Followers

Thursday, June 16, 2011

Singapore Trip: Universal Studio Singapore (USS)

Entry yang ni memang penuh ngan gambar je la ye.
Klu boleh sumer gambar ako nak tempek. hahah
Kata bercuti, harus sumer gambar nak share ngan kowang kan.
Tapi kang ada plak yang buhsan tengok blog ako, balik-balik dok citer pasal Singapore ni, ntah bila nak abesh, ye tak?!!

Tapi ada ako kisah??!!

Hari kedua.
Ahad 12 Jun 2011.
Memasing dah tak sabar nak ke Universal Studio (USS).
Pagi tu kami just bekfes megi dan roti sahaja.
Import dari Msia gitu! hahaha (macam la kat sana takde jual kan?!)

Bukan apa, sebab kami dah survey area hotel kami tu adalah kawasan cina so mmg payah la nak cari makanan HALAL kan. Tambah plak kami budget nak kuar awal, so tak yah kelam kabut nak cari tempat bekfes. 

Aikkk psstt takkan dah rindu keluarga kat m'sia?
Saja-saja ngetest public phone kat sana.

"helo helo, sape kat sana? Saya di sini .."

OK dah jom jom..
Tak sabar dah memasing nak masuk USS ni.
Nampak tak bende kecik kat belakang tergantung tu?
Tu lah cable car, salah satu transportation nak ke Sentosa Island aka USS.

Atau kita boleh naik monorel juga.
Kalau rajin, boleh jalan kaki ikut broadway.
Tapi sebab kita nak sampai depan pintu USS cepat, so kitorg naik monorel je la.
Cepat dan senang. hhehe

Dah sampai...
Kabus???
Opsss jangan tertipu, tu cuma gimik asap depan globe USS je pun.
Snap snap asek asap je yang kuar.
Lain dari yang lain .. lalala

Ingatkan sampai awal tak ramai orang tapi sampai-sampai je dah ramai yang start beratur depan pagar USS tuh.

Oh ye, ako beli tiket USS online.
Senang je. Tak yah nak beratur pepanjang kat kaunter tiket.
Kowang leh beli kat website dier.
Bayaran dengan kredit kad ye.
Pastu ko bawa je print tiket macam yang adik tu pegang.
Jangan risau, itu memang tiket betul tau!
Nanti sampai je depan pintu USS, derang akan scan code bar yang ada kat 'surat' tiket tu.

Hoyeeee dah masuk!!!
First karaktor yang kitorang jumpa.
Woody woodpecker!

Erkk ada sesape tau sape 'pakcik' ni??
Hahahha kisah nya, ako sendiri pun x tak tau karaktor 'pakcik' ni.
Masa masuk tu alih2 ramai plak dok bergambar ngan dia.
So kitorang pun pegi la juga bergambar.
Sudah nya baru tau, 'pakcik' tu tgh promote minuman dari kedai dier..

Yapedaaaa....
Mati-mati ingatkan 'pakcik' tu salah satu watak.
Aisshh... lenkali sila perati betul2 ya..

Kelam kabut sunggguh!!

Game pertama yang ako naik!!
Memang tujuan UTAMA nak naik roller coaster tu.
Yeehaaa akhirnya berjaya juga ako mengharungi cabaran tergantung kat atas tu.
Phewww!!

Memula naik CYCLON.
ermm bagi ako agak gerun juga la sebab walau ada penutup bawah kaki tapi dia punya ride just tutup kat paras pinggang je. Maksudnya dia lock kat pinggang kita je. Kat dada dia tak lock pape.

Cer kowang bayangkan dengan kelajuan roller coaster tu, harus la ako menjerit sekuat hati sebab TAAKOOOTTTTT!!! hahahahaha

Rasa macam nak terjunam ke bawah. Tapi takut-takut pun tatap puas hati sebab dapat juga naik!!
Tepuk tangan untuuk diri sendiri!!
Syabasss!! clap! clap!

Turun je dari CYCLON, bagi masa 5 minit tuk rehat kejap.
Then terus naik yang HUMAN pulak.
Kali ni roller coaster nya takde penutup kaki.
Kira kaki macam tergantung gitu.
Tapi dia lock kat dada kita.
So rasa macam secure la sket kan.

Yang ni kurang takut sket tapi jerit tatap jerit.
Apa barang klu naik roller coaster ko tak jerit.
Rugi weii...  Time ni la nak jerit sepuas-puasnya!!

Best best, i like!!

Pastu derang ajak naik accelerator.
adeh game palinggggg bodo ako rasa.
Ala macam ko men cawan la kat genting.
Pusing pusing dah sudah!
Ceh, buang karen  betul la!
hahaha..

Sesuai untuk mereka yang takut nak men game2 ganas.
Cuma agak laju la juga.
Klu kowang pening, jangan salah kan ako ek ;p

Ni kawan betty.
Sape betty?
Erkk.... ala ada, kowang tak pernah tgk ke citer betty tu?
Iskk bukan Ugly Betty laaa...

Tapi cer perati kan muka dia.
Macam bapok plak ako tengok.
Hahahha ntah-ntah memang NYAH ko... ;p
Auwwww tak rela i dipeluk gitu.

Marilynn Monroe.
Sape tak kenal?!
Pi google sendiri ek cari sape minah ni.

Wangi ko badan dia.
Ntah pape liter botol dia calit minyak wangi dia gak nya.

"oitt puan farihah, ko peluk-peluk dia, ntah-ntah dia pun NYAH!"
Auwwww... hhahaha :p

Ha ni la Betty!!
Gi google ek sape betty ni.

Ako pun memula siyes tak tau gak watak dia ni.
Then ada la merchandise dia jual kat situ.
So tengok-tengok baru pasan watak kartun ni.

Kat depan broadway klu tak silap.
Derang ada sediakan beberapa topi.
So kowang leh bergambar, bergaya dengan topi-topi tu.
Macam-macam ada, so pilih je la mana satu yang berkenan.

Dia bagi pinjam je tau!
Bukan soh kowang bawa balik sebagai kenangan :p

Madagascar.
Awal tahun ako pegi, lom buka lagi.
Kali ni pegi, dia dah buka.
So apa lagi opkos takmoh lepaskan peluang masuk dalam kapal besar tuh.

Walau kena beratur punya la panjang tapi jangan risau, beratur panjang-panjang tapi tetap bergerak.
Berpeluh ketiak juga la nak tunggu giliran naik sampan tu.
Rilek je. Duduk sambel menikmati suasana kat dalam kapal.
I Like! Sejuk dan memang santai je.

Sesuai untuk famili yang ada anak-anak kecik.

Kuar je dari madgascar terus naik bende alah ni.
Klu kowang naik kat genting, takde belt kan?
Tapi kat sini, sumer bende derang sediakan belt.
Kira derang memang utamakan keselamatan la gitu.

Naik crousel ni pun setiap satu kena pakai tali pinggang.
Derang akan check sorang-sorang.
Klu tak pakai nanti derang akan soh pakai juga.

Nak manja-manja bole? hahaha
Jurassic park.
Tak main game kat sini sebab nak kena beratur dan tunggu selama 80 minit.
Ko sanggup?? 

Kami tak sanggup nak tunggu lagi.
Tapi ekceli naik ni yang best sebab ako suka kemuncak dia!

Gedebushhh!!!

Tengok aksi kat water world ni agak letih juga la.
Klu kowang tak minat action movie, baik jangan buang masa masuk 'water world'.
Memang agak lama juga la. Dan klu kowang x paham jalan citer dia konpom memang kowang boring dan rasa tak best.

Banyak lagi yang kitorang main.
Jangan lupa masuk MUMMY!!
The best roller coaster so far.
Battlestar pun best juga.
Cuma mummy ni, roller coaster nya dalam gelap.
So ko takkan nampak la rel-rel roller coaster tuh.
Perasaan takut tu kurang la sket.

Lagi sekali ako naik mummy ni 2 kali.
Sebab AKO SUKA!!!
Macam ako cakap awal tadi la.
Klu naik roller coaster, sila pastikan kowang jerit sekuat hati!
Lepas kan segala stress.. Gerenti lepas tu kowang rasa LEGA yang amat!

Kami sangat-sangat hepi.
Tak sempat nak tunggu sampai malam.
Konon nya ada bunga api.
Tapi sebab kitorang kena ke Orchard lagi, so jam 4 petang kitorang dah kuar dari USS.

Masa ni sumer orang dah kepenatan.
Tapi bila sebut je nak gi orchard, sumer jadi segar.
Jom jom nanti citer perihal kat orchard lagi k.

bersambung...

Nota Jemari: Ujung tahun Transformer plak dah buka, adakah kena pegi lagi???

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

nak pegi lagi
nak pegi lagi......

AKO @ retna said...

yok ila! hhehe