, ,

Singapore Trip: Check In

Sepanjang kami kat spore ni, kami decide stay kat Hotel Fragrance Emerald.
Masa beli tiket Air Asia aritu, terus je cari hotel kat air asia go.
Ermm konon-konon nak cari yang murah la kan.
Kitorang amek 2 bilik Superior.
Harga bilik untuk 2 malam lebih kurang RM350.

Mahal?
Murah?
Ermm.....

Check-in process.
Jangan lupa bagi passport kowang untuk pengesahan.
Lobi dia takde la besar sangat.
Hotel ni pun bukan luas mana pun.
Dari luar je nampak cam melebar je kan.

Yang tak best nya, hotel ni takde wifi FREE dalam bilik.
Ada wifi tapi kat area lobi je.
Itupun dikenakan charge klu nak guna.

Ermm x syiok kan!!
Ako lebih prefer stay kat Hotel Santa Grand.
Walau agak mahal sket tapi puas hati dari segi keluasan bilik dan juga penggunaan wifi FREE dalam bilik.

Jom masuk bilik.
Letak barang-barang, rehatkan badan kejap.
Solat or cuci muka sumer.

Sebab ketibaan kitorang lewat dari yang sepatutnya maka segala perancangan masa terpaksa la berubah sket.  So memang takde masa la nak berehat sangat. Harus 3 hari di sana kena gunakan sebaik mungkin.

"Eh kecik nya bilik?!"
"Camne nak solat ni?"
"Sempit laa.. nak sujud konpom payah."

Terkejut la juga sebab ruang bilik yang agak kecik.
Lain dari gambaran yang kami tengok sebelum ni.

Kowang bayangkan, klu bilik kami berdua sesempit itu,
bayangkan kak aidah tido bersama anak-anak nya...
Dan bilik mereka lagi sempit dari bilik kami.
Gurlpp.....!??

Cer kowang bayangkan kitorang solat atas katil??
Memang la tak leh nak concentrate.
Sudah la katil nya jenis single yang kecil.
Bila dah berdiri nak solat, tinggi ako dah sama taraf dengan aircon.
Nak tak nak kena la pandai2 mengelak dari terhantuk kepala kat aircon tu.

Memang mencabar sungguh!!

Paling suker sebab ada hari dryer!
Ye la kan.. kadang-kadang hotel budget ni tak sediakan barangan asas.
Macam hair dryer, complimentary snek, berus gigi etc.
Tapi hotel ni, sumer nya lengkap.
Thumbs up kat situ la sket.

Tibi, opkos la ada kan.
Tapi bukan la jenis yang flat screen.
Channel kat sini, erm programnya konpom takde censored2 punya.

Kat spore ni ada juga channel swasta macam astro tu.
Memula dah terbayang la kot-kot dapat la kan layan AF konsert Final.
Tapi mostly klu program kat hotel ni, derang lebih suka subscribe channel berita, sukan dan HBO je la. Jadi melepas la kan nak tengok konsert AF.

Ala bila dah penat, sure tak dan punya nak tengok tibi.
Membuta lagi syiok, betul tak?!
Lagipun, 3 hari kat sana memang FULL aje masa tu.
Kuar awal pagi, balik hotel tengah malam.
Perghh memang la PENAT dan LETIH!

Pas selesai solat, kami pun memulakan operasi seterusnya...

..bersambung..

Nota Jemari: jadi la.. nak tido dan mandi je pun
Share:

4 comments:

  1. wah ke singapore!! Bila la Chawanna nak ke singapore nih..emm cepat upload entry berikutnye..hehehe

    ReplyDelete
  2. chawanna,
    insyallah ada la rezeki tu nnt ;)

    ReplyDelete
  3. aku tgh dok bygkan ko solat atas katil...ermmmmmm x goyang2 ke???

    ReplyDelete
  4. goyang la juga tp pandai2 la ko adjust hehe

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.