Followers

Sunday, February 28, 2010

Lihat lah keindahan!!

Pas kenduri kami buat satu misi iaitu mahu bergambar sakan bersama sawah padi. Tapi sila lah jangan salahkan kami jika gambar2 adalah tidak menepati citarasa kowang. Kami bergambar semampu yang boleh ajo. Nak gambar betul2 kat tengah sawah adalah mustahil sbb batasnya sudah tidak kelihatan. Ko nak mampos soh kami bergelumang dengan pacat dengan berpakaian sebegitu?? Oh tidakkk!!!

Kami berlima. Jadi lah daripada takde langsung gambar kami sumer. Posing2 acik dalam ghumah dok perati ajer anak-anak dara dan mak dara berposing luar umah mereka. 

Suker gambar ni! Ko ingat senang nak bergambar atas titi yang erkk bertarung nyawa di situ. Klu terjatuh, kim salam ajer la ama baju yang cantek2 itu. hahaha.... Tapi siyes suker sangat. Bagai gadis kampung yang ayu lagi sopan. *pasan*

Suka hati mak bapak kowang je ek bertenggeh tengahari buta, panas terik kat jambatan tu? Eheh tu kira jambatan ker ek? Bukan titi? Konpius jap. hahaha Biasa la kan bila gadis bandar masuk kampung, jadi jakun plak kekdahnya di situ. Pedulik hape owang lalu lalang di situ. Ibarat shooting 'pilem' plak. muhahahaa.

Mak dara dan anak dara. Agak-agak klu jadi dara pingitan kampung, memang situ ke tempat lepak nya ek? hahhahaha.....

"Sri, ko suker kan amek gambar jarak jauh!!"

Pokok pisang pun jadi la nak amek gambar.

Klu masa skolah dulu, time kelas lukisan je, ako suker lukih gambar pemandangan sawah bersama sebatang pokok kelapa. Ilham dari arwah ABAH.

Lihat lah.. keindahan!!!

Kowang ingat tak lagu Ogy dalam citer hape ntah ek? Lupa lak.. yang dia amek shooting kat sawah tu? Bukan citer Ali Setan 1 ker?

Cak!
Awak oo awak, saya tengah tunggu awak ni!!

"Hati-hati Iman, buah kelapa nak jatuh tu!"
"Cepat aunty, ready untuk sambut buah kelapa"
"haaa??? nak mampos, kang bukan kita sambut buah kelapa, owang lak sambut kita atas ambulan kang..."

Indahnya pemandangan...
"ehemm shai, bila nak bawa kita gi tengok sawah awak plak?"

Nota Jemari: Kenangan dolu, bajak guna kerbau..

Selamat Pengantin Baru, Umi & Azmie

Plan nya malam tadi mau bekfes sesame tup tup Dilla cakap mahu ke kenduri kawen kat Tanjung Karang. Dan kebetulan Sri plak ada mengajak ako tuk follow dia ke kenduri yang sama. Maka, plan bekfes bertukar menjadi lunch. Jemputan bukan la ke atas ako. Ako hanya lah menumpang kasih menemankan Sri dan Dilla. 

Berpandukan map di atas kad jemputan, alhamdulilah kami selamat juga sampai ke destinasi kenduri. Rumah perantin betul-betul terletak di kawasan sawah padi. Memang cantek menghijau ajer pemandangan di situ. Sepanjang jalan kiri kanan adalah sawah padi. Kak CT ngan CM musti suke ni klu dapat bergambar kat situ. *wink*

Banner 'Selamat Datang' dari perantin menyambut kedatangan para tetamu.

Langkah kanan kami sumer. Rombongan perantin baru sahaja tiba. Meriah dek sore penyambut tetamu di corong speaker dengan dialek 'jawa' nya.

Cuaca sangat panas! Tapi alhamdulilah juga la, klu ujan pasti keLECEHan disitu walau ujan itu rahmat. Memang majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Klu di Johor, perantin akan membaling duit kepada para tetamu terutamanya kanak-kanak. Tapi di situ ako lihat, perantin akan membaling ceklat ataupun gula-gula kepada para tetamu. Baling baling... toinn kena kepala ako. AdOooii saket woooo....!! sabar je la. Dah dah daripada kena baling lagi baik kita isi pewot dulu.

Sri cakap klu kenduri owang Jawa, tak sah klu xde makanan itu. Alamaakk lupa lak mahu amek gambar. Makanan tu klu x silap ako, so-on goreng bersama tempe. Ala-ala bihun goreng gitu. 

Pewot dah kenyang kan, so jom kita serbu dalam umah plak. Lama sangat nak tunggu bakal perantin lelaki, bergambar ajer la dengan perantin lelaki cinonet. Jadi la kan.. huhu.

Selamat Pengantin Baru, Umi dan Azmie.
Moga kekal ke anak cucu.
Kalau dah jodoh tak ke mana kan?!

huwaaaa.... tiap kali ako soh Sri amek gambar guna hp ako musti gegar.. Ko kijam kan Sri... *mencik!!*

Nota Jemari: kawen itu indah, betul ke? Erkk k.a.w.e.n ke n.i.k.a.h yang indah?? lalalaala

Style apa lak ni???


Adehh nak tergelak bila tadi ako tengok gambar si ABIN ni. MAMA si ABIN baru je load kat dalam FB dia. Wakkaakkaa..... nak kata gaya owang kaya tengah senang lenang, ermm ada la sket kot. Gaya tengah pikir camne nak tambah lagi kaya.. muahaha..

Alahaaii ABIN oo ABIN.
Macam-macam pesen ko tido arr...

ps: Ako ghase dia tengah 'mimpi indah' kot... opsss mampos kang kena ketuk ngan MAMA ngan ABAH si ABIN ni... muahahahahha *dok tahan gelak je*

Nota Jemari: seb baek aunty nana x tido mcm tu.. :-D

Bila peminat-peminat bertemu

Dah lama x bersua ngan derang. Last jumpa tahun 2005. Masa tu memang memasing giat berkecimpung dlam arena drama dan perfileman KOREA. hhaahaahha Bila ingat2 balik zaman tu memang dasat sungguh! Apatak nya memasing sangat teruja bila bercerita pasal citer2 korea ni. Dari segi pelakon, jalan citer, personal artis2 itu sendiri.. iskk bak kata sebut je nama artis, sumer derang tahu.

So semalam, plan la kami untuk bersua kembali. Kali ni x sumer dapat di contact. Takpe la walau x ramai tatap meriah dan kecoh dengan molot2 kowang sumer :-D 

Tempat melepak adalah di rumah cik goten_la di area Subang Bestari. Adus nak ke umah beliau harus lah ako ber'TREASURE HUNT' terlebih dahulu. Tapi nasib baik lah awal2 lagi tuan umah dah sesiap bagi map yang detail. Pestime jugak lak ako mahu sampai ke area umah dia. 

Gigih mencari berpandukan map yang diberi, alhamdulilah berjaya juga ako sampai ke destinasi yang dituju. Treasure hunt tak berakhir di situ, sampai je ako kat area umah beliau, terpaksa plak menapak sampai ke tingkat 4 dengan menaiki tangga. Perghhhh semput weiii!!! Silap tangga boleh sesat n berulang alik la ko turun naik sampai tingkat 4 tuh... ERkkk.. kurang kilo, muhahha!

Penat!

Sampai je kat umah dia ako dah nak pengsan. Kurang oksigen! Terus dihidangnya ako air sejuk laici. Slurrpppp lega la sket. 

Kisahnya pertemuan ni diadakan di waktu tengahari tapi memandangkan memasing ada hal yang x dapat dielakkan maka membawa la ke petang. Cik tuan umah plak sudah beriyer2 memasak lauk untuk santapan tenghari. Bagus anak dara sowang ni. 

Lama benar dok menunggu makcik sowang tu, maka tuan umah hidangkan dulu lauk untuk ako. Ekceli ikan masin tu je dah buat selera memuncak. Baru je nak start melantak, dan-dan si ADK sampai.

Muhahahaha sian ko ek, tu la si goten soh ko naik tangga no 2, yang ko gatai2 naik tangga no 3 sape soh?!! Kan x pasal2 ko kena menapak 8 tingkat. heheh sabar sabar. Penat ye! OK ako kasi ruang oksigen untuk ko japs.

Bila dah bejumpa, ha macam2 lah stori-mori yang kuar. Tambah plak bila ADK yang ibarat kakak buat kami mula bersore. Riuh sekampung, x reti nak benti. Ada saja celoteh yang nak disampaikan. 

Ini lah kami, pemina-peminat citer drama ataupun filem dari Korea dan Jepun. Kami bertemu di forum mesra.net. Dahulu memang kami rancak berforum tapi sejak memasing sudah kebizian, hilang terus minat untuk berforum. 

Sebelum berpisah, si ADK siap wat facial kat muka ako. Amboiii cik kak oii tapi kan 'sterika' yang ko guna tu mmg berkesan la. Nampak gaya ako macam sudah berminat nih. Jeng jeng jeng..... 

Last but not least, mana la kowang sumer skrg ni ek???
Minat kowang masih utuh lagi kah??
Hope boleh gather2 lagi lepas ni.

Nota Jemari: berkawan biar seribu...

Saturday, February 27, 2010

Nak MUDA ke TUA???

Si pompuan dah umur 33 tahun..

Lelaki TUA seorang yang berpangkat dan berharta.
Boss kepada si pompuan.
Lelaki TUA seorang yang teliti. Bak kata seorang yang cerewet.

Lelaki MUDA baru berumur 27 tahun.
Seorang anak hartawan. Bakal mewarisi harta mak pak dia.
Tapi suka hidup berdikari.
Takde keje tetap sebab x suker bergantung pada keluarga.

Dedua lelaki suka pada si pompuan.
Si pompuan juga suka pada dedua lelaki.

Lelaki TUA seorang yang EGO.
Lelaki MUDA seorang yang gentleman.

Pada mulanya memang si pompuan suker banget pada si TUA tapi bila bertemu dengan si MUDA yang baik hati, lantas rasa suka si pompuan berpihak pada si MUDA.

Klu kowang, yang mana menjadi pilihan. Mau yang TUA kah? atau yang MUDA kah?

OPsss sila jangan propa. Situasi kat atas adalah dalam citer korea 'Dalja's Spring yang ako tengah dok layan kat KBS skrg nih.

Nota Jemari: Kadang2 kita x pandang rete, keikhlasan tu yang penting tapi pada zaman skrg ni ada lagi ke owang x pandang rete?? Rasa nya rete la MOTIF utama.. ermm alahaaiiii

Thursday, February 25, 2010

"ITADAKIMASU" - Jom makan!!

Lunch semalam, lepas teman kak een soping hadiah kawen, melangkah lah kami ke tingkat 6. Kesuntukkan masa maka kami terus saja menuju ke Restoran Jepun kat Sogo. Verangan tak dapat pegi Jepun, makan kat kedai jepun pun jadi la kan.

Dah macam model nyambut tetamu lak kat kedai tu. hahaha..

Kak een verangan,
"bila la aku dapat jejak kan kaki kat negara matahari terbit ni??"

Takpe kak een, kita verangan je mana tahu ada rezeki sampai juga ke sana.. hehe

Deco yang simple...
Ekceli tu mcm dalam bilik tempat makan bersila. Oooo tingin mau makan kat dalam bilik tu, baru ghase mcm betul2 makan kat kedai jepun. hehehe...

Kita minum dulu. Slurrppppp........

Panas ke tu kak een? heheheh slurrpppp aje laa..

Segar! Eh siyes marbeles sungguh air tembikai ni.. RM7 segelas. Pekat, likat, perghh!!

Tempura Moriawase - RM25

Set Tendon - RM26

Kasi close up sket.. Besar2 tempura udang dia. Puas giler makan! Tambah plak kak een x makan udang sangat so mmg berbaloi-baloi arr tekak dan pewot ako.

Memandangkan kami adalah ahli kelab sogo, maka makan di situ dapat lah 10% diskaun.

ps: Untuk akak waitress kedai tu, erkk "kak oo kak, kami mampu la kak nak bayar tuk sushi tu".. adehh... Dijadikan citer, kami mau order sushi sebagai tambahan pencuci mulut. Boleh lah akak waitress tu bagitahu, "sushi mahal dik".. Pulak... iskkk terbantut lak selera kami nak melantak sushi. Apa dia ingat kami x mampu ke nak bayar???!!! mencik tau..

Kesimpulan: Sebelum masuk kedai, ko tayang dulu duit lam wallet tu ek.. Biar terbuntang biji mata waitress kat situ.

Nota Jemari: "Dont judge the book by its cover!!!"

Wednesday, February 24, 2010

TERSAMA la pulak...

Jalan-jalan lunch, on the way kat jambatan, terserempak ngan empunya kaki. Tak kenal pun tapi apa yang menarik, derang pakai kasut sebiji sama. Maksud ako dedua pakai kasut yang sama.

Ako kejar..

Mereka makin laju, ako tatap kejar..

Sudah nya bila dah depan mata tatap x clear sangat nak tunjuk kat kowang.. iskkkk

Dan tup tup baru kami pasan, ghope nyer kami pun pakai kasut yang sama...
Cehh!!!!

Nota Jemari: camne leh TERsama ek?

Kalu NYANYI, kawen ORANG TUA??!

Alhamdulilah baru je lepas masak. Simple-simple ajer. Sebabkan last minit punya permintaan maka hidangan pun ala-ala last minit juga la kan. Check punya check, ada ikan tenggir seketul, ada kobis, kacang boncis so apa lagi kasi goreng itu ikan masak kicap sama sayur kasi goreng juga.

Sedang syiok2 mengoreng nak la juga hiburkan hati. TERmenyanyi la ako di dapur. Sebab terngiang-ngiang lagu Anang maka kuar la lirik esp tang korus lagu tersebut dari mulut ako...

Nyanyi punya nyanyi;

"benar ku mencintaimu tapi tak begini... ko khianti hati ni, ko curangi aku.."
blaa... blaa....

tup tup baru ako teringat!
Owang tua-tua kata, tak elok menyanyi kat taim masak kat dapur. Kemungkinan bakal kawen ngan owang tua. Opssss gurlppp....!! Mamposss... tapi siyes ke ek klu nyanyi kat dapur akan kawen ngan orang tua??? Goshhh... erkk ala pembetulan sket, bukan TUA tapi MATANG.. muahhhahha so apa salahnya kan klu kawen ngan owang yang MATANG!! ok pe *wink*

Tapi lagi bagus klu dapat kawen ngan owang MATANG yang banyak RM RM RM.. wkakaakakka

Nota Jemari: heh, jadah ko nak kawen ngan owang ke uwang ??? *sengih*

Baru sedar umur dah makin MATANG!!

Al-kisah, semalam kan ako gi check tulang. So kena la isi borang dulu. Maka mengisi la pape yang patut. Tak banyak pun, dah dia soh isi nama ngan umur sahaja. Tak pikir panjang, ako isi je la ruang yang dia tandakan tu.

Abesh saja check, member sebelah ni tengok la borang ako. Konon nak tengok result tulang ako ok ke tak. Tup tup dia terpandangkan ruangan umur. Tanya nya nape ako isi umur dengan angka 30+? Dengan selamba badak menjawab la ako, dah sebab umur ako belum cecah 31 lagi.

Malam tadi sebelum tido, tetiba ako terpikir kan persoalan member itu. PAP! Terus teringat, sengal!! Bukan ke tahun ni umur ako bakal mencecah 32??!!!! Laaaaaa ciss apa jadah ako veragan2 umur ako masih 30 ni?? Patut nya ako tulis 31++. Wakaakakaak sah sahih konpom mmg sengal dah kepala hotak ni. Well, omputih kata, apa ada pada nombor kan?! aahahahahahaa

Adussss umur makin 'MATANG' ni, makin teruk plak ingatan ako ek?!!

Nota Jemari: alaahaaiiii.... wake up!!

Respond from Nuffnang Sdn Bhd

Kisahnya, sejak ako pakai layout mcm kat bawah ni, tetiba langsung x kuar iklan nuffnang kat blog ako. Maka, menjadi kemoskelan lah kepada hati pewot dan juga tekak ako.

Kerna menjadi lumrah seorang blogger yang telah mendaftar ke company nuffnang sdn bhd untuk memastikan segala iklan-iklan akan muncul di dalam blog mereka. Dan semesti dan seyakin nya ako adalah tergolong dalam golongan2 blogger yang tegar menanti apa jua iklan yang akan diberikan oleh nuffnang. Oleh kerna iklan sudah tidak kuar maka ako cuba dan terai sedaya upaya untuk memikirkan sebab musabab mengapa keadaan itu berlaku kepada blog ako.

Jalan alternatifnya, mungkin layout itu tidak bersesuaian dengan citarasa pihak nuffnang untuk meletakkan iklan mereka di dalam blog ako. Maka bertukar wajah lah ako beberapa hari ni. Tetapi malang tatap tidak berbau, masih juga tiada perubahan. MOSKEL!!! Sedangkan sebelum berlakunya pertukaran layout dolu2, sentiasa ada je iklan-iklan yang mewarnai setiap pelusuk blog ako itu. *tipu ngeh ngeh*

Rasa tidak puas hati tatap ada. Manusia, biasa la kan. So pagi ni ako telah menghantar soklan kepada pihak nuffnang berkenaan dengan masalah ako itu. Dan respon dari pihak sana sangat2 la cepat dan efektif! Thank you nuffnang sdn bhd for the prompt reply!!

Subject: Nuffnang ads

Date: 24 Feb 2010 09:47 AM Posted By: Retnawati binti Mohd Yusof


Helo there,

Just wondering why there is no more advertising appear in my blog nowadays? Is there any problem about my status or do i need to do something to get back my advertising?

Really need your advice regarding this matter.

Thank you in advance
 Jawapan yang ako dapat :-

Subject: Re: Nuffnang ads

Date: 24 Feb 2010 11:11 AM Posted By: Teoh Xinxian (Staff)

Hi Retnawati,

No worries, there's nothing wrong with your blog. When bloggers insert our ad units into their blog, they're marking down an advertising space for us to sell to our advertisers. Till an advertiser chooses to advertise on their blogs, the ad unit will be minimized to reduce load time in those blogs. Once an advertiser chooses to advertise on your blog or if there's an ongoing CPC campaign for that ad unit, only then will the ad unit show up in full size displaying the ads.

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive
Nuffnang Sdn Bhd
http://www.nuffnang.com.my/
Dengan jawapan yang ako terima maka berpuas hati la isi pewot ako ketika ini. Namun, sebagai manusia tatap secalit rasa kecik hati.. huwaaaaaa pilih kasih kah??? huhu *majoks*

Nota Jemari: anyway tatap mahu setia pada kamu

* eheh tatkala ako publish entry ni dan klik refresh, terus ada iklan kat blog. WOW IMPRESIF!!!

Tuesday, February 23, 2010

Celebration CNY 2010


Lunch tadi ada makan-makan sempena nyambut ghaye cina. Bukan takat owang cina je yang dapat makan malah sumer owang pun dapat gak melantak makanan cina tadi. Celebration kali ni berlainan dengan tahun2 yang lepas. Kali ni kita nyambut bersama2 dengan 4 department yang lain. Sejak ex-Pengarah ako naik jadi AG ni, dia lebih prefer pape perayaan disambut diperingkat antarabangsa. Eh tipu sesangat la tu kan.. wkakakaka ... !!! Perayaan harus dinyambut together2 konsepnya. Klu dibawah jagaan beliau ada soploh department, soploh2 department la akan bersatu together2 melantak beramai2. 

Perjalanan kami x jauh mana pun cuma jamuan diadakan di Lanai Kijang. Niat mau gak berjalan kaki beramai2 kan tapi erkkk cam ghase 'tak mampu' gitu muahahaha... psst padahal keMALASan terasa dalam pelusuk sanubari, *cehh poyo!!*

Makan pun waktu tengahari kan harus pewot memasing kelaparan yang amat. Makan! Makan! Yeeehaaaa so tunggu apa lagi, ready untuk SERANGG!!!!

Kami disambut dengan selonggok limau mandarin. ERmmm manis sungguh limau2 itu. Marbeless!! Bagus untuk melawas pewot yang saket. *wink*

Kali ni takde show2 macam sambutan ghaye tempoh hari. Kali ni hanya semata-mata, makan! makan! dan makan! 

Kata tengah diet kan so harus la ako melantak sesuatu yang ringan-ringan saja. Yang ini ako melantak sup crab with sweet corn bersama 'mantau'. Nyummyyy delicious, marbeles!! Suker banget tapi hep ko kata diet kan so makan hanya sekali saja. No tambah-tambah, ok! Gurlpppp... yo la yo la, harus kena ada semangat juang yang tinggi ni. Tatap telan air liur, gurlp!!


Jom yee sang! Banyak sungguh.. Tapi kali ni x letak ikan salmon la. ermm tak reti nak makan banyak cukup sekadar merasa. Lagi sekali klu nak diet memang sesuai makan yee sang nih. muhahahaha ater sumer nyer sayur mayur je kan. 

Suker la tengok kaler-kaler kat yee sang tu. Meriah giler! Ghase cam sayang nya nak makan. "Sri, ko ni tangan x bedung eh, asal gambar ako je musti gegar.. huwaaaa kijam sungguh!!"



Alamaakkkk banyak nya kita makan.. gurlpp oppssss ya ampun x sedar plak TERmelantak begitu melampau sekali. muahahahaha... 

Licin! Cissss diet konon, piiraahhh!! Heh, pelisss eh, tu bukan pinggan mangkuk ako sowang. Tu derang sumer dengki, abesh sumer pinggan2 letak depan ako. Kijam sungguh mereka-mereka itu..*dush! dush!* Yang sebenar2 selain benar ako masih bole mengontrol pemakanan yang masuk ke dalam pewot ako. *erkk ye ke?*


Ha kan dah cakap, ako makan makan ako sulami dengan air masak yang lagi afdal yang bole menyucikan pewot dan menyucikan kepala hotak ako sekali. muhahahahaha....

psstt ada ke patot derang cakap ako waitress ganti budak tukang tuang air tu. huh kijam!

Ako wif ana... 

psstt ana, sekali sekala ako kasi promote n tempek muka ko kat sini *peace*

Nota Jemari: gambar lain kat sini, tunggu gambar kualiti bagus sket. *jeling kat murshi*

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers