Nak tahu tak?
Kaki ako saiz 5.
"Normal la tu".. 
musti kowang cakap camtu kan?!

Normal ker?
Saiz 5 tu kadang-kadang je tau!
Yang lebih specific nya, saiz 4.
Klu ada saiz 4.5 ako rasa bersyukur sangat-sangat.

Normal ker?
Badan dah la besar gedabak.
Alih-alih kaki ko kecik cinonet je.

Sangat-sangat abnormal.

Malu!
Kadang-kadang segan ngan kengkawan yang ada saiz kaki normal.
Sesuai dengan saiz badan derang.

Tapi bila dok belek-belek,
ermm keturunan la kot kan?!
Arwah abah pun saiz kaki nya takde la besar sangat, klu nak dibandingkan ngan saiz kaki lelaki biasa. So kira nya, saiz kaki ako ni ikut belah arwah abah la kot.

Arwah mak pun saiz kaki nya kecik molek jer.
Ha yang tu memang sesuai la dengan ketinggian dan saiz badan nya.
Tapi betul juga, dah mak bapak nya saiz kaki kecik, 
maka anak-anak nya pun saiz kecik juga la kan?!

Masalah ako klu nak beli kasut, sangat-sangat la susah bila kasut yang kita suka takde plak saiz untuk kaki ako ni ha. Banyak kali dah terkena... Berangan nak beli saiz 5, ye la segan plan nak minta saiz PALING kecik. Bila try-try, sah2 la x muat. Musti ada je ruang sket kat belakang tumit tuh.. 

MENCIK!!

Bila nak minta saiz PALING kecik, kadang-kadang tu takde plak stok.
huwaaaaa kesian tau!
Nak tak nak, klu TERINGIN sangat, ako beli juga.
Pastu jenuh arr sumbat tisu atau beli pad yang tuk belakang tumit tu.
Tapi HARAMmmmm.... mana nya berkesan.
Kaki kita ni kan ada masa-masa nya akan jadi kembang, kuncup kembang kuncup.
Bila nak melaram, dan dan tu la dia menguncup kecut..
Makin longgar la jawab nya.

Satu lagi masalah ngan kaki ako ni.
Sensitif betul klu pakai kasut tertutup.
Slalu je melecet.
Klu tak melecet kat bahagian belakang, 
dia akan melecet kat tepi jari manis kaki tu.
Silap haribulan dia melecet kat tepi ibu jari kaki.

Aisshhhh sadis OK!!
Nak beli kasut tuk melaram memang kem salam je la.
Sebab tu ako lebih suka pakai kasut yang terbuka kat belakang.

Even klu pakai sneakers pun, 
musti kena pakai stoking.
Itu pun klu ako tak moh menahan saket dari melecet la.

Jeles sungguh tengok kowang kowang yang leh melaram dengan pelbagai jenis kasut.
Teringin juga nak cuba macam-macam kasut.
Tapi bila pikirkan kesakitan yang bakal ako tanggung, pendamkan aje la.
Sebab tu ako suka pakai satu-satu kasut tu sampai koyak sampai lebam sampai dah boleh campak masuk tong sampah. Itu bila kaki ako dah memang SERASI sangat-sangat la ngan satu2 kasut.

Pernah gak buat cam owang-owang tua kata, gigit sket kat belakang kasut tu. 
Tapi sama jer... gigit la sebanyak mana sekali pun, klu dah dia nak menggigit kita, dia gigit juga.

Ke sebab kaki ako gumuk montel yang buatkan melecet ek??

Nota Jemari: Tahu tak kasut yang bertali nampak seksi? Auww.. i like!! lalalalaa