Followers

Friday, July 30, 2010

10 Tahun Perkhidmatan

Salam petang Jumaat,
Bersiaran langsung dari Lanai Kijang BNM.
Waktu berehat seketika sebelum meneruskan latihan terakhir kejap lagi.

Kowang ingat tak lagi entry pasal pemilihan barangan dari opis ako sempena genap soploh tahun kat sini? Setelah sekian lama menanti akhirnya terjawab sudah segala penantian. Semalam petang ako didatangi sebuah bungkusan beserta sebuah frame sijil penghargaan '10 Tahun Perkhidmatan.'

Girang tak terkata.
Ini lah masa yang dinanti-nantikan oleh kami sumer.

Ekceli sijil ni takde la ako excited sangat kan nak dapat.
Tapi ako tetap la bersyukur dan berterima kasih pada BNM atas keperihatinan dan ingatan terhadap kami yang telah lama berkhidmat di situ.

Yeehaaaaa...
Inilah set jam yang ako pilih.
Mulanya mati-mati ako ingatkan hanya baju je jenama charles jourdan tapi bila search kat internet, baru lah ako tahu CJ bukan setakat jual baju jer. hehehe.... Ok laaa ako suker!!!

Oh ye, ako tidak keseorangan.
Teman berdua ini juga sudah sama-sama berkhidmat bersama-sama.
Mereka memilih hadiah yang berlainan dari ako.
Seorang memilih jam tissot dan seorang lagi memilih kijang emas.


Tahniah buat kowang dan juga ako!!!
Aiyo bertahan kah kita lagi soploh tahun???
Pape pun, i lap u la BNM... yeehaaaaa!

Nota Jemari: 2 Februari 1999 tarikh keramat ako menapak di Bank Negara

Wednesday, July 28, 2010

Makan Malam bersama...

Kad dah dapat jumaat lepas.
Excited ko nak pegi annual dinner opis ako sabtu nih.
Ishhh ako excited sbb nak buah show kan malam tu.
Tapi erkk gigil pun ada juga. Ye la kan, takut malam tu nanti mengelabah plak nak perform.

Show idok le semeriah malam tahun lepas.
Tapi cukup la memuaskan hati kami sumer yang akan perform malam tu.
Harus debaran tatap ada.

Yang tak best tu, dapat je kad terus belek nama.
Aiyoooo tak patut ok derang letak title 'PUAN' kat depan nama.
Ye la ye la sumer pun kena panggil PUAN tapi isshhhh hilang seri bila kena panggil ngan title itu. hahahaa... tak patut OK!!!

So are u ready gals & boys???
We're going to have fun & enjoy that night!!
Yeehaaaaa

Nota Jemari: harap yang terbaik

Hitam itu sedap!!

Lelong!
Lelong!

Uishh sana sini dah banyak owang mula menjual untuk persiapan raya. Dan ramai juga yang dah sibuk membeli itu dan ini. Ako pun ikut juga derang membeli tapi kami menyoping bukan untuk raya cuma mencari sesuatu yang bersesuaian untuk dipakai pada malam dinner sabtu nanti. Sudah mendapat apa yang dihajati maka mengisi pewot la kami sumer di Restoran Berisi, medan mara.

Ekceli bukan nak citer pasal persiapan dinner, cuma nak berkongsi keenakan bihun soto di restoran tersebut. Nyumm memang sangat menyelerakan anak tekak ako. Cukup membuat ako ghase nak tambah lagi..0ppsss no no hahaha nak mampos makan bebanyak skrg nih.

Btw, hitam itu sedap!! Lagi banyak ko letak cili kicap, lagi power dan enak rasa soto itu. Sungguh menambahkan kepedasan dan kesengsaraa bagi mereka yang tak tahan. Ako suka pedas! Lagi pedas lagi kaww!! Lagi hitam lagi umpphhhh!! Slurrrppp....

Deretan kuih-muih raya sudah sedia untuk dijual.
Ooo sungguh ako terasa makin dekat plak nak ghaye!
Erkkk.. p0ser pun terkial-kial nak ganti, ada hati nak raya. Ceh!!

Ha.. kowang plak macam mana? Dah tempah ke kuih raya?

Nota Jemari
: Eh baru pasan, baju raya ako dah siap ghope nyer!! Laa....

Tuesday, July 27, 2010

Restoran Makanan Cina Muslim

Ako tak tahu pun kedai ni wujud.
Klu tak dek kerna adik nan satu yang kasi tau, konpom sampai ke sudah ako memang tak tahu pun ada kedai cina muslim kat area KL nih. So sebagai nak cover perasaan tak tahu ako, adik nan satu pun mengajak la ako melantak ke situ.

Yang ako makan ni terletak kat area Taman Melawati. Klu ko tahu BSN, ha ia nya bertentangan jauh di hadapan. Bagi ako area situ memang payah sket la nak cari parking.

Branch Melawati:
60, Jalan Negara,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 012 - 648 0680

Selain situ, kowang leh try kat area wangsa maju.

6, Jalan 1/27F,
Pst Bdr Wangsa Maju (KLSC), Seksyen 5,
53000 Kuala Lumpur
Tel: 012 - 383 1499
 
Ako ni dah lama cari kedai cina muslim yang ada jual dim sum. Selain dim sum yang terdapat kat sini, nak juga la ako try kat tempat lain plak.


Menu-menu kat sini ermm rasa nya macam takde yang special sangat. Sama saja menu yang terdapat kat mana-mana kedai makan. Mungkin yang beza hanya cara masakan kot.
Ako mencari dim sum tapi ermm dim sum kat kedai itu adalah kureng menarik anak tekak ako. Ako bayangkan dim sum diletakkan di dalam bekas kukus tu. Bila derang bagi letak dalam piring camtu, ermm konpom la dah keras kejung kan. Kira tak fresh panas la gitu.

Air teh bunga ni ako kira ianya dari air kotak sahaja. Ermm ako bayangkan lagi ianya yang asli yang ada bunga-bunga tu sekali.

Sirap bandung cincau ni memang nampak sedap! Nasib baik la rasa nya pun sedap juga.

Wantan goreng ni memang sedap!!

Kue teow kantonis..

Kantonis 'ying yong'

erkk ada beza ker makanan dua-dua kat atas tu ek? Yang ako nampak perbezaan hanya ada seketul udang dan daging sahaja.

Ako sudah tersiilap order daaa.. eee ako bukan nya suka sangat kue teow kantonis ni tapi sebab dah order kan so nak tak nak, suka tak suka, terpaksa juga la ako telan sampai abes.

Overall, ermm makanan yang ako makan, so-so aje la.
Frust dapat makan dim sum macam tu.
Kowang tengok kat website, punya la menarik... i frust OK!!

Nota Jemari: I tetap pilih chateau de puah untuk makan dim sum!!!

Woit, kete ako bukan TEKSI arrr!!!!!

Eeeeee teringat topik pagi kat hot.fm pagi tadi.
Ye laaa pasal, "bila marah sangat apa yang kowang buat?"
Tapi ako idok le sampai nak buat pape kan. Ater ako kan pompuan suci jiwa raga nyaa... Muahahaha..

Kisahnya camni..
Ako cukup tak paham klu orang yang menumpang kete ako, pulak tu bila nak tutup pintu kete, punya la kuat sampai ako rasa bergegar seluruh dunia. *ha tipu la tu kan*

Ishh... hape kowang ingat kete ako ni TEKSI ker?
Ye la slalunya pintu teksi je kowang tutup kuat-kuat kan!!!
Adehh..... tersentap jantung ako bila pintu si putih bagai direntap dengan kuat.
Eh memang kuat OK!!

Pernah sekali sorang hamba ALLAH ni dok menumpang ako.
Ha spesis yang suka tutup pintu kuat-kuat la nih.
Dan tak pasal-pasal, berderai cermin tingkap kete ako.
Eh ni memang citer betul, OK. Bukan buat-buat atau main-main. Ini memang FAKTA semata-mata!!! dan sejak hari itu, ako mmg cukup seriau klu hamba allah tersebut mahu menumpang si putih.

Yang pelik tu, klu kete kowang sendiri boleh plak kowang tutup pelan , slow n steady yer. Tapi bila kete orang lain, ya ampun macam nak pecah dibuatnya!! Ako ngadu ni pun gara-gara dok menumpangkan seseorang semalam. Disebabkan aksi beliau semasa menutup pintu tu la yang membuatkan ako macam pikir berkali-kali mahu menumpangkan si putih lagi. Adussss... cuba kowang bayangkan klu ada orang tampar pp or sepak terajang badan kowang. Ha saket kan? Walau si putih hanya sebuah kereta tapi bila ia terluka, umpama hati tuan punya kereta juga terluka.

Ala ako pasti kowang yang ada kereta musti berperasaan mcam ako juga, kan?!! Sape tak sayang kereta weii... Umpama pepatah, 'sape tak sayang bini' ..!! Ha konpom kowang sayang laki n bini kowang kan?!!! Kereta tu la bagai nyawa dan rete ako. Walau tak seberapa nilainya tapi dah ako yang membiayai nya tetiap bulan. Saket pening si putih ako yang tanggung, bukan kowang, jadi harus la ako memang tersentap dan menyentap klu sesuatu terjadi pada si putih!!!

Ako bukan la jenis nak amuk sakan tak tentu hala. Tapi dah ko menumpang, so buat la cara menumpang dengan elok dan sopan ye!! Bila kita buat baik tentu kita dapat balasan yang baik juga. Tak gitu?!! So harap la kowang-kowang yang jenis seperti citer ako ni, bawa-bawa la berubah sikap sket ye. Bukan apa, hati empunya kete senang, tentu dia hepi nak bawa dan tumpangkan ko lain kali.

Nota Jemari: Ako tahu, si putih bukan la baru macam kete kowang !!

Monday, July 26, 2010

Persiapan raya?!

Eh dah nak raya kah????
Oh tidak... poser lagi 2 minggu je kan.
Apa persiapan kowang yer?
Ako? ermm... erkk gurlpp...
Siyes memang takde plan pape pun.
Raya serupa tak raya, sama ajer.

Tengok kiri kanan, kengkawan dah sibuk nak mengorder kuih raya. Adussss ako??? Nak order ke tak ek? Ermm macam membazir pun ada gak. Nak bagi sape makan, ye tak? Alahaaaaii nampak gaya ako order biskut kering cicah sama teh o panas je la. Slurrpppp waduh tetiba cam ghase nak makan biskut.

Baju?
Ermm selai cukup la kot kan.
Ye la nak berghaye ke mana sangat pun.
Paling-paling pun pagi ghaye ako kat umah jer.
Kuar masuk pun hanya nak gi surau dan ziarah kubur jer la.

Duit ghayer?
Ermm ni lagi satu hal. Tapi ghasenya tahun ni just peruntukkan buat anak buah nan satu tu jer la kot. Yang lelain erkk macam tak payah la kot kan. Membazir plak. Uishh tetiba ko ghase membazir. hehehe

Langsir?
Kusyen?
Perlu ker nak membaru kan sumer nyer?
Pikir dua tiga kali.
Ghase nya suasana sama jer kot, ghaye or tak ghaye.

So kesimpulannya, tak yah buat pape. Kita simple ajer la yer!!

Nota Jemari: Dah 4 tahun bersederhana, cuma 2 tahun kebelakangan ni lagi la bersederhana dan simple seadanya..

Beginilah nasib....

Memalam buta dok merenung nasib nan satu. Dibawah cahaya lampu neon di tepi jalan, bertenggek seorang gadis sambel memerhati keadaan yang sunyi sepi di situ... Memikirkan apakah nasib yang bakal dihadapi malam itu?!

Ku tengok kanan, ku tengok kiri.
Tiada siapa dapat ku panggil untuk membantu.
Ku pandang situ, ku pandang sana, "ermm alaaahaaii tayar, kenapa malam itu ko buat hal lagi?????"

Dan sekali lagi tayar berwarna kuning itu ku gunakan sebagai ganti diri sementara waktu.
Semalam petang masuk workshop, dan bukan kebocoran tapi kemoskelan.. hehee... Tiub butang tayar plak yang rosak.. issk... m0skel sungguh!!

Tulun tulun! Minta-minta jangan ada yang buat hal lagi dalam masa terdekat.

Nota Jemari: Akhirnyaa gaji sudah masuk!! Yeehaa tapi separuh sudah selesai bayar hutang.. s0b s0b

Sunday, July 25, 2010

Masalah GAJI pulak daaaaa

Adusss lepas satu, satu masalah datang...
Erkk yang satu ni masalah juga kah??
Eh musti la kan, tanpa yang satu ni konpom sumer bende tak bole nak buat.

Sepatutnya gaji kat opis ako ni dapat hari Jumaat lepas.
Ok la memang excited la kan bila dengor gaji nak masuk.
Tapi sebabkan gaji ako masuk ke dalam akaun CIMB maka otomatik ako tahu gaji ako akan masuk lambat sket dari mereka yang ada akaun maybank. Tapi bila check kat ATM jumaat petang, gaji tak masuk lagi, gelabah la dibuatnya. Dalam kepala hotak terpikir mungkin esok, sabtu nya akan masuk la kan. Check lagi hari sabtu tapi tak masuk2 juga!! Ha sudah, iskkk memang tergendala la segala urusan hutang piutang ako.

Hari ni, ahad, ako check lagi. Aiyo masih juga tak masuk-masuk.... Weii CIMB, apa citer nih???? Maybank dah dapat jumaat lepas. Bank islam lagi best, khamis dah dapat. Apa citer gaji kitorag kat CIMB x masuk2 lagi nih??? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sape nak tolong jawab?????

Punah harapan mahu bersokaria dihujung minggu....

Nota Jemari: Ada hikmah juga ek awak tak muncul wiken aritu....

Saturday, July 24, 2010

Putih oo Putih ...

arghhhhhh damn!!!
Dia buat hal lagi!!

Malam tadi lepas abis latihan lebih kurang jam 8:30 malam, sejurus ako kuar saja dari pintu gate besar opis ako, sejurus ako menjawab panggilan tipon dari sorang opismet, sejurus ako mengerakkan si putih untuk pulang ke rumah, tiba-tiba terdengar satu bunyi yang agak asing dan menjengkelkan telinga ako. Rasa hati memang x sedap sangat. Lantas ako membelok ke arah JKR dan terus memberhentikan putih di situ.

Damn!!! Memang tepat jangkaan ako.
'Kaki' si putih saket kembali.
Mamposs ako memalam buta sape plak ako nak minta tolong nih?
Sudahnya ako tipon adik paksa dia datang tolong gantikan dl kaki sementara si putih.

Setengah jam juga la ako dok menunggu sengsorang kat situ.
Klu adik nan satu ni takde, mmg konpom ako mati kutu kat situ.
Adussss putih oo putih, nape la saat2 macam ni ko bole jatuh saket.

Dan tepat jam 10 malam si putih selamat pulang ke umah.
Nampak gaya 'melabur' lagi arr ako kat si putih nih..
Baru je 4 tahun bersama tapi rasa macam dah empat puluh tahun berlalu...
Harap-harap lepas ni putih akan setia berkhidmat dengan ako sepenuh jiwa raganya.

Nota Jemari: terjawab sudah rasa bebanan dada dan kepala hotak.. alahaaii!

Friday, July 23, 2010

Exchange Link BLOG

Just a little note...

Kowang pasan tak kat bahagian bawah blog ako ni ada follower/exchange link??
Well, klu kowang berbesar hati dan senang hati, letak lak link kowang kat ruangan 'exchange link' tu yek. Nak add follower pun ok jer cuma ako ni payah betul nak klik satu satu follower tu. At lis klu kowang letak link terus and ako terus je klik, terus la appear blog kowang tu. Ha kan senang, betul tak instead of ako kena klik link follower, masuk blog profile, dan terpaksa plak ako cari link blog kowang. Klu satu blog ok la juga, klu berderet2 blognya, erkk paham2 sendiri la yer...

Ako ni bukan nya ada masa n sempat nak jalan blog ke blog, lebih2 lagi kat opis nih..
Klu tenet dah ok kat umah, rajin la juga ako merayap walau kekadang ako jarang tglkan jejak kat blog2 yg ako masuk tu. Suka membaca tapi malas betul nak meninggalkan komen, bole gitu? hehehee... Jangan marah ek, tapi mmg kadang ako ikhlas nak lepak blog kowang cuma masa dan tenaga hotak x mengizinkan ako mencoret sesuatu kat blog kowang.

So hope sangat klu kowang sudi la ye, tinggalkan link blog kat ruangan 'exchange link'.. Terima kasih daun keladi,......

Nota Jemari: ako bukan sape-sape..

I need you

Bila kepenatan pasti kita mahukan rehat yang cukup...
Bila keletihan pasti kita perlukan rehat yang cukup..
Bila kelesuan pasti kita handakkan rehat yang cukup...
Dan yang pasti bila kita letih, lesu, dan penat kita sebenarnya perlukan seseorang untuk mengurangkan stress yang melanda... !!

Ya awak, saya memerlukan awak di saat ini!
Sila terbang dan berada di depan mata saya dengan segera!!

Nota Jemari: AirAsia? Mas? atau Gen Asia? erkk lalala..

Kepala hotak serabut!!

Penat!
Penat!
Penat!

Sampai umah je dah jam 10 malam...
Memang tak tgk tibi dah, pas mandi terus jer beradu dalam bilik.
Tapi yang buat kepala hotak ni penat bila, badan dah letih mata pula tak mahu pejam.
Adusss... so tetiap malam terpaksa la bergolek2 dulu atas katil..
Jerit-jerit nak hilang tension sebab tak leh lelap..
Eksesais lompat-lompat dulu...
Buka 'little red', main game solitaire....

Ntah slalu jap berapa, yang pasti tidoran ako mmg x nyenyak..
Hanya mampu terlelap dalam beberapa jam.
Selebihnya pasti tido ako akan terganggu..
Terjaga la tengah malam..
Dan yang paling pasti sesangat, esok pagi nya ako akan keletihan mahu bangun pagi.

Ngantuk!!
Penat!
Letih!
dan paaalinggggg pasti MALAS!!

Nota Jemari: masa ni la rasa nya kita nak bermanja-manja kan badan... alaahaaii

Thursday, July 22, 2010

Biskut Hangit?!

Mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. That evening, mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of dad. I remember waiting to see if anyone noticed.

All dad did was reach for his biscuit, smiled at mom and asked me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and ate every bite.

When I got up from the table, I remember hearing mom apologize to dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: Honey, I love burned biscuits.

Later that night, I went to kiss Daddy good night and asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone!"

You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else.

What I've learned over the years is that learning to accept each others' faults - and choosing to celebrate each others differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Because in the end, you are the master of your own life, to be happy or unhappy, to be positive or negative.

We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or friendship.

Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - keep it in your own.
So please pass me a biscuit, and yes, the burnt one will do just fine ...

Nota Jemari: erkk hangus ker hangit ek?

Persiapan Dinner

Alohaaa~

Jeng jeng jeng...
Ako tak citer lagi kan kisah nan satu nih.
Tersebut cerita, ini last minit punya cerita..
Niat di hati pada mula nya memang malas nak join sebab ianya berupa tarian.
Sedangkan kesukaan ako lebih tertumpu pada lakonan.
Atas pujuk rayu, akhirnya terjabak juga ako ke kancah tari-menari itu.

Eh bukan suka-suka bukan saja-saja.
Tarian ini adalah tujuan untuk dipersembahkan masa malam 'annual dinner' opis ako yang akan diadakan dua malam berturut-turut iaitu pada 31 Julai & juga 1 Ogos 2010 nanti.

Bak kata ako awal tadi, ako hanya sempat join derang dalam tarian ini baru 2 minggu sahaja. Perghh memang jenuh nak amek feel dan juga nak belajar tarian tersebut. Alhamdulilah so far ako masih sempat catch up mana yang dah ako tertinggal.

Macam tahun lepas kan kitorang terlibat dalam teater muzikal sempena sambutan ulang tahun opis ako yang ke-50. So tahun ni mula nya mahu membuat sketsa dan tarian tapi akhirnya hanya tarian sahaja yang akan dipersembahkan pada pembukaan dinner itu nanti. Berkonsepkan 1Malaysia atau lebih specific lagi buat warga opis ako adalah bertemakan i-acted. Sila jangan tanya apa itu i-acted. Sungguh, ako memang malas mahu membuat penerangan tentang itu. eehehe... Yang pasti i-acted berkonsepkan warna-warni.

Show adalah minggu depan.
Malam kelmarin masa untuk fitting baju.
Baju adalah disewa dari Centrestage Vision Dynamic yang terletak di Sri Rampai.

Wah masuk-masuk je tempat tu terus cam teruja sket.
Al-maklum la before ni ako cari baju-baju macam ni kat area ampang jer. Dan takde la sebanyak ini koleksi baju-baju nya. So bila tengok deretan pakaian kat centrestage ni, perghhh memang gilosss!! Rambang mata dibuatnya! Dan ako kira kebanyakkan jenis pakaian kowang leh dapat kat sini.

Tak kira la, moden ker klasik ker.. Cina, india, even klu ko nak ke masquarate party (erkk sorry klu salah eja), bole ker kowang cari kat situ. Memang gerenti kowang jumpa punya la!!

Oh ye tujuan kitorang gi sana sebab nak cari pakaian yang sesuai la dengan show malam dinner tu nanti. Group ako adalah menarikan tarian sabah & sarawak maka begini lah pakaian yang akan kami pakai pada malam tersebut. Aiyo... macam sarat je ako tengok. Hopefully tak menjejaskan persembahan kami. hehehe ye la kan, masa latihan ko pakai t shirt n tracksuit je. Alih-alih masa the real show, gurlppp.... !!

Memang pening gak nak cari baju yang sesuai, yang muat lebih afdalnya.. hahhaa!!
Alhamdulilah sehingga jam 11 malam, akhirnya memasing mendapat segala pakaian yang memenuhi citarasa, yang bersesuaian dan yang paling penting MUAT!!

Adussss... seminggu je lagi. Berdebar-debar plak ghase nyaaaa...
Last minit ada je perubahan step.. mampos klu tak bole nak catch up nih..!

Pada yang berminat nak sewa baju-baju dari centrestage, sini ako sertakan alamat nya sekali k:-

Centrestage Vision Dynamic

43-1 Tingkat 1 Jalan 46B/26
Taman Sri Rampai
Setapak 53300 KL
Tel/ Faks: +60 (3) 4143-2743
E-mel: centrestage9@gmail.com
Contact Person: Geena / Shikin

Nota Jemari: Doa kan yang terbaik... AMINNNNN!

Wednesday, July 21, 2010

Lunch time!

Makan!
Makan!
Makan!

Startnya dari sorang saja yang hanya bawa ikan bilis goreng sambal.
Pastu masak nasi putih kat opis.
Yang lelain apa lagi, bila aroma nasi sedang masak terbau-bau di udara, maka memasing pun terus turun ke kupang beli lauk pape yang patut.

Sudahnya, terhidang la bermacam-macam lauk-pauk!
Puas makan!
Puas makan!
Puas melantak!

Memang berselera memasing makan.

Nota Jemari: Murah rezeki mereka.

Tuesday, July 20, 2010

Bahana Facebook!!

Hampir setiap pagi ako mendengar HOT.fm bersama si putih.
Dan sempat juga melayan topik panas pagi tadi.
Topik berkenaan 'status di facebook'.
Ako pasti rata-rata kowang yang mendengar hot.fm pasti perasan kisah facebook ini.

Ok, ako bukan nak hurai satu persatu cuma SATU saja yang masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak ako ni. Kisah seorang suami sudah seminggu bergaduh dengan si isteri hanya gara-gara facebook.

Oh, kisahnya mereka sudah 13 tahun berkahwin. Si isteri berFACEBOOK tanpa pengetahuan suaminya. Sehinggalah suatu petang, ketika si suami pulang dari opis, si isteri masih menghadap laptop tanpa menghiraukan kepulangan suaminya. Sang suami sempat menjeling ke arah laptop si isteri dan ternampak laman facebook yang membuat si isteri terlalu asyik dan khayal sebegitu rupa.

Pabila malam, sang suami tidak tido hinggalah ke pagi dek gara-gara cuba membuka password laptop si isteri. Dan beliau berjaya memecahkan password tersebut! Dan alangkah terperanjatnya beliau pabila melihatkan laman web facebook si isteri yang penuh dengan gambar-gambar seksi si isterinya sendiri. Dan juga status yang sungguh mengaibkan bagi pendapat beliau. Maka, berlaku la satu pertelingkahan sesama mereka. Si isteri masih tidak mengaku kesalahan dan seolah-olah merasa tiada apa yang pelik berlaku. Tetapi bagi sang suami yang terasa seperti maruah nya tercabar dan tercalar dengar segala perlakuan isterinya, namun masih tetap ingin memaafkan si isteri dan masih tetap menyayangi si isteri dengan setulus hati.

Oh, ako sangat-sangat tertarik dengan sikap sang suami.
Alangkah bagusnya jika dapat suami sebegitu.
Ako pasti zaman skrg ni susah mahu dapat laki yang boleh memaafkan kesalahan isterinya dek gara-gara EGO mereka yang terlalu tingggi. Betulkan??! Ye ye walau segelintir sahaja masih mempunyai EGO namun memang payah bukan lelaki mahu memaafkan bini yang telah mencemarkan maruah suami itu sendiri??

Ako bukan lah menyokong sikap si isteri.
Cuma ako sangat-sangat menghormati sikap sang suami itu.
Dan klu lah ako diberi peluang mempunyai suami sebegitu... ohh alangkah indahnyaaa!!

Nota Jemari: Adakah bakal suami akan mengurangkan EGO nyaa??? *garu dagu*

Orang kurang siuman??!

Pagi kuar umah macam biasa jam 7.30.
Macam biasa juga drive ke opis dengan memandu si putih.
Dah memang terbiasa akan melalui Jalan Sentul terutama sekali di hadapan pasar sentul.
Hari-hari memang jalan di situ tak lari dek kesesakan. Walau sesak tapi masih dalam keadaan terkawal. Tambah-tambah bila ada abang polis atau pakcik polis atau adik polis yang mengawal lalulintas di sekitar situ.

Pagi ni pemandangan agak luar biasa sedikit.
Laluan masih sama.
Memandu dengan had kelajuan yang agak perlahan juga.
Tapi yang agak berlainan pagi nih, ternampak 'sesuatu'.
Eh lebih kepada seseorang la gitu.
Beliau berjalan dengan selamba tanpa seurat benang.
Hanya menutupi bahagian bawah sahaja.
Dan ako kira cawat yang dipakainya itu memang cukup2 menutupi anu beliau.

Sekali pandang memang kowang akan terbayang dia berbogel terus kerna cawat yang dipakainya itu sama kaler dengan warna kulit nya. Tapi bila diamati, ya ya beliau masih menutup anu nya dengan cawat yang berwarna cekelat. *wah sempat lagi mata ako melirik ke situ.. gurlppp!!??*

Ako memandu dan melewati beliau.
Dari pandangan cermin sisi, ako nampak satu polis trafik bersama dengan satu polis biasa telah menahan beliau. Ya agak kedengaran kuat juga la sore polis tersebut memanggil si kurang siuman. Erkk ako kurang pasti sama ada beliau kurang siuman atau sebaliknya. Bila ditegur bole plak beliau berhenti dan menyahut sapaan polis tadi.

Yang menjadi kem0skelan nya, kenapa beliau berpakaian sebegitu dikhalayak ramai???
Kurang siumankah atau sebaliknya? Tapi klu dia betul, takkan sanggup berjalan separuh bogel macam tu kan?? Iskk... manusia manusia...

Nota Jemari: Pepagi dah dapat aura yang kurang menyenangkan...

Monday, July 19, 2010

Cluedo

Yuuhuu

Kowang ingat lagi tak cerita ako menembak jumaat lepas?
Kan ako beriyer2 men tembak-tembak semata-mata nak dapatkan hadiah berupa voucher MPH.
Maka atas usaha gigih kami, kami berjaya la juga mendapatkan voucher yang bernilai RM60.

Perghh memang dasat arr, macam x caya jer.
Dan kebetulan kan MPH ada buka satu booth kat opis ako tempoh hari.
Dah sepakat kami untuk membeli sesuatu untuk diletakkan di dalam bilik 'rehat' kat department ni.
Bincang punya bincang dan akhirnya kami membeli game cluedo seperti dalam gambar atas tu. Niat nak beli permainan 'jengga' tapi sudah kehabisan plak.

Harga asal cluedo ni adalah RM99 tapi setelah mendapat diskaun sebanyak 40% maka kami hanya perlu membayar RM59.95 sahaja. Bermakna memang cukup2 la voucher yang kami dapat itu. Murah rezeki sungguh. Alhamdulilah..

pssstt ekceli ako tak pernah main ini permainan..
Tak pernah main tapi ada hati mahu beli.
Muahahhaha ala apa salahnya kan. Tak cuba mana nak tahu. Ye ye lepas ni kami akan cuba bermain bersungguh-sungguh!!

Tercapai hajat memasing nak dapatkan sesuatu untuk department tanpa perlu mengeluarkan uwang ringgit. Yang pasti TENAGA kena lebih.. hehhhe...

Nota Jemari: murshi.... jom kita main!!

Ayat-ayat Surat

Coti-coti wiken dua hari lepas memang dok layan tibi je la memanjang.
Nak kuar, uishh memang malas yang amat.
So nak tak nak memang kena ngadap tibi je la kan.
Layan arr astro channel 702. Ada movie omputih tajuk lupa lak. Tapi siyes memang besh laaa.
Tengah syiok layan, tertarik plak dengan dialog tapi lebih kepada pepatah laaa..

Dialog si hero kepada heroin nya ;

Roses are red,Violets are blue,
You're my soulmate,
When i say, I WILL MARRY YOU!!


Perghh......terus tiba-tiba ako teringat zaman dolu-dolu. Kan klu dulu tulis surat musti ada pantun2 camtu kat penghujung surat.

Pen merah, pen biru
U marah, i lap u ...

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas..

iskk macam-macam lagi la kan.
Ntah macam mana lah kita leh terpikir pantun2 dua kerat camtu. Menjadi plak tu. Hehehe...
Lantas tetiba ako terpikir terus ako sms dia.

sms Ako:
Roses are red,Violets are blue,
You're my soulmate,
When u say, I LOVE YOU!!

sms Dia:
I Love you

sms Ako:
I.T.A.L.Y

sms Dia:
S.P.A.I.N .... eh apa meaning ek?

sms Ako:
hahaha.. then nape reply spain?
(time ni ako dah nak tergelak dah...heheh tapi dalam ms yg sama ako pun dok pk gak kot-kot ada makna spain nih)

sms Dia:
ntah.. saja...

sms Ako:
I Trust And Love You

sms Dia:
ooo ic ic...

Hahahaha see see....
Klu dulu-dulu memang banyak kan perumpamaan macam ni kita akan guna klu tulis surat.
Tetiba ako rindu plak nak dapat surat.. ehem wahai kengkawan ku, bila mahu kirim surat lagi macam dolu-dolu....???!!

Nota Jemari: H.A.C.K.S

Load gambar, server rejected. WHY??? WHY???

Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Why? Why? Why?

Dari jumaat lepas ako nak loading gambar masuk ke blogger nih tapi tak lepas-lepas..
Katanya 'server rejected'...

Aiyoo... apasal ek? Nak kata album gambar dalam picasa dah penuh, erkk tapi klu guna 'blogger draft' bukan unlimited ker boleh load gambar????

alahaaaiiii apsal plak jadi camni nih???

Anyone know???

Nota Jemari: Need help pelissssssssss

Friday, July 16, 2010

K-Fair 2010 "Discover the Values in You"

Tiga hari berturut-turut, bermula 14hb Julai hingga lah 16hb Julai, kat opis ako ni diadakan satu event yang dipanggil "K-FAIR" yang bermaksud 'knowledge fair'..erkk ye ker? Muahahhaa.. Pape je la yang penting dalam fair ni macam-macam aktiviti kowang leh join. Bukan takat enjoy malah kowang boleh masuk peraduan sekaligus berpeluang memenangi grand lucky draw.

Macam tahun-tahun lepas juga, konsep masih tetap sama. Kena lah mendapatkan beberepa cop dari sumer booth yang ada disitu, kemudian kena plak sekurang-kurangnya dengar talk untuk melayakkan kowang tersenarai dalam grand lucky draw. Memang tiga hari ni kebanyakkan staf tak buat keje pun.. ahhaha... 

Sana sini kitorang sibuk nak attend talk. Sana sini kitorang sibuk nak main games. Dan sana sini kitorang sibuk nak dapatkan hadiah-hadiah kecil. Ini sumer sekadar suka-suka sahaja.

Ishh... memang lumrah kan, sape yang tak nak bende FREE..!!

Macam-macam booth ada. Kena la dengar khusyuk kan. Kena la jawab soklan-soklan yang sepatutnya baru lah kowang layak nak dapat hadiah. Menang ke kalah ke tetap akan dapat sesuatu. I Like!!


Tapi game yang PALINGGGGG ako suker, main tembak-tembak nih.
Uissshhh memang syiok sangat-sangat. Pistol tu memang pistol betul yer cuma pelurunya dia kasi adjust sket. Nak mampos klu guna peluru betul. Kang tak pasal-pasal ada yang inalilah. Tapi sila jangan tanya jenis pistol tu ek. Walau berulang kali derang terangkan pasal pistol, hehe tak satu pun melekat dalam kepala hotak nih. Yang kami tahu, kami dapat menembak jer.. hahaha... "psstt best juga ek menembak nih cuma susah juga nak aim betul-betul".

Hhaahaha kitorang memang berulang-ulang main tembak-tembak nih. Sampai security kat situ pun dah CAM muka sekor-sekor. hahaha nak buat camne kan. Btw ekceli ada tujuan kitorang main berulang kali. Memandangkan klu ko tembak dan dapat mata lebih dari 20, maka kowang berpeluang dapat hadiah special iaitu voucher MPH. Oooo sape tak nak weii, kebetulan mmg MPH tengah buat promosi dekat opis nih. Kitorang memang aim nak beli sesuatu untuk department iaitu seperti game jengga, monopoly etc. So takkan nak pakai duit sendiri kan. Maka, bila kowang main game, kasi aim point tinggi sket, nah kowang dapat la voucher. Jangan di tanya berapa banyak kali kitorang men semata-mata nak dapatkan voucher. Tak terkira dan memang berbaloi-baloi!!

Akhir sekali.... macam-macam barang yang kami dapat hasil dari menjelajah ke sumer booth...
Suka sesangat sebab sumer tu memang sangat-sangat berguna.

Nota Jemari: Tunggu lucky draw!!

Thursday, July 15, 2010

Recognition Award

Makan dah abesssss.....
Kita citer pasal award plak k...
Kat opis ako ni, setiap jabatan akan diwajibkan merasuah eh silap, diwajibkan bagi 'award' kat pekerja-pekerja. Macam mana pilihan award dibuat bergantung la pada jabatan masing-masing.

So dijadikan citer, recognition award untuk kali ni, ako dapat lagi.
Alhamdulilah, murah rezeki kengkawan ako..
Ye la kan, macam kat department ako ni, sebab mereka-mereka mencalonkan dan mengundi la, rezeki berpihak pada ako dan secara tak langsung pada mereka juga la ye.

Masa Pengarah ako dok baca description nape ako leh dapat award ni, erkkk idok le ako dengar sesangat kan. Sebab ako tak budget pun akan dapat. Pape pun memang banyak-banyak lah berterima kasih pada kowang sumer yer.. Insyallah ada rezeki kita buat makan-makan lagi k..

Thank you pada yang mencalonkan, memberi idea dan memberi rezeki..

Nota Jemari: Duit sudah selamat bayar kete ..

Farewell Party

Burlpp...
Kekenyangan....
Citer dua hari lepas.. Makan-makan FREE kat opis ako nih.
Eeee klu nama pun FREE, konpom la memasing senyum melebor je kan.

Bersempena dengan perpisahan mereka sumer meninggalkan department sekaligus meninggalkan opis yang dicintai... erkk ye ker?!

Cik Siti Hasmah, Cik Ho Lee Peng, Puan Rafidah dan En Anas.
Thank you for being such a good friend and colleague.
Hope u guys have a great journey and pleasant people around too.
Keputusan dan impian yang dipilih, moga yang terbaik untuk kalian.

Pastu kan kitorang celebrate besday plak.
Ishh memang arr tak sah klu makan-makan ni sekadar makan je kan.
Besday untuk mereka yang lahir dalam bulan April hingga lah September.
So konpom la ramai kan, jadi kita bagi yang kecik molek tukang potong kek ye.

Yang selebihnya layan makan je la....
Nasi tomato hasil masakan 'bonda' Yang Mulia.

Last but not least,
ladies in da house mahu posing sakan plak....
Yeehaaaaaa!!

Next kita tempek muka-muka 'men in da opis' plak ye.

Nota Jemari: rezeki... aminnn

Wednesday, July 14, 2010

Dulu monitor, sekarang TV pulak..

Yuhuuu....
Kat opis ako ni sana sini dok sibuk cari 'COP'.. Ye la nak dapat lucky draw la katakan.. Tapi citer pasal tu ako hold dulu. Kena kasi kumpul maklumat dan isi-isi penting, baru syiok nak share ngan kowang.

Dalam dok sibuk tak lekat kat department, alih-alih datang plak owang dari JHP bawa satu kotak besar. WOW! Memasing dah excited. Apa tak nya, department ako dapat TV flat screen. Dengar-dengar permintaan nak dapatkan tv ni dari tahun lepas lagi. So, kiranya permintaan kami telah diLULUSkan oleh lembaga atasan la kan. Yahooooooooo!!

Ok ok nampak gaya tahun ni kita kasi minta astro beyond plak la ye. So harap-harap tahun depan dapat diLULUSkan juga!! *wink*


Bersungguh-sungguh org JHP membuat kejer.. Eh jap, ako lupa. Mamat ni JHP ker JIT ek? Ke korporat or HR? muahahahha sudah, ni supplier dari mana lak nih? ISkk... lantak arr janji dapat bende baru!!

Kesian tibi lama kat opis ni.
Adeh... mentang-mentang memasing dah dapat bende baru, so yang lama tolak tepi je la ye.


Taadaaaaaa... akhirnya sudah terpasang tibi baru di situ.
Weii... sape mahu rasmi kan nih??
Astro??
Yeah.... we want ASTRO!!!
muahhahhaa... demand nya sekor-sekor...
lalalalalalaa....

See see, sape kata opis ako x best?!! Ni yang buat ako tambah saaaaayaaaaanggg kat opis ako nih..
Tengkiuuuu.....

Nota Jemari: Dari monitor besar, terus dapat tibi lagi besar!

Tuesday, July 13, 2010

Sotong - rosakkan aqidah umat Islam??

Assalamualaikum


Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 awal pagi kelmarin menjadikan sotong kurita bernama Paul semakin popular mengalahkan bintang bola sepak yang berjuang bermati-matian di padang untuk meraih kemenangan setiap perlawanan.

Sotong di Akuarium Sea Life di Oberhausen, selatan Jerman itu sebelum ini membuat ramalan mengenai perlawanan membabitkan pasukan Jerman yang kebetulan, ramalannya mengena.

Rentetan ramalan Paul yang mengena itu, ada pihak termasuk sesetengah umat Islam seakan-akan percaya sotong ini memiliki keajaiban untuk menentukan hala tuju sesuatu perlawanan.

Sungguh aneh, budaya yang begitu sebati dalam masyarakat Arab zaman jahiliah kini menular di kalangan peminat bola sepak pada zaman serba moden. Arab jahiliah dulu memang hidup mereka sentiasa dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat.

Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.

Mereka beranggapan arah gerakan itu boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin dihadapi dalam perjalanan nanti. Jika pergerakan itu dianggap menunjukkan alamat tidak baik, mereka akan membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan.

Imam al-Syafi’i pernah berkata: “Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim al-Asfahani dalam Hilyah al-Auliya’).

Perkara sebegini termasuk mempercayai ramalan ‘sang sotong Paul’ yang dinamakan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian buruk atau baik disebabkan sesuatu perkara. Islam menyelar tathayyur dan menganggap ia mencemar kemurnian tauhid.

Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata.

Firman-Nya bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah al-Taubah: 51).

Meramalkan sesuatu musibah bakal menimpa berdasarkan sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain mempengaruhi keputusan-Nya.
Firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf: 131).

Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia terjebak dengan syirik.

Daripada Abdullah Ibn Umar, dia berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Daripada Abdullah Ibn Mas’ud, Rasulullah bersabda bermaksud: “Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

Setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah menghilangkan perasaan itu daripada jiwa kita.

Oleh itu bagi yang sudah terpengaruh dengan keupayaan Paul dalam membuat ramalan, hendaklah membersihkan jiwa mereka daripada keyakinan sebegini. Paul cuma seekor binatang yang tidak dikurniakan akal. Tentu sekali ia langsung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara atau memahami fungsi kotak dalam akuariumnya.

Pergerakannya ke arah kotak dan bendera tertentu hanya kebetulan. Jika kita terjebak dalam perlakuan tathayyur, untuk menebusnya Rasulullah SAW mengajar kita untuk mengucapkan doa: “Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Wassalam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ako bukan seorang yang alim ulama...
Tapi tak salah berkongsi info (forwarded email), yang bagi ako amat berguna..
..dan memang ako pun kurang bersetuju, mereka terlalu taksub dengan seekor SOTONG!!
eh sotong masak sambal lagi sodappppp!!

"Kak een, sotong sambal pelissssssss" .. hehehe

Nota Jemari: ee tu la ako heran, apa yang best sangat BOLA ni ye? Dapat makan beBOLA ikan lagi sodap.. nyumm nyummm.....

Departmental Recognition Award and Farewell Ceremony

Email dari Admin unit,

Dear all,


Please be informed that we will be having our Departmental Recognition Award and Farewell ceremony for our colleagues, today, as per details below.

Venue : 12B "Dining Area"
Agenda

12.20pm - Arrival of guest

12.30pm - Recognition Award Giving

12.45pm - Farewell
 

Your attendance is compulsory.

Thank you.

************************
Admin Unit


Nota Jemari: Lunch.... makan FREE lagi... murah rezeki dan bertambah-tambah murah lemak kat badan !!

Monday, July 12, 2010

Pelbagai operasi

Lunch...

Operasi mencuci gambar dan cari frame..
Operasi sempena event lunch esok..
Operasi makan-makan PERCUMA..

Biasa... memang slalu operasi macam ni last minit punya...
Biasa... yang jadi mangsa, paham-paham sendiri je la..
Biasa.. klu la dapat award 'operasi last minit'.. ermm xpe gak..

Selalu.. 'minta toolong..' erm x leh nak bantah..
Kang durhaka pula katanya kita..
So, nak tak nak, kena la juga selesaikan misi dan operasi yang telah di bagi..

Tapi bersyukur....
Mereka banyak membantu...
Tanpa mereka, memang operasi dan misi takkan sempurna..
Thanks kengkawan....

Ai tolong u..
U tolongg ai...
mmmuuaaccchh lap u all... *wink*

Nota Jemari: misi apa lagi la lepas ni kan??!

Teringat-ingat sampai termimpi-mimpi, rindu kah namanya itu??

Sejak seminggu ako x bertenet kat umah ni memang tetiap malam ako tido awal.
Nak layan rancangan kat tibi, ermm kekadang takde yang berkenan di hati.
Klu ada pun, ako layan arr tibi hingga jam 10 malam sahaja.
Lepas tu konpom ako masuk bilik dan terus zzZZZZzzzz...

Malam tadi lewat sket arr sebab dok asyik layan drama apa ntah.. *lupa lak..*
Pastu malam tadi juga ako bermimpi..
Mimpikan dia..
Ooo kami sudah lama tidak berhubung.
Tup tup termimpikan dia.

Yang aneh, dia sangat ayu bertudung.
Seolah-olah menandakan dia sudah 'bertaubat'..
erkk eh jap nape ako pikir dia dah bertaubat ek?? erkk gurlpp..!?!
Ok ok yang pasti, iye memang dia datang ke arah ako , ayu bertudung sambel senyuman manis dilemparkan.

Teringin memeluk dia tapi ako rasakan macam ada satu pemisah.
Apa kah keEGOan ako yang jadi penghalang?

Ako terpikirkan dia sampai termimpi-mimpi??? erkk gurlpp?!?

Nota Jemari: orang cakap, klu sentiasa teringat, tanda nya kita rindu.. Ada kah....??!!

Friday, July 9, 2010

Teksi oo Teksi

Dua tiga malam akhir-akhir ni ako berpeluang pulang dengan menaiki lrt.
Itu pun gara-gara si putih terlantar di 'spital area sri rampai.
Dah lama rasa nya pulang dengan lrt nih..

Berhenti di stesen sentul timur iaitu hentian terakhir sekali.
Nak berhenti di hentian sentul, boleh ajer tapi memikirkan suasana di situ agak suram maka sentul timur juga menjadi pilihan. Di sana ako menanti sang adik untuk mengambil pulang ke rumah.

Bagi kowang yang tahu area sentul timur, sudah tentu dapat bayangkan suasana di situ dengan deretan teksi yang berduyun-duyun beratur menantikan penumpang. Memang kita rasa lega la klu tiada kenderaan, teksi berlambak di situ. Akan tetapi jangan tersilap, teksi-teksi tersebut tidak akan menerima penumpang yang di luar kawasan stesen tersebut. Jadi apa kah motif deretan-deretan teksi itu?

Sangat sedih ok bila ko dalam keadaan terdesak mahu pulang tapi hampa bila permintaan ko soh dihantar pulang ke umah ditolak. Rasa mahu meraung aje!! Ohh ako pernah mengalami situasi begitu lama dahulu dan tak sangka masih lagi teksi-teksi tersebut tidak berubah hala tuju.

Sorang apek teksi duduk bersebelahan ako di bangku sambel menantikan penumpang-penumpang yang biasa. Sambel lirikan mata memandang beliau yang sedang mengira-ngira duit. Ye memang ako nampak bergumpal-gumpal duit not seringgit. Mungkin beliau rasa berbaloi lagi menghantar penumpang-penumpang di persekitaran dengan pulangan duit yang sentiasa tidak putus tapi sikit daripada terpaksa menghantar mereka yang jauh di luar kawasan dengan pulangan duit yang banyak tapi jarang.

Susah kan, ada teksi tapi tak boleh naik?!
Bila kita tak nak naik, berlomba-lomba tarik kita soh naik teksi dia...
Alahaaaiii.........

Nota Jemari: Bawa putih lagi baguss..

Thursday, July 8, 2010

BLOG merugikan???

Ada seorang teman bagi tahu, blogging ni membuang masa.
Ako pikir, "ermm ye ker?"
Tapi bagi ako, terpulang pada individu tu sendiri..

Blogging bagi ako bukan membuang masa tapi mengurangkan semak di benak kelapa.

Meringankan sedikit kekusutan di kepala.. kerna segala yang terbuku ako akan luah di dalam entry blog ini. *walau tidak sumer sekali....*

dan yang paling penting , ako mencari KEPUASAN dalam berblogging...

ermm kowang macam mana plak??

Nota Jemari: Bila kepala kusut, macam-macam dalam kepala, macam2 plak entry!!

Berapa kali mahu minta daaaa....??!

malam semalam;
sms dari dia: watpe?
tiada balasan dari ako.................

malam tadi;
sms dari dia: yuuhuuu....
balasan dari ako: Sori hp x leh call out, pinjam hp adik.
sms dari dia: bagi no tip0n umah
balasan dari ako: 03-40xxxxxx

Dalam hati, ermmm bukan ker before ni dah pernah bagi?
Kecik ati sebab dia x amek pedulik..
Klu dia kisah, tentu pertama kali bagi dah terus save dalam hp..
Tup tup teringat, ermm no umah orang tu boleh plak dia simpan lagi tapi no tip0n umah ako berulang2 kali mahu mintak....

Ye ye memang saya terasa hati... ;-(

Nota Jemari: Dua tiga ari memang tak sedap ati ..

Tip0n oo tip0n

alahaiii anak0mak ~

Malam, jam lebih kurang 8 malam..
Seluk henbeg, ha jumpa pun 20 sen..
Gigih genggam d0ploh sen sambel jalan menuju ker lrt bandaraya..
Berdebar-debar gak semasa melalui jambatan di waktu malam tapi selamat masih ramai lagi yang berkeliaran, pheww lega!!

Mata bersinar ternampak public ph0ne.. Hujan rintik-rintik. Berlari-lari anak menuju ke public ph0ne itu.

Tip0n pertama, masuk d0ploh sen tadi, tapi sayang tersangkut plak kat l0bang duit.. Malas nak korek-korek supaya duit jatuh ke bawah. Uishh klu dapat memang kay0 la ako malam tu.

Tip0n kedua, angkat gangang, tertera "KECEMASAN SAHAJA".. Rasa dah d0wn tapi gigih mencari public ph0ne yang lain.

Tip0n ketiga, bersemangan sebab ada nada dial. Ok.. seluk henbeg lagi, alamak duit tgl 20 sen yang akhir. Masuk duit, dial nombor..... diammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
tekan tekan, helo helo masih yang kedengaran hanya rintik-rintik hujan....

huwaaaaaaaaa masa ni manik-manik dari mata dah nak terkluar.

Tip0n yang terakhir, kali ni rasa hepi sket, tip0n gangang nada sumer ok...
Dial-dial yup dengar nada berbunyi...
Lega bila panggilan dijawab akan tetapi....

"helo.. helo... helo..."

Disana tidak mendengar s0re lunak ako...
Memang rasa nak menagis dah ni.. sebab itu saja la duit syiling yang ako ada..
Yang terakhir duit lima pl0h sen.. Gurlpppp!!

Lega bila akhirnya henp0n ako berbunyi.
Dan selamat tiba di rumah lebih kurang jam 8.45 malam...

Ada henp0n tak boleh nak guna...
Ada public ph0ne lagi arr tak berguna!!!!

Nota Jemari: susahnya bila henp0n tak leh nak buat call out..

Wednesday, July 7, 2010

Hukum lukisan inai


Sekadar berkongsi ..

Nota Jemari: sharing is caring

Wahai SEPUPU-SEPUPU ku....


Ditujukan khas buat sepupu nan satu... cik Zaharah,,,
Ako malas nak citer pepanjang, ko baca je la ye.. :p

Nota Jemari: sumber dari harian metro.

Selamat Hari Raya

Bekfes semalam, bukan seperti hari-hari biasa di sini.
Kami ke cafe dan sangat excited bila tiba-tiba ternampak menu lain dari yang lain di situ.
Memang susah nak dapat menu sebegitu di cafe kami.
Maka, dengan semangat hendak melantak, kami pun membeli la menu seperti yang kowang lihat dalam gambar di atas.

Lemang dan juga ketupat, bila dimakan bersama rendang, perghhhh memang masyukkk asyikk dibuatnya. Bila makan, mula lah teringat suasana berhari raya. Adusss ni yang buat tangkap leleh dan syahdu nih. Al-maklum nak merasa air tangan ibunda sendiri yang buat, alamatnya memang selamanya takkan dapat merasa lagi la kan. Namun, kami sangat-sangat berpuas hati dengan kelembutan, kelemakan keenakan lemang tersebut.

Bila ko sedang asyik masyuk menghayati, mmg tak toleh kiri kanan depan belakang lagi dah.
Memang lagi menarik menghadap itu lemang daripada menayang muka kat depan flash kamera. hehehe..

Pape pun, sebelum kowang nak sambut raya lagi, poser jangan lupa ganti ye..
Selamat Hari Raya.. 0ppssss
Selamat Menyambut bulan Ramadhan

Nota Jemari: aduhh kasi gue syahdu je nih...

Tuesday, July 6, 2010

Watermark lagi

Petang sumer,
Kena hapdet cecepat nih.
Kat umah dah x leh nak online, so pepaham je la ye..

Ok ni nak citer pasal watermark. Ala yang ako tempah baru-baru ni kat whitey mommy. Saja-saja la kan nak kongsi-kongsi ngan kowang pilihan watermark yang ako tempah aritu. Ekceli ni sumer atas kemahuan dan kehendak ako sendiri la ye. Whitey mommy menolong merealisasikan impian ghope watermark yang ako inginkan. Tengkiu sha for da lovely n impresif job!!

Yang ni ako dah terangkan semalam. Ako adaptasikan dari t-shirt pemberian orang.
Gilosss nak soh ako beli kaler pink?!!
Ye ye kaler2 yang bukan pilihan ako memang konpom bukan ako yang beli sendiri ye ;-)
Pape pun masa dapat tshirt ni, dah memang terpikir, "wah sesuai sungguh klu dijadikan satu trademark". Dan hasil nya nah kowang dah dapat tengok kat sini kan ;-)

Ako terpikir, trademark ni ako nak gunakan bila bercerita tentang diri sendiri, kengkawan dan apa juga yang berkaitan dengan blogger bernama samaran 'anakomak'.

yeehaaaaa i like!

Seperti yang kowang sedia maklum, ako baru saja berjinak-jinak dalam dunia bisnes online nih. Tu pun hasil idea adik ako yang jadi ce'egu skolah kat batu pahat nun. Dia yang beriyer-iyer nak buat bisnes online so ako hanya bantu mana-mana yang patut sahaja.

So ako telah paksa whitey mommy aka sha untuk menghasilkan watak 'baby merangkak'. Jangan ditanya nape ako nak baby tu merangkak. Muhahahaa....

Member sebelah meja ni plak mencadangkan diletak muka si ABIN sbg watermark kat Mama's Baby Shop tu tapi kang ako takut kowang muak plak tengok muka budak nakal tu. haha Lagi satu, kena la ako minta permission amma dan apak eh! Klu mendapat keLULUSan dari pihak derang, insyallah akan dipikirkan kelak.

Hahahaha yang ni takkan kowang tak kenal??!!!
Ye ye harus klu ako bercerita pasal kereta dan terutama sekali pasal si putih, ako kena la tempek kan watermark ni kat dalam entry tersebut kan?!!! Memang tujuan itu lah ako menyarankan si sha carikan gambar adik badik si putih. Dan ako sangat-sangat berpuas hati walau si putih idok le sebegitu ghoper ye!! :-)

Dan akhir sekali, ako soh sha carikan gambr netbook dell berwarna MERAH.
ermmmm yang ni ako masih belom pasti lagi nak tempek dalam entry berkisahkan hape. Masih tertanya-tanya lagi. Agak-agak kowang, entry bagaimanakah yang sesuai diselitkan 'little merah' dalam entry ako yer???

Overall, ako memang cukup berpuas hati atas hasil kerja sha nih.
Insyallah ada rezeki, nanti kita pikir trademark lain plak yer...

Nota Jemari: Sumer watermark kowang leh layari kat sini yer...

What happen to our comments?????

~alahaaii anak0mak..:.

Eh, mana pigi komen-komen dari kowang???
Rasanya ada la 2, 3 komen yang ako dah reply tapi tak appear pun.
Ha sudah, takkan ko pun maj0ks sebab ako maj0k ngan streamyx????

Aiyooo blogger oo blogger... blogspot oo blogspot, apa sudah jadi???

Nota Jemari: Aiyaaakkk bertambah kurang m00d ..

Lepas 'kaki', 'badan' pulak saket

alahaaaiii anak0mak~

ermmm.. malam tadi awak giler ako masuk bilik membuta. Jam 8.30 malam memang dah selamat ako bermimpi indah.. Tapi tup tup jam 3.30 pagi ako terjaga. Ye la kan, dah cukup 6 jam ako tido. Bila dah terjaga, bende pertama yang ako buat opkos arr belek henpon. Ada 2 sms.

Satu jam 9++ malam dari Puan Marlin.
Dan satu lagi dari adik ako lebih kurang jam 12.15 pagi.
Mesej pertama ako x kisah sangat tapi bila baca mesej kedua, alahaaaiiiii lepas satu, satu hal dibuatnya.
Si putih kesakitan lagi. Aritu 'kaki' nya yang buat hal, ni tak pasal-pasal 'badan' plak bawa penyakit.

Macam biasa, lately ni adik ako tu slalu pinjam si putih waktu malam.
Dijadikan citer, tak pasal-pasal si putih terbenti di tengah jalan. Ako rasa mungkin area opis adik ako arr. Setelah ditow ke bengkel kawan dia, maka selamat lah si putih bermalam di sana. Adussss.... ingat bole berjimat, tak pasal-pasal banyak plak banjer kena kuar lagi.
Putih oo putih,
Kenapa lepas 'kaki', 'badan' ko plak yang saket?
Ke ko majuk ngan ako???
Alaahaiii...........

Eh, kowang pasan tak watermark ako atas 'badan' putih?
hehehe.... ha tu watermark yang ke-2 ako tempah dari whitey mommy.

Malang memang tak berbau ek?
Sudah la semalam nak connect 'berukband' tak boleh-boleh. Ghope-ghope nya ako terlupa mahu bayar bil maxiss daaaaa......... Dan tak pasal-pasal ako dah x leh nak buat 'call out'. Ni ako alert kowang nih, kowang sms pun konpom ako tak leh nak balas arr kan. So pepaham je arr ye. Alahaaaiii ntah bila la bil tu nak dibayar. ermm tunggu 'durian runtuh' je arr..

Bertambah-tambah malang, dapat pulak surat dari lawyer. Huwaaaaaaaaaaaa ni gara-gara bil streamyx plak tak bayar. Kisahnya b4 ni ako pakai streamyx tapi memandangkan modem x boleh pakai dan ako x sempat nak tukar atau potong line streamyx, membuatkan bil ako bertambah-tambah. Aisshh ni yang tensen, dah la x pakai, bil plak berjalan. Mencikk tul arr!!! Masalahnya mana de masa nak pegi TM nak potong streamyx nih??!!!!! Cuba arr orang-orang TM kasi wat overtime sket. Kasi buka kedai TMPoint sampai malam macam sesetengah pejabat pos. Ha kan senang keje ako. Takde la susah2 ako kena amek cuti semata2 nak gi TM nak potong line streamyx!!!

Ko tahu kenapa ako dah x moh pakai streamyx????
Macam mana ako tak marah, masa memula soh daftar bukan main baik dok layan kita, pastu bila modem ako rosak, ha terus sekor2 buat tak tahu. Jenuh ako contact sana sini. Sudah, jawabnya memang ako sudah maj0kss sama streamyxxxx!!!!

Dan kisah malang tak berakhir di sini. Selagi sumer nya tak setel, selagi tu arr kisah malang masih berleluasa sesuka hati 'mereka'.. Gurlpppp!!!?

Nota Jemari: malang lagi bila dengar jawapan dia.. *sigh* :(

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers