Followers

Sunday, August 29, 2010

Catatan Ramadhan: Hari ke-18 & 19

Salam,

Kali ni bersiaran dari selatan tanahair.
Alhamdulilah plan ke singapura semalam telah selamat terlaksana.
Walau ada rintangan di pagi semalam sebelum bertolak, namun akhirnya berjaya juga ako atasi. Seharian sabtu di kota singa. Alhamdulilah dapat juga merasa berbuka dan merasai ramdhan di sana. Dan pagi ni, ahad ako ke johor bahru pulak.

Rancangan untuk berbuka dengan mereka di sini insyallah akan tercapai juga.
Mulanya mahu berbuka di JB catering tapi tak tercapai atas sebab tempat yang sudah fully booking. Maka, tempahan telah dibuat di Goodhope Hotel. So, insyallah hari ni berbuka di sana bersama-sama mereka yang lain.

Tunggu cerita selanjutnya...

Nota Jemari: rezeki lagi...

Friday, August 27, 2010

Selangor cuti, KL sesak???!!!!

Adat laaa..
Tambah-tambah sekarang ni kan tengah bulan ramadhan.
So, bila dah ada cuti memasing amek peluang la gi soping kan?!

Selangor kan arini cuti sempena nuzul al-quran.
Maka harus, wajib orang-orang yang kat selangor akan turun KL untuk menyopingkan diri. Aiyoo.. dan memang tepat sekali. Rata-rata bole nampak sana - sini dipenuhi dengan orang ramai. Even kedai-kedai yang jarang orang masuk pun boleh jadi penuh dan padat!!

Dan menyoping tak salah.
Dan bersiar pun tak salah.
Cuma bila dah ramai-ramai macam ni ermm budi bahasa dan tatasusila orang malaysia entah ke mana. Alahaaiii... macam ni ke dikatakan rakyat yang MERDEKA???

*pengsan..........

Nota Jemari: budi bahasa, budaya kita??? Ye ker?? ermm.......

Hepi besday BIG BIG BIG BOSSS

Sambutan besday bulan poser...
Pape pun Happy belated Birthday to my BIG BIG BIG BOSS kat atas tu..
Memang setiap kali besday beliau department ako ni musti akan bagi sesuatu.
Ini dikira bodek kah??? muahahahha no komen la ye..
Tanda ingatan dari kami sumer di J.A.S.M untuk Puan BESAR..
Moga hari kelahiran yang jatuh pada bulan ramadhan kali ni akan membawa berkat hendaknya.. AMINN!
Thanks to murshi dan pian atas kad ucapan itu!!
Thanks to kak maznah n murshi kerna membeli hadiah itu!

Hadiah dibeli dari Giftlab.com.my

Nota Jemari: tanda ingatan ..terima kasih !

Catatan Ramadhan: Hari Ketujuhbelas

Salam sumer,

Ini lah kuih raya pertama untuk ako.
Bukan beli sendiri apatah lagi nak membuatnya.
Ini adalah kuih raya pemberian bos kecik.

Alhamdulilah memang tetiap tahun beliau akan memberikan kuih tart atau kuih almond london untuk sumer staf kat department nih. Tak kira la melayu, india, cina, pasti setiap orang akan dapat satu pek kuih raya. Murah rezeki la katakan. Aminnn.

Walau ako bukan la peminat kuih tart tapi bila orang dah bagi kita tatap terima dengan hati dan tangan terbuka kan?! Terima kasih la kat bos ako. At least bertambah la juga kuih raya kat umah ako nanti. Jadi laaa.... ;-)

Nota Jemari: Kuih raya kowang dah siap ker?

Thursday, August 26, 2010

"Duit raya takde ker, BOSS???"

Alaaa.... orang gomen pun dapat tau duit saguhati RM500...
Kita?? Ala takkan duit raya tuk kita takde tahun ni, boss????
huwaaaaaa meraung tak berlagu la gamaknya camni..
Teruss jatuh mood nak beraya..
Oiii macam la ko beraya sakan sangat kan?!!
ehehehe...

Ye la ye la walau ako kurang menyambut raya nih, tapi banyak tu hutang nak kena setel. Hahah atils ada 'duit raya' lebih bole la juga mengurangkan beban mana-mana yang patut, ye tak??!!

Tapi tapi tadi cam ura-ura dengar dapat la juga walau separuh bulan gaji jer..
Ermmm ha klu betul ada, alhadmulilah la kan..
Tak sabarnya nak tunggu pengumuman 'duit raya' ni...
Minta-minta la memang ada tahun ni..
fuh.. fuh.. ameennnnnnnnnnnnnn

Nota Jemari: Nak servis 'putih' tu yang palingg penting!

Akhirnyaa...... "LEX BLACK" berada dalam genggaman!

Harta baru ako!

Yeehaaa................... walau bukan jenis yang diidamkan tapi ini pun sudah cukup berbaloi dan mengembirakan hati ako. Sangat-sangat suka!!

Ekceli berkenan yang kaler merah tapi rege adalah mahal dan bila dah mahal lebih berbaloi beli jenis dslr kan?! Tapi hati masih belum terasa lagi nak kendong DSLR ke mana-mana. So pikir punya pikir akhirnya new born baby is here!!!

Ermmm nak nama kan apa ye yang sesuai??
Sebab nama dia LUMIX, kaler hitam so ako namakan new baby nih LEX BLACK!! muahahaha macam LEX LuRTHOR plak haha..

Oraitt sape mahu kena test sama ini LEX BLACK????
ok kita tengok sape yang kena.. jeng jeng...

Nota Jemari: Simple, Easy n Cute!!

Catatan Ramadhan: Hari Kelimabelas & Enambelas

Salam 1Malaysia!

Kali ni ako nak citer pasal projek ramadhan.
Sudah 2 tahun menyepi dan akhirnya tahun ni ia kembali lagi.
Projek ramadhan membuat popia.
Ala, ako gerenti kowang pun pasti reti dan tahu camne nak buat kan?!
Senang sesangat.

Bahan-bahan hanya memerlukan isi serunding, sama ada ikan, daging ataupun ayam. Tapi tahun ni sumer pakat nak buat isi serunding ikan sahaja. Dan jangan lupa kulit popia ya. Kulit popia pun bukan sebarangan leh beli. Silap beli nanti kulit tu jadi kering dan susah nak 'gentel'..

Tukang potong kulit popia.
Jangan silap potong sudah!
Kang kasi rugi ajer kulit popia tak leh nak 'gentel'.
Tapi jangan risau, tukang potong ni memang seorang yang expert bab-bab potong memotong.. hhehe

Dan kami lah yang bertungkus lumus menjayakan projek ramadhan bertahun-tahun. *wah bunyi cam banyak tahun je kan... *

Dan hasilnyaa....
taaadaaaaaa....

Begini la kami tetiap hari.
Bergilir-gilir membuat popia.
Satu hari kami akan buat untuk sorang.

Apa yang penting?
KERJASAMA!!

Oh ya, dah siap 'gentel', balik umah kasi goreng ajer.
Ha.. senang kan?!
Siap satu jenis kuih raya.
Erkkkk ye ker? ahhaa ker lebih kepada kuih untuk dimakan lepas berbuka.. :-p

Nota Jemari: Selamat mencuba!

Tuesday, August 24, 2010

Catatan Ramadhan: Hari Keempatbelas

Pejam celik pejam celik, hampir setengah bulan dah ye kita ni berpuasa.
Alhamdulilah.

Hari ke-14.
Apa ye catatan untuk hari ini?

Oh ye, 24-26 Ogos ni, KOOP kat opis ako ni buat promosi bazaar ramadhan. Opkos bazaar yang ini kurang melibatkan makanan. Tapi lebih kepada barangan-barangan seperti barang eletronik, pakaian, hiasan rumah, etc. Dan secara tak langsung minat untuk membeli satu barangan itu membuak-buak plak.

Hari ini ako membelek-belek.
Esok mungkin membeli.
Lusa kebarangkalian mendapat apa yang dihajati.

Ye ye memandangkan KOOP yang buat promosi maka harus la pembelian secara kredit dengan KOOP. Tunai??? Ermmm bonus takde nih, idok le nak membayar dengan tunai. Pepaham sajo la ye. Pape pun, kita tunggu keputusan akhir esok hari k.

Nota Jemari: Memanjang promosi je kat opis ako ni kan.... BONUS??? takde huwaaaaa

Monday, August 23, 2010

Bazaar Jalan TAR

Selamat berbuka kengkawan.......

burlpppp..........
kenyang sudah!!! hehehe...

Jumaat lepas kami bertiga bersemangan mahu meninjau-ninjau di persekitaran jalan TAR. Biasa la kan bila tiba je musim perayaan macam ni, banyak la gerai-gerai menjual pelbagai jenis barang 'terhidang' kat jalan TAR tu. Memang dah macam pesta pakaian pun ada juga. Macam-macam ada sampai tak tahu mana satu mahu pilih.

Tapi bila dah macam ni opkos orang memang terlalu ramai.
Berlanggar bahu memang dah adat la. Time-time macam ni la beg duit kowang kena jaga betul2. Silapharibulan, penyangak bermaharajalela pulak kan.

Sibuk betul kengkawan saya membuat pilihan.
Ermm saya sekadar jadi pemerhati sahaja.
Memerhati pape yang perlu dan mahu di beli..
Tunggu gaji la dulu ye... heheh..

Lusa gaji... yehaaaaa....
So jumaat sempat tak ek nak soping2???
laaalllalalaaa

Nota Jemari: soping yang perlu ajer!!

Catatan Ramadhan: Hari Keduabelas & Tigabelas

 Salam petang senin,

Ahad ako kat umah ajer..
Coti-coti wiken ni memang konpom la ako bangun lewat.
Iskkk apa nak jadi ntah. Ater klu bangun awal pun bukan leh buat pape pun?!! Erkk.... aiyo punya la berlambak keje-keje yang boleh dibuat kan.. Ala biasa la klu penyakit MALAS dah datang, harus la dari banyak keje terus rasa takde keje kan?!! hahaha... No gud ok, sila jangan ikut pangai macam nih.

Ini kisah berbuka puasa ako dan rerakan menari rabu lepas.
Walau tak sumer dapat turut serta tapi yang sudi hadir pun dah cukup mengamatkan suasana kat situ. Sebelum berbuka sempat lagi tu main pool ngan game bola. Gilossss, ako tak reti ok nak bende alah tu. Ye la ye la ako tahu ako bukan 'kaki bola' apatah lagi 'kaki meja' dan 'kusi'.. Ako sekadar mempunya 'kaki manusia' ..mauahaha yapedaaa ako merepek..

So layan kan ajer la derang main.
Janet memang terror. Walau ako seGENG ngan Mariah tapi dia sorang je tatap bole menang!! Huh.. ye bak ako kata tadi ako memang bukan reti pun nak main bende alah tu.  

Geng-geng lelaki suemr sibuk dok main POOL!
Ha bukan mandi swimming pool tapi main pool atau lebih tepat lagi snooker.
Erkkk menatang tu lagi la ako x reti main.
Sekadar memerhati mereka bermain sahaja la ye.


Dan bila tiba waktunya, berbuka la kami beramai-ramai.
Tengkiu Aidil for da pics.
Gambar dari henpon ako ntah mana ako simpan ntah...
Sudahnya terpaksa la pakai gambar orang lain...

Nota Jemari: Next berbuka pelissssss??!!

Saturday, August 21, 2010

Catatan Ramadhan : Hari Kesebelas

Pejam celik pejam celik dah sebelas hari ghopenya kita berpuasa ya...
Alhamdulilah....

Sabtu, hari cuti.
Maka bersemangat untuk memasak.
Menu arini, ikan bawal sweet sour, sayur kobis goreng, ayam goreng instant dan juga karipap instant. Aiyooo sumer nya pakai instant je sekarang ni ek.. Hahhahaha...

Dan hari ni seharian terperuk kat umah, ngadap lappy...
Adehh kemaruk sungguh bertenet.

Nota Jemari,/u>: Semangat kawan sebelah ako tu menghapdet ek :p

Friday, August 20, 2010

Catatan Ramadhan: Hari Kesepuluh

Tak bangun sahur lagi!
OK kali ni memang liat yang amat.
Nape ye seminggu ni cam malas nya nak bangun???
Tapi nasib baik la siang harinya tak rasa lapar dan penat.
Alhamdulilah.

Hari ni cam CARGAS sket.
Hari ni Jumaat so macam biasa ada bazaar puspanita la kat sini.
Lunch ke jalan TAR.

Petang lambat sket balik.
Setelkan pape yang patut dulu.
Balik jam 6.. ermm macam rileks sket bila naik LRT tadi. Tak yah berebut-rebut macam balik jam 5. Crowded yang amat. Sumer org pakat balik jam 5. Aiyoooo.....
Jalan raya masih sesak juga tapi alhamdulilah laluan pulang ke umah masih terkawal.. Dan klu dari LRT stesen ke umah walau dalam sesak masih hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk berada di dalam kereta. Alhamdulilah, sangat-sangat lega!!

Bersyukur kawasan penempatan saya tidak begitu jauh walau terpaksa juga meredah kesesakan jalan raya yang takkan henti-henti. Hidup di kuala lumpur memerlukan mental dan rohani yang kuat!! hahaha..

Nota Jemari: Terbayang klu terpaksa tinggal luar dari KL

Thursday, August 19, 2010

Cinta, bukan sekadar ucapan I LOVE YOU!!!


Find a guy who calls you beautiful instead of hot,
who calls you back when you hang up on him,
who will lie under the stars and listen to your heartbeat,
or will stay awake just to watch you sleep...

wait for the boy who prefer to kiss your forehead, 
who holds your hand in front of his friends,
who thinks you' re just as pretty without makeup on.

One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU...
The one who turns to his friends and says,
 thats her...

My Love.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Ako tertarek sungguh dengan kata-kata kat atas ni. Maka atas kebenaran empunya blog ako copy and paaste aje kata-kata kat atas dari blog beliau.. Thanks Sarah :-)


Nota Jemari: PS, I LOVE U!

Catatan Ramadhan: Hari Kesembilan

Bersiaran lagi....

Ntah nape sejak 2 menjak ni ako malas betul nak bangun sahur..
Puas la adik ako ketuk pintu kejutkan ako bangun.
Nyahut mmg ako nyahut masa dia panggil tapi pastu zzZZZZZzz.. ako terus kan ajer tido ku itu.

Pagi tadi, macam tu juga.
Tapi ntah aura mana datang, alih-alih ako bangun terus buka pintu n terbaukan telur dadar goreng, membuatkan selera ako datang!!

Makan nasi putih dengan telur dadar letak kicap.
Perghhh sudah cukup membuatkan ako berselera.

Laju je ako makan..
Dan berselera plak ako minum air suam pepagi buta.
Ye ye ako mmg payah dan jarang nak minum air masak mati nih..

Dah siap makan, masuk balik bilik terus zzZZzzzzz...
Aiyo bughok tul pangai kan!!??
Dan pagi ni terbangun lewat dan sampai opis pun lewat dari sepatutnya..

Oh ya, flexi hour keje ako dalam bulan poser adalah 8 to 5 pm. *wink*

Nota Jemari: bila nak berubah...

Wednesday, August 18, 2010

Sejuk mata memandang







Melepak di lanai sementara menunggu kan yang lelain untuk berbuka bersama-sama.
Memang dah plan mahu berehat sambel menikmati suasana kat sini.
Nyaman!!
Sungguh kalau soh melepak lelama pun ako tak kisah.
Apatah lagi klu soh melepak di dalam bilik. Pasti ako tak tolak dengan kuasa WIFI yang sangat2 bagus.

Oh ya, arini ako akan berbuka beramai-ramai dengan kengkawan tarian tempoh hari. Walau tak sumer dapat menghadirkan diri tapi yang akan join ni pun dah cukup bagus. 

Berbuka lambat lagi kan, so ako layan tenet, berkebun dan memasak je la, kat mana lagi kalau bukan kat FB... hehee... 

So, ok la nak sambung berFB plak..
ADIOS

Nota Jemari: Hujan menambahkan lagi nyaman di dalam hati..huhu

AIR ASIA, sila jawab!!

Aiyooooooo??!!!
Gurlppppp tercekik ako bila tengok figure dari webiste air asia nih!!!
Ako saja la kan masuk-masuk kat website air asia dan saja-saja la juga ako pilih destinasi yang simple jer. Dalam malaysia je pun. Ni dah beberapa hari ako pasan tapi baru hari ni tergerak nak share ngan kowang.

Ako lebih prefer menu itu di dalam bahasa melayu. So senang sket pemahaman nya. Bila tengok ajer tang harga yang dipamerkan, aiyoo terkejut beruk dibuatnya. Ini ker yang dinamakan TAMBANG MURAH??!!!!

Cuba kowang klik kat gambar di bawah.
Sekali imbas tak pasal, ko rasa tambang nya dah mencecah sampai RM87,00!! Lapan puluh tujuh RIBU, ok!!!! Harus la berulang kali ako ngetest dan cuba berkali dan begitu juga jawapan yang ako dapat. Mula ingatkan IE ako yaang berproblem so mengupgrade la sesuka ati kan IE ni ke new version. Sudahnya, masih tatap juga nombor yang sama kuar.

Secara logik, takkan ko nak ke Terengganu dari KL sampai kena bayar LAPAN PULUH TUJUH RIBU kan??


Ako tak puas hati.
Lantas mengadu la kat kawan sebelah nih.
Dan dia pun mengetest la juga kat pc nya sendiri.
Hasilnya.. yeay tatap sama macam yang ako tengok.

Pikir punya pikir, kemudian beliau terpikir untuk menukar menu pemahaman dari melayu ke bahasa omputih. Ok, ako pun ikutkan ajer. Ye la mana tahu kot-kot sistem pc ako x bole plak nak baca bahasa melayu..*erkk apa kena mengena ek?*


Bila kuar ajer... haaa baru la betul!!!!!
RM87.00
Lapan puluh hengget!!!

Ha kowang tahu mana silap nyaa??
Cuba kowang peratikan betul-betul.

Klu dalam bahasa melayu, dia letak 'koma' di sebelah nombor 7. Membuatkan sekali pandang kita musti ingat dari puluh terus menjadi ribu.

Bahasa inggeris baru la nampak 'noktah' di sebelah no 7 itu.

Perghhhh dasyat kan!!
Klu owang tak pasan dan tak alert, mampos la terkujat2 nak membayor sampai beribu riban. So pihak air asia, sila perbetulkan mana-mana yang patut ya.

Terima kasih.

Nota Jemari: Beribu-ribu macam nak pegi obersee plak..

Catatan Ramadhan: Hari Kelapan

Apa ya catatan untuk hari nih???
Oh rasa macam sama je rutin bulan puasa nih...
Bersahur dan berbuka... berterawikh??? erkk ye ye ako ngaku ako tidak berterawikh sudah hampir 2 tahun. Sejak arwah MAK takde, ermm ako jarang dah ke surau di kawasan umah ako tu. Kenapa? ermmm ntah la ye ako pun tak tahu nak kenapa?!

OK lupa kan kisah itu.

Sambel menaip sambel mendengar radio dari mp3 yang dapat masa dinner aritu. Ingat lagi tak entry ni? Sambel dengar hot.FM. Ada iklan... Kan skrg ni tengah bulan ogos, ala bulan kemerdekaan untuk negara kita. Tetiba ako teringat filem Bukit Kepong. Siyesss masa memula ako tengok citer tu kat tibi memang sayu dan sedih la kan. Walau ako tak minat sejarah tapi bila kisah2 macam tu dijadikan tontonan maka harus la ako terasa 'feel' tu lebih kan.

Kowang pernah tengok? Eh rata-rata musti la pernah kan.
Ako tergerak nak cari kisah pasal bukit kepong ni. So dengan bantuan en google sampai la ako ke satu blog ni. Hasil tulisan nya mmg buat ako insaf. Dan memberi ako banyak pengetahuan tentang sejarah. Kan ako dah cakap ako tak minat sejarah. Bila baca tulisan beliau, kadang cuba gak ako recall2 balik subjek sejarah yang ako pernah belajar waktu sekolah dulu. Sikit je la kan yang ada dalam minda ako yer.. hehe...

So, meh ako kongsi ngan kowang citer yang ako baca kat blog budak nih..
Selamat beramal, renung2 kan lah...

Nota Jemari: Salam Merdeka!

Tuesday, August 17, 2010

Mata ikan @ bibir pecah??!

Haritu berbuka kan...

Tengah asyik mengunyah alih-alih tergigit bibir.

OK la sekali tak rasa saket sangat...

Kunyah lagi..

Oucchhhh tergigit lagi..

Yang buat saket tu sebab tergigit kat tempat yang sama!!

Dan sampai la ni, ako rasa kan bibir dah 'tebal' semacam jer.....

Nota Jemari: Hampir terjadi 'mata ikan' atau ako sebut 'bibir pecah' ...

Catatan Ramadhan: Hari Ketujuh

Sudah hampir seminggu kita berpuasa ya.
Semalam buat pertama kali berbuka ngan adik dan adik ipar.
Memandangkan pestime kan nak berbuka sesame, maka macam-macam la pulak hidangan di atas meja. Aiyooo padahal ako bukan nya buka ngan nasi pun. Tapi nasib baik lah lauk-lauk tersebut abes juga dimakan. Alhamdulilah takde la membazir.

Pagi ni ako tak sahur. Walau dah terjaga, siap panaskan lauk sumer tapi selera nak makan pulak takde. Tapi alhamdulilah so far masih dapat bertahan lagi.

Nari kat opis, pihak EPF datang buat promosi.
Senang la klu ko nak check balance akaun dalam EPF tu, tak yah la penat2 ke HQ walau pun dah dekat.. ehehhehe... Ye ye klu nak harap pegi sendiri ke sana mmg alaamat nya tak pegi la. Dan tadi dengan mudah ako dah bole print penyata akaun. Mudah keje!!

Thank you la EPF ye sebab sudi datang kat opis ako nih..

Nota Jemari: Tapi awat ssh tul nak dapat data dari org EPF ek????  Keje keje keje....

Monday, August 16, 2010

Hari raya puasa dan Hari Kebangsaan tahun depan serentak

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kalau tahun ini sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada bulan puasa, tetapi pada tahun depan, sambutan Hari Kemerdekaan negara itu akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri.


Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh 31 Ogos juga merupakan hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 November), Maal Hijrah (27 November) dan Hari Krismas (25 Disember).

Cuti umum bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula ialah pada hari Sabtu, 4 Jun.

Bagaimanapun tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha itu tertakluk kepada perubahan.

Sebanyak 15 hari Kelepasan Am Persekutuan telah ditetapkan bagi tahun depan termasuk masing-masing dua hari bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari dan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos.

Selain itu sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. – Bernama

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Nota Jemari: Selamat Hari Raya.. erkk awal nya.. lalalalalala

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.


Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

2008: 1 Oktober, 2 Oktober
2009: 21 September
2010: 10 September
2011: 31 Ogos
2012: 19 Ogos
2013: 8 Ogos
2014: 29 Julai
2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

sumber: http://www.spa.gov.my

Nota Jemari: Ha kan senang kowang nak buat plan

Catatan Ramadhan: Hari Keenam

Salam,

Pepagi dah buat hilang mood.
Ingat pagi ni nak kuar umah awal.
Tapi malang tak berbau.
Lagi sekali tayar si putih pancit daaaaa....
Adusssss..... memang dari bersemangat nak gi keje terus hilang mood.

Umah ako ni nak ke jalan besar adalah azab sekali.
Tambah-tambah sejak jalan utama tu dah dibesarkan, memang agak payah sket la nak melintas apatah lagi nak menahan teksi di pagi-pagi yang penuh sesak itu. Silap haribulan memang tercongok jer la kat tepi jalan raya.

Jenuh juga la dok pikir camne nak gi keje.
Nak tukar tayar sendiri, ermmm memang konpom la tak larat tapi lebih kepada tak reti pung. ehhee.... Pastu terpikir kawan nan satu nih. Kebetulan dia dok kat area umah ako. Idok le rapat sangat tapi dah alang-alang dia keje kat opis ako juga, so gigih la ako cari no tipon beliau. Dan akhirnya dapat juga! Phewwww selamat dapat bantuan juga. Walau terpaksa la keLAMBATan arini kan tapi syukur kat kawan itu kerna sudi menumpangkan ako di pagi hari.

Ermm... apa la citer si putih kat umah tu.
Feninggggg.....

Nota Jemari: Klu laaaa......

Sunday, August 15, 2010

Contest "Pencarian Tetamu"


Salam malam puasa ke-lima,

Ok ok takmoh citer pepanjang k.\
Terbaca kat FB kak norz tentang contest yang satu ni.
Kowang kenal tak novelis Norzailina Nordin atau chef Norzailina?
Personaliti tv yang sering muncul kat majalah mahupun akhbar2 tempatan.

Dipendekkan citer, kak norz sedang mencari 4 orang tetamu untuk makan malam bersama beliau. 

Syarat-syarat nya simple aje. Sila rujuk pada gambar.
Tarikh tutup penyertaan: 31 Oct 2010.
Dan tarikh makan malam adalah pada 27 Nov 2010.

So jangan lepaskan peluang merasa sendiri masakan beliau.

Nota Jemari: Klu ako ada peluang memang tak lepaskan.. Bukan senang nak rasa masakan seorang chef.

Catatan Ramadhan: Hari Kelima

Salam ramadhan hari yang kelima,

Lepas sahur tadi, lepas subuh tadi, ako terlelap.
Bangun-bangun je dah jam 2:50 petang!!
Gurlpp..... aiyoooooo!!

Terus terpikir nak masak apa untuk berbuka nanti.
Adussss bukan senang nak masak kan, lebih-lebih lagi orang yang tak reti masak macam ako nih. Harus lah jenuh memikir masakan apa yang nak dihidangkan malam nanti. Sebab semangat nak masak so ako check la resipi-resipi yang senang untuk ako kat blog mat. Dan akhirnya ako terpikir nak masak gulai lemak ikan sahaja.

Semangat tak ingat-ingat, jam 4:30 je ako dah siap masak.
Hahhahaa sedap tak sedap belakang citer..
Janji kenyang!

Tak sabar nak tunggu berbuka nih...

Nota Jemari: Citer kowang macam mana plak??

Saturday, August 14, 2010

Catatan Ramadhan: Hari Keempat

Salam,

Masuk hari yang ke-empat kita berpuasa.
Terlepas bangun sahur..
Padahal jam menjerit-jerit kat tepi tinger tapi bila dok pikirkan arini ari cuti maka kemalasan untuk bangun adalah sangat-sangat tinggi. Sudahnya, memang tak sahur la pagi tadi. Nasib baik la perut tak buat hal. Lapar pun tak juga. Mungkin dah kenyang asek dok layan drama korea jer.

Ye ye... seharian ako melayan DVD korean tajuk 'PASTA".
Ekceli dah lama gak tak beli cd korea nih.
Macam gian gitu.
Dan ako berjaya menghabiskan sumer cd dalam satu hari sahaja.
Giler! Seb baek la ako dok sengsorang.

Abes saja layan cd terus ako ke GIANT.
Aktiviti menyoping keperluan dapur dan pape yang patut.

Dan ako sudahi dengan menu berbuka iaitu bihun goreng dan air bandung yang tawar!!! Ok la tu kata nak jaga kesihatan. Tak yah makan masin-masin sangat dan kena lah kurangkan gula, tak gitu???? Huh.. alasan kan!!?

Nota Jemari: Alhamduilah.. masih ada rezeki..

Friday, August 13, 2010

Bazaar Ramadhan Puspanita

Salam petang Jumaat,
Yaahooooo esok cuti!!!
aiyo tapi poser time cuti adalah sangat azab..
Konpom ako membuta je esok nanti.

Nak citer sket pasal aktiviti kat opis ako bulan poser nih.
Bazaar ramadhan anjuran Puspanita.
Ekceli bazaar ni dah start dari minggu lepas lagi.
Klu dah nama pun bazaar so macam-macam la ada kan tapi klu dah nama pun PUSPANITA, harus la barangan lebih kepada para wanita je.

Sekadar nak belek-belek je bole la.
Klu nak soh beli, ermm erkk.. time-time takde duit ni, so pepaham je la kan.

Bazaar ni hanya dibuka pada setiap hari Jumaat jam 12.30-2.30 petang. Tapi jam 12 tghari jer bila ako turun konpom lauk-pauk nya da separuh je yang tinggal. Aiyo jam bape la derang yang lain dok membeli tu kan??? ermmm *garu dagu*

Ishhh kawan ako yg sorang ni tak abes-abes lagi menyoping..
Eh dia sibuk dok order kuih raya.
"Weii bkn ako dengar ko cakap nak buat kuih raya sendiri ker tahun nih????" *garu dagu

Tengok!
Tadi kat bahagian parking luar ada jualan barangan2 'kering' lebih kepada pakaian la gitu.. Tapi kat dalam pulak derang jual makanan. So kat sini semestinya la ako memborong sesuatu kan. Walau ako dah beli mi goreng sebagai menu berbuka petang ni tapi ghase macam x cukup plak.. Perlu ke balik nanti ako singgah ke bazaar ramadhan pulak?????

Barbican!!
Siyes, nilah pestime ako nak ghase air jenis nih...
Ala-ala sparkling kan?!
Ni import dari negara arab nun...
RM4.50 sebotol.
Erkkk ako x tahu la harga sebenar bape ek sebab bukan nya ako slalu beli pun air-air macam nih. Sekali sekala nak menerai, so apa salahnya kan.

Ada pelbagai perasa..
peach
lemon
malt
pineapple

Ako beli 2 botol iaitu perasa lemon dan juga peach.
Macam nak try perasa malt tapi takut tak tertelan jer.

Dan ini lah salah seorang penjual di bazaar ramadhan puspanita.
Ita oo ita, ako siap pomot muka ko dan lebih specific ako tolong pomot air barbican tu yer.. ehehee Minggu depan mahu cuba yang lain pula.

Nota Jemari: alamakkk... lupa beli nasi putih untuk esok!!

Catatan Ramadhan: Hari Ketiga

Assalamualaikum.....
Sudah hari ketiga kita berpuasa ya..
Alhamdulilah....

Dan macam biasa juga memang minggu ni ako akan berpuasa, bersahur hatta berbuka sorang-sorang. Tapi ako tak kisah pun. Ye la bersahur, berbuka sorang-sorang adalah sangat-sangat menyenangkan kepala hotak ako.

Siapa kata sorang-sorang x boleh nak menikmati juadah dengan berselera?? Semalam ako berbuka memang meriah sekali. Ye la meriah la kan klu ko buka sengsorang dengan makanan-makanan kat bawah nih. Oppsss ni bukan nak kasi kowang terliur ke hape, hanya sekadar berkongsi menu sahaja.

Rojak mamak.
Ekceli klu sekadar makan rojak ni pun dah bole kenyang tapi sebabkan nafsu makan membuak2 so harus la ada makanan sampingan yang lain juga selain rojak.

Laksa johor..
eee memang salah satu febret ako sejak akhir-akhir nih.
Kalau lah sambal belacan tu kasi lebih sket, lagi ada rasa umphh!!

Dan ako sudahi berbuka semalam dengan otak-otak ikan.
Memang sedap giler!!!
Ni semalam ako beli kat Sogo.
Memula ako ingatkan konpom muak kan, ye la slalu makan otak-otak udang jer.. Tapi yang satu ni memang siyes sedap!!! Padat! Dan ranggup sekali.....

Ako hadamkan sumer makanan dengan air mata kucing yang dibeli dari cafe opis ako nih... Tahun ni air mata kucing macam kureng umphh la berbanding tahun2 lepas... Apsal ek??? Gula abesh kah?? ermmm...

Nota Jemari: arini nak buka apa plak yer?

Thursday, August 12, 2010

Juadah berbuka

Siap sudah membeli makanan untuk berbuka petang nanti!

Simple aje deh...

Laksa Johor...
Rojak mamak...
Nasi putih + Rendang daging (sah-sah yang ni ako simpan untuk sahur esok)..

Nak soh ako masak?
Ermmm takde la nak masak bila dah makan sorang-sorang.
Beli aje lagi senang!!

Lagi beberapa jam ni nak berbuka......

Nota Jemari: Menuggu detik itu

Sogo oo Sogo

Lunch tak tahu ekceli nak ke mana...
So merayap la ke Sogo kejap.
Kebetulan ada mahu membeli pape yang patut.
Terus ke bahagian supermarket.

Amek itu, amek ini...
Ermm... x sangka plak sampai RM50 kena bayar.
Aiyooo.. mahal nya barang-barang skrg ni kan?!
Tapi betul gak, yang ko gi soping barang dapur kat sogo pehal kan.
isskkk..... ala bukan beli banyak mana pun.
Soploh item je pun!!
Soploh pun kira banyak ker?

Eh, klu lebih dari satu kira banyak la tu kan?
Aiyakk....

Aiyo... ermm masih ada lagi barang keperluan kena beli nih...
Nampak gaya terpaksa la soping ke Giant lepas nih.

Nota Jemari: Nak berbuka apa ye petang nih?

40,000 Pekerja Bank Bakal Terima 'Durian Runtuh'

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lebih 40,000  pekerja bank akan menerima 'durian runtuh' antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).


Setiausaha Agung NUBE J. Solomon memberitahu Bernama hari ini sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.

Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas hingga 31 Dis 2011 sebagai "yang terbaik dalam sejarah NUBE" kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.

Antara faedah tersebut ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun yang dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara.

Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus.

Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam masa kurang setahun.

Beliau memberi jaminan pekerja sektor itu akan meningkatkan produktiviti selaras dengan penyelesaian yang dicapai.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan CA baru sektor bank tersebut dan menggesa agar majikan sektor lain mengambil langkah serupa.

"Kami khususnya menggesa sektor perkilangan dan perladangan agar menyediakan suasana bekerja yang lebih baik dan faedah bagi pekerja mereka," kata Naib Presidennya A. Balasubramaniam said.

-- BERNAMA  
 
Nota Jemari: Untung nya warga bank (erkk tapi bank negara tak termasuk pun huhu), gamak nya raya tahun ni raya sakan la derang ek...

Ngantukkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!! $%^&^*(&*(&)_*

Aiyo....
Pepagi dah ngantuk.
Menguap-nguap ako dari tadi..
Ni la bahana , tak pernah-pernah awal2 makan nasi sangat..
Alih-alih makan plak pagi nih, ha amek ko..
Tahan ngantuk je la di awal pagi..

Berat sungguh mata nih..
Kepala pun rasa dah ting t0ng jer..
Eeee... perut ni pun rasa pedih plak.
Ngengada kan...

ermm alahaaaii..
Wahai mata,
Wahai perut,
Cuba la sabar dan bertahan ya!!

Nota Jemari: Kuyu dah mata nih... Letih!

Catatan Ramadhan : Hari Kedua

Salam untuk hari yang kedua.

Alhamdulilah masih ada rezeki dan panjang umur untuk berpuasa lagi tahun ni.
Sahur masih lagi keseorangan.
Hari ni ako makan nasi dan sambal telur.
Berat sket dari semalam.
Bukan leh makan banyak2 sangat pun.

Sahur kali ni ako kekeurangan susu.
Slalu ako memerlukan susu di pagi hari untuk menambahkan lagi tenaga yang ada. Takpe, mungkin lain kali ako prefer bersahur dengan susu dan cornflakes sahaja.

Berbuka?
Ermmm rasa nya lebih kurang mcm semalam.

Selamat Menjalani ibadah puasa hari kedua.

Nota Jemari: Alamak... cane terlupa nak minum air tadi nih????

Wednesday, August 11, 2010

Drama bersiri Lagenda Budak Setan

Malam tadi, dok layan FB terbaca la kat status novelis ahadiat akashah tentang drama Budak Setan nih. Katanya akan disiarkan jam 10:30 malam kat astro prima. Harus la ako menanti dengan sabar untuk melihat sendiri drama yang diadaptasikan daripada novel beliau sendiri.

Hampir terlepas juga ako dari menonton drama itu dek gara-gara khayal dan khusyuk melayan drama korea kat KBS. Ermm apa yang boleh dikatakan, drama memang lain dari filem. Ako pasti drama lebih panjang waktu dan harus setiap inci jalan cerita dalam novel akan dimasukkan kedalam drama. Yeaaahhh dan memang benar!!! Jalan citer adalah sama macam novel walau takde la 100% kan. Cuma yang frust sangat, derang memperkenalkan wajah-wajah baru membintangi drama tersebut.

Ako frust ok bila tengok Ayu, lakonan Maslina Nasir (pelakon baru la kot) memegang watak ayu. Oh dan juga Sapi, bukan kah dalam novel Sapi seorang yang kurus dan hitam? Dan watak Azmi lakonan Nas T, aiyoo..... sesuai kah??? Pape pun ini baru episod pertama. Kita tunggu dan lihat episod-episod seterusnya.

Eh eh, baca novel, ako terbayangkan Cikgu Loga tu cikgu laki tapi dalam drama cikgu pompuan ek? errmm... Ala pagi ek? Ha, lady in black.. erm ok laaa

Overall, lakonan derang masih tahap kaku lagi. Takpe la kita bagi peluang pada pelakon-pelakon baru untuk mengembangkan lakonan mereka.
Kisah cinta agung di antara Kasyah dan Ayu kini kembali dalam versi drama pula arahan Along Kamarudin. Drama 26 episod itu akan menemui penonton melalui saluran Astro Prima bermula 10 Ogos jam 10.30 malam. Barisan pelakon drama ini ialah Farid Kamil sebagai Kasyah, Maslina Nasir (Ayu), Jue Aziz (Emilia), Melissa Maureen Rizal (Katerina), Nas T (Azmi), Arifah Damanhuri (Mak Leha) dan Anne Ngasri (Suzana).
Nota Jemari: Kowang leh baca sinopsis kat sini k.

SALT @ Wangsa Walk

Last week, ako tingin sangat nak tengok wayang...
So cecepat ako masuk website TGV dan terus booking tiket.
Setel tapi alih-alih kena bayar RM60.
Huh??? Ok gilos apo tengok wayang sampai enam poloh hengget!!!

Pastu belek punya belek, ok ok memang kesilapan datangnya dari ako sendiri.
Tu la dia tak check betul-betul sebelum membayar.
Kisahnya ako booking couple seat kat tgv wangsa walk.
Pestime ni nak layan wayang kat situ. Tambah plak ako kan bertahun tak tengok wayang. So, excited terlebih la gamaknya.

Check punya check, couple-seat berharga RM15 seorang, so bila terklik 4 seat sekaligus tu yang jadi sampai RM60. Dan tak pasal-pasal terpaksa la cari kengkawan untuk cover balik RM30 yang bagi ako sangat berharga, OK!!! Thanks to anis sebab last-last dia sudi gak layan wayang dengan ako sekaligus ako dapat la balik tigaploh hengget itu. Yeehaaaa i like!! Caaayaaangg anis!!

Setel citer pasal tiket.
Ako layan filem SALT.
Orang kata tak best. Eh itu owang lain yang kata.
So memandangkan ako suker itu pompuan bibir tebal, best ke tak best ako tatap mahu gak layan itu filem. Dan kesimpulan nya, sape kata SALT tak best??? Siyes, bagi pandangan peribadi, filem ni memang SUPERB!!!! Citer aksi dan suspen yang memang berbaloi-baloi. Cuma ako rasa part ending macam tergantung sket. Adakah akan kluar lagi SALT part 2?? Wah... macam menarik kalau betul ada part 2.

Eh ya, tadi ako terbaca kat blogmya.. ye ye dia pun ada mention pasal pompuan bibir tebal ni nampak cekung. Memang nampak ketara sangat-sangat kan!! Dah tua dan terlalu kurus.. Aisshh ako rasa klu dia berisi sket musti lagi nampak seksi bersesuaian dengan bibir nya tu. hahaha... Pape pun, citer ni memang da BEST!!

Nota Jemari: TGV wangsa walk, no bad laa.. i like!!

Besday Party Mengejut!

Wei blackout ker??????
Baru nak menyuapkan puding roti ke dalam mulut, alih-alih gelap je tempat tu.
Gurllpp..... Memasing buat muka blur padahal....

Tup tup kat pintu masuk nampak ada belon.

Hahah tu dia si shaz dan Aemiey dok bawa belon ngan crown.
Eh eh tapi pasal apa ya?
jeng jeng.. jeng..

Terus sumer yang ada kat situ menyanyikan lagu
"Happy Birthday"
"Selamat Hari Jadi"
"Allah Selamatkan Kamu"

Tak lain tak bukan, kitorang buat surprise party buat Atie & Zila.
Kowang tengok, bukan main suka lagi budak dua owang nih tau!
Tergedik-gedik dok berlari nak tiup lilin.
Auww... cam kekanak ribena memasing malam tu.
hahhaha...

Dah tak sabar nak tiup lilin.

Tiup dik tiup!!

Sudahnya kepenatan ya dik.. hehee
mati arr sape yang kena kan kowang letak lilin yg sentiasa menyala je tu?
hahahaha....
Sowi kita tukang gelak je tau...

Pastu kowang main calit-calit kek tempek kat muka kan?!!
Harus kita sesiap lari dulu....
Tapi tengok kowang sumer memang enjoy malam tu.

Majlis berakhir bila memasing berlumba-lumba berpadu sore..

Happy belated besday to Zila & Atie.

ps: thanks to Janet & Yazrul for da lovely pics :-)

Nota Jemari: Moga hari bahgia akan sentiasa menemani u ALL!!

Catatan Ramadhan: Hari Pertama

Assalamualaikum,

Hari ni 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H.
Hari ni sekali lagi umat Islam mula berpuasa.
Dan hari ini juga segala setan dan hantu dah masuk 'lokap'.

Hari pertama bersahur..
Memandangkan sengsorang, takde yang menarik dimkan.
Cukup dapat mengalas perut dari kelaparan.
Sekeping biskut kering dan juga secawan nescafe panas.
Alhamdulilah, rezeki ari ini..

Berbuka?
Masih belum tahu lagi.
Yang pasti berbuka sesuatu yang ringan dan simple sahaja.

Nama pun dah sorang, takkan ko nak melantak macam-macam.
Eeee no gud no gud..
Membazir amalan syaitan!!
Setan dah dok dalam lokap takkan ko nak jadi 'setan' plak kan.?!

Ok pape Selamat Berpuasa ya kawan-kawan...

Nota Jemari: Bermula episod yang paling ako tak suka dalam hidup...ermm

Tuesday, August 10, 2010

Appreciation Day

~Para 'artis' dan krew-krew yang terlibat semasa show dinner tempoh hari~

Appreciation Day untuk kami,
diadakan di Lanai Kijang
jam 6pm
pada hari semalam, 9 Ogos 2010

Semalam, kami diraikan!
Yeay... sangat terasa dihargai!
Makan dan minum sepuas hati!
Memasing hepi tak terperi......

Tanda cenderahati gambar kenangan untuk kami semua.
Terima kasih kepada pihak yang terbabit.

psstt tahun lepas kita dapat frame, gambar kena cuci sendiri kan?!!
So tahun ni dapat gambar, erkk frame kena beli sendiri la ek?
hehehe..

Sekali dibaginya kami thumbdrive ini..
Errmm. ok memang thumbdrive lama, tahun lepas punya daaa...
Tak tahu masih elok lagi ke tak?

Tapi kalau tak bole berfungsi, alamatnya simpan ajer la dalam laci. Sebab warranty sudah tamat setahun yang lepas. Sekian!!

Nota Jemari: Terima kasih segalanya

Sahur apa ya?

Kalau esok confirm poser, ermm agak2 ako kena sahur apa ya esok?

Situasi:
~ Sengsorang je kat umah
~ Bila dah sengsorang konpom cam malas nak bangun tapi WAJIB sebab kang kelaparan plak waktu siang esoknya
~ Nak masak, ermm bila dah sorang cam malas juga kan. Makan pun ciput jer..
~ Nak beli sesiap, ermm cam x best plak kan. Ye la kat umah bukan ada microwave, tekan pusing panas!!

Kesimpulan:
Memang tahap MALAS nak buat sesuatu sengsorang.

Soalan:
Sahur apa yang sesuai ye untuk orang bujang?

Dah la hari pertama nak bersahur, patutnya kena la berkobar-kobar kan tapi ako, ermmmm rasa nya makan roti cicah sama nescafe panas je arr!!

Nota Jemari: Berbuka ako x kisah sangat sebab senang nak beli kat pasar ramadhan..

Baju Raya dah SIAP??

Assalamualaikum,
Insyallah klu takde aral rasanya esok kita dah mula berposer kan?!
So, dikesempatan ini ako nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat kowang sumer pengunjung blog ini. Moga ramadhan kali ni akan menambahkan lagi pahala dan rezeki buat kowang, ya?!

Poser, lepas tu kita nak raya dah kan?!
Yeay!! Ako pasti kowang memang lebih excited nak raya daripada poser. Oppssss... eleh jangan tipu daaa.. Pape pun, walau masih awal harap persiapan nak raya nanti sket demi sket kowang dah setelkan. Ye la kan, slalu nya dalam bulan poser ni tenaga kurang minda pun lembik.

Bagi ako, takde apa yang menarik sangat time2 raya nih sejak kebelakangan nih. Persiapan dari segi makanan, rumah, kelengkapan diri tidak la semeriah beberapa tahun lepas. Cuma baju raya atau lebih specifik lagi baju kerja BARU je yang dah siap. Jenis ako ni baju baru tu juga ako buat pakai time raya dan baju baru tu juga la ako buat pegi keje. JIMAT!

Ada satu baju nih. Dah siap dah. Cantek! Pada pandangan mata ako la kan. Sah-sah ako juga yang nak pakai, harus la cakap cantek kan?! Tapi mcm tersendat sket kat bahagian belakang. Oh ye baju tu ako buat kebaya. So, sebab kan tak selesa maka ako minta la kawan sowang ni tolong tetaskan sket 'dat' kat bahagian belakang. Eee nak soh ako buat sendiri memang tak reti walau senang je ako tengok kan. Padahal before ni pernah jer ako tetaskan baju sendiri tapi alamatnya ermmm hancussssss!!

Bila dah buka jahitan benang nya, ako tengok ermm alaahaaiii cam x cantek sudah!! Sebab dah tak nampak bentuk kebaya bila dipakai. Dah ala-ala baju kebarung gitu. Mati arr nak hantar tailor kasi 'alter' balik. Konpom lepas raya baru dapat.

Walau macam mana pun, ako ucapkan terima kasih la ye pada kawan nan satu itu. Tanpa kau, tak pakai la ako baju tu!! *chewah...*

Nota Jemari: Ok next, baju sape nak kena alter? hahaha

Monday, August 9, 2010

Roboh baju itu!!!


Muahahahaa..
Memang ghase nak guling-guling dok gelak kat situ.
Tapi iskkk harus kena kontrol lobang idong gak kan.
Kang dari nak gelak kan orang, tak pasal-pasal orang plak gelakkan kita

Mana tak nak gelak kowang oiii...
Lunch tadi konon nya nak la 'mencuci mata' kejap.
Masuk lah kat kedai Butik Gaya Warisan. Sebabkan opis ako pernah hantar jahit kain kat situ dan ako tengok kualiti jahitan dan kesedapan pakai, berkenan la konon nya nak soh butik tu jahitkan kain ako. Dipendekkan citer, baru je kitorang dok risik-risik harga kat kaunter, alih-alih kawan nan satu yang tengah dok membelek baju siap kat situ tetiba rebah. Eh eh bukan dia yang rebah tapi barisan baju-baju itu yang rebah. Adehh.... mahu tak tergelak dibuatnya...!!

Abesh satu deretan baju-baju tergantung rebah menimpa dia.
Muahahaha lain yang nak dibuat, lain plak yang jadi.
Sudah terasa keMALUan di situ, kami pun berlalu pegi.
Konpom owang kedai tu tension je ngan kitorang.
Klu beli baju-baju kat situ takpe la juga kan, ini sekadar nak bertanya harga lantas berlalu pegi.

Muahahahha ya ampun ya abang-abang sekalian. Bukan saya yang buat tapi kawan saya. Tapi sebab dia kawan saya, harus la saya selamatkan kawan saya dulu daripada baju-baju itu. Hahhaaha... ako selamat kan kawan? Haaaa tipu tipu lebih kepada tergedik-gedik nak snappy gambar. Hahahha ya ampun Sri. Tu la lenkali sila berhati-hati ye lepas nih. Konpom lepas ni kita kena 'segan' nak masuk situ lagi. Itu pun klu abang-abang kat situ pasan kita lagi. Haahahaa.....

Pape pun, tak leh salahkan Sri juga sebab besi sangkut baju tu tak kukuh kat bawah kaki nya. So, memang patut arr klu sentuh satu, abesh sumer roboh ke bumi.

Nota Jemari: Seb baek la baju kan... tapi nak minta diskaun sbb dah jatuh, erkk bole tak? hehehe

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers