Followers

Friday, October 29, 2010

Mukadimah: Final Gadis Melayu

First season dulu pernah la juga layan......
Then second season ako layan la kejap walau tak sepenuhnya...
Season ketiga ni, ha langsung tak terlayan apatah lagi tertengok.
Tapi............

Malam ni tak pasal-pasal ako akan layan terus final Gadis Melayu kat MBSA Shah Alam.

Jangan tanya pape tentang program ni.
Erkkk ako baru je nak cari-cari info.
Ye la kang ke sana tak tahu pape, tak ke haru.

So, jumpa kowang malam ni kat tibi 9 ya..

Nota Jemari: siapa bakal juara??

Malam sunyi tanpa ..

Ako ada satu habit la skrg nih..
Baru ako pasan.. Klu dulu time-time ada internet, tak heran la kan klu tetiap malam leh ngadap laptop sebelum tido. Tapi bila internet sudah ilek, ako tatap juga akan ngadap laptop. Cuma yang beza nya ako bukan la layan internet tapi dok main game.

Walau hanya sekejap, soploh minit ker, musti nak kena ON lappy dl baru leh tido.
Kalau tak main game pun, ako godek2 la pape yang patut kat dalam tu. Tengok gambar ker, adjust ikon ker, yang pasti naik je atas katil macam dah satu rutin plak kena ON lappy.


Simple je pun game yang slalu ako main.
Ala game solitaire je pung. Ako pasti dalam setiap laptop musti ada game ni kan.
Walau kadang-kadang naik muak juga, ye la sebab hari2 tengok benda yang sama kan, tapi tatap tak putus semangat nak juga teruskan bermain.

Jadi la dalam soploh minit pun. Lepas mata dah penat, otomatik akan terus zzZZzzzzz sampai ke pagi. Kadang-kadang tu tertido tanpa off kan dulu lappy tu. Tapi jangan risau, lappy tu akan otomatik shutdown dalam ms 10 minit tak digunakan.

Klu kowang macam mana plak? Agak2 nya dpat bantal terus zzZZzz krOhhh.. heheh

Nota Jemari: macam-macam peel.

Thursday, October 28, 2010

Happy Birthday, Boss!

Semalam ako MC. Jadi tak tahu lah perancangan mereka nak nyambut besday bos arini. So pagi ni sampai2 je opis mereka sibuk buat preparation pape yang patut. Oh takde la prepare apa sangat pun. Cuma jamuan makan-makan sahaja.

Macam biasa kerna contribution ala kadar maka makanan nya pun ala-ala kadar juga la. Alhamdulilah janji dapat makan FREE. Eh free ker? hahahaa.....

Dah prepare macam-macam alih-alih dapat sms dari boss yang dia MC arini. Ah sudah, nak buat surprise kat dia, alih-alih memasing kat sini yang dapat surprise. Muahahhaha... adehh sudahnya jamuan tu diraikan tanpa kehadiran besday gal.

Besday gal takde, makanan pulak lambat sampai. Kebulur dibuatnya.
Nasib baiik la ada biskut 'mayat' penyelamat keadaan. Eh eh kowang sebut biskut mayat jugak ker? Ntah mana ako dapat nama tu pun x tahu hahaha...



Makanan dah order...
Orang yang diraikan plak takde...
Tapi makan tetap makan...
Acara diteruskan tanpa dia yang diraikan...
Mungkin esok klu empunya diri datang, kita kasi dia potong je kek tu.

Pape pun, tetap nak ucapkan,  "Selamat Hari Jadi, BOs! Moga murah rezeki dan panjang umur"

Nota Jemari: alhamdulilah, kenyang!

Tuesday, October 26, 2010

Wanita kahwin diri sendiri


TAIPEI - Seorang wanita, Chen Wei-yih mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri selepas dia tidak berminat dengan lelaki yang ditemuinya, lapor sebuah akhbar semalam. Dia turut menerima tekanan sosial kerana masih belum berkahwin menyebabkan dia memutuskan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

Pekerja pejabat berusia 30 tahun itu dijangka melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya pada bulan depan seorang diri tanpa suami. Wei-yih sudah bergambar dengan memakai gaun putih, melantik seorang perancang perkahwinan dan menyewa satu dewan bankuet untuk dihadiri oleh 30 orang rakannya dalam majlis resepsi itu.

"Usia 30 tahun merupakan tempoh yang penting bagi saya. Namun saya belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Jadi, apa yang boleh saya buat?" soalnya.

"Saya tidak antiperkahwinan. Saya cuma berharap saya boleh meluahkan idea berbeza di luar lingkaran tradisi," katanya. Majlis Perkahwinannya itu melibatkan kos AS$5,675 (RM17,561).

Wanita di Taiwan dilihat semakin lambat dan jarang berkahwin apabila status ekonomi mereka menjadi bertambah baik. - Agensi


sumber : kosmo online

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota Jemari: Dia 'kaya' boleh la buat macam tu..... ako 'kayap'... makan 'kaya' je mampu so nak tak nak menunggu je la ya... Tapi caya la kat pompuan ni... !! Suka statement dia, "Usia 30 tahun merupakan tempoh yang penting bagi saya. Namun saya belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Jadi, apa yang boleh saya buat?"

~Secara fizikal dan logika... memang arr impossible klu kat Msia ni tapi ada AKO kisah!! muahahaha... janji hati senang jiwa hepi... lalalalal..... ~

Monday, October 25, 2010

Amazing Race Asia - Season 2

Khamis lepas ako berpeluang layan citer nih...
EH citer ker? Program realiti la kiranya kan..
Astro ni memang suka kan buat program-program macam ni tapi amazing race ni bukan ker tajaan channel AXN?? ee pape je laa ye.....

So far season kali ni memang ako tak lepas peluang tengok setiap episod. Even klu terMISS pun, pasti akan cuba tengok siaran ulangan nya. Dalam banyak-banyak team opkos la ako akan sokong team dari Malaysia kan. Itu dah semestinyaaa!!

~Ethan & Khairie~

Last episod buat dekat Filipina..
Ada satu task tu, sama ada ko menari atau pun kena tangkap ba alif ba ya...
Masa tibi tunjuk muka derang tengah baca task, seb baek la si khairie tu mention nak menari. Hahaha buat nya dia tersilap sebut nak tangkap binatang ekor gulung tu, aiyaaak konpom kontroversi satu dunia hahha...

Yang best tu, sekeras2 derang tapi suka arr tengok derang cepat je dapat catch up tarian tradisional satu masyarakat kat filipina tu.

~Ivan & Hilda~

Tapi paalinggggg tak tahan tengok 'kakak' ni..
aiyoooo 'kakak' oiiii kesian la kat laki ko bertungkus lumus ok nak buat task minggu lepas. Yang klakar tu, ada satu task yang derang kena pukul labu ke hape ntah. Laki dia tutup mata & then sepatut nya si 'kakak' ni kena la bagi arahan melalui ketukan gendang kecil. Tapi sampai ke sudah dia bole plak buat bodo je berdiri kat tepi. Yang laki dia terkial2 la dok pusing kiri kanan sampai beberapa kali orang situ kena tarik laki dia supaya berada dalam kawasana permainan....

Alahaaaiiiii.......... pastu bole la ko marah laki ko kan sebab tak dapat pukul.. Eh helo 'kakak', eee nasib baik la laki ko bukan jenis cepat nak marah.. Sabar tengok laki dia asek kena buli jer.. Malu ok nak sokong team malaysia yang satu nih... hehehe...

~Natasha & Hussein~

Mula nya ako ingat team ni dari Malaysia. Ghope nya mereka ni anak-banak dari Indonesia.
Siyes suka sangat cara derang berkomunikasi..
Macam takde pelat-pelat orang Indon cakap omputih.
English derang memang best arr....

Masa derang buat task yang menari tu, hahaha suka tengok anak-banak ni menari.. Perghh cepat betul derang dapat tangkap tarian tu. Kira overall, derang ni antara pebret team ako arr.

~Nadine & Yani~

First team yang terkluar...
First episod suka tengok derang....
sebab muka Yani tu sweet jer hahhaa.....
Team dari Indonesia nih...
Klu tak silap episod kedua ker tiga ek derang la first team yang terkluar..
Sian, takde rezeki!!

~Alan & Wendy~

Pastu second team yang kuar, team satu-satunya dari Hong Kong...
Derang ni couple yang ala-ala romantik & lembut ajer...
Tapi bagus gak derang kuar awal sebab macam x memberangsangkan minda ako nak tengok derang still dalam perlumbaan tu. hahahaa  

~Sahil & Manas~

Dan team ketiga terkluar adalah team dari India....
Team yang tak reti nak manage duit derang..
Asek tak cukup je nak bayar duit tambang ...
Bagus-bagus terkluar awal... hehehe....

Team-team yang lain, ok la not bad...
Tak sabar nak tunggu khamis ni, layan next episod plak.
Tengok preview macam lagi mencabar ja....
Agak2 ke mana plak mereka kali ni ya?

Nota Jemari: TH ganti amazing race, cam menarik je kan? hehehe

Program realiti Mari Menari

Kowang tahu tak program astro yang baru ni, "Mari Menari"?
First of all, tak terpikir dek akal ako nak join derang malam tu bertenggek kat studio astro.
Tapi memang thank you la kat si Janet atas pelawaan dia, ako puas bergelak sakan malam itu.

Ok ok sekali lagi ako nak bagi tahu, pemergian ako ke studio astro malam itu sekadar menghilangkan rasa boring kat umah. So sila jangan tanya kenapa tetiba ako berpakaian sebegitu. Hahaha.. kisahnya sampai kat sana, jumpa ngan Aidil. Dah sebabkan Aidil yang pelawa kami, maka kena la ngekot kehendak dia kan. Secara tak langsung, kami menjadi penyokong kuat MM Zarin.

Eh kejap kejap, ko tanya siapa zarin?
Adehh mati-mati memang ako ngan Janet tak kenal pun.
Sampai ke sudah kitorang ingat zarin tu lelaki tapi ghope2 nya bila abes show kami sempat bersua muka, laaaa ghope2 nya zarin itu pompuan. Adehh itu laa klu jenis tak buat ulangkaji alih2 men follow ajer kan. Nasib baik la tak kena bambu ngan penyokong2 zarin yang lain.

Dah masuk studio masa nih.
Patut nya tak leh amek gambar tapi nasib baik kami sempat juga snap barang seketul.
Dijadikan citer memasing tak bawa kamera pun. So kamera henpon je la yang jadi penyelamat. Itupun cam takde mood lak nak amek gambar artis yang lain.

Wakil BNM... hahaha tak pasal-pasal jer...
Pape pun thanks to Aidil & Janet atas pelawaan itu.
Yang pasti malam tu jenuh ako ketawa sakan kat bakang stage dok gelakkan owang.
Ekceli gi sana bukan tengok sangat pun derang menari.
Lagi sonok layan para peserta dengan aksi kat tepi stage...
Macam-macam peel.. Ditambah plak dengan peel bebudak Uitm yang jadi penonton.
Hahah kira ako lebih kepada tengok aksi dan gelagat orang dari tengok aksi orang2 menari.
Laaaayaaannn je arr! Tapi cukup puas hati!

Puas hati dapat tengok erra fazira, lisdawati, zulfahmi... Lisa Surihani... Awal...
Memang sporting arr derang sumer... Best!!

Nota Jemari: jerit-jerit hilang kejap permasalahan dalam kepala hotak...

Kopi 20 sen???

Percaya tak ada kopi yang boleh diminum dengan harga 20 sen secawan??
Siyes, memula kami pun tak caya tapi setelah mencuba, pasti memang secawan kopi itu hanya berharga 20 sen sahaja. Unbelievable!!

Masa kat melaka tempoh hari, tengah jenjalan, tekak plak haus. Penat kepanasan maka ternampak satu iklan kat satu kedai ni. Sangat menarik minat memasing untuk mencuba. Walau teragak2 tapi kami masuk juga ke dalam kedai itu.

Macam tak caya jer ada ker skrg ni orang akan jual rege secawan kopi dengan 20 sen sahaja???? So untuk memastikan kesahihan harga itu, kami cuba masuk dan order bukan secawan tapi 2 cawan.

Masa ni memasing dah ready sebelah duit 20 sen, dan sebelah lagi RM .. kot-kot la tetiba rege nya bukan 20 sen kan, so atlis dah ready sesiap duit extra nya tu.

Ako haus so ako order cendol. Perghhh sejuk tekak lepas dapat minum ais yang banyak itu. Lega! Tapi jangan lak kowang ingat cendol ni rege nya 20 sen gak. Iskkk harus la mahal sket rege nya kan.


Dah siap makan, so ready nak bayar.
Memasing dah hitung2 macam x logik kan rege secawan kopi hanya 20 sen jer.
Tapi bila dapat je bil, yaa memang konpom betul!!
Secawan hanya 20 sen!!
Muahahaaha mula lepas tu memasing macam nak order lagi sewacan kan.
Pape pun, bagus juga kan promosi kedai tu. Klu kat KL agak2 kowang bole dapat ker rege macam tu??

Nota Jemari: Kenyang .. macam tak caya tapi percaya lah!

Friday, October 22, 2010

Melaka, bandaraya bersejarah ..

Selamat datang ke Melaka.

Check out je dari hotel terus kami rancang tuk jenjalan kat bandaraya melaka nih.
Destinasi opkos la kat area bandar hilir sana. Dah situ je tempat utama para pelancong akan 'bertenggek' kan. Satu je yang ako kureng suka kat Melaka ni, jalan nya yang sempit dan one way yang menyusahkan orang nak patah balik dan terpaksa nak buat satu lagi pusingan nak ke satu2 tempat klu terlepas simpang.

Ok dah dapat parking, jom kita mulakan penggambaran satu bandar hilir.
Cari satu tempat parking then ko jalan je kaki. Senang sket, klu nak drive satu tempat ke satu tempat ermm alamat mmg leceh arr. Kan ako dah cakap tadi, jalan kat melaka ni sangat kecik dan ONE WAY!!

Kitorang parking kete kat area Jonker Walk.
Jonker Walk ni ghase nya kawasan perniagaan bagi kaum cina. Coz sumer kedai-kedai sepanjang jalan adalah dipunyai oleh orang-orang cina atau barangkali kaum baba & nyonya.

Muahahah jangan tertipu.. Itu bukan ghope Eye on Malaysia yang sebenar.
Walau Eye on Malaysia yang kat melaka tu sudah takde tapi signboardnya masih utuh berdiri kat tepi jalan. Mesti frust kan klu orang2 yang tak tahu, bila terpandangkan signboard itu tapi hakikatnya signbod hanya sebuah signbod yang dah tak ada guna nya lagi. 

Yang kat belakang tu kincir air yang langsung takde kena mengena ngan signbod itu hehehe..  


Ekceli yang beriya2 sangat nak bergambar kat ketapi ni bukan ako tapi si wan. Tapi bila belek punya belek gambar, sudahnya gambar si wan seketul je kat ketapi ni. Yang banyak gambar adalah kami bertiga. Aikk.... apa sudah jadi?? Muahhaahha oh ya ya sebab ako ghase time tu si wan tgh moody. Motip dia moody, idok le ako tahu sampai la skrg nih!!

Kat atas bukit St Paul. Atau lebih dikenali sebagai erkkk lupaaaaa.. Adus ni la dia klu tak minat pada sejarah. Siyes tiba2 hotak ako blank.... Erkk apa ek nama tempat ni????



Payah sungguh nak amek gambar kami berempat. Sudahnya ako tempek je kamera atas tong sampah depan mata then terus posing ntah pape... alahaaiii. Layan kan ajer la ye.

Aiyo gambar ni ekceli nak pamerkan signbod kat belakang tu ha. Tapi sudahnya si wan ni amek gambar lain plak yang dia fokus. Isskkk............ Jadi la kang cakap lelebih majuks lak dia.. opsss syyyhhhh :p

Then pepetang sket kitorang naik cruise. RM 10 sekepala.
Memula ingat nak naik waktu malam sebab katanya pemandangan malam lagi cantek. Tapi memasing dah kepenatan nak menunggu maka kami naik petang nya ajer la. Pemandangan biasa-biasa aje la ye.

Apa la yang ako khusyuk sangat tu kan????

Penerangan dari driver cruise tu memang bagus la... Setiap tempat, setiap celah, dia siap cerita sumer kejadian yang pernah berlaku kat situ. Sanga-sangat teruja bila mendengar. Takde la rasa boring sangat klu hanya dok dalam bot memerhati je kan.

Ako suka tengok lukisan kat dinding tu.
Itu adalah hasil lukisan budak-budak UitM tentang perjalanan hidup Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Setiap satu dinding akan mempamerkan berlainan gambar yang mempunyai cerita tersendiri.

Yang ni plak rumah kat Kg Mortan. Salah satu tarikan di situ. Dan rumah itu adalah rumah di mana Aishah (yang pernah menjadi pemaisuri kepada almarhum sultan selangor sebelum ni) berkahwin. Mengikut kata budak 'pemandu pelancong', rumah tu dibuka untuk orang ramai. So sesape je bole masuk dan lihat sendiri apa yang ada kat dalam.

Wahai kengkawan IPM, ketahui la kowang Melaka sudah berubah.
Bus stand lama pun sudah takde lagi.
Memula ako memang x pasan ini adalah bus stand lama.
Bila 'pemandu pelancong' tu cakap then baru ako pasan dua bangunan dan simpang tuh.

Bus stand sudah berpindah. Dan sekarang kawasan tu telah berubah menjadi kawasan seakan-akan taman tema permainan. Uishh dasat betul melaka skrg ni ya.

Kowang nampak tu???
Itu adalah kesan sejarah yang masih wujud skrg nih..
Tembok meriam... erkk lebih sesuai dipanggil kubu kan?!

Yang ini plak kincir air.
Masih wujud dan kekal hingga kini.
Belakang nya plak adalah pelabuhan yang pernah menjadi tempat berlabuh kapal-kapal pedagang sewaktu dahulu.

Penat dah berjalan dan bersoping.
Senja bakal berlabuh.
Moh moh balik KL.
Kang kul bape plak nak sampai uma kengkawan oiiii....

Dan ako sudahi dengan gambar tempat ako belajar dulu.
Dahulu dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) tapi sekarang ni dah bertukar nama kepada Kolej Profesional MARA (KPM).

Niat di hati nak menyinggah ke kawasan hostel tapi masa ngak mengijinkan. Mungkin lain kali. Insyallah.

Nota Jemari: IPM telah tenggelam dek berada di sebelah Hotel 5 bintang...

Thursday, October 21, 2010

Melaka Dalam Sejarah

Siang bertreasure hunt....
Malam nya pulak menghadiri dinner kat Hotel Renaissance, Melaka.
Tema malam itu adalah 'Melaka dalam Sejarah'.

Mula nya ako malas plak nak sewa-sewa baju nih... Nak bergaya sakan ke hape..
Tapi last minit, malam jumaat tu juga ako dan Jun ke Sri Rampai menyewa pakaian ala-ala portugis kat centrestage. Nasib baik la adik-adik laki yang 2 orang tu setuju ajer nak berpakaian sebegitu.

Setelah dipilih, maka kami bersetuju untuk memakai pakaian seperti dalam gambar kat atas nih.
Ye ye ada yang kata macam gadis 'dutch lady'.. Rasa nya betul la tu .. Pape pun sebab kan baju itu lah team kami tersenarai dalam top 3 pakaian tercantek!! Wah, walau tak menang tapi cukup berpuas hati.

Ini zaman kesultanan melayu melaka.
Bila Sultan Melaka dan Hang Tuah bersatu, Puteri Hang Li Po tidak ketinggalan. Begitu juga pedagang luar yang datang ke Melaka... Suka konsep derang ni, kira bercampur-campur menjadi satu.

Yang part ni ako tak paham sket.
Kalau parasmewara ternampak kancil ketika berehat di bawah pokok melaka, apa plak kena mengena dengan si arnab dan juga kura-kura????

Cuba kowang explain sket???? Motip??!!!

Penjajah-penjajah wanita....


Cenderahati dari Hotel Renaissance..
Sangat comel.
Kalau di negeri sembilan, dipanggil bekas 'paha' .. slalu dibawa ketika kenduri kendara. Tetamu mengisi beras di dalam nya nak kemudian tuan umah akan membalas dengan pulut dan juga rendang.

Tapi klu di melaka, ako tak pasti apa fungsi nya?
Mungkin ini kegunaan kaum baba & nyonya yang terkenal di sana???
Explain pelissssss.............

Manakala kat tempat lain, ako tak tahu ada guna ke tak bekas nih?

Pedagang-pedagang atau penjajah yang pernah berada di Melaka sewaktu waktu dulu..

Nota Jemari: Seronok tengok pelbagai jenis pakaian malam itu..

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers