Followers

Friday, April 30, 2010

Korea Trip : Kimchi School & Tradisional Costume

Ye ye masih lagi ako nak sambung pasal trip to korea tempoh hari.
Hari yang baru. 
Destinasi juga baru.
Kita ker sekolah membuat kimchi iaitu salah satu makanan rutin owang-owang di sana.

Papan tanda KimChi School punya la besar. Klu tak nampak juga, tak tahu la. Ako rasa ini salah satu skolah yang ada kat sana. Mungkin banyak lagi sekolah membuat kimchi yang lain.

Tak yah celoteh panjang lebar, kowang tengok gambar je dah tahu camne nak buat kimchi kan? hehhehe Senang je ekceli, ko amek sayur kobis bunga, ko letak lada, garam, gula, pastu gaulkan kasi sebati then ko sapu lada tadi kat kobis.. pastu ko peram la klu nak lagi masam. Kimchi yang kitorang buat akan didermakan ke umah anak-anak yatim sekitar seoul.

Yang ni plak kimchi sotong kalau tak silap ako. Sedap!! rasa FRESH sangat sebab ni bukan yang diperam. Klu soh makan dengan nasi kimchi yang fresh camni, memang la ako sanggup.

Dah setel belajar buat kimchi, kami dibagi berpeluang memakai pakaian tradisional korea iaitu han bok. Sebab dah pernah meghase pakai tempoh hari kat matta fair, maka takde la ako excited sangat kan nak pakai kali ni. So ako men amek je la kaler baju yang erkkkk kuning kekuningan... aiyo..erkk ermm...

Lama la juga sesi bergambar derang kat sana. Layan kan ajer laa tapi siyes memang cantek2 la kaler han bok nih... Masa soping malam aritu ingat nak la beli kain hanbok ni bawa balik msia dan buat baju kurung ker tapi kowang tahu bape rege baju siap untuk kanak-kanak sahaja?? Hampir beratus-ratus, OK!! Itu baru kain untuk budak, klu yang kita dewasa nih erkk harus la berlipat kali ganda rege nya kan. Eeeee x sanggup!! Mungkin sebab kualiti kain dia sangat2 la bagus kot tambah plak susah nak dijahit agaknya kain jenis nih. Takpe janji dah pernah terai..

Nota Jemari: agak kowang, tukang jahit kat sini reti buat han bok tak? hehe

BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu

Salam sumer,

Beberapa hari lepas ada jenguk blog budak nih, pastu terperasan satu entry menarek. Terus ako klik kat blog yang berkenaan maka terjumpa entry yang ini plak dalam blog budak nih. Saja-saja la kan cuba nasib. Menang kalah belakang kira la kan. Janji ako dah cuba. So jom kita mula!

Percutian ke Disneyland Hong Kong pada 28 Mac 2010.
Terlalu excited sebab akhirnya dapat juga la kan menjejakkan kaki, tangan dan seluruh badan kat sana. Yeeehaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Percutian ke Korea baru-baru nih, 11 April 2010.
Gambar sewaktu di Nami Island, lokasi pergambaraan drama korea terkenal, Winter Sonata. Opkos la ako sangat-sangat suka dah teruja bila dapat berada dan merasai sendiri suasana persekitaran penggambaran tersebut. Terasa damai jer. Agak-agak klu ada peluang lagi, boleh tak ako pulak yang buat penggambaraan sendiri kat situ ek? hehehe....

Seoul, Korea - 12 Apriil 2010
Buat pertama kalinya dapat melihat dengan lebih dekat bunga sakura yang khabarnya hanya akan berbunga untuk beberapa hari sahaja. Wah beruntung sangat-sangat sebab masa ke sana tempoh hari cuaca adalah sangat sejuk seolah-olah kami berada pada musim sejuk ketika itu. Bukan kah bunga sakura sepatutnya berbunga pada musim bunga dengan cuaca yang berangin dan panas??

Korea, 13 April 2010.
Sanggup tu bersusah payah nak daki Mount Sorak nih. Memula terpikir gak, nape la kena daki gunung nih tapi bila dah sampai kat atas puncak nih, wah tengok je pemandangan dari atas, memang SUPERB!!! Walau kami ke sana sepatutnya adalah musim bunga tapi cuba tengok sekeliling, masih kelihatan salji lagi kan?! Kirakan musim sejuk masih belum berakhir lagi ketika itu.

Memasing gumbira tapi dalam masa yang sama harus lah berhati-hati kan sebab kat belakang tu adalah gaung. Kalau jatuh alamatnya bersepai nyawa dan badan hehehe... Jawapan nya pasti Inalilah je la yek.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok Sue, kita dah buat entry pasal percutian nih. Hope segala syarat sue kita dah ikut eh... Pilih la mana satu yang berkenan dan bersesuaian yer ;-)

Nota Jemari: kemaruk hadiah sungguh ako ni tau... *jeling owang kat sana*

Suatu ketika dulu...

Posto! Posto!
Kring.. kring..
Abang posmen belum pun sampai depan umah tapi bila terdengar je sayup2 bunyi motor dia, tergedik-gedik ako adik badik berlumba-lumba buka pintu. Tersengih-sengih la memasing dok menanti moto posmen lalu kat depan umah. Klu abang posmen benti, lagi lah bertambah2 bercahaya muka sowang-sowang.

Ala ekceli bukan nya sebab abang posmen tu baek or encem ke hape cuma memasing tergedik-gedik menantikan surat-surat cinta memasing. Erkk jap bukan slalunya surat-surat untuk ako sowang je ker? *hahahahha gelak gataiiiii :-D*

Memang suatu ketika dulu ako sangat suka kalau ada posmen lalu.
Bertambah suka kalau posmen benti depan umah.
Berlipat ganda suka klu ada surat untuk ako.

Yeah... suatu ketika dulu mana la ada internet.. mana ada henpon.
Nak dibandingkan zaman sekarang nih, budak umur 2 tahun pun dah pakai henpon.
Wah ADVANCE sungguh!!
Suatu ketika dulu bila zaman IT ni belum lagi berleluasa, surat adalah sangat-sangat penting untuk berhubung. Boleh dikatakan ako dan kengkawan kerap berutus surat. Bukan sepucuk, dua pucuk surat malah dalam sehari berpucuk2 surat kami akan tulis. Ooo ini bukan surat cinta, ini lebih kepada surat PERSAHABATAN. Kerna takut terputus hubungan, memang memasing sudah berjanji akan sentiasa berutus-utus surat tidak kira walau cinonet ajer ayat dalam surat tersebut. Lagi bangga kalau ko dapat hadiah atau surat-surat berwarna-warni dan kreatif macam yang slalu ako dapat dari FARA suatu masa dulu.

Adusss FARA, ako windu sungguh kat surat-surat kreatif ko tu..

Tapi pada masa sekarang, nampak sahaja moto posmen, ako lah owang pertama akan nyorok belakang langsir. Erkkk bukan apa, sudah terbayang surat-surat yang bakal ako terima bukan lah berbaur kreatif tapi melibatkan uwang ringgit. AdddOOOiiii.... susah juga mahu terima surat-surat cinta atau persahabatan zaman skrg nih. Yang akan kita dapat hanya lah BIL-BIL yang menuntut pembayaran.

Gurlppp!!!

Banyak sungguh perbezaan kan, suatu ketika dulu ako TERSENYUM bila nampak posmen, tapi sekarang nampak posmen pasti muka MASAM mencuka.. alahaaaiii nasib badan.

Nota Jemari: rindu la nak dapat surat CINTA!!

Thursday, April 29, 2010

Korea Trip: CO'OP Residence Hotel, Soping TIME!!

Dah kenyang....
Dah selamat sampai SEOUL..
Check-in dulu hotel.
Hotel kat SEOUL yang kami nginap takde la besar mana pun tapi boleh la dekat ngan town juga la. Klu kowang pernah tengok citer2 korea, style hotel kami ni macam ko sewa sebuah bilik yang lengkap dengan bilik air dan dapur. Kecik tapi padat!!

Nama pun 'residence'... so konpom la cam konsep rumah/bilik sewa gitu. Walau kecik tapi tatap selesa. Ako suker. Bayangkan klu ko kena tgl kat situ, duduk lak sowang2 , ha memang sesuai la menyewa bilik/umah macam nih.

Tak sabar dah nak masuk bilik. Penatttt!!! Kat sini ramai gak owang msia datang menginap. Or dengan kata lain memang tempat foreigner tinggal la.

Ako bayangkan kunci pintu dia macam dalam drama2 korea tu. Ala yang derang pakai code lock je tu.. Tapi berangan je la kan.. Konpom la lock macam tu mahal nak mampos. Hotel mcm ni simple klu buat lock mcm tu memang kelaassss laa. Tapi cam nyusahkan juga kan sebab nak kena hafal code lock la plak hahahaa...

Masuk-masuk ko dah nampak sinki ala2 area dapur gitu. Lorong kecik je tu. Belah kiri plak toilet yang amat2 sempit tapi ala ko mandi pun sowang2 so apa jadah nak toilet besar2 kan.

Katil memang selesa sangat2... Ingat dah masuk bilik boleh la terus rehat dan membuta tapi malam tu takkan ko nak melepaskan peluang tuk SOPING!!! 

Yahooo jom kita sopingggg!!! 

Dukacita sungguh, ko nampak bangunan kat belakang tu??? Ha tu adalah pasar DONGDAEMUN untuk bersoping tapi boleh plak malam tu ia ditutup. Eh, beriyer2 ako nak jejak kaki kat dalam bangunan tu lepas layan drama korea tajuk 'prince.... erkk lupa lak tajuk drama tu..

Bertambah kecewa sebab area situ hanya bole soping baju2 sahaja. Barang souvenir sangat2 payah hendak jumpa. Dengar citer klu nak soping macam2 patut ke pasar NAMDAEMUN. Emm ok ako dah mula kecewa malam itu sebab apa yang dicari2 tak juga jumpa. Nyesalllll tak jalan sendiri malam tu. Ye la bak ako kata awal2 lagi, bila dah sejuk beku macam tu, nak jalan2 pun rasa 'berat' dan malas. Alahaaaiiiiii ruginyaaa!!

Nota Jemari: tapi.. tatap juga la dapat belikan kowang souvenir yang x seberapa.. Sowi ek, tu je yang termampu dek uwang dan tenaga serta masa.

Korea Trip: Evergreen Pakistan Restaurant & ITAEWON

Sebelum check-in kena la mengisi pewot dulu kan. Kali ni kami makan separate ngan mereka yang lain. Sebab dah sampai Seoul so kami dihantar ker kedai HALAL di area ITAEWON. Bila dengar je mahu pigi ITAEWON, tergedik2 la hati ako nih. apa taknya owang cakap itaewon ni area untuk para pelancong. Kat sini la ko leh jumpa pelbagai jenis manusia dari pelbagai negara dan kat sini juga senang mahu cari makanan2 yg HALAL.

Memang betul apa owang cakap, suasana kat itaewon ni tak macam ko berada kat Korea tapi macam ko berada kat negara omputih yang lain. *eh macam ako dah pernah gi negara omputih?!!!* Kira kan bagi ako la suasana nya lebih kurang macam kat KL jer hhahaha *ye ker?* Tapi memang ramai foreigner kat sini. Jalan-jalan ko leh jumpa la ngan owang Msia gak tapi sombong ya amat. hurrmmm...

Bila dah sampai sini ako tergedik2 tak sabar nak menyoping. Suasana agak sejuk. Klu tak tahan boleh beku dibuatnya. Tapi tengok owang lain cam dah biasa jer. Selamba je derang jalan-jalan, takde plak ako tengok cam derang tahan sejuk. Memang la kan, dah ko ni pestime nak meghase musim sejuk kat negara owang. Padahal mereka tu sumer memang dah biasa dengan cuaca sejuk macam tu. Iskkk...

Alamak kat korea derang panggil MTR tu apa ek? MTR jugak ker? Niat memang nak gak terai naik MTR kat sana tapi ishh bila ko dah penat ditambah plak cuaca yang sejuk, eee x koser dah terai menerai ni. Tapi ha bila dah balik Msia ni punya la menyesal tak sudah. Rugi!!!

Time untuk dinner!! Wah baru la dapat makanan yang boleh dimakan dengan KENYANG dan SELESA.  

Memasing sangat-sangat la excited nak melantak. Kedai ni deco nya memang antik sket. Selesa juga. Nama pun kedai pakistan so masa tengah makan2 dihidangnya kami dengan tayangan filem hindustan. Apa lagi, layaan la lagu2 bollywood kan. Dah ghase macam ko gi negara india plak. Muahhhahaa...

Dapat la makan roti naan, nasi berlaukkan kari ayam.. Perghh memang menyelerakan dan bertambah2 la kami sumer melantak.

Memang sedap, lazat, lemak hingga menjilat jari!!!

Senja di Korea. Sejukkkkkk! Asek asek sejuk. Opkos arr sejuk yang takkan ko ghase klu kat Msia weiiii!!!

Ingat kan nak menyoping kat Hard Rock sana tapi ermm ghopenyer hard rock sana sudah bankrup!! Aiyaaakkkk...... yang ada jual pun saki baki abeshkan stok ajer. Takde apa yang boleh dibeli pun. Pelik la kan, patutnya kat sana la kena laku. Lokasi dah sesuai tapi tu laaa.. alahaaaii melepas arr nak membeli belah kat sana.

Mereka di dalam kawasan kedai sudah kelihatan menggigil kesejukan so kowang bayangkan klu ako kat luar kedai sambel snappy gambar mereka??? Harus la membeku kaki, mulut dan tangan ako ketika itu... Masa ni tengah menunggu bas dan mereka yang lain. Mereka yang lain takde nya nak join makan sama2.. Konpom la mahu mereka makan lagi best dari kami..*erkk best ke??*

Dek kerna takut kena tinggal maka kami sekadar berjalan berhampiran kedai makan sahaja. Memang x puas la juga nak menjelajah satu itaewon. Sangat tak puas hati!! Ni la ruginya klu ko amek pakej. Tak bebas dan bergerak dan masa adalah sangat2 TERHAD.

Nota Jemari: ako suker area sini tapi tu la tak berkesempatan nak menjelajah seluruh pelusuk ITAEWON!! ruginyaaaaaaaa...... *sadis*

Korea Trip - Casino

Haloo... bersiaran kembali dari Seoul, Korea.
Ye ye memang citer percotian korea belum lagi abes.Banyak lagi tempat-tempat yang kami pegi yang ako nak share ngan kowang sumer. Lepas sahaja kami bersokaria kat Everland dan menikmati salji turun, kami terus dibawa ke bandar Seoul. Memang dari mula ako dah tahu yang pakej kami ni akan melawat casino. Kami ada juga bertanya kot2 kami bole escape saja tempat yang satu itu tapi jawapan dari pihak SUMMIT HOLIDAY, "TAK BOLEH". So, nak tak nak kena la ikot juga. Dalam kepala dah terpikir, apa la yang kami akan buat kat tempat macam tu kan.

So bila sampai je kat itu tempat, ermm kami cam terpinga-pinga juga la kan. Wah ditegur supaya jangan buat bising. Pulak, ingat tempat judi ni bukan hingar-bingar ker? Ooo barangkali sebab tempat casino itu terletak di dalam hotel, dan suasana agak 'tenteram' dan 'kelass' gitu.

Nama casino itu adalah 'Seven Luck'.. Ntah bape ramai la yang ada luck agaknya bila masuk situ kan. Rata-rata rombongan kami hanya melihat-lihat sahaja suasana di dalam casino. Oooo kami berempat diLARANG masuk. Eeee ako pun x koser nak masuk kat dalam tu.

Memandangkan ianya terletak di dalam hotel yang bertaraf 5 bintang, kami mengambil peluang sekadar melawat kawasan persekitaran hotel itu sahaja.

Ooo ye ye hotel tersebut adalah Hotel Hilton.

Dan sementara menunggu yang lain, ni je la keje kami.. Sempat la main walaupun hanya sekejap. Masa ni memasing dah kepenatan. Apa taknya seharian dok bersokaria, adehh apa jadah la kan kena melawat tempat nih. Aisshh.... Sudahnya check-in hotel dah malam. Dah tak sabar nak bersoping malam nya tu tapi .. macam hampa.. FRUST!!

Eh STOP!! Ako baru belek gambar, silap daa bukan malam tu yang nak bersoping, ada lagi satu hari. OK next story!! heehehe

Nota Jemari: gilo ko, nak soh masuk dalam casino tu?!!! erkk....

Tuesday, April 27, 2010

Bila makcik PEPEL memborong

Kowang tengok makcik PEPEL ni.. Amboiiii sakan nya dia bersoping sampai x hirau owang sekeliling dah. Turun KL semata-mata nak borong tudung. heehheh xpe xpe kasi chance la kan. Jangan laki dia tensen bini dia dok borong byk2 udah la ye ;p

Beli kak jangan tak beli. Pilih mana yang berkenan. Pastu soh owang bayar kan ajer. Hahhaha memang senang hidup kan.

Aikk rindu-rinduan plak ye.. 

Tak puas soping lagi ke cik kak oiii???!! Udah2 ler tu, yang ada skrg ni pun dah tak tahu nak letak mana kan? hehehe... kasi beli penyangkut tudung dulu laaaaa..

Gambar beramai-ramai before berpisah.

Nota Jemari: riuh sekampung arr.... macam kambeng kuar kandang tau... hahahahah

Monday, April 26, 2010

Rombongan 'HULK' menaiki Putra-LRT

Selesai sudah makan-makan MSJBOX. Alhamdulilah sumernyer berjalan dengan lancar kan. Mungkin tahun depan kita bole kasi kelainan sket...

Lepas makan-makan memasing tiada arah tuju. Ada yang mahu pulang terus, ada yang mahu melalak, ada yang mahu memborong. Tak lupa juga ada yang 'mati kutu' tak tahu nak wat hape. Nampak gaya rombongan HULK telah berpakat menyerang PUTRA-LRT. Aiyoooo gempaq OK!! Dah macam-macam 'peel' derang ni tau.. Iskkk memang kasi malu kaum HULK ajer.. muhahhahaa... ;p

Mereka tengah berebut-rebut nak masukkan tiket. Ada yang PERNAH naik, ada yang SLALU naik, ada yang langsung TAK PERNAH naik.. So kowang bayangkan ajer la pangai sekor2 bila dah ramai2 macam tu konpom lah riuh rendah dalam putra tu dibuatnya. Silap haribulan ada yang 'berkampung' plak kat dalam tu. 

Ini tuan punya gambar adalah pestime naik PUTRA dan leboh specific lagi FIRST TIME naik PUBLIC TRANSPORT. Alaamakk en sabar oiii, seb baek la insiden tiket tu kita bertiga je tahu. MUhahaha ok ok rehsia, kita kunci molot kan.. *gelak guling2*. Adehh memang kasi malu owang kampung je tau ;-D

Para bapa dan ibu HULK sudah datang menyerang. hahha sampai si Nini pun terkedu tengok banyaknya HULK-HULK dalam putra itu. muahahaha :p Ketua HULK tu ako ghase yang pakai baju itam cap merah ... *opocot caaaboottttt wakakak :-D

Budak-budak jangan citer la kan konpom la excited juga.. Ta heran la kan tapi klu mak ngan bapak budak yang ober excited, ermmm apa citer kan... :p

Nini masih dalam situasi terkejut dengan riuh rendah sore-sore HULK sekeliling dia. Tu tu kowang tengok owang yang paling ujung tu, mula2 cam malu-malu jer. Dia kasi kontrol dulu keJAKUNan dia tapiiiii lepas tu......

Ha lepas tu dia excited nak jadi PEMANDU putra. hahhahaa alahaaiii laki sape tu weiii.. Nampak gaya pasni kena rajin2 bawa dia naik public transport la yer. Kang ada yang tak tido malam terngingau2 pegang stereng putra. muahahahahahha.... *ya ampun ye en sabar, jangan marah!* :p

Tengok, mereka2 yang sudah biasa, rileks ajer tak campur dengan HULK-HULK yang jakun makun tadi.. :p *mampos la pasni ako kena maki*

Kan dah cakap, ni raja segala PUTRA. hehehhe Muka slalu terpampang dalam PUTRA setiap hari, pagi dan petang. Sesuai jadi model or duta PUTRA-LRT kan.. hahhaa

Dari Setiawangsa ke Ampang Park. 
Dari melantak terus melalak.
Dari mengurus terus mengembang.
Hahhahaha sumer nya gara-gara GENG HULK mahu menyerang karaoke Ampang park.

Laaayaan kan ajer mereka yang sedang kemaruk melalak. aiyo che mat, lu kasi layan rock kapak arr malam tu. Cayaaaa laa bro!!! Next time kasi request lagu bole tak?! hahhaha

Nota Jemari: Seb baek takde yang betul-betul berubah jadi HULK

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers