

Buah rantai dan jam seiko for men

Sepasang jam form Charles Jourdan

Sepasang jam Kenneth Cole

Nota Jemari: So, yang mana satu pilihan yang sesuai ek??? Ha jangan lupa lagi satu syiling kijang emas!!

Tulun!!! Tulun!!!

Jam menunjukkan tepat pukul 12.20 pagi.
ermm... mata masih segar!!
erk nak mampos x tido2 lagi. Jap agi mau bangun pigi kijer..
adehh....

tulun! tulun!
Camne nak kasi mata tutup ek?
tulun... tulun.. tulun.. sutun sutun... eh apa ko mengarut tengah2 malam nih.. iskk..
neno neno neno...

Nak gosok baju tapi malas tul nak duduk depan strekar lelama...
Nak lipat kain, iskk malas juga nak ngadap kain2 yang bertimbun itu...
Nak melantak.. erkk patot kah??? Oh tidakkkkkkk!!! No No!! No good melantak tengah malam..

Den wat shud i do now???
Ooo mata, oo hati.. oo mata hati ku...
Tido laaaaa.......

huwaaaaaaaaaaaaaa ako nak tido arr weiiii!!!!

Nota Jemari: ok akan paksa mata ini tutup sampai jam 6 pagi.. erkk bole kah? Tak pasal2 kang terlajak tido.. choiiii!!

Monday, January 25, 2010

Rutin Senin

Lately ni, rutin harian ako tetiap malam senin adalah dodok depan tibi sambel layan citer2 kat bawah nih.


~BONES~
Layan series ni kat NTV7 tetiap jam 8.30 malam.
Suker tengok



~NCIS~
Jam 9.30 malam kat 8tv. Suker sumer watak dalam series nih. Jalan citer menarek.


~CRIMINAL MINDS~
Series ni lepas NCIS.. jam 10.30 malam kat 8tv.

Overal, apa yang ako leh katakan, ako suker citer2 yang berunsurkan polis, jenayah, psikologi dan yang seumpama dengan nya!! Tapi citer omputih memang ada kelassss gitu.. ;-)

Nota Jemari: suker tengook polis x suker jadi polis..

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers