Followers

Thursday, September 30, 2010

I LOVE YOU

"I LOVE YOU"

erkk............ gurlpp??!!
Balik dari Taman Rowther tempoh hari, ako pasan pun bila dah sampai umah.
Ni sape punya keje ni weiii?
Baik ngaku cepat!!

"I LOVE YOU"
auwwww.... i love u too arrhhh...
muaaahhahaa...

Alaaa...... ni sesape yang gegatal memain tulih2 camni ataih badan putih ni weii???? Dah tak pasal-pasal tuan punya s putih sudah perasan tan... wkakaakak..
Aisshh... i lap u, u lap me..

jeng jeng jeng...

Nota Jemari: .. suka gak tulih-tulih camni.. adat la kan lepas ujan... erk??

Wednesday, September 29, 2010

Jom ke Taman Rowther!

25 September 2010
Beraya ke Taman Rowther.
Rumah sape? Rumah kakak..
Nak 'buka rumah' sendiri, ishh x koser nak buat lagi dah.
Mungkin di masa-masa akan datang, sape tahu kan ;-)

Masih dalam mood menyambut raya.
Macam biasa konsep 'puteri UMNO' masih dikekalkan.
Ntah bila nak tukar kaler tema agaknya, naik jelak lak ako tengok asek kaler pink ajer. ahah :p

Sebelum suka-suka makan, kita buat la TAHLIL dulu.
Alhamdulilah selesai selepas saja zohor.

Terima kasih pada kak ct sekeluarga dan juga si bujang shaizhar kerna sudi datang menghabiskan makanan. Bak kata sorang 'pakcik' tu, "banyak makan dah ni, dah macam budak-budak..." ..especially sebab makan jelly banyak sangat ek :p

"Kak ct, klu malu atau segan, memang rugi la weiii,..............." *wink*

Terima kasih juga buat father n mother-to-be nih....
Dalam diam-diam dah 'berisi' ghope nya si carney ni ek..
Tahniah la untuk kowang berdua. Ni yang sumer orang dah tak sabar nak tgu Jun/Karni JunioR nih. hehehe.. Moga-moga sumer nya selamat la yer!!

Dan tak lupa juga, Gud Luck untuk kowang for coming final exam nanti.
Bertambah-tambah rezeki kowang berdua kan.. Alhamdulilah.

...berbekalkan hanya RM200, beliau telah berjaya menjelajah hampir separuh dunia... Berkat kesabaran dan keyakinan, akhirnya hasrat dan cita-cita beliau untuk ke London terlaksana juga. Siapa sangka, seorang anak kampung yang hanya berbekalkan uwang RM200, tanpa ilmu didada, tanpa bantuan sesape, diejek kengkawan dan juga orang-orang kampung konon nya cita-cita yang terlalu tinggi dan mustahil tetapi berjaya juga mencapai impiannya.

..beliau bukan lah seorang yang terpelajar
..bukan juga seorang yang kaya raya..
..nak tahu kesudahan suka duka beliau, dapatkan senaskhah yang berharga RM15 sahaja.

Boleh contact Noor Azam : norazam_56@yahoo.com.my 012-384 7118

Inilah penulis tersebut.
Inilah Pak Long ako..
Inilah pakcik sedara belah arwah abah.
Dan inilah juga babah kepada cousin-cousin ako.

Caya la paklong!!
Pasni kami tunggu second episod plak!!

Nota Jemari: pengalaman dan ilmu, tak salah dikongsi bersama-sama kan ;-)

Tuesday, September 28, 2010

MAGIKA

Ahad, 26 Sep 2010
Ajak atih gi layan movie.
Belek punya belek akhirnya kami pakat mahu layan movie MAGIKA.
Nampak macam menarik tapi lepas tengok memang menarik pun bagi anak mata dan citarasa ako.

Tengok di Wangsa Walk..
Show jam 11 pagi.
Konpom dah sahih memang budak-budak je yang memenuhi panggung itu.
Ok, layan kan ajer la..
Tapi yang best sebab takde langsung sore-sore budak menjerit-jerit..
Bagus!!

Bila dihayati, ermm movie ni mcm bukan untuk tontonan budak-budak sepenuhnya.
Pada pendapat peribadi ako, ada la juga terselit unsur-unsur macam 18SX sket. Ke ako yang berpikiran mcam tu ek??? Ntah la yang nyata, ako peratikan budak-budak hanya terlopong sahaja melihat movie tanpa ada sebarang reaksi, ketawa, suka, duka dan pape je la. Erm ke ako je yang perasan macam tu ek??

Isskkkk....
Walau ada pengajaran dan nasihat diselitkan tapi masih ako rasa macam bukan sesuai untuk jiwa anak-anak. Ako suka sebab ianya berunsurkan muzikal. Dah macam ko layan teater muzikal gitu. Ako nak suggest KRU jadikan filem ni dalam bentuk teater muzikal pun orait gak!! Memang best lagu-lagu dan alunan muziknya.

Pape pun, bak kata ako tadi, ini sekadar pendapat peribadi. Mungkin kowang yang dah tengok, lain plak pendapatnya, ye tak?! Lain orang lain pendapat. Lain orang lain citarasanya. Selamat menonton ya ;-)

Nota Jemari: Nak tengok tetater Tun Mahathir, tapi tiket yang tinggal sumer nya belah atas sekali... huh?!!!

"Selamat Hari Raya, BNM!"

Maaf ya pada yang menanti citer-citer kat sini.
Beberapa hari tak menghapdet terasa kemalasan melanda.
Tapi untuk tidak menghampakan pengunjung yang sudi membaca, ako coretkan la beberapa kisah khas tatapan mereka yang sudi dan masih menanti.

22 September 2010
Tempat opis ako telah bermurah hati buat open house khas untuk para staf dan juga ahli keluarga mereka. Seperti tahun-tahun yang lepas juga, lokasi beraya tatap diadakan di dalam kawasan opis ku juga. Walau ada kelainan dari segi susun atur dan juga makanan dan juga hiasan tapi tatap rasa tak semeriah cam tahun-tahun yang lepas. Agak-agak kenapa la ya??! Ke ako sowang je rasa sebegitu? Ermm.........

Rumah terbuka adalah dari jam 1 tengahari hingga la ke jam 5 petang bagi sumer kakitangan dan keluarga. Tapi sebelum jam 1 lagi, staf dah start beratur. Perghh!! Ye la juga kan, dah waktu lunch, opkos la memasing siap sedia awal-awal lagi nak isi perut. Ekceli klu tak nak beratur pun takpe, banyak tempat disediakan selain kat tempat khas tu. Cuma gatal-gatal la kan nak juga salam dengan 'BIG BOSS' tempat opis ako nih. So memasing pun sanggup la beratur panjang mana sekali pun.

Beratur pun beratur, akhirnya dapat juga bersalam dengan empunya diri. Kelihatan 'BIG BOSS' opis ako berbaju kurung merah. WOw, memang menjadi tarikan! Cantek kaler tu kan ;-)!!


Dan sebagai tanda ingatan buat kami sumer, jom kita kasi ucapan kat kad raya gergasi itu.
"Eh, kat mana kad gergasi ni diletakkan ek??? Tak nampak plak kat memana sudut kat opis ako nih??"

Dan juga yang menjadi tarikan kali ni adalah buah-buahan tempatan yang juga gergasi.
Aiyo apa pasal tahun ni sumer bende jadi GERGASI nih???? gurlpp........

Mohon maaf di hari raya...............
*PEACE!*

Nota Jemari: Lately ni cam kurang sket ingin berceloteh, kenapa ya?

Saturday, September 25, 2010

Beraya ke Setapak Indah

Beberapa hari tak hapdet cerita...
sambung sket la ye citer pasal raya.
Ahad 19 September lepas, uishh dah hampir seminggu kejadian ini. Kebetulan kedatangan sishoney ke KL, maka kami berpakat mahu beraya ke Setapak indah, umah sape lagi klu bukan che ct dan juga che mat. Ekceli ako sudah beraya dulu ke sana tapi sebab takde segan silu ako datang beraya lagi buat kali kedua. Harap tuan umah tak kisah la ye dengan kedatangan ako yang lebih dari sekali tu. *sengih*

First, ako beraya dengan ABIN.
Excited sungguh ABIN bila sampai kat umah acik CT dan acik mat tu.
Apa taknya, dia terlebih excited nak main tangga.
Tambah plak ada 'kawan-kawan' kecik dekat umah acik CT kan.
Bertambah-tambah la dia excited, berlari sesuka hati kat sana. Harap-harap la tuan umah tak kisah dengan keletah si ABIN yang tak reti duduk diam tu. 

Tengok la tu, siap sempat lagi nak buat spot check kat beranda umah acik mat ya. Ntah apa yang dia sibuk nak cari gak nya...??!! Ooo baru ingat , ntah nape aunty nana ingat umah acik mat ada ikan, tu yg si ABIN cam excited nak tengok ikan agak nya. hehhe... Takpe ABIN, nnt aunty nana suggest soh acik mat bela ikan kaloi eh depan umah dia heheheh... :p

Taadaaaaaaaaaaaaa..... plan yg separuh dirancang oleh bondarock.
Seb baek la tuan umah tak ke mana-mana ahad aritu. Maka kami merancang mernyerbu umah mereka untuk berhari raya. Al-maklum nak serbu umah bujang, cam x sesuai ajer kan. Hahahaha maka umah yang udah berkeluarga aje la yg jadi sasaran kami. 

Klu dah nama ke umah Puan CT, tak lengkap klu tak terhidang macam-macam makanan kan ;-) Rasa nya memang tak kan kelaparan la gitu. Terima kasih la ye kak ct oiii, walau anak dara awak takde kali ni nak membantu tapi dapat la juga kami merasa masakan awak lagi. hehehe.. Jangan serik terima kedatangan kami lagi tau :p

Kedatangan shai memang tak lepas dari membawa sesuatu.
Thanks shai, sedap gak lemang tu, lembut dan lazat!!! 
Bertambah kenyang la kami sumer petang itu. Burlpppppp...............


Tuan umah nih memang tak reti dok diam kan...
Dihidangnya pulak kami dengan minuman petang.
Adusssss naik kembung kami menikmati minuman petang itu sambel menonton drama yang ending ntah pape itu.... aishhhhhhh tension je!!

Pape pun, terima kasih sekali lagi la ye buat kak ct dan che mat kerna sudi menerima kedatangan kami ke teratak 'indah' kalian berdua. Kami sudahi kepulangan kami dengan 'burlppppppppppppppp'... hehehe tanda kami kenyang!! hehehe

Nota Jemari: sedap, lazat, nikmat... 

Tuesday, September 21, 2010

Kenapa berwajah kusam???

Jawapannya S.T.R.E.S.S....... ok!!!

Mula-mula ako tak pasan, tapi bila ramai sangat cakap ako 'kurus', eh ntah tang mana derang cakap ako 'kurus', ako pun x pasti. Tapi bila ada sorang kawan ni tegur, ako nampak cengkung especially tang muka, well now baru ako sedar. Ermmm kusam ghope nya dah muka ako ni. Stress OK!!!

Mana tak stress nya kalau hari-hari kena tahan soklan-soklan yang mencabar minda dan kepala hotak ako. Cuba la korang tanya pasal makan ker pasal kenduri ker pasal yang hepi-hepi jer, takde la minda ako berserabut sangat. Ni balik-balik soklan, bila nak kawen? bila nak tunang? Bila nak kawen? Bila nak tunang? Eh helooo............ apa kowang ingat soklan tu jer ke yang menarik minat ako??? Sekali lagi soklan sama yang berkumandang kat lobang tinger ako, SIAP ar kowang!!!

Tahap kesabaran ada batasnya....

Kadang-kadang kebosanan mendengar soklan-soklan 'merepek' dan 'kerepek' kowang buatkan kepala ako pening, perut ako sebal, tinger ako 'menanah'. eeee pendek kata ghase cam tembak ajer bila dengar soklan-soklan mcm tu lagi.

Yang ako pelik tu, tak penat plak kowang dok tanya soklan yang sama berulang-ulang?? Apa la yang kowang susah sangat, ha kalau dapat jemputan tu, tak lama lagi la makna nya tu. Selagi takde pape jemputan, ko paham2 sendiri je la. Ha jangan esok, bila dah dapat jemputan, batang idOng pun x nampak. Banyak plak alasan tak bole nak datang..

Manusia manusia, selagi kowang bernama ORANG, memang tak larikan dari nak jadi kep0chi!!??

Nota Jemari: Perlu ker kepala hotak ako kena serabut dek kowang??? Sengalll!!!

Monday, September 20, 2010

Hari Raya Ketiga: Rumah Pertama, Kedua & Ketiga

Lamanya tertinggal citer bab raya ni kan..
Cam dah takde mood plak nak bercerita kat sini.
Tapi sebab cam tergantung je cerita raya ako tempoh hari, maka kali ni ako sambung la beberapa kisah raya ako tempoh hari.

Beraya ker Puncak alam.
Rumah sepupu yang susah betul dah nak beraya lagi lepas nih.
Apa tak nya, tiga hari lagi jer derang dah kena berhijrah ke Doha.
Ntah bila lagi la dapat beraya bersama-sama kan.

Bersama anak-anak sedara. Mak apak eh nak bawa derang berhijrah. So pasni ntah bila nak tunggu derang balik ke Malaysia sambut raya sesama lagi kan. Ye la agaknya masa derang balik sok, ntah ingat lagi ke idak kat makcik sedara derang ni. (eh cousin punya anak, kita panggil apa ek? tetiba ako cam konpius jap..)

Buat Abang Irfan, Kakak Lily dan Adik Yaya...
Dah ada kat negara orang tu, jangan plak lupa ingatan kat kami sumer di sini ya. Nampak gaya nya lepas ni bersambung balik la blog irfandalili kan, ye cik bedah oii heheheh.. :p

Ghaye kat Klang plak.
Ntah apa feel nak bergambar kat lantai luar depan umah oghang...
Laayan kan ajer laaa...

Dari Klang kami ke Damansara plak.
Melawat pak tam merangkap adik arwah ABAH, yang sudah uzur ako tengok kan.
KLu pakcik makcik ako dah takde sok, ntah sape lagi la kami sepupu sepapat nak ziarah. Time-time ghaye ni la, masa sihat ni la kita ziarah mereka yang dah tua. Sok-sok giliran kita, anak-anak sedara plak yang akan jenguk. Itupun klu derang masih ingat kat kita lagi, ye tak?!

Nota Jemari: kowang dah abes beraya ker? 

Semangat Kemerdekaan


Aritu ako gi beraya umah jiran.
Ala tak jauh mana pun, jiran menyeberang umah jer.
Masa sampai kat umah jiran tu, kebetulan si ABIN tunjuk sesuatu.
Ako pun tengok.
Wah...... cuba kowang tengok gambar kat atas nih..
Semangat MERDEKA masih ada lagi.
Tapi tak heran la kan. Ako pasti memana umah pun akan pacak bendera Malaysia sempena bulan merdeka nih.

Yang menarik pandangan mata ako, bendera yang satu itu. Cuba kowang peratikan betul-betul gambar kat atas nih. Betulkan ada sesuatu yang menarik perhatian.

OK ako kasi close up sket.
Taaadaaaaa....... bendera malaysia juga tapi sudah macam digigit tikus plak. heeheh Tak kisah la. Ini lah baru dikatakan semangat kemerdekaan nih.

Walau bendera tu dah tinggal cam nyawa-nyawa ikan tapi tuan umah tatap bangga nak pacak bendera itu kat laman umah dia. Perghhhh memang betul-betul berjiwa patriotik gitu.

Hidup MALAYSIA... *tetiba kan*

Nota Jemari: Kowang ada??? Ako memang takde.. ngaku nih!

Monday, September 13, 2010

Pizza Hut vs Domino's Pizza

Hari tu kan, lepas jer balik dari kampung, ako sampai KL lebih specific ako sampai kat umah lebih kurang jam 8 malam. Sejak malam raya sampai la raya ke-3 ako bermalam kat umah kakak ako di Taman Rowther, Gombak. So sebabkan terlalu banyak sangat makan rendang/ketupat/lemang maka malam itu kami mahu ubah selera plak. Mahu makan ala-ala western atau lebih specific fast food.

Tekak ako ekceli nak makan KFC tapi sebabkan malas dah nak kuar balik, plak tu KFC takde delivery servis, maka kami beralih arah mengorder Pizza Hut.

Mula tu ako malas nak call, so ako ingat mahu order online saja la. Senang kan sebab dalam masa yang sama kita leh take time nak pilih menu. Dan sebab ako stay kat umah kakak, so dia dalah pertama kali mahu mnegorder delivery pizza hut, maka terpaksa la mendaftar terlebih dahulu nama beliau dalam website pizza itu. Ok fine, xpe la ako daftar akan ajer la. Tapi tak berjaya sebab kononnya website pizza tak dapat nak trace alamat umah kakak ako tu.

So yang tu ok lagi, terus ajer ako mendail 1-300-88-2525 dengan harapan senang sket kan berurusan dengan operator pizza tu sendiri. Dah dapat cakap, pastu operator nak sahkan alamat umah, alih2 dia cakap, "maaf kami tidak membuat pengantaran di kawasan umah anda"... HUH????? Huh??? HUh???????

"eh.. kenapa plak??? Jiran depan umah saya nih, ada je home delivery!!"
"ye ke kak? Tapi memang kami tak hantar kat kawasan perumahan tu?"

OK so skrg ni sape yang nak disalahkan????
Wah menyombong ye ko pizza hut!!!
Takpe takpe, lepas ni jangan harap ako nak makan ko lagi!!
Nama saja sudah ternama, ko pilih2 kawasan plak mahu buat delivery ya..
Huh sudah, ako sudah maj0kss sama ko!!

Terus ako teringat sama Domino's pizza.
Ako masuk website dia. Ako daftar.
Ha senang! Derang ada buat penghantara ke kawasan umah kakak ako tu.
Yang paling best, lepas je setel urusan pemilihan menu dah ko submit, terus dia akan kuar GPS ni. Ini kira kowang punya order tracking la gitu. Senang dan best sebab ko leh tahu, order ko sudah dikesan, lepas tu derang tgh buat persiapan, derang tgh bakar pizza ko, pastu derang akan inform pizza ko tengah dibungkuskan ke dalam kotak, siap sedia untuk dihantar. Even klu derang lambat ko leh tahu, dan hingga lah pizza ko sedang dihantar pun ko leh tahu. Senang kan!! Eeee sangat-sangat suker servis derang ni laa! Impresif!!

Domino's pizza ni ako hanya suka makan pizza jenis thin crust saja.
Memang nyummy!! So klu korang suker thin crust, memang ako suggest makan dominos. Klu thin crust pizza hut, ermmmm sangat menjenkelkan tekak ako..*wah jengkel lagi tu.. hahaha* Cuma klu ko nak makan pizza biasa ako x suggest kowang amek dominos ni sebab kureng sedap sket. hehehe

Pape pun terpulang la pada kesedapan tekak kowang kan. Yang pasti ako tatap akan jadi peminat No.1 Domino's pizza. Nyummyyy.................

Nota Jemari: ..padahal, pizza hut paling dekat adalah Sri Gombak, dan donimos plak kat Giant Batu Caves.. Ermmm....

Bintang dan Bulan di Langit tinggi

Kejadian berlaku pada hari Sabtu, 11 September 2010.
Hari raya ke-2 bersamaan dengan 2 Syawal 1431H.

Dalam perjalanan pulang ke kolumpo.
Ditengah-tengah highway PLUS, terpandangkan langit yang membiru.
Terus tertarik dengan kejadian ALLAH s.w.t pada petang senja itu.

Kelihatan sebutir bintang dan juga bulan sabit.
Sungguh, sangat unik ako rasa kan kejadian petang itu.
Belum pernah ako lihat hanya sebutir sahaja bintang di langit betul2 berada di sebelah bulan.

Apakah ada petanda?
Sungguh indah ..
Kuasa ALLAH.

Nota Jemari: .. selagi berada di bumi, ako pasti sumer dapat melihat kejadiah itu.

Hari Raya Kedua: Rumah ke-4, ke-5, ke-6 & ke-7

Masih lagi beraya kat kampung..
Lepas umah uwan, kami ker PULAU MAMPAT plak untuk beraya kat umah atok andak merangkap adik uwan (belah arwah ABAH). Beraya kat sini kejap ajer pun sebab atok nya sedang tido kepenatan. Maka tak dapat la mengabadikan gambar bersama-sama beliau.
RUMAH KE-4
Memang kejap sesangat. Kami minum, kami makan lepas tu terus minta diri untuk ke destinasi seterusnya.

RUMAH KE-5
Terus ke Kampung Penajis, Perigi Batu.
Rumah mak lang merangkap kakak kepada arwah MAK ako.
Kawasan umah ni ada 3 peringkat, yang paling atas yang paling dekat ngan jalan raya adalah umah mak lang ako. Manakala klu ko turun sket ke bawah, kat bahagian tengah adalah umah arwah mak long ako. Dah jadi umah tinggal dah tu, tak berpenghuni. Dan paling ujung sekali adalah umah uwan merangkap mak kepada arwah MAK ako. So kirakan klu dolu kecik-kecik harus lah sumer menempek kat umah uwan ngan atok ajer kat ujung kampung.

Umah uwan ako ni besh.
Umah satu2 nya yang laman dipenuhi pasir dan terbentang luas bak padang pasir gitu. Tak yah nak risau2 pasal rumput panjang ke tak. Memang takde pun masa tu. Dan dek kerna laman luas berpasir tu dulu la, shooting drama pernah diadakan kat laman tu. Kira drama silat-silat la gitu. Pemes kejap la umah uwan ako tu dulu.

"oitt apa kes nak kejar ayam nih weii??"

Ni sumer gara-gara konon nya nak join contest raya yang dianjurkan oleh biqque kat blog dia. Adehh jenuh ok nak tangkap ayam!!

~ORANG TENGAH FRUST~
Last-last ako membawa diri ajer lor...
Sorry biqque, dah frust sangat tak dapat tangkap ayam..
Macam dah xde harapan nak join contest u tu.. huwaaaaaaaa!!

RUMAH KE-6
Memandangkan kat kampung, kazen-kazen sumer gi beraya, maka takde la lama sangat ako melepak umah mak lang tu. Terus saja ako ke Tampin untuk beraya ke umah lain plak.

Next umah adalah umah sepupu kepada arwah ABAH ako.
Kira pangkat mak long arr bagi ako.
Makan-makan, minum-minum, borak-borak then terus minta diri.

RUMAH KE-7
Rumah terakhir petang itu adalah umah arwah pak ngah ako kat area tampin juga.
Entry tahun lepas, sempat la kami sumer adik badik beraya ngan arwah buat kali terkahir.

Makin hari makin kurang sudah sedara yang sudah berusia.
Sudah tiba ajal mereka.
Kita???

Nota Jemari: raya takmoh sedih walau hati pedih! Al-fatihah buat arwah MAK & ABAH dan juga sedara mara yang telah tiada.

Hari Raya Kedua: Rumah pertama, kedua & ketiga

Citer raya kedua plak kan..
Kali ni sumer pakat nak raya kat negeri sembilan.
So kira kita sumer beraya kat kampung plak laaa....
Ye ye sape kata ako takde kampung??
Walau atok ngan uwan dah takde tapi sedara mara, pakcik makcik, atok sedara takkan kita nak lupakan. So, selagi derang masih ada nih, kita yang muda2 nih pergi la menziarah kan. Kang klu tak ziarah dikatakan nya kita lupa daratan... chewahh! Takpe, ako memang suka balik kampung nih. Lagi ramai kita konvoi beraya lagi meriah gitu.

Kampung ako kat rembau, negeri sembilan. Ooo sangat la dekat kan ;-)

Klu tak balik gak x tahu la nak kata hape kan.
Tahun ni masih mengekalkan konsep berkonvoi dari kolumpo.
Dah malas dah nak tido kat sana.
Lagi plak, nama je ada kampung. Bila part2 nak bermalam ni, adehh cam payah la sket yer. Ater bila dah sumer nya balik beraya, rumah makcik kat kampung pasti la sempit dan penuh dengan anak-banak dan cucu-cucu derang kan. So kita yang merantau nih harus la sedar diri sket. ;-)

RUMAH PERTAMA
Dari tol pedas/linggi, hendak menuju ker pekan rembau, harus la rumah pertama yang akan dituju rumah Tok itam merangkap adik kepada arwah atok ako (belah arwah abah). Tapi memandangkan tahun ni kali pertama adik ako beraya ngan mertua dia, maka kami adik beradik harus la beraya ngan adik laki yang sorang tu kat belah kampung bini dia terlebih dahulu. Nasib baiklah kampung bini nya tu kat rembau la juga. Maka sekali jalan la gitu.

Kemudian baru la kami berkonvoi ker umah tok itam yang terletak kat belakang pejabat tanah daerah rembau jer.

Tahun lepas sempat la beraya ngan arwah tok itam. Tahun ni tinggal uwan ajer la. Ingat entry tahun lepas yang ako beraya kat sini, masa tu arwah atok terlantar kat atas katil lagi?!

"Selamat Hari Raya tok, harap2 raya tahun depan dapat jumpa atok lagi."

Ayat terakhir ako dalam entry tersebut. Ermmm nampak gaya memang takde rezeki lagi nak beraya dengan arwah atok. Kerna arwah telah pun pergi menghadap ilahi awal tahun aritu. Al-fatihah!

RUMAH KEDUA

Rumah seterusnya, kami masih lagi di kawasan rembau.
Rumah mak long merangkap sepupu arwah ABAH. Memang tetiap tahun rumah yang satu ni pasti kami kunjung.
RUMAH KETIGA
Balik umah uwan!!
Yeehaaaaaaaaaaa.................
Umah uwan ako kat Kg Bongek, chengkau.
Walau uwan dah takde tapi kena la juga ziarah mak lang ako sekeluarga yang selama ni dok menjaga arwah uwan sampai hayatnya. Terima kasih!

Umah uwan dah banyak berubah.
Kami, kazen-kazen membesar kat sini.
Perubahan memang la terasa kan. Kami tetap rindu suasana kat kampung sewaktu waktu dahulu. Zaman superman, zaman mandi perigi, zaman kutip duit ghaya dan paling best zaman bergambar atas tangga!! Aduss wahai kazen-kazen sekalian, kowang rindu tak saat-saat semua tu??!!

Kowang pernah makan rendang pucuk ubi???
Ye ye klu kat kampung ako memang pemes ngan rendang nih. Sedap OK!!
Tapi ako tatap rindu nak makan rendang pucuk ubi buatan arwah uwan.. Takkan sama rasanya!!

Dan kenangan bergambar di atas tangga, tak dapat diabadikan lagi pada tahun nih.. alahaaiiii!!

Nota Jemari: Makin ramai yang sudah 'pergi'..

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya Pertama - Rumah kedua

Lepas beraya kat Selayang, lepas solat Jumaat, kami sumer terus ker Kelana Jaya. Kali ni beraya dengan warga emas plak. Pangkat atok sedara. Klu dah nama pun beraya kat KL maka harus la pergi menziarah sanak saudara di kawasan persekitaran nya.

Selalunya lepas makan baru kita bergambar tapi kali ni kita bergambar sebelum kita dapat melantak. Sape yang terlambat tu, minta maaf la yer, dah sape soh sampai lambat kan. Maka tiada la gambar mereka dapat diabadikan bersama.. *bluwekkk

Menu utama semestinya ketupat, lemang dan juga rendang.
Menu standard gitu... Tambahan kuah lodeh dan juga kuah kacang.
Ooooo ada yang pelik bila nasi impit atau ketupat dimakan dengan kuah kacang. Kalau tak silap belah utara tak pernah kan makan ketupat bercicah kuah kacang??? Betul tak kawan ako yang satu nih??? hehehe  Tapi kami di selatan, memang lumrah kuah kacang mesti ada.

Inilah warga emas yang kami ziarah itu..
Tok ngan uwan achik...
Terima kasih kerna melayan kami.
Tahun depan insyallah kami datang lagi.

Nota Jemari: klu takde yang lama, manakan datang yang baru....

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Pertama - Rumah pertama

Selamat Hari Raya u ALL!!
Moncit hokeh pewot ni.... adehh time2 ghaye ni la sumer mende nak sumbat dalam pewot kan. Klu tak sumbat terasa cam rugi plak. Nak nak klu makanan yang disumbat tu memang sedap dan jarang dibuat, maka harus la berlomba2 pewot ni minta disumbat. Bughok pangai!!

Pagi raya, lepas je ziarah kubur arwah MAK ngan ABAH, terus berdezup kami ke selayang Jaya untuk beraya. Ke mana lagi klu bukan ke umah pak teh ngan mak teh. Sampai sana agak lewat la juga. Memandangkan hidangan yang dihidangkan berupa nasi ayam, maka terus saja hidangan tersebut menjadi santapan waktu tengahari kami.

Memang tetiap tahun tuan umah ni akan hidangkan nasi ayam yang melath0p gitu!!! Buat cousin-cousin yang tak dapat datang, memang rugi la kowang weiii!! hehhee.. Chef yang memasak bukan calang-calang orang, sape lagi klu bukan TUAN umah tu sendiri. 

chef bakal ters0h0r ni
Maaf la ye, gambar ni malas lak ako nak pusing-pusing...
Tengok jangan sampai teleng, OK!!

Asyik sungguh memasing melantak ya.... Weii udah2 ler tu banyak lagi umah kena pegi nih...

Sesi WAJIB, bergambar beramai-ramai.

Disudahi dengan gambar 3 dara pinggitan....
wkakakak pinggitan la sangat kan... :-D

Nota Jemari: Jadi la beraya dengan sumer orang.

Friday, September 10, 2010

1 Syawal 1431H

Salam 1 Syawal..
Salam lebaran aidilfitri buat semua.
Maaf Zahir dan Batin.
Moga hari lebaran ini membawa erti kebahgian buat kowang semua.

Salam 1 Syawal..
Syawal dirai tanpa mereka disisi..
Moga mereka tenang dan damai berada di 'sana'.
Rindu tetap dan sentiasa ada..
Harapan agar kami dipertemukan lagi..
Moga roh mereka sentiasa bersama-sama ako walau ke mana sahaja..

Salam 1 Syawal,
Raya tanpa mereka bukan ku pinta.
Takdir Ilahi yang maha kuasa.
Walau mereka jauh di 'sana'.
Hanya doa dapat kuberikan sebagai pengganti.

Mak, Abah...
Selamat Hari Raya...
Kami rindu kalian berdua.

Nota Jemari: raya takkan sama tanpa orang tersayang disisi... Al-fatihah!

Thursday, September 9, 2010

Rendang oo Rendang!!

Hoyeeeee akhirnya dapat juga makan rendang!!
Dua tiga ari ni memang ngidam sangat nak makan rendang.
Nak beli kat jalan TAR, ermm cam x berbaloi plak.
100 gram/RM5, berapa banyak sangat la 100 gram tu kan.
Nasib baik la ada orang tu sudi masakkan rendang di malam-malam raya nih.

Sedap?!
Hhehhee bole la daripada takde kan cuma tak cukup pedas la weiii!!
Walau tak sesedap rendang arwah MAK tapi klu dah nama rendang, ako telan la juga ye!!

Tak tahan nak tunggu pagi esok baru dapat makan, so malam ni ako kasi telan dulu cicah sama capati. Nyummmyyy!!! Ako suker!!

Malam raya melepak kat Tmn Rowther.
Umah sape lagi klu bukan umah kakak ako yg satu itu.
Mana lagi nak lepak kan, ater kita kan mak apak dah takde so kena la pepandai bawa diri sendiri kan.

Ok la takmo citer-citer sedih di malam raya nih...*walau hakikatnya mmg tgh sedih nih*..
Takbir bergema! Sedih! Sebak! iskk............ x suker sungguh perasaan macam tu tapi nak wat camne kan, terpaksa la juga tahan dari berderai.

Nota Jemari: Jom tengok LIVE raya dari SEMUA HOUSE kat tb3

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers