Ala, ako pasti kowang sumer dah tau dan kenal produk yang satu ni kan.
Cuba citer sape yang tak kenal ngan produk kecantikkan SimplySiti owned by Dato Siti.?!

Terus terang ako cakap, ako tak minat dia ni.
Tapi tak minat tak bererti kita tak boleh cuba produk keluaran beliau kan?!

Dah nak masuk 9 bulan ako pakai produk ni.
So far so good.

Dan yang paling ako suker sebab produk ni tak payah nak pakai banyak-banyak. Dengan kata lain, sangat-sangat menjimatkan.

Dalam 9 bulan ako pakai, so far ako baru ganti pencuci ngan simply5 sahaja.
Yang lelain masih mencukupi untuk bertahan lagi beberapa bulan.
Klu kita pandai menggunakan secara cermat, pasti kita boleh berjimat, betul tak?!

Produk ni memula dijual kat watson je kan.
Pastu skrg dah berkembang tempat jualan nya.
Kowang leh cari kat Sogo juga.

Dan Sogo tengah buat jualan murah gila-gila untuk produk simplysiti ni.
Bagi kowang yang nak cuba dan nak beli stok baru, leh arr gi beli kat Sogo je.
Klu kowang berada di luar kawasan kolumpo, ermmm kat watson je la kot yg ada.
Pape pun, kowang leh layari website simplysiti tuk tengok lokasi jualan k.

Tau tak dengan setiap pembelian RM80 dan ke atas, kowang leh dapat tiket konsert simplysiti?!

Dan dek sebabkan kawan nan satu ni nak cuba pakai produk ni secara menyeluruh, maka dengan sebab itulah kami telah layak mendapat 2 keping tiket ke Malam Gala SimplySiti pada hari sabtu, 9 Julai 2011.

Tengkiu Puan CT sebab telah dapat merealisasikan hasrat kawan nan satu untuk ke malam gala tersebut. Harap-harap kawan nan satu itu berjaya la ye memujuk somi tercinta untuk menemani beliau ke malam gala yang akan berlangsung di UiTM Shah alam.

Pada kowang yang teringin nak jumpa simplySITI, masih sempat lagi nak dapatkan tiket tersebut.

Bukan la nak jadi macam Siti Nurhaliza.
Klu produk tu bagus dan sesuai dengan kulit kita, tak salah mencuba.
Tambah-tambah plak produk ni bahannya dari Korea yang memang terkenal dengan 'seni kecantikkan'.

So far yang buat ako suker sebab, baunya wangi.
Tak berminyak kat muka.
Cuma nak pesan sket, tak semestinya satu produk sesuai dengan ako, akan sesuai dengan kowang juga. Sebab ni kan produk penjagaan, harus la tengok kesesuaian kulit kita juga.

Tapi klu nak mencuba, tak salah.
Kowang leh beli trial pack dulu.
Klu tak silap harganya dalam RM30+

Cuba tak salah,
tak nak cuba pun takde sape nak larang!
Yang penting, kita kongsi apa saja maklumat yang baik dengan sumer orang.

So gud luck ye pada yang nak mencuba tu ;-)

ps: Jadikan set hantaran pun ok juga kan... lalala lala lala....

Nota Jemari: Takkan baru pakai sekali, kowang nak nampak kesan yang cepat!! isskk sabar, sabar!