Followers

Sunday, September 4, 2011

Ikot pangai sape tu?

Ako g giant mau beli barang-barang keperluan.
Ako pegi dengan ABIN berdua je.
Ako pegi bahagian yang jual barangan basah.
Ako nak beli udang.

Sebab ako nak cepat so ako kutip udang-udang tu guna tangan aje.
Senang dan cepat!
Pastu si abin dok bising-bising.

"na, amek tu!"
"na, guna tu la!"

Ako tengok la mende yang abin bebel kat ako ni.
Laa ghope nya dia soh ako kutip udang-udang tu guna senduk yang disediakan.

aishh... tak koser ako nak guna senduk tu.
Klu guna tangan kita boleh pilih mana yang elok mana tang tak elok.

Pastu abin dok bebel lagi.

"na, kotor laa..."
sambel wat muka geli geleman.

Wah wah kemain lagi ko ye ABIN.

Ako pelik arr..
Ako tanya mama si ABIN.
Ikut pangai sape si ABIN tu, pembersih benor?!
Ke masa mengandung dl asek nak makan mende2 yang bersih je?!

Jawapan si mama, "ikut aunty nana dia la!"

Aikk?!! Takkan ikot ako plak?

"Ye la, dah ko sket-sket nak lap,
sket-sket nak mop,
sket-sket nak sapu"

erkk.... aisshhh bukan la ako ni pembersih sangat.
Cuma ako ikut pesanan arwah mak dulu.

Contoh, cam lepas masak, cecepat bersihkan dapur. Klu tak lelama kesan kotor leh jadi karat.
Dah ako ni plak jenis pantang tengok dapur kotor, so bukan lepas memasak, time-time tengah masak tu sibuk le ako mengelap kesan-kesan kotor tu. Erkkk salah ke?

Lagi satu, ako tak tau la kowang mcm mana.
Tapi macam ako, ako cukup pantang klu sinki penuh ngan cawan, pinggan dsb.

Contoh lah macam kita tengah masak, kan slalu nak wat persediaan bahan-bahan tu guna pisau, pemotong, pinggan la etc. Bila kita masak, so barang-barang yang kita guna tadi tentu masih dalam sinki kan?! Ada sesetengah orang, lebih suka selesaikan segala masakan baru la nak bersihkan dapur dan sinki. Macam ako, tiap kali ako guna barang, belum abes masak lagi, ako akan basuh. Sebab saket mata weii tengok sinki bersepah-sepah. Bila sumer nya kemas, so perasaan nak memasak dan berada kat dapur tu macam cool sangat-sangat. Tak serabut!!

Walau takde la cantek mana pun dapur kita tapi asalkan ianya bersih dan nampak kemas sket, dah OK la tu!! Ako tak cakap pun ako ni pembersih sangat. Iskkk klu tak, takde la tempat opis ako bersepah macam kucing beranak. Cuma cukup klu ia nampak selesa dan takde bau-bauan yg kurang enak, dah cantek la tu bg ako.

Kowang suka klu umah kowang bau busuk?
Kowang suka klu umah kowang nampak kotor?
kowang suka klu umah kowang penuh ngan lalat?

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat kan?!
Kadang-kadang kita tak sedar perangai kita menjadi ikutan..
Kadan-kadang kita tak sedar, macam mana kita sebenarnya.
hanya owang-owang yang memerhati yang nampak siapa diri kita sebenarnya, betul tak?!!

Harap-harap apa yang ako buat, betul la ye!!
klu betul abin ikot pangai ako... ermmmm masak arr!!
tapi pangai abin memang melampau arr. Ada ke patot sayur pun nak geli!!
Isskkk.. anak sape la tu kan :p

Nota Jemari: klu yang baik diikut, apa salahnya kan ;-)

7 comments:

cikyatz said...

heehe..memang bermacam ragam dak kecik nie..hehe..ok ape lau ABIN ikut perangai AKO..pembersih..ermm..comel..

Sis-Lin said...

engko macam aku kot..hahahahaha :p

AKO @ retna said...

cik yatz,
tu laaaa...
klu budak kecik bersore, takde nak segan silu... harus la berterus terang.

lin,
hahhaa agaknya la kan :p

ch@ said...

kita ikut kakRet, rimas tgk rumah tunggang terbalik. kalau sedap mata memandang je dah ok. takla pembersih sangat.

lawak la abin, tapi elok gak. dia risau tgn aunty nana dia kena sengat dek sesungut udang tu.

AKO @ retna said...

cha,
hahaha kan kan,
masa dia jerit2 dok panggil nama kita, ingat kan apa la kan ghope nya soh kita guna senduk kaut udang tu.. suspen je tau masa tu.. seb baek tak ramai org hahaha

sy@iina said...

ahaks..mmg sgt rimas kak ret tgk sinki penuh.. biase mmg gitu, kalo da gune, mst nk terus basuh walaupun xabis masak lagi. sudu seketul tu pun terus basuh. kalo tinggal pun sbb xsempat je..haha..

AKO @ retna said...

betul2 klu ada yg tertinggal tu mmg x sempat la nama nya tu kan :p