Followers

Tuesday, November 30, 2010

Ceklat oo Ceklat

Dulu pebret ako memang ceklat!
Kasi la apa jenis ceklat sekali pun, konpom sekejap je ako boleh abesh kan.
Tapi skrg ako dah kureng minat kat ceklat.
Klu sekali sekala owang offer, ako telan la juga *tu pun sbb nak jaga hati*

Paling ako suker sangat klu dapat makan ceklat macam dalam gambar bawah ni.

Pestime dapat dulu dari seseorang.
Tak tahu la dia ingat lagi ke tak...
Waktu dulu, ako rasa kan ceklat ni la yang termahal ako pernah makan.
Apa taknya, klu dulu klu x silap rege ceklat ni memang mahal. Cuma lately ni je ako tgk dah murah sket. KLu tak silap lagi, ceklat jenis macam ni hanya terdapat kat airport ajer..

Kirakan klu dapat makan ceklat ni memang kembang kempis la lobang idong.
Ye la dapat makan ceklat mahal la katakan.
Plak ghope ceklat ni pun pelik.
Ghoper siput!
Mula-mula nak makan macam takot-takot gak.
Terbayang-bayang siput gerak2 dalam molot..
Muahahha sengal je kan. Tapi bila dah masuk lam molot, ermm terus tak ingat pape dah, NIKMAT!

Skrg ni bersepah dah ako nampak jual kat kedai. 
Tak yah susah-susah nak gi airport semata-mata nak makan ceklat ni.

Kebetulan ari tu adik ako gi Langkawi, so dia belikan la sekotak ceklat ni.
Suka sangat!
Sedap!
Lembut!

Kowang rasa la, sekali rasa pasti nak rasa lagi..

Nota Jemari: sape kata makan ceklat leh gumuk?? fakta mana ek??

Ada Dara atau Tidak??

Klu kowang pasan ada satu link ako kat tepi yang bila kowang klik akan terus masuk ke halaman bicara Dr Zubaidi Hj Ahmad. Ekceli ako takde la kenal sangat kat doktor ni tapi ako suka baca info-info yang terdapat kat laman beliau. Sangat-sangat berguna bagi pengetahuan am kita semua.

Kisah terbaru catatan beliau tentang "Ada dara atau tidak"..
Slalu orang cakap selaput dara seorang pompuan mudah pecah terutama sekali bila bersukan. Mungkin info yang terdapat dalam catatan Dr tu dapat sedikit sebanyak membantu kowang memahami apa sebenarnya yang dikatakan hilang dara...

Jom baca, klik kat sini.

Nota Jemari: info berguna, kita kongsi bersama

Kumbang bukan SEEKOR

Owang slalu sebut, 'kumbang bukan seekor'...
Ye ye kumbang memang bukan seekor.. tapi kumbang yang satu ni tetiba je muncul ntah dari mana. Kumbang lain yang ako nanti, kumbang lain plak yang datang...

Iskk...menyemak plak kumbang yang sekor nih.
Apa taknya, kumbang yang satu ni bertenggek kat dalam toilet ako.
Aiyo tak senang mahu mandi..
Ni sah-sah kumbang jantan nih. Suka tau men ngendap2 anak dara!!
Oooo kumbang ni tgh usha-usha sekuntum bunga dalam toilet ek???
Cisss cuba la usha bunga kat taman ker, kat dapur ker, ni kat dalam toilet juga dia nak melepek...ermmm..

Camne ek nak buang kumbang yang sekor nih???
Dok melekat je kat situ tak berganjak-anjak..
ermmm.... ni sape tuan dia ni weiii???
Baek ko amek balik kumbang ko nih cepat!!

eh jap jap, tu memang spesis kumbang kan????

Nota JemariKumbang oo kumbang, nape lambat benor sampai nya ke sini???

Ponstant vs Saket

Bangun je tido awal pagi ako telan 1 biji ponstant..
Sebelum kuar rumah tadi, ako telan lagi sebiji ponstant.
Lepas bekfes kat opis pagi tadi, ako telan lagi sebiji..

Cukup untuk elak ako dari mengalami kejang dan kesaketan yang amat..

..dan sekarang bila ubat penahan saket sudah abesh, rasa saket kembali lagi..
aduhhhhhhhhhhhh saket nya perut nih!!!

Nak balikk...!!

Nota Jemari: tetiap bulan akan telan ponstant... klu tak ..ermm

Monday, November 29, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE? TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Rasanya macam pernah share artikel yang satu ini tapi takpe la ako share lagi ngan kowang. Info ni pun kebetulan ako dapat dari fb seseorang... Jom kita baca dan selidik bersama :-

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Jadi owang lelaki, sila jangan nak bebel klu bini/bakal bini/gepren kowang tak reti masak ya!! Yang penting, kowang tu reti tak jadi IMAM??!!!

Nota Jemari: Ukur baju kat badan sendiri dulu..........

Sunday, November 28, 2010

Piknik @ Ulu Yam

Nak pegi ke tak??
Memasing macam xde kata putus..
Sorang ada hal..
Sorang x sihat..
Sorang cam malas... bla bla...
Dan pagi sabtu tu juga baru keputusan dibuat.
Last minit!!!

Slalunya klu nak gi kelah ni better la awal2 pagi kan.
Tapi kami ni lewat petang baru la terhegeh-hegeh nak kuar umah.
Ok la janji menjadi juga plan yang satu ni.
Klu tak jadi, ermm alamatnya memang sorang-sorang kena BOM arr dari ako!!!

Tetiba nak kasi surprise..
Jenuh membeli segala peralatan yang diperlukan di Giant Batu Caves.
Sementara menantikan si cilik muncul, meniup la beberapa biji belon di dalam kereta. Sambel menahan bau aura KFC, kembang kempis la lobang idong. Nak kuarkan gas masuk dalam belon, nak menghidu bau KFC menusuk lobang idong... ermm sabar sabar.

Tepat jam 2:30 petang mereka muncul dan kami terus shoot ke Ulu Yam.

Kami ke sini.....
Bukan tempat air terjun laa sekadar air sungai menjadi tempat persinggahan...

Mendung???
Ya memang mendung tapi kami gigih juga meneruskan perjalanan ke tempat itu.
Memasing dah x kisah, ujan x ujan belakang citer. Janji selamat sampai kat lokasi kejadian.

Alhamdulilah, selamat tiba.
Cari port yang sesuai..dan terus kami kuarkan kek dan nyanyi lagu hepi besday!
Sangat blur-blur besday gal melihatkan belon dan kek di situ.

Sebelum kebasahan, kita gambar dulu dengan besday gal.
Lagi ramai tentu lagi meriah kan.. sambel jeling-jeling kat ibu budak-budak ni.

Mandi time!
Ako?? Nak basah??? hahhhaa takde makna OK!!
Setakat nak main-main air bole laa.. klu nak soh ako terjun kebasahan, minta maaf la ya. I x minat OK *wink*

Sekadar nak teman kan derang basah bole laa...
Baik ako melantak isi perut yang kosong sejak dari pagi.
Sedap, macam-macam ada!
Rugi la pada sape yang tak datang.. *bluwekk...*

Hujan!!!
Terus kami berpindah ke dalam pondok.
Jam 5:30 petang kami berangkat pulang.
Sempat lah singgah di teratak kak sahrah sehingga la maghrib menjelang baru memasing pulang ke teratak masing-masing.

Pape pun, selamat hari jadi buat putri aina farhana...
Moga jadi anak yang solehah......

Nota Jemari: .. lepas ni???

Vaksin HPV - cegah kanser serviks

Satu pagi ako terdengar kat Hot.FM pasal vaksin HPV.
Kowang tahu ke apa itu vaksin HPV??

Dengar-dengar kementerian kesihatan sekarang tengah bagi FREE suntikan vaksin nih. HPV ni adalah vaksin mencegah dari terkena kanser serviks. Vaksin ini diberikan kepada golongan remaja perempuan yang berusia 13 tahun ke atas. So pada kowang yang ada anak-anak pompuan remaja, cepat-cepat lah bagi derang suntikan pencegahan ni ya. Klu tak silap, ako dengar tadi, kementerian akan mengadakan program suntikan ni kat skolah-skolah. Tapi mana tahu klu skolah anak-anak kowang tak termasuk dalam list, jangan risau, rasa nya bole dapatkan kat klinik-klinik atau pusat kesihatan yang terpilih.

Mencegah lebih baik dari merawat kan?!

Meh baca artikel nih... Dah lama ghope nya tapi baru tadi ako terdengar pasal info ni. Hope masih belum terlambat untuk kowang mencegah k ;)

BARU-BARU ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah penularan kanser serviks.

Pemberian vaksin berkenaan adalah di bawah Program Pelalian HPV yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini dan melibatkan kos RM150 juta setahun.

Suntikan vaksin itu akan memberi kesan yang lebih baik bagi mencegah kanser serviks terhadap golongan remaja berbanding dewasa khususnya mereka yang berumur melebihi 40 tahun.

Pemberian suntikan dirasakan perlu kerana kanser serviks merupakan kanser kedua yang kerap berlaku di kalangan wanita di negara ini selepas kanser payu dara.

Kira-kira 80 peratus kes kanser serviks didiagnosis di negara-negara membangun dan risiko mendapat kanser ini di kalangan wanita Malaysia ialah 19.7 per 100,000 penduduk. Ia adalah tinggi berbanding dengan lain-lain negara ASEAN.

Sehubungan itu, vaksin HPV adalah antara peluang terbaik bagi menentang penyakit kanser di peringkat awal selain daripada pemeriksaan pap smear.

Sebanyak tiga dos HPV perlu diambil. Dos kedua akan diberi selepas sebulan atau dua bulan dos pertama diberikan manakala dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan tarikh dos pertama.

Vaksin ini akan hanya perlu diambil sekali dalam seumur hidup. Keberkesanannya dalam mencegah penularan kanser serviks jenis 16 dan 18 adalah sehingga 98 peratus.

Perunding Pakar Onkologi, Obstetrik dan Ginekologi dan juga Ahli Lembaga Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Datuk Dr. Abd. Aziz Yahya, berkata, di Malaysia, separuh kes baru kanser serviks meninggal dunia hanya semasa peperiksaan pertama.

''Ini kerana kebanyakan pesakit ini hanya datang melakukan pemeriksaan setelah berada di tahap empat. Manakala peringkat umur yang kerap memperoleh kanser ini ialah antara 40 tahun hingga 49 tahun dan 50 tahun hingga 59 tahun.

''Mereka ini selalunya terdiri daripada ibu yang mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah yang sangat memerlukan kasih sayang dan penjagaan daripada seorang bernama ibu. Jadi sekiranya ibu mendapat kanser serviks, maka perpisahan bakal berlaku.

''Oleh itu, kita harus memastikan golongan ini tidak mendapat kanser serviks kerana ramai yang akan merasai kehilangannya. Selain itu, wanita perlu bersikap proaktif dalam usaha mengambil langkah untuk melindungi diri mereka daripada penyakit ini,'' katanya ketika menyampaikan kertas kerja mengenai Kanser Pangkal Rahim dan Vaksin HPV di Malaysia, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Dr. Abd. Aziz, pencegahan kanser serviks boleh dilakukan sama ada menerusi suntikan vaksin atau ujian pap smear secara berkala. Suntikan vaksin adalah senjata yang boleh membantu sistem imun mengenali dan memusnahkan virus sebelum bertapaknya sesuatu jangkitan.

''Suntikan vaksin dianggap sebagai kaedah pencegahan utama manakala pap smear pula adalah tahap pencegahan sekunder. Jadi, ia adalah satu kombinasi pencegahan yang amat penting.

''Namun begitu, hanya 30 peratus wanita di negara ini yang menjalani pemeriksaan ini. Ini kerana ramai yang masih tidak mendapat informasi mengenai pemeriksaan yang mampu mengesan kanser pada peringkat awal.

''Di Amerika Syarikat, setiap wanita diwajibkan menjalani pap smear setiap tahun manakala di United Kingdom setiap tiga tahun. Oleh itu di Malaysia bagi wanita yang berisiko seperti perokok, telah mengandung sebanyak lima kali dan mempunyai banyak pasangan, dinasihatkan menjalani pemeriksaan setahun sekali manakala yang lain tiga tahun sekali.

''Dengan cadangan kerajaan untuk memberi suntikan vaksin HPV secara percuma itu, adalah cadangan yang terbaik bagi mencegah kanser dari seawal usia remaja dan sebelum berkahwin.

''Bahkan, kajian perintis program vaksin HPV yang dilakukan ke atas 10,000 wanita di Amerika Syarikat pada tahun 2000 menunjukkan bahawa tiada seorang pun daripada mereka mendapat kanser. Oleh itu, kesan vaksin HPV bagi mencegah penularan kanser serviks adalah yang terbaik. Di samping tiada kesan sampingan selepas pengambilan vaksin HPV,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid berkata, kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 menganggarkan kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk merawat pesakit kanser serviks di seluruh negara ialah RM389.8 juta setahun.

''Dianggarkan setahun sebanyak 4,969 kes kanser pangkal serviks dan lama di negara dan setiap seorang memerlukan RM78,642,226 untuk rawatan.

''Tanpa program suntikan ini, dianggarkan 1,215 daripada 260,000 kes kanser mengalami kanser serviks. Tetapi dengan adanya program ini, maka 838 kes kanser serviks boleh dielakkan.

''Lebih memeranjatkan dengan adanya program vaksin ini, perbelanjaan rawatan boleh dikurangkan sebanyak RM17,774,239 setahun iaitu 68.7 peratus penjimatan.

''Oleh itu, vaksin HPV adalah inisiatif yang positif kerana pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online (Khamis, 26 Nov 2009)

Nota Jemari: Kanser ... ermm

Majlis Ulang Tahun PUSPANITA

Last minit plan mau join hi-tea PUSPANITA nih.
Pagi jumaat tu juga kasi nama kat committe..
Alhamdulilah, nasib baik lah mereka sudi masukkan nama kami di saat-saat akhir.
Takde la excited nak pegi pun, pakai baju pun x ngikut tema. Belasah aje la janji dapat makan dan tengok show. 

Show pembukaan.
Lagu 'gadis bunga'.. WOW pebret song, i like!

Door gift dapat la mende alah ni.
Before ni dah beli satu tapi takpe la orang nak bagi kita amek je la kan..
Thank you pada penaja.

Last minit mendaftar, tak sangka menang plak lucky draw.
Mula kawan ako ni sangat excited juga bila nama diumumkan.
Tengok-tengok paper bag sangat menarik akan tetapi...........................

bila tengok isi dalam, tupperware je????!!!
Ermmm jadi la kan...
Tapi iskkk lenkali jangan arr bagi suspen camtu sekali.
Sian kawan ako sowang ni, tak pasal-pasal hilang keexcitedan nya tu hehee... 

Eh eh ako pun dapat gak lucky draw!
Tak sangka.... hahaha sepanjang ako attend memana majlis memang payah nya nak menang sesuatu. Tapi petang itu, tak sangka akhirnya bawa tuah juga.

OK la dapat juga sesuatu dari Body Shop. Walau ako bukan la pemakai barangan body shop. Orang dah bagi, amek je la. Terima kasih!!

Tema tahun ni adalah 'bunga dalam taman'. eh betul kan??? Tapi yang pasti ako tahu ada la kena mengena ngan bunga. So dia seperti dalam gambar atas adalah pemenang bagi best dress yang mengikut tema bunga. "Caya la Noreen, siap bertopi-topi.... Tahniah!"

Show terakhir adalah menari beramai-ramai.
Lagu pemes korea masa sekarang... apa ke jadah nama nya..
Muhahaahhaa .. 

Ha ok ok dah ingat... lagu Nobody dari Wonder Girls....
Muahhahaha.... abesh sumer nak menari..
Sila sila menari sesuka hati....
Suka ek kowang, belasah aje laa janji hepi... *wink*

Overall, majlis tahun ni macam so-so aje...
Takde yang menarik kecuali persembahan dari Janet & geng!!
Caya laaa.... 



Nota Jemari: ..tak meriah dah?!

Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA !

Jenguk-jenguk...
belek-belek..
ha, SIMPLE!
So tak tunggu terus ajer kasi join dan terhasil la entry nih...

Ekceli ako ni bab-bab kontest memang malas sket nak masuk tapi bila baca entry ni, cara nya pun simple dan senang, terus jer terdetik nak buat. Sangat mudah so layan je arr ye!

Syarat dia soh letak 5 entry yang ko suka baca dari blog dia. So ako pun letak link-link macam yang kowang nampak kat bawah ni..

1. Teksi oh teksi (2)
2. Risiko berblogging
3. Nak bercinta pun berpada laa
4. Cuba perhatikan betul betul ..
5. Benci Bilang Benci

Pastukan dia soh letak link dalam blog sendiri yang ako rasa kowang patut baca ;-)

1. Korea Trip - Nami Island "Winter Sonata"
2. Disneyland Hong Kong
3. Lobang je berair...
4. Malam yang 'GHAIRAH'
5.Selepas tamat Gadis Melayu ..

Ok dah, setel!

Nota Jemari: suka yang simple dan mudah aje..!

Shai, lu kena beb!!

Ahad, 21 November.....
Last minit tetiba baru teringat besday shai jatuh dalam bulan sebelas juga..
So apa lagi memasing mula pasang strategi dan plan nak kenakan dia..
Mula-mula bincang nak belikan dia sesuatu.
Tapi bila ako, lin & linda menyoping, tiba-tiba hotak kami kuar satu mentol!
Hahaha apa lagi get ready aje la orang-orang kat umah..

Empunya diri memang arr tak tahu.
Memandangkan empunya diri ada kat tempat kejadian, maka susah juga la kami nak buat sesuatu tanpa dapat dihidu oleh beliau. Namun, perancangan asal hampir tak menjadi dek gara-gara tetiba empunya diri menerjah kami di dapur. Dah tak pasal-pasal plan terpaksa bertukar.

Siyes ako tak tahu yang kowang siap amek tepung weii nak tempek kat muka dia.
Ako ingat sekadar lebihan krim dari besday kek makcik pepel tu jer...
Mereka bertiga memang mastermind ... awal-awal dah tergelak besor. Konpom ada la tu yang dok dibincangkan hingga tarikan baju oleh linda membuatkan en burung terkesima atau terasa 'kejung' tetiba. hahhaaha... bahya bahaya!! 

Plan berubah , kami tetap teruskan juga misi terjahan SURPRISE itu.

Dan.. akhirnya lu kena juga beb!!!
SURPRISE!!! .... sesi kejar mengejar, sesi cat mengecat, sesi tabur menabur... 
Bayangkan aje la betapa bersepah, berselerak, berserabai keadaan isi umah ketika itu. Yang penting, dia TERKENA juga!!!

yeehaaaaaaaaa..... 

Happy belated birthday, shai.
Walau terlewat tapi kamie tetap ingat!

Budak 'bujang' hanya mampu terbaring sambel mengucapkan selamat hari jadi..

Harap suka dengan pilihan hadiah dari KAMIE ... 

Kek sponsor....
Sedap!!!

Terima kasih semua!!!!
Tahun depan kita buat lagi.. hahaha
Tu arrr dia slalu kenakan orang, kali ni kita kenakan dia balik!!

Nota Jemari: hampir semua terkena.. gurlppp.....

Friday, November 26, 2010

SURPRISE!!! ..

Plan nak mengenakan makcik pepel.
Pakat la dengan si shai dan beep-beep.
Punya la susah juga nak buat satu rancangan nak kenakan makcik nih.

Awak,
Klu awak pasan beberapa kali saya kuar pinjam kete awak.

First, saya cakap nak kuar dengan naz malam sebelum kenduri. Konon nya nak jumpa kawan saya padahal kami ke jusco mencari sesuatu.

Second, saya pinjam lagi kete awak siang sebelum majlis bermula.
Kami ke jusco lagi. Hajat nak beli kek besar tapi sebab dah ada byk kek kat umah maka kami just beli 2 ketul kek kecik saja. Cukup sebagai syarat ..Tambah lagi si Linda mahu mencari sesuatu untuk awak di saat-saat akhir.

Kemudian, lewat petang ketika tetamu sudah berkurang sedikit, saya pinjam lagi kete awak. Arah tujuan masih ke jusco lagi. Kali ni bro ross pula mahu membeli sesuatu. Adus macam-macam bende nak beli dan sediakan bagi nak jayakan 'party surprise' utk awak.

Bila sumer dah ready, bila sumer tetamu sudah pulang, bila sumer sudah dikemas, maka memasing mula lah memainkan peranan masing-masing.

Plan yg pada mulanya mahu mengenakan makcik pepel di depan pintu bilik akhirnya terpaksa diubah gara-gara tetiba makcik pepel nak tido kat luar bersama anak bujang nya... PAP!! Memasing tepuk dahi dan menjeling-jeling antara satu sama lain. Tak pasal-pasal segala perancangan terpaksa jadi lain.

Kami terpaksa curi-curi berkumpul kat satu bilik.

Akhirnya masa yang dinanti-nantikan.. jeng jeng......
Berdebar-debar .. takut plak tak menjadi, ye la kata plan sudah bertukar kan.
Walau macam mana pun, kami sumer tetap bersemangat nak mengenakan makcik pepel!!

Are u ready guys????

Satu, dua, tiga..... kuar je dari bilik sorang demi sorang, tiba-tiba.....

SURPRISE!!!!!!
Opocot tak sempat ok orang yang belakang nak menjerit sebab nya belum sampai tempat yang nak dituju, alih-alih makcik pepel memunculkan diri.. Mahu tak terkejut orang yang depan sekali.. hahahaha... 

Walau dedua terkejut tapi akhirnya berjaya juga kami kenekan makcik pepel itu.. Yeehaaaaaaa!!!!!

Thanks kat kowang sumer yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan kisah surprise buat dia. Betul la kan, klu lagi ramai konpom lagi riuh dan kecoh dibuatnya kan.. hahah.. Tunggu tahun depan adegan lain plak yang kami rancang.. haahha erkk ada ker? :p 

Walau simple tapi kita tetap enjoy kan ;-)

Dan akhir sekali..... harap makcik pepel suka la pada hadiah-hadiah daripada kami sumer. Sekali lagi buat awak, SELAMAT HARI JADI!!

Nota Jemari: .. berhati-hati...

Selamat Berkhatan, AMAT!

Citer dah seminggu tertangguh.....
Layan je ar ye entri-entri berikut nih.

Jumaat lepas19 November ako ke JB..
Satu insiden terjadi masa on da way ke LCCT.
Malas betul nak ingat insiden itu. So skip ajer la ye.
Nasib baik lah sempat juga naik flight jam 7 pagi tu.
Alhamdulilah, walau sepanjang perjalanan dan setiba nya di sana, hati masih tak sedap, ako terus kan juga la 'percotian' 3 hari 2 malam itu.

Kisah ke JB kali ni atas permintaan teman yang mengadakan kenduri kesyukuran sempena anak laki yang satu itu selamat memasuki alam ke'BUJANG'an. Sudah lama ekceli plan yang satu ini. Memang awal2 dah beli tiket ke sana, so klu kebetulan kowang nampak or terbaca ako pernah ke JB sebelum-sebelum ini, itu adalah secara mengejut ye.

Tak banyak yang perlu dibantu.
Makanan sudah order katering.
Khemah juga dah ada orang pasang.
Cuma dari segi menyiapkan goodies sahaja la yang kami bantu.

Ini lah budak yang telah pun menjadi seorang BUJANG.
Eh jap jap ako macam konpius jap..
Nak jadi orang BUJANG, bila dah sunat atau bila sunat & 'mimpi basah' ek???
erkk..... perlu ke aad 'mimpi basah' tu?? erk eh apa ako merepek ni.. muaahahaha jap jap mmg wujud ker mimpi basah??? hahahahaha.........................

Malam itu, persiapan memasang khemah..
Ramai sungguh 'mandor-mandor' tak bertauliah di depan umah.

Ini baru kenduri sunat.
Agak-agak klu kenduri kawen, ermmm macam mana la meriah khemah nya ya.
hhehee ... kalah khemah orang nyambut menantu nih.

Pagi sabtu.
Sumer kena bangun awal.
Budak laki tu kan nak kena potong anu nya.
Wah tengok derang, dah tak sabar-sabar nak gi memotong tu.
Pape pun, masa kuar umah muka budak laki itu adalah sangat ceria sekali!
Tak sabar nak jadi 'LELAKI SEJATI' la tu....

..saat-saat anunya di potong.
Gurlppp... banyak nya darah budak itu.. Ngilu sungguh ako tengok gambar pemotongan tersebut. Gambar diambil oleh en burung menggunakan kamera ako.

Tahniah, AMAT!!!
Lepas ni dah tak leh nak manja-manja ngan mak dah...
Dah besar la kata kan.. Dah jadi LELAKI macho kan.. *wink*

Muka nampak ceria lagi lepas dipotong.
Abesh je ubat bius, terus meraung menahan saket..
Adehhh macam ako lak terasa saket nya.. erkk...
Sabar ye amat, saket sekejap je tu kan.
Saket orang pompuan bersalin lagi azab tau.. *wink*

Ako ketinggalan sket waktu kompang sampai sebab kluar mencari 'sesuatu'.
Ha kan ako dah cakap, kenduri makcik ni meriah mengalahkan kenduri kawen.
Nasib baik la kitrg tak letak bunga manggar & orang silat sekali hahhaa...

Yassin sampai 2 kali!
Memula orang lelaki, ako terlepas sebab tiada di dalam rumah.
Yassin kedua terdiri daripada kaum hawa plak.
Bagus betul ...

Ako beryassin kat dapur je la ye...
NGap kat belakang baru puas leh makan sesuka hati tanpa nak kontrol-kontrol. Muahahah

Ada plak sesi melalak.
Riuh la dari siang membawa ke malam.
Nasib baik lah jiran sebelah menyebelah adalah cina.


Hepi besday buat MAK & ANAK yang lahir dalam bulan November.
Kek ditempah daripada sini.
Kreatif laa, sape punya idea ni weii???

Tetamu VVIP ....
Tukang masak dari sedenak mencemar duli bersama kekanda & bonda tercinta.
Tidak lupa juga kehadiran tetamu dari kota singa yang pertama kali bersua muka.

"Mak pah, cool la u all sekeluarga!!" Lepas ni leh kita gather2 lagi kan ;-)

Salam kenalan mak pah!!!
First time jumpa macam dah lama kenal haha....
Tak kering gusi seh borak-borak ngan u...

Overall, majls selesai tepat jam 11 malam.
Thanks buat tuan umah yang penat berpeluh melayan kami, tetamu-tetamu yang memang tak malu dijemput muahahaha............

Nota Jemari: fenatt...........

Friday, November 19, 2010

JB, here i come again!

Terbang jam 7.10 pagi
Mendarat jam 8 pagi..
Yeah, im coming back to JB again!

Kali ni ke sana atas urusan kenduri juga.
Tapi bukan lah kenduri bertunang mahupun kenduri kawen.
Kenduri yang hanya selalu diadakan waktu coti-coti skolah bagi kanak-kanak lelaki.

Pape pun, harap-harap ako ada masa bertemu kawan di sana.
Itupun klu keadaan mengizinkan..
Sabar ya wahai sahabat.
Ako akan cuba dan klu percubaan kali ini masih tidak berjaya, insyallah ako cari peluang dan masa yang lain plak ya..

Nota Jemari: anugerah penerbang kerap ke JB?!! hahah ada ke ek? *sengih*

Thursday, November 18, 2010

Manicure & Pendicure

Arini lunch memasing malas nak makan.
Memula tak tahu nak plan hape kan waktu lunch, so tetiba kepala hotak ako muncul satu mentol! Apa lagi gigih la kami mencari tempat yang paling dekat dengan opis. Dan hasilnya kami ke The Mall sahaja.

Ekceli siyes ako cakap ini adalah pertama dalam hidup ako buat aktiviti manicure dan pendicure nih. Sebab macam dah lama teringin tapi nak pegi sengsorang macam segan, so mengajak la mereka berdua menemani hajat di hati. Nasib baik la mereka pun macam teruja juga nak buat aktiviti itu.

Aktiviti kami bermula di sini.
Nail & Foot Beauty Salon.
Terletak di tingkat 3, The Mall.
Contact no seperti yang tertera dalam gambar tu ye.

Sabar menanti untuk diasah dan mengasah.

Wah wah bukan main lagi kengkawan ako nih...

Rileks dan santai..
Klu kusi tu adalah kusi urut, konpom lagi bertambah rileks ako rasa.. hehehe
Tapi rasa macam kusi urut la..ermm
Jari jemari ako yang kekeringan..
Ye la ye la ako tahu jari jemari ako adalah kontot-kontot belaka..

Proses membuang kulit-kulit mati di sekeliling kuku jari kaki ku.

Masa dia buang kuku dan kulit mati kat ibu jari yang satu itu, ako rasa nak tendang aje dia. Kisahnya kan ibu jari itu dalam proses pemulihan dari penyakit kuku cagu. Tu sebab klu kowang pasan jari yang satu itu ada inai di jari. Ntah ek, petua dulu-dulu klu kena cagu harus letak inai. Ok la ekceli dah baik cuma masih ada kesan sket-sket kat keliling jari. Macam klu ko tekan terasa mcm saket lebam gitu.

Tambah bila cina tu dok tenyeh kat celah-celah kuku, harus la ako nak menjerit tapi kena la kontrol sket. Saket memang saket tapi masih di tahap bole bertahan lagi.


Giliran jari jemari tangan pulak mendapat belaian dan sentuhan.

Taadaaaa..
Dah siap!
Berkilat-kilat ko jari jemari ako.
I like!

Harga manicure - RM30
Harga pendicure - RM40
Plus ako beli lotion kaki merekah - RM78

Jumlah semua melayakkan ako mendapat kad ahli dan sekaligus melayakkan ako mendapat 10% setiap kali ako mendapatkan rawatan di situ. Harus setiap bulan aktiviti ako akan dipenuhi dengan sesi kilat mengilat kuku nih.

Nota Jemari: sekali sekala bermanja-manja

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers