Followers

Wednesday, December 29, 2010

Dah tiba masa

Semalam dia wat hal.
Tetiba tak leh nak zip.
Adusss.... tersekat-sekat bila zip ditarik.
Plak tu alih-alih melopong je kat certain-certain tempat.
Ermmm nampak gaya dah tiba masa minta ditukar ganti nih.

Dah lama ako pakai wallet ni.
Bertahun dah, jarang nak bertukar ganti.
Ye la kan, klu barang tu masih elok, watpe nak tukar-tukar, ye tak?!
Tapi kali ni memang konpom kena tukar dah ni.
Iskkk tapiiii................

Agak-agak nak tukar ngan apa ek?
Mahal ke murah?
Berjenama or kat pasar malam je?

Awak oo awak,
tolong belikan yang baru satu untuk kita.

Nota Jemari: kena soping la nampak gaya ni, alahaii!

Missing HIM

Alaaaaaa......................
Tup tup dapat biter my SE merangkap bos kecik ako nak benti.
Adussss.. ngeri plak dengar.
Tapi pape pun, hope dia akan dapat better job, better life and better environment! hehe

Gonna miss HIM.
Coz dia banyak ajar dan tolong ako.
Keje ngan dia very very rileks and santai.
Lepas ni tak tahu la ngan sape plak ako kena bekerja.
Konpom, kerja ngan owang baru ni, tahun depan PRIME jatuh laaaa...

Pape pun,
Nak wish kat dia,
All da best n gud luck!

Nota Jemari: arghh.. nak kena ajar orang, kita pun bukan pandai sangat..

Tuesday, December 28, 2010

Transtar Coach Bus

Alternatif lain klu nak ke Singapore, ako suggest kowang cuba lah naik coach express, samada Transtar atau pun Aeroline. Banyak dah coach-coach express yang ke Singapura selain dua company yang ako sebut tadi. Terbaru, Company OrangeCoach, klu tak silap owang melayu yang punya. (maaf lah klu info ako silap). Selesa!!

Baru-baru ni ako ke Singapura.
Pulang dari sana ako menaiki Transtar sahaja.
Kali ni ako memilih coach Solitaire, di mana sangat-sangat selesa kusi dan facility yang lain.

Perbezaan Solitaire, First Class ngan Premium, klu tak silap dari segi kusi dalam coach tersebut.

Luas dan selesa!
Kusi tu boleh buat katil, selesa klu nak tido.

Dalam bus konpon tak boring punya.
Setiap seat ada disediakan monitor sorang satu.
Boleh layan movie, dengar music or boleh main games.

Banyak menu pilihan.
Movie omputih ada, cina ada, korea ada, melayu pun ada.
5 jam perjalanan memang tak terasa sangat la sebab asyik sangat dok layan movie kan.

Sejuk????
Jangan risau, selimut ada disediakan juga untuk sumer orang.

Nak online laptop pun bole. Tak yah risau klu bateri tak cukup coz plug charger ada disediakan. Nak charge bateri henpon ke kan... 

Dan yang penting, ada makanan dalam bas! 
Servis tip top punya, jangan risau.
Ada steward/stewardess akan layan kowang.

Pape pun, sangat puas hati!!!

Oh ye tambang coach ni agak mahal sket la.
aritu sebab ako piilh solitaire, so rege nya lebih kurang RM175.
Sekali sekala, ok laaa..!

Nota Jemari: sekali sekala ubah selera

Orchard Road at Night









Just sharing, "A night at Orchard" in Christmas Eve mood.

Giloss, ramai sungguh orang kat sana.
Soping???
Hahahaha takde la, better ko soping kat Msia jer la.
Lagi pun, ako bukan nya shopperholic pun.
Soping kat SOGO, sudah!!
hahahaa..............

Nice exprience at night there..
Cantek!

Nota Jemari: Will be there again soon....

Terima kasih atas jemputan

Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.
Selesai sahaja tahlil di surau berdekatan, para jemputan mula memenuhi ruang makan di bawah blok.

Inilah sebenar tujuan ako ke JB minggu lepas. 
Memenuhi jemputan sahabat nan satu ini.
Kenduri tahlil arwah 'abah' yang genap 100 hari pemergian nya.

Ok ok ako tak sempat nak tukar baju kurung!

Moga makcik sekeluarga redha atas pemergian arwah.
Be strong ya makcik!!!

Fara, sorry beb sebab tak dapat nak menyinggah lelama kat sana.
Insyallah umur panjang kita lepak ramai-ramai lagi k.
Jaga diri bebaik tau!
Anggap semua yang berlaku ada hikmahnya.
Yang penting, doa dan ingatan dari kita untuk mereka di 'sana'.
Al-fatihah.

Ghajin nyaa...

Khas untuk Haji Jamil, .."dah sesuai dah tuk buat calon bini.
Ghajin kawan saya ni.. hhahaa" *wink*

Nota Jemari: Terima kasih fara n family!

I Love Click : My Best Travel Picture Contest!

SIMPLE! SIMPLE!
Maka nya, gue join ya mbak biqque..
hehehee

Kowang pun leh join.
Klik je kat sini k ..

Pilihan gambar: Tahun 2002.
Destinasi percutian: Cameron Highlands.
Kenderaan yang dinaiki: Kancil biru 600cc
Muatan: 5 orang

Kenangan bersama kengkawan opis yang waktu ni sumernya masih bujang lagi.
Dengan berbekalkan kancil 600cc, mendaki bukit cameron di waktu malam, melalui jalan Tapah. Sangat mentragiskan tapi itulah kenangan manis nama nyaaa!!

Pergi dengan tangan kosong.
Pulang dipenuhi bunga-bungaan, sayur-sayuran, dan pelbagai lagi barangan lain.
Dah ala-ala macam naik kereta berhias gitu.
Dah macam ghase khaf lam ya nga berjalan. 
Pape pun, TERbest trip for us.
Sekarang?? Takde makna lagi nak berholiday sowang-sowang. Memasing dah penuh "handbag" kiri kanan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kowang sumer tak nak join ker?
hadiah menarik...


BEST PHOTO WITH BEST DESCRIPTION WINS? 

ONE travel blanket *by Living Cabin
T&C : Open to all entries.

CONSOLATION ENTRY WINS?
ONE travel passport sling pouch *by Bagman
T&C : Open to all entries who put an extra effort to win.


SPECIAL ENTRY WINS?
ONE travel toiletry pouch *by MasKargo
T&C : Applies if total contest participants are equal or more than 30.
One more winner will be selected.

Nota Jemari: Suka suki je pun

Lau Pa Sat Market

Bersiaran pasal makan lagi k.
Masih berada di kota singa.
Malam.....

Kali ni terjah kawasan warung plak ye.
Jom kita ke Lau Pa Sat Market yang terletak di kawasan Raffles Place.
Klu kowang naik MRT, sila pastikan turun kat hentian Raffles Place.
Kemudian amek laluan I. Bila kuar ajer dari pintu I, belok kiri dan terus jalan sampai ujung jumpa trafic light. Lintas je jalan dah jumpa pasar ni.

Klu kowang teringin nak makan sate dan makanan seafood, bole la jalan-jalan cari makan ke situ ye. Banyak la warung-warung yang menjual sate. Banyak pilihan tapi ako pun tak sure yang mana satu sedap. So kena gamble aje la ye.

Ako just order 10 cucuk ayam dan 10 cucuk babat. 
Satu cucuk SGD0.60.
Babat ni adalah perut. Kowang makan ke perut?

Pastu ako order ikan pari bakar.
Dah lama ngidam nak makan.
Klu kat KL ni ikan bakar slalu kena cicah ngan air asam.
Ermmm payah la nak jumpa ikan bakar yang letak sambal macam dalam gambar ni.

Ikan bakar ni, kowang leh pilih nak berapa hengget punya.
Ako order yang SGD10 sahaja. Cukup arr tuk ako sowang je yang melantak.
PUAS!!

Pernah makan siput gongong??
Camni la ghope nya.
Rege dalam SGD8 je.

Sila berhati-hati dengan duri siput ni.

Meh kasi close up sket isi gongong ni.
Kena korek isi dari kulitnya.
Pada yang minat, konpom rasa puas sebab isi nya yang besar.


Suasana kat sana.
Bila kowang dah duduk jer, nanti akan ada ramai orang datang amek order.
Derang ni cam wakil-wakil warung-warung kat situ la.
So pandai-pandai la kowang buat pilihan yek.
Nak order seafood, cakap kat derang nak yang HALAL punya.
Nanti derang panggilkan peniaga melayu tuk amek order kat kowang.

Pape pun, kenyang dan puas dapat makan ikan pari bakar yang marbeless!!

Nota Jemari: lepas ni nak jalan-jalan makan ke mana plak ye?

Monday, December 27, 2010

BREEKS Cafe

Jauh perjalanan, luas penghadaman.
OK kali ni ako nak bawa kowang makan-makan di negara seberang tambak plak.
Mana lagi klu bukan kat Singapura.
Kebetulan berjalan-jalan ke sana, bila dah penat harus kelaparan.
Kali ni pilihan makanan adalah di Breeks Cafe yang terletak dalam Marina City.

Breeks Cafe ni adalah sebuah restoran western atau lebih specific makan stik la gitu.
Tapi klu kowang tak makan stik, jangan risau. kowang boleh pilih menu lain sama ada nak makan ikan, sotong, udang etc. Yang pasti selera kowang aritu adalah berkonsepkan western food.

Memang kat sini nak cari makanan memang susah sket. Kowang kena peratikan dlu samada kedai tersebut ada tak terpampang logo HALAL dari Majlis Ugama Singapura. KLu ada, tak yah ragu-ragu lagi k. Konpom dah kedai tu sah HALAL.

Klu kat Msia, kena la dpat sijil halal dari JAKIM. Dan klu kat singapura, sijil nya tentulah pihak MUIS yang akan kluarkan, betul tak?! Dah takde syak wasangka, jom kita tengok menu pilihan ako plak k.

Chocolate & Vanilla Milkshake. Memasing berharga SGD5.50.
Berbaloi... memang sedap dan marbelesss!!!!!

Lemonade - SGD3.50

Baked Chicken Pattie - SGD17.90

Daging ayam nya sangat tebal. Rasa macam kowang makan daging burger kat On The Table. Kenyang coz portion memang berbaloi-baloi.

Rib Eye Steak with Fish - SGD24.90

Klu kowang teringin nak makan stik dan sekaligus nak rasa ikan juga, better amek set yang ini. Dua-dua kowang leh rasa dan harga pun berpatutan. Klu amek steak sahaja, rege pun lebih kurang amek set yang ini. So better la rasa dedua kan ;-)

Stik lembut, ikan dori tu pun fresh ajer.
*thumbs up*

Set stik dan ikan ni ada jagung dan juga kentang putar dan salad. Ok la kan :)

Safari Feast - SGD13.90

Ala set ni yg ada macam-macam tu. Klu tak silap Pizaa hut ada buat set macam ni lebih kurang la. Sedap, tepung dia ranggup giler!!


Konsep restoran ni kemerah-merahan gitu.
I like!

Nota Jemari: Next place...

Saturday, December 25, 2010

Jumpa 'kak limah' ..

Alhamdulilah selamat dah sampai ke destinasi.
Tapi kali ni macam ada tak puas ati sket ngan servis AA.
Nanti arr citer...


Sementara nak tgu tengahari, ako ngan Cik huda berjanji nak jumpa dengan 'kak limah' dulu.
So jam 11.30 pagi ni, harap-harap la 'kak limah' ada sediakan makanan untuk kami... haha

Sudah lama tak jumpa sama ini Teacher Huda.
Ok lah kami dah lepaskan rindu kat umah 'kak limah' dulu ye.
Jumpa kowang lagi nanti.

Nota Jemari: bestfreiendforever ya ;-)

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers