Friday, October 21, 2011

PD.... Aku Cabar Kau!!!!

Tetiba guna tajuk cenggitu.
Teringat lak zaman muda mudi bercanda di pantai port dickson.
Hahahah Puan Ila, Puan Shida, En Azman, kowang ingat lagi tak nostalgia itu???
Rindu nyaaa kan!! ;-)

Ok jom citer xtvt wiken ako dan mereka.

Sorang kakak opis ako ni dapat resort opis kat Port Dickson.
Sebabkan laki dan anak dia x moh pegi, maka mengajak la kami ke sana.
Pucuk dicita ulam mendatang, owang dah ajak takkan nak tolak.
Lantas, bersepakat la kami untuk bercuti bermai-ramai di hujung minggu ni ke pantai port dickson.

Plan nya memang ramai juga yang nak join tapi last minit hanya kami berempat je la yang berjaya meloloskan diri ke sana.

Arini ako dan kakak itu half day petang.
Lepas amek anak dia kat Pantai Dalam, terus kami ke Nilai.
Menyinggah ke Tesco Nilai.
Sebab plan nak masak, konon nya la, maka 'berbelanja' sedikit barang keperluan untuk dibawa ke PD.

Lama juga sesi soping menyoping kat tesco tuh. Sedar tak sedar dah pukul 5 petang.
Hujan yang melebat sungguh!! 

Soping keperluan macam nak duduk sebulan kat sana.
heheh..

Gerak dari Nilai ke PD tepat jam 6 petang.
Hujan masih galak membasahi bumi.

Bukan takat beli barangan keperluan je, barang2 yang dibawa dari rumah pun dah macam nak duduk PD seminggu. Padahal 3H 2M je pung :p

Itulah klu nama pun 'pompuan'.
Klu boleh sumer nak dibawa nya.
Jangan tak tau, toto dan bantal pun ako hangkut sekali.
Ye la takut tak cukup plak 'tempat tido' untuk kami berempat dan budak-budak.

Klu arwah MAK masih ada, klu dia tgk keadaan kitorang yang sarat padat camtu, musti dia akan cakap, "macam pundong berjalan" ...

erkk ok siyes ako x tau apa menatang 'pundong' tu..
erkk 'pundong ke kundong' ke ako pun x pasti tapi bunyi nya ada lah dong dong jgk... hehhe

Jam 6 petang dah gerak ke PD.
Hujan sepanjang jalan.
Kete memang banyak tapi seb baek bukan jenis jam yang berhenti-henti.
Lebuhraya masih 'smooth' aje perjalanan nya.

Alhamdulilah selamat sampai kat PD lebih kurang jam 7:15 malam.

Sampai-sampai je resort, terus kemas pape yang patut.
Sesi masak memasak pun bermula.
Menu dinner malam ni adalah megi goreng ala chef retna!
Hahah tetiba jadi bidan terjun, jadi tukang masak plak.
Sedap tak sedap belakang citer.
Bila perut dah lapar, apa depan mata, telan je la.

Tadaaaaa....!!!
Siap sudah!
Simple tapi cukup buat selera bertambah-tambah.

Nyum nyum...
Jemput makan sumer.
Bismilahirohmanirohim.....

Dah tengah malam ni, mata sudah mau lelap.
...esok kita sambung xtvt di PD plak ye ;-)

Nota Jemari: Ladies wiken ;-)

7 comments:

  1. aahh kejam. dh la pg berjalan. masak sedap pulak tu.. cis..

    ReplyDelete
  2. iskk tu pun x plan nk asak dinner mlm td.. ala kadar je pun :p

    ReplyDelete
  3. tetiba i rindu pd lak... ish! luring betui.

    ReplyDelete
  4. Ret,
    aku rindu TESCO Nilai!!! hahahaha ;)
    sib baik aku takde, kalau tak, kecik ati aku ko tak singgah rumah aku. :D

    ReplyDelete
  5. ingat sangat sangat Retna oit.....
    key chain kaki tu pun masih ada ok

    dan paling ila ingat
    one day sebelom gi PD
    ila eksiden
    huhuhu....

    nak gi PD..pueh dah ajak en adha..huhuhu

    ReplyDelete
  6. ekceli aku suka PD. every yr mmg pegi. tp tahun nih aku dh pg ke blum yek? ermmm tp kalu kt sana wajib mkn mawar yong tau fu.. nyum2..

    ReplyDelete
  7. Ingat nak bukak kedai runcit kt PD hik3 :D

    Ingat ade ladies nite je kui3 ;-)

    Semoga bergumbira ya Retna :)

    Best gak megi goreng simple tu heheh..

    ReplyDelete

KOMEN? Sila Sila... Kalau nak ngutuk, AKO halau. Kalau komen yang membina, AKO terima.