Followers

Wednesday, March 31, 2010

I am Back

Ako sudah selamat mendarat kat Malaysia awal pagi tadi.
Nanti la ye ada masa ako akan hapdet citer-citer dari sana..
Jauh perjalanan luas pandangan..
Yang pasti, x nak ke tempat itu lagi.
Cukup merasa sekali...

Nota Jemari: MALAYSIA juga yang best!

Friday, March 26, 2010

Nota ciput (26-30 Mac 2010)

Salam,

Mungkin waktu kowang jenguk sini, ako sudah tiada di bumi Malaysia.
Ako sudah berada di awan biru.
Ako mungkin sudah sampai destinasi yang dituju.

Jangan rindu daku.
Tunggu kepulangan ako yang penuh dengan cerita.

Ako pergi bukan untuk selamanya.
Hanya perlu waktu 5 hari sahaja.
Kemana, dimana, mengapa dan bagaimana, usah ditanya.
Insyallah kepulangan ako nanti pasti ada sesuatu yang menarik akan ku tempek kan di sini.

Cuma......
Beri ruang untuk ako bersendiri seketika.
Beri ruang untuk ako bergumbira seketika.
Beri ruang untuk ako melepaskan lelah sementara.

Yang pasti harap ako pulang dengan satu misi dan berita gumbira!!

Nota Jemari: dah dah x yah nak speku-speku

Wednesday, March 24, 2010

Sesak???

Arini tempat opis ako tetiba sesak yang amat. Jalan masuk sudah dipenuhi kereta sepanjang jalan. Oooo baru teringat, kan dari pagi sampai petang ada pelancaran Laporan tahunan. So memang la jalan sesak jer kat opis tadi. ermm.... klu ari-ari sesak mcm tu, alamatnya ako soh en burung tumpang terbang kan ako ke opis ajer la.. muahahaha....

Nota Jemari: tak sabar nak lari dari sesak

Tea TIME!!

Lepas lunch sambung balik keje-keje tadi. Kali ni lagi ramai yang datang menolong. Namun masih lagi belum cukup buku-buku itu siap.

Dah penat-penat keje jom kita rehat dulu. Kita rehat sambel makan eskrem plak.

Adehhhh baru je siap 2000 buku, masih ada lagi 4000.. gurlppp mampos la memasing esok pagi..

Yeehhaaa kasi rileks kejap.
Jemput makan eskrem ye kawan-kawan.

Nota Jemari: keje makan keje makan

Makan TIME!

Keje, keje la jugak kan tapi tiba time makan, takkan nak escape kan. Malas nak kuar. Memasing nak siapkan cepat sumer keje-keje tadi. So, kami sumer order mcD saja la. Makanan senang dan cepat. 

Tak tahu la bape banyak kami order tadi. Yang pasti memang x cukup tangan nak bawa naik atas department. 

Jemput makan sumer. Bismillahirohamnirohim

Nota Jemari: rezeki penat bekerja

'DEMAM' Annual Report

Samat malam sumer,

Maaf yang amat sebab seharian ni ako kebizian menyetelkan urusan annual report (AR) BNM. Kisahnya, buku AR sudah pun siap dicetak. Dijadikan citer, last minit orang atasan inginkan sesuatu maka mereka yang terlibat mencadangkan agak maklumat yang dikehendaki dirujuk saja di dalam buku AR. Memandangkan buku AR sudah siap cetak maka memasing ingatkan takde pape masalah la kan. Tetapi malang tidak berbau, ghopenyer ada satu chapter (dari department ako punya side) sudah tersilap. Kelam kabut la memasing mencetak semula bahagian yang sudah silap itu.

Bermula semalam hingga Jumaat ini, AR akan dilancarkan. So mulai malam tadi ada yang sudah terpaksa stay back untuk memperbetulkan bahagian yang silap. Malam tadi baru 1000 buah buku sahaja. Dan hari ni disambung lagi hampir ke 2000 buah buku untuk diperbetulkan. Siang tadi ada press release untuk pra wartawan. Selamat menyetelkan beberapa nashkah buku untuk mereka di sidang akhbar petang tadi.

Bank Negara Malaysia - Annual Report 2009

Sumer staff yang ada bertungkus lumus bantu-membantu untuk menyiapkan segala pembetulan. Beribu-ribu stiker harus di potong atau digunting. Mula-mula keje memnag la sonok tapi bila dah terlalu banyak, adehhhh naik muak plak dibuatnya.

Siyes sungguh mereka membuat keje. Buhsan bekerja, melalak juga la kami di dalam bilik itu. Haaa baru la syiok ada hiburan sambel bekerja.

Pes sesyen, kena buka balik buku-buku yang dibawa direct dari kilang.

Buka page 59, buka stiker dan tampal kat tempat yang silap.

Dah siap tambal n checking, balut balik buku-buku tersebut.

Begitu la berulang2 keje kami sampai la siap 4000 buku lagi bersambung esok. Adehhh... penattttt!!!!

Macam bekerja dalam kilang buku lak ghasenya. Satu department dah bau kertas. Erkkk uweekkk busuk woooo..... fening!

Nota Jemari: badan saket2 dah nih....nak kena cari tukang urut ni.

Tuesday, March 23, 2010

Buai laju-laju sampai ujung bilik


Nampak tak katil buai tu? Ala yang tengah-tengah empat segi tuh? Ye ye yang ada katil cadar kaler pepel? Haaa.... tingin nak katil buai mcm tu. Agak2 ada tak owang nak belikan untuk ako ek?

Buai laju-laju
sampai ujung bilik,
Apa dalam bilik,
sepasang uda dara...

Wkaakkakakak .... hentam saja la.. Amboii suker nyer kowang!!

Nota Jemari: eheh bukan katil goyang2 bahaya ker??!! gurlpp....

Monday, March 22, 2010

OFFLINE

Malam ni ako OFF tau..
OFF dari bertenet.
Al-maklum kepala hotal tengah kepening2an.
Tambah plak wiken yang lepas 24 hours ngadap 'da RED'.
Tambah lagi pagi ni kat opis pun ngadap PC.
AdOOiii  mata serta kepala sudah mual2 gitu.

Malam ni ako OFF tau.
Mahu layan VCD citer MUALLAF.
Oh syyyy ako beli cetak rompak punya.
Excited nak tengok jalan citer nya.
Maklum lah b4 ni banyak sungguh kontroversi pasal filem MUALLAF nih.

Malam ni ako OFF tau.
Sambel mnghitung hari.
Eeeeee x sabar nya nak lari dari sini.
Oh Mickey, tunggu daku datang kepada mu!!

Nota Jemari: Ok, samat malam suemr! Jumpa esok, lusa dan tulat ye b4 saya menghilangkan diri.

Kenal dia melalui buah yg dia suka

1-JENIS LIMAU


Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.

Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.

Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu.
 
2-BUAH-BUAHAN TROPIKA


Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.

Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.

Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3-JENIS BUAH LADANG


Contohnya seperti epal dan pear.

Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.

Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan.

4-JENIS TEMBIKAI


Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.

Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.

Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati-hati.
 
5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI


Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.

Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.

Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti.
 
6-JENIS KEKACANG


Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.

Kamu ini moody lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.

Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian.
 
7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU


Contohnya kundur.

Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut.

Nota Jemari: Ako suka makan pisang, betik...

Sunday, March 21, 2010

Bila TERANG lain plak yang MELAYANG

Kiri dah ada lampu..
Kanan dah ada lampu
Belakang juga dah ada lampu..
Wah terang benderang sekeliling umah.

Dah tak takut la camni.
Tapi bila TERANG, konpom la bil letrik pun NAIK!!

Nota Jemari: adehh......

Takde DEBARAN pun????

Eh, what happen?
Takde ghase pape pun..
Mana DEBARAN yang ditunggu-tunggu??

Eh, what the hell?
Tak best nyaa....
Takde DEBARAN pun...
Siap leh tukar channel lain dulu..

Eh, what is this?
Tak seperti yang diharapkan.
Mungkin kah sebab konsert pertama?

Kesimpulan nya, TAK BEST LANGSUNG!!

Nota Jemari: penat menunggu je.. hampeh!

SIGS vs SDJ


Anne Jaafar March 21 at 1:10am
retna, hubby anne tanya retna dulu masa sek rendah naik bas pakcik takim ker?
Retnawati Mohd Yusof March 21 at 8:29am
alamakk x igt la hhahaa... byk sgt bus yg kita naiik.. eh tp ghase nya cam naik apek cino hhee.. tp cam familiar je nama pakcik takim.. erkk hubby ann dl dok area mana?> Sbb kita dl dok area tmn sri tebrau... rs nya hubby anne salah org kot ;-)
Retnawati Mohd Yusof March 21 at 11:51am

anne,\
laaaa ako tgk gmbr laki ko tadi... ako kenal hahahaha kenal gitu2 laa sbb muka dia familliar.. patut arr... hahahaha






Ha kan dah cakap ada je yang kenal ako. Adehh.... mengikut mesej yang ako dapat kat FB semalam, member satu kelas mewakilkan hubby nya. Bertanyakan tentang ako. Waduh mula2 harus la ako jawab maybe hubby dia silap owang kot. Padahal ako pun x kenal sangat hubby dia. Tapi naluri keinginan tergedik2 nak trahu siapakah gerangan sang suami itu. Maka ako pun pergi la menyelidik kat FB laki dia. Belek punya belek baru la pasan gerangan empunya diri.

Wakakakakak adeh.... kowang tengok nampak sangat muka ako dari dulu sampai la ni tak berubah2 kan.

Padahal hubby kawan ako tu konpom la bukan dari sekolah ako kan. (ako kan skolah pompuan). Dan selidik punya selidik, laki dia ghopenya jiran ako masa kat Tmn Sri Tebrau dulu dan ako yakin dan pasti yang laki dia ekceli adalah satu sekolah agama dengan ako.

Kecik je dunia ni kan. Pusing2 ko akan jumpa balik owang yang sama. Alahaaaaiiii.... Siyes, x sangka plak kawan ako tu leh kawen ngan mamat tu. Muhahahhaa....

"Che mat oo che mat,
Budak laki tu junior awak kat SDJ.  hehehe..."

Alamakk ... klu laki dia budak SDJ, harus la erkkk ada gak bdk2 DJ lain yang ako kenal dalam list fren FB dia. Adehh mamposssss!!!

Nota Jemari: ...tapi ako mencari2 kat mana 'King Aurthur' skrg ni ek??...

Saturday, March 20, 2010

Mereka muncul kembali

Adusssss buhsan nya petang2 sabtu nih. Seharian menempek je kat umah. Balik2 ngadap tibi, makan, tido. Huh, camne la tumbesaran nak mengecut kan. Lagi mengembang adalah.

Sejak aktif berFB nih, setiap hari ada je kengkawan baru nak soh add mereka. OK x kisah sebenarnya, ye la mana yang kenal konpom la ako accept tapi ada gak yang ako ragu2 tapi ako accept juga. Huh nape la kena accept ek? Hahahaha kang x accept takut kecik hati plak. Tak kisah la kan asal ko jangan nak buat onar sama ako, udah!!

Ramai juga kengkawan lama yang dah terpisah leh kita jumpa balik kat FB. Ako gerenti kowang pun musti dah jumpa balik kengkawan lama, x kira time skolah ataupun kengkawan sekampung ker, sepermainan ker , kan?! Ako ni bukan jenis nak mencari2, maleh yang amat tapi kadang2 ada gak bila time mood rajin ako datang, ada gak la terai cari mencari kengkawan yang ako tingin sangat nak tahu perkembangan derang sekarang ni. Selalunya tak pernah nya jumpa! Siyes... ntah ek ke sebab ako x reti nak mencari atau mereka yang ako cari tak gunakan nama sebenar dan muka sebenar? Atau rupa paras kowang sudah berubah sampai ako pun x kenal sangat dah. Errmmm.... ntah la ek. 

Ada beberapa kenalan lama yang x ku sangka tiba-tiba muncul kembali dalam hidup ako. Erkk maksud ako muncul dalam FB ako la. Ermmm kowang rindu kat ako eh.. muahhahaa... :-D 
Dah sebab kowang tetiba muncul balik dalam kehidupan ako, x pasal2 bertambah la keinginan ako nak mengetahui kehidupan kowang skrg.. Aiseh... i x suker laa!! Ermm... since mcm tu, now ako tgh tgu lagi sowang 'kawan' untuk muncul dalam FB ako. 

Life dah cam xde pribesi lagi ek?!!

Nota Jemari: Dulu suka kamu tapi kamu pergi, sape soh!! Terpaksa la ako suka sama owang lain.. huhu payah nyaa nak develop perasaan suka tu balik..

Purse dia hilang!

Semalam pagi dapat sms dari MAMA abin. Ghopenyer purse dia sudah hilang. Kisahnya waktu dia nak gi beli bekfes, before kuar dia letak purse atas bonet depan kete sambel pakaikan ABIN kasut. Mungkin terlupa maka dia terus memandu kuar kete menuju ke kedai. Kisah di kedai ako x sure la kan. Sedar2 purse sudah hilang. Dan ako syak musti tercicir tak jauh dari rumah ajer.

Dia sudah pusing 4-5 kali di kawasan umah dan kawasan berhampiran tapi tak jumpa juga pursenya itu. So before dia pulang ke Batu Pahat semalam, berpesan la dia supaya mana tahu kot2 ada owang terjumpa dan baik hati pulangkan purse tu balik. Ermmm ada duit konpom la klu ada owang jumpa takkan nya nak dipulangkan balik kan.


Tapi dijadikan citer, seawal pagi tadi ada owang dok ketuk pintu pagar umah ako. Tinjau dari dalam dan konpom la memang ako x kenal pun. Ghope2 nya dia datang sebab nak pulangkan purse MAMA si abin. Oh purse tu dia jumpa berhampiran area umah juga. 

Check , sumer isi kandungan dalam purse masih ada. Duit tak kisah sangat klu hilang, yang penting kad pengenalan, lesen dan kad-kad ATM serta kredit kad. Klu sumer nyer turut hilang satu keje plak nak ke pejabat pendaftaran, bank dan sewaktu dengan nya kan ;-)

Wah, masih ada lagi rakyat yang prihatin. Terima kasih la kat owang yang jumpa purse itu. Hanay DIA yang dapat membalas jasa baik beliau.

Nota Jemari: pasni sila berhati2 ye wahai MAMA abin, jangan leka lagi!

Friday, March 19, 2010

Gigil, lapar Pizza Hut

Akhirnya sampai juga bekalan makanan ako tengahari tadi. Gigil tunggu derang bawa itu pizza. Kan dah kata termimpi2 nak makan, last2 dapat juga. Perghhh nikmaatt!

Lambat lak derang ni nak kuar sumer nyer dari beg plastik. Ako dah gigil kelaparan nih.

Dah... kasi masuk mulut.. opss bismilahirohmanirohim......

Lapaaaarrrrr siot! Sowi la ye memang makan dah x koser nak toleh kiri kanan lagi. Bughok ker cantek ker dah  xpedulik dah janji piza masuk dalam pewot...

Burllppp alhamdulilah kenyang sudah.

Nota Jemari: alamaakkk malu nyaaa...... *makan gelojoh*

Nazak dah ni!

Adehh..... lapaar giler!!
Ghase dah nazak sungguh tahan lapar nih..
Dah terbayang-bayang pizza dalam kepala hotak...

Laaaapaaaarrrrrrrr!!

Nota Jemari: ako tunggu owang sbb tu x kuar lunch

Melantak di kedai 1Malaysia

Hari tu ako mengidam sesangat nak makan rendang. Dah terbayang-bayang dalam kepala hotak ghope rendang nya. Tetiba anak tekak ngengada kan nak makan makanan 'berat' sket. Dok pikir2 kat mana la ada kedai yang jual rendang yang sedap dan power. Kat sogo ada tapi mahal yang amat. *nanti ada peluang ako wat entry rendang kat sogo*

Lama dok pikir tetiba teringat kat kedai minang depan sogo ada jual rendang. Perghh terbayang-bayang... Ghase cam dah meleleh2 air liur nih. Tapi tak kesampaian ari itu sebab memandangkan kawan nan satu tak suker makan kat kedai minang tu. Gurlpp.... ok melepas la ngidam tekak ku.

Tapi kebetulan kawan nan satu itu bercoti plak semalam. Maka, kawan yang lain mengajak la menunaikan keinginan anak tekak ako hari itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Takkan ako nak tolak walau keinginan itu sudah menurun 70%. Memandangkan masih ada baki mengidam 30%, ako berbesar hati mengekor mereka melantak di kedai minang itu.

Ok, begini la ghope luaran kedai minang tersebut yang dah lama beroperasai sejak arwah mak mula2 start keje dulu. Ha kowang bayangkan betapa lama nya kedai itu. Memang nostalgia laa... Resipi turun temurun tu. Jap jap opsss kowang tengok luaran je mcm tu tapi kat dalam kedai memang dah 1 Malaysia.

Masuk kedai, ruang belah kiri kowang akan nampak tuan kedai yang jual lauk-pauk minang. Konpom time-time hari keje waktu lunch memang FULL memanjang kedai tu.

Di pintu masuk tengah-tengah plak ada mamak jual rojak dan mi rebus. Rojak dan mi rebus dia memang power sedap!! Klu kowang x nak melantak nasi, bole la terai makan rojak ataupun mi rebus mamak itu.

Dan di sudut belah kanan plak, ada apek jual makanan bergoreng. Ko nak makan bihun goreng ker, mi goreng ker, leh ah order kat apek itu.

Ha kan dah cakap kedai itu adalah kedai 1Malaysia. Melayu, cina, india malah sape jua pasti akan melantak kat kedai tersebut. Ye ye kedai adalah sedikit oldies so ko jangan nak harap mahu meghase aircon atau waiter yang cantek2 dan molek melayan kowang.

taadaaaa... akhirnya dapat gak makan rendang. walau seketul je daging yang dia bagi tapi jadi la daripada kempunan. Lauk minang yang ako pasan musti ada jual lauk ayam masak lemak kuning tu. Tak tahu la apa nama nya. Nak cakap kari pun mcm iye nak cakap lemak kuning pun cam iye juga yang pasti memang marbeles kuah nya... Ingat nak tambah 2 kali tapi ishhh agak2 la kan. muahhahahaha....

Dan makan berat2 jom kita pekena buah plak sebagai pencuci mulut.

Nota Jemari: psstt kawan, jangan kecik ati plak x ajak ko hehehe ;-)

Thursday, March 18, 2010

Geli dengan bulu-bulu itu....

Aikkk kena bayar kah?? Bukan tadi entrance sudah bayar ker? Seb baek la x mahal nak masuk rabbit park ni cuma RM3 jer.

Si ABIN mula2 cam geli-geli gitu. Ekceli dia bukan geli apa, dia dok ghisau pasir batu yang masuk lam kasut dia tu. Eeee anak sape la yg 'pengeli' sangat nih... opsssss :-D

Pastu lama-lama dia naik syiok plak.. Agaknya sebab dapat pegang bulu-bulu yang lembut kot.

"Apa la makcik-makcik ni dok langgar pp aku ek?"
Agaknya tu la yang dipikirkan oleh si ABIN ni.. muahaaa

AWAS ko abin..... nanti lagi banyak aunty nana gomol pp ngan pp abin mauhahaha :-D

Nota Jemari: Ako yang geli nak pegang sebenarnya...

LIVE Farmville

Penat jalan kat atas jom kita lepak kat tasik plak. Wei kowang sape kata kat dalam FB je ada farmville. Kat sini pun ada jugak tau. LIVE lagi ako jumpa swan putih dan hitam itu.

Ako sebenarnya takot nak dekat2 ngan angsa itu. Sebab takut kang kena 'sudu'. Isskkk jadi sipi2 je la gambar swan dan ako bersatu ek.

Cantekkan kaler putih. Besar giler swan nih.

Bukan swan putih je tau, swan hodoh kaler hitam pun ada.

Geli lak tengok bila dia dok panjang2kan leher. Memang huduh kan. huhu...

Nota Jemari: Ok ako dah dapat bela swan hidup lagi.. Boleh kira poin x dalam FB?

Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Balik dari Nilai 3 semalam, MAMA si ABIN mengajak la ke Bukit Tinggi. Ok ok seb baek naek kete baru dia. Nak bawa si putih, ngeri lak. Bukan apa takut si putih semput dan semput dan semput mcm tuannya. Ok back to stori, since adik ako yang ngajak kan so harus la dia yang jadi driver. Ako plak sudah tentu la jadi 'mem' kat belakang. Oooo i like!!

Jalan agak bengkang bengkok yang erkk ngeri!! Ada short-cut tapi pelik gak awat la di tutup jalan shortcut tu. Jalan yang panjang, ingatkan sudah sesat sebab lama benor nak sampai puncaknya tu. Sunyi sepi je jalan ke sana. Ermmmm... takot gak tapi seb baek gi ramai2 kan.

Yeehaaa sudah beli tiket masuk. Sorang kena bayar RM10. Tapi kan tapi kan ermm apa motif ek kena bayar? Ingat kan harga tiket tu dah termasuk tempat arnab ngan yang lelain. Ermmm x kisah la. Janji impian ako dah tercapai nak daki bukit tinggi ni.

Akhirnya...... Selamat juga pendakian kami. Alhamdulilah. Nama tempat itu adalah 'Colmar Tropicale'. Ni peghancis punya ala-ala bangunan kan? Ntah bila la dapat pegi negara omputih ni kan?!! *duit duit... iskkk*

Yeehaaaa i was here already!!! Ok ok sebab ako excited sangat, ako soh kak lin tolong snappy kan gambar ako terlompat2.. Hahahaa.... Bukan senang tau nak gedik lompat2 camtu kat public. Tapi sebab excited dan ako pedulik hape, maka terjadi la beberapa pose yang ntahpape kat bawah nih. Laaayaaannnn...!!

Ni pes ako lompat. Ermm... agak mcm "..eh kudung lak kaki". Tambah plak mcm nak tunjuk betapa kebal nya ako. Isshh... x besh so kita try lagi lompat.

Ini plak lompat mcm nak menari tarian bangra. Aiyaaakkkkk... x suker juga. Ermmm payah juga ye nak dapatkan pose melompat yang menarek. Ghase nya klu lompat ghamai2 mcm hilang keMALUan sket. Tapi bila ko tergedik sowang2 melompat, harus la keMALUan tu menyerlah kan.

Takpe takpe kita cuba lagi. Cuba cuba dan cuba. Jangan cepat putus asa. Ha... yang ni cam OK la sket. Gabungan pose-pose yang sebelumnya. Dah penat nak lompat2.. Yang penting akhirnya dapat juga sampai ke situ.. Yeehaaaa!!

Dah tergedik lompat2 so kasi pose sopan la sket. Kang klu bakal mak mertua tengok bakal menantu dia tergedik2 camtu terus kena rejek. Huhu... x sanggup.

Erkk.... dia cakap apa tu ek??? Dalam bahasa peghancis daaa.. Tergeliat lidah nak nyebut.

Yang best dapat gomol2 ngan ABIN kat tempat sejuk. Eh jap jap x sejuk mana pun. Cet! Mati-mati ako ingat kat situ sejuk mcm kat genting. huhu beriyer2 si ABIN ngan ako bawa baju sejuk masing2. Last-last ku tinggalkan ajer di dalam kereta.

Oh My Gucci...!! hahah *tgk nad, kita dah ikot awak.. penangan citer pisau cukur la ni* Tak sangka ako berjaya sampai ke puncak bukit tinggi!

Nota Jemari: pasni nak daki puncak mana lak ye?

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers