Followers

Thursday, January 27, 2011

Lucky Draw >> Cabutan Bertuah My Followers Blog S.H.A.I.Z.H.A.R

Apo panjang bonar tajuk tu weiii???!!!!
Pape pun, layan je la k.

Kowang tak nak hadiah ke?
Ako nak...
So sesape nak hadiah jom ikut ako join contest ni k ;-)

Ni haaa.. budak shaizhar yang punya contest.
Dia soh tempek banner gambar dia. So ako ngikut je la kan...
Ako tak moh letak gambar dia besar-besar, kang riak dia weii.. muahahaaa

Ok, ako sudah jadi follower kamu lama dulu.
Sebagai bukti, sila silhat objek di atas.

Dan jangan lupa masukkan saya ke dalam list kamu!

Tarikh tutup pada  01 16.02.2011 jam 11.59pm
Keputusan pada 02 17.02.2011 jam 11.11am
Hadiahnya: RM30 dlm bentuk top up terus ke No.Celcom/Maxis/Digi.


Nota Jemari: jom join, senang kan ;-)

Putih cedera

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kejadian jam 6 petang tadi.
Lokasi di simpang jalan sentul.

Ako sebak!

Putih cedera lagi.
Tuan putih lagi parah.

Tak sanggup nak kata pape dah.
Putih cedera akibat dilanggar lori yang bodoh dan buta!!!!

Tuan putih nak berkabung kejap.
Tak tertahan menaggung saket.
Saket melihat putih sebegitu ghope..
Tambah saket memikirkan helain not-not yang akan terbang.

HUwaaaaaaaaaaa....

Ok ok ako insaf.
Mungkin ada hikmah.
Muasabah diri sekejap.

Nota Jemari: jangan tanya pelisss... ;( *sedih yang amat ni

Jemput makan kek

 "Nak kek?"
"Mana? Mana?"
"Tu, dalam kotak."

zasssss berlari-larian ke pantry amek pisau.

Nyumm................
Blueberry cheese kek.

Sedap!!!!!
Siyes ako cakap, sedap sesangat.
Ye la kan, dah nama pun homemade, konpom dan pasti sedap tanpa bahan pengawet!

Original from my oven.
Eh silap... bukan bukan, umah takde oven.
microwave apatah lagi..

~Hari kedua~

"eh gi la potong kek"
"aikk ada lagi?? Mana? mana?"
"Tu, atas meja."

zassssss berlarian lagi ke pantry amek pisau.

Kali ni makan tiramisu kek.
Nyummmu!! Macam makan kek eskrem. 
Erk lembut dan sangat memukau anak tekak ako.

Nah, inilah pembuat kek itu!
Thanks yazrul!
Baru sekarang berkesempatan ghase kek buatan ko.

Oh ye, buat kengkawan opis, ye ye yazrul adalah ahli baru kat department ako berkuatkuasa minggu lepas. 

Kek-kek yang dihasilkan dua hari ini adalah lebihan bahan tempahan yang dia terima. Ada lebih bahan, maka dia buatkan sebiji untuk kami rasa. Tengkiu! Tengkiu! 

psstt pasni nak soh buat kek perasa vanilla *wink*

Nota Jemari: Jangan gemuk sebab makan kek....

Monday, January 24, 2011

Oh Putih!

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKkk!!!!!!

Tidakkkkkkkkkkkk!!!!

Masuk masuk je dalam kereta siang tadi, tetiba terpandangkan tingkap di sebelah. Haaa??? TerNGANGA jap dibuatnyaa.

Ako terlupa tutup tingkap.
Fewww urut dada.
Nasib baik lah takde pape berlaku kat si putih.
Fobia dibuatnya.

Aduss camne la ako cuai sangat arini??
Padahal memang dedua tingkap ako buka pagi tadi dan tingkap belah pemandu je yang ako tutup.Tu la akibatnya klu asyik sangat layan topik pagi kat hot.fm. Muahahhaa tambah-tambah plak topik pagi ni memang HOT kan :-D

Minta-minta la lepas ni ako akan lebih berhati-hati.

Nota Jemari: seb baek padang merbuk (ada gak penjaga), klu kat lrt sentul??!! ... konpom dah tu........

Kalendar oo kalendar

Dah masuk tahun baru 2011 dah pun kang.
Sejak sebelum masuk tahun baru lagi jenuh ako mencari kalendar.
Klu kalendar meja tu memang berlambak arr tapi yang ako nak kalendar dinding.

Memang tetiap tahun tak pernah pun takde kalendar kat umah ni. Tapi ntah, tahun ni plak ghase susah sungguh nak dapat kalendar 2011.

Ini kalendar 2010.
Kalendar kuda, owang panggil.
Sangat bagus kalendar ni.
Besar dan terang!

Ako pasti klu owang-owang tua memang suka kalendar jenis camni. Dari jauh je dah leh nampak sebiji-sebiji nombor tarikh yang tertera. Senang kan ;-)

Ni kalendar 2011.
Kalendar kuda juga ni.
Tapi kecik la sket daripada yang atas tu.

Alhamdulilah, terima kasih la pada kak een yang sudi 'derma' kalendar lebihan kat umah dia.

Hehheh cuba bezakan.
Perghhhhh berganda-ganda beza nya kan.
Jadi laaaaa daripada takde langsung.

Tengkiu kak een!!!

Nota Jemari: Konpom kena pinjam kanta pembesar kak maznah ni...!

Reward yourself with a free holiday



At Citibank, we believe in offering you information specific to your interests. You have received this email because you are a Citibank customer. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni satu lagi!!!
Mula MBFCard
Pastu DinersClub.
Yang ini plak CitiBank.

Ermm yang MBF ngan Diners tu ako paham la sebab memang ako customer derang.
Tapi yang CitiBank ni yang buat ako moskel.
Bila masa plak ako jadi customer derang??????

Tell me, tell me?!!!!

Mula pasal majalah.. OK la kan.
Pastu pasal FREE tiket wayang.. Memang hampeh la kan.
Yang ini plak, FREE HOLIDAY!!!

Tidakkkkkkkkkkk.......................
Mustahil ada yang FREE kan dunia ni. kan kan kan.....

Nota Jemari: lepas ni sapa plak nak bagi promosi???

Mencari CALON ISTERI KEDUA untuk SUAMI

Dapat forarded email.
Ermmm menarik betul iklan ni.
Tapi betul ke idak, idok le ako pasti ye.
Sekadar berkongsi sesuatu yang menarik pembacaan ako.

Renung-renungkan lah.
Selamat beramal.

~klik gambar untuk pemBESARan~

Nota Jemari: Notis ini dlekatkan di pintu surau perempuan di UK, Labuan.

Biqque's January Lucky Follower

Aiyak.....

Sorry biqque, misunderstanding arr entry pasal Lucky Follower ni.
Then, baca balik berulang kali sampai u tegur kat msjbox sebelah ni, baru la paham.

hehehee....
Ok ok, ni ako dah buat entry khas pasal lucky follower ala-ala lucky draw juga la kan. Mana tahu, untung nasib dapat le hadiah. Klu takde luck, nampak gaya kena tunggu bulan-bulan seterusnya la kan.


Buat kowang yang rasa-rasa nak hadiah juga, jom join contest, erkk kira contest juga la kan sebab dapat hadiah. Senang jer syarat-syaratnya, kowang just jadi follower kat http://biqque.blogspot.com. Pastu kasi bulat gambar kowang kat follower list dia. Ala macam yang ako buat kat atas ni. Then tinggalkan link entry kat komen sini

Senang kan? ;-)
So selamat mencuba!
Moga kowang pun antara yang BERTUAH :-)

Nota Jemari: luck? lucky? or 'laki'????

Friday, January 21, 2011

FREE movie ticket?

Arini dapat surat lagi.
Macam kad invitation gitu.
Ermm belek-belek, pengirimnya adalah dari DinersClub.

Menarikkan, bila derang offer free tiket, esklusif plak tu.
Excited dah ako ni..
Tapi bila baca perenggan seterusnya......

"To receive 2 FREE movie passess, all you need to do is SPEND RM800 to your Diners Club Card!"

arghhhhhhhhhhhhhhhh.................................
Marah betul ako ngan surat camni tau!!
Punya la excited kat awal-awal, sudahnyaa itu yang ako dapat.

Tidaakkk mungkin ako nak menghabiskan sebegitu banyak semata-mata nak dapatkan sekeping tiket yang hanya berharga RM10 atau lebih sket je pun.

 Gila! Gila! Gila!
Tak patut! Tak patut! Tak patut!

Nota Jemari: frust sambel marah ni..

Assalamualaikum

Jumaat Mood..
Nari takde nak citer pasal makan-makan ye.
Nari just duduk depan PC dari 12.30-2.30 petang dok ngadap games.
Ater kan tenet kat umah ako adalah tengah dalam keadaan slow motion gitu.
So, amek kesempatan la kejap dok masuk CityVille, FarmVille dan juga Word Seach.

Tapiiiiiii...................

Astaga..... tenet kat opis ni jugak mengalami situasi yang kelembapan kekdahnya.
Tidaaaaaakkkkkkkkkk... Ako sudah ketiadaan mood untuk bermain.
Dan tatkala ini, ako hanya terpikir untuk membuta sahaja.

Sekian.... kroHhhhh.... krOhhhh....

Nota Jemari: Tiada gangguan sehingga jam 2.30 petang pelisss....! Terima kasih.

Thursday, January 20, 2011

CONTEST AKU, DIA & KAMU by unguisme

Salam Thaipusam,

Seharian membongkang je kat umah..
Nak kuar cam malas.. Eh bukan macam memang malas punggg..
Memalam camni baru ada kerajinan nak menghapdet.
Line tenet agak kurang memuaskan sebab tu aktiviti bermain tidak dapat dilakukan sepanjang hari ini.

Ekceli takde mende pun nak hapdet.
Ha dek sebab takde mende tu la ako jawab gak la contest anjuran UGUISME yang ditag oleh en shaizhar. Ok jom layaaannn...

Macam biasa, memana contest pun mesti kena letak banner contest tersebut. Maka, bertempek la banner kat seperti atas ni.

Syarat dia kena jadi follower. 

Ok ni sebagai bukti.

Pastu kena tempek banner kat side bar.
Dan paling penting kena tempek gambar berTIGA!!!
Palingggg susah nak cari sebab nya mostly gambar lelama ako banyak dah delete.

Tetiba terpikir nak tempek gambar yang ini...
Bole la kan.. *wink*

Yang hitam, opkos arr gambar penulis...
Yang merah tu, si pengeTAG ako...
Yang kuning plak, bodygud kami berdua..
hehehhee ok tak?

Lokasi pengambaraan adalah di area SEDENAK.
Eh dah terang lagi bersuluh kan. hahaha..
Ni gambar tahun 2009, on da way beraya ke umah che mat gebu.
Ala takkan kowang tak kenal ngan CMG??
Ishhh pemes En Mat tu.. Tak kenal rugi la weii..
Especially rugi la klu tak merasa sendiri air tangan beliau.

Ok rasa nya dah cukup dah syarat-syarat yang dikehendaki.
Tapi nak kena tag owang lain juga ker??? ermm..

Then, ako try je la ye tag mereka ni..

"~LoVe is CINTA~"


Nota Jemari: OK dah... sesuka je k ;-)

Wednesday, January 19, 2011

Kota Keriangan ~ sambungan ..

Moh sambung balik citer pasal genting k.

Nama pun nak bersokaria kan, maka harus lah kita mencuba segala macam permainan kat situ tapi ada juga certain-certain games yang kami tak naik. Excited sungguh kami nak memulakan aksi permainan. Takut tak takut, belakang citer, janji dapat main!

Dah kata game pertama adalah permainan SPINNER ni.
Ekceli dah lama gak x naik. Takut pun ada, bukan takut apa pun cuma takut bila dah naik terus terasa pening. Tapi alhamdulilah, cuma pening sekejap jer dan nasib baik lah tak muntah.

Takut pada mula nya, bila dah lelama kat atas rasa OK jer. Cuma ako pelik ni, nape ada air kuar dari celah atas permainan tu???? Menjadi persoalan sungguh. Ako moskel la kan, sebab aritu pegi pun ada air gak kuar. Nak cakap air hujan, ermm takde plak ujan time tu. 

Agak-agak kowang nape ek? 

Next kitorang naik Double Deck Carousel. Sebab nak kasi hilang pening kejap, maka kita naik lah game yang rileks khas untuk keluarga. OK laa rileks kan minda, rileks kan kepala yang terkejut dek pusing-pusing tadi kan. Eheh best plak tunggang kuda. Klu kuda betul agaknya camne la yer?

Kuda ku lari gagah berani?!

Cyclone, the 1st roller coaster.
Ako, bab-bab roller coaster ni memang suker sesangat!

Konon la macam takut kan, walhal......
Weiii sape takut naik roller coaster, RUGI laaaa!!
Sebab kat sini la kita bole jerit sepuas-puasnya!!
Arghhhhh......!!

Kan ako dah cakap, kitorang steady jer.
Heheh padahal kawan nan satu tu pun memang tengah kecut perut.
Ala, tapi lepas naik, ok je kan ;-)

Sungai Rejang Flume Ride
Kisahnya nak naik ni dulu tapi belum beroperasi plak awal-awal pagi.
Maka terpaksa la main game yang lain dulu.
Ye la kan, memang dah budget, biar kasi basah dulu badan, then baru la main coaster ker sementara nak tunggu kering kan.

Nasib baiklah pakai sweater yang kalis air dan ada penutup kepala. Maka pembasahan yang berlaku idok le teruk mana. 

Eh kowang, best kan naik sampan ni.
Lagi best klu naik berdua.
Leh peluk-peluk... muahahahaha ....

Pastu kita naik Rolling Thunder Mine Train.
Tak sempat baju nak kering dah abesh satu pusingan.
Iskk memang x mencabar betul arr!!
Itupun kawan nan satu masih terasa takut.. hehhehe xpe sekurang-kurangnya ko dapat gak mencuba dengan paksaan dari kami kan :p

Tak puas, naik plak Flying Dragon.
Sama je feeling macam naik tren tadi.

Ha yang ni paaliinggg best!
Corkscrew..
Kali ni ako men berdua je ngan Sri sebab yg sowang tu awal2 dah reject permainan yang satu ni.

Game ni memang jadi pilihan. 
Tengok aje la barisan orang tengah beratur. 
Lama juga arr nak tunggu.
Tapi excited nak naik juga, maka harus menyanggupkan diri untuk beratur.

Cer kowang tengok dan peratikan.
Ako sendiri x pasan yang ako leh buka mata bila naik roller coaster ni.
Rasanya ni coaster yang terbesar la kat atas bukit tu.
Syabas buat diri sendiri. Ako berjaya mengharungi landasan terbalik coaster ni dengan satu senyuman kepuasan!! Yeehaaaa.

Thanks Sri sebab sudi temankan ako naik coaster tu.

Flying coaster ala-ala spiderman gitu.
Sri yang excited nak main game ni.
Ok kawan yang satu tatap x moh naik juga.
Hhehehehe ...

Adusss..uwekkkk!!
Nak termuntah bila dok bau tempat nak landing dagu dan muka ko.
Uwekk....... masyallah bau yang amat tengit dan busuk.
Ye la kan, mende tu kan getah, ditambah plak dengan bau peluh org..

Aiyooo sampai ke sudah bau tu tatap melekat kat baju.
Peringatan pada kowang yang nak main, sila bau perfume sesiap.
Kasi sembur sket kat tempat letak muka tu.

BUSUK!!!
Dan dek sebab itu lah, kitorang terus kepeningan yang amat.
Dah takde feel dah nak main game yang lain, gara-gara kepala sudah pening!

Oh ye before naik coaster tu, adalah derang bagi satu belon yang diikat kat straw. Kononnya masa kat atas nanti kena tiup dan pecahkan belon tu. So bila dah abesh, ada hadiah menanti masa nak kuar. 

Jenuh ok nak meniup.
Nak pecahkan belon.
Nak menahan badan, kaki, tangan ..
Iskkkk ....tapi bila dah abesh main, belon x meletop, derang cakap xpe. Saja je, tatap dapat hadiah. Eh siot je!!!!! Apakaah???? Dah la penat ako dok meniup belon, pastu nak tahan busuk lagi, pastu nak tahan tegang badan lagi ..sudahnyaaaa....

Tapi bila dapat gak hadiah, ok la. Reda sket rasa hati.
Tak jadi nak marah lelebih kat amoi tu.
Ceklat ako makan, yg lagi satu tu sri amek buat tempek kat kete dia.

Konon la nak tengok 4D movie.
Gi la lunch dulu, ater dah pening-pening kan.
Tambah plak time utk tengok 4D ni ada lagi sejam.

Punya la kelam kabut bila tengok jam lagi 15 minit show nak mula.
Masuk-masuk je, erkkk tengok owang dah ramai dok beratur.
Oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Dah la pening!
Dah la penat!
Kena plak beratur hampir sejam kat situ.

Sudahnya, tengok show dalam soploh minit je pung.
Eh ako tak paham ok!!
Ending, tetiba gelapppp dan tetiba ada dengan sore, 

"thank you and We hope you enjoy watching the show!"

Ako, huh??????!!!!

Dah dah moh baliik..
Pening... nak pengsan dah dibuatnya.
Namun, ako tatap PUAS!!!!

Thanks kowang!

ps: Space Shot tak naik pung gara-gara sumer takut.. rugi plak rasa!

Nota Jemari: p.u.a.s

G.O.R.G.E.O.U.S

Tepat jam 5:30 petang terus balik.
Ye la nak tunggu lelama pun bukan ada menda dah nak buat.
Sepatutnya klu tak jam, nak ke umah ako cuma 10 ke 15 minit je pun.
Tapi macam biasa la kan, bila hari kerja, sama ada pagi atau petang, konpom nak balik umah akan mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan. Klu kurang jam nya kat area pasar sentul tu maka kurang sket la masa perjalanan nya tu.

Eh bukan nak citer pasal jarak perjalanan ako dari opis ke umah.
Ni haa, balik-balik je siang tadi, terus ternampak ada surat tertera nama ako.
Dalam kepala hotak dok pikir, bila masa plak ako dok melanggan majalah ni?
Plak tu, ni la pestime ako nampak majalah nama G.O.R.G.E.O.U.S.

  Eh gorgeous kah ako?
Erkk cam x sesuai je..

Then ako pusing la majalah tu ke depan.
Aiyoooo majalah apa ni weeiii??????
Takut plak ako nak buka.
SERAM weii tengok gambar cover tu.

Ako belek betul-betul kot la posmen tersilap hantar kan.
Ermm sah memang betul nama dan alamat umah.

OK ok phewwww bila buka and belek isi kandungan, nasib baik la isi kandungan nya sesuatu yang berilmu untuk dibaca. Lega seh!

Majalah untuk wanita.
Info-info khas untuk pengetahuan owang pompuan.
Nasib la baik.
Mengeletar ako nak buka tadi.
Ye laa ntah tetiba kan bila terpandang cover tu otomatik kepala hotak dok terbayang majalah-majalah jenis yang macam PLAYBOY tu..

Oh tidaaakkkkkk!!

Laaaa dok belek-belek nak baca, ghopenya terselit surat dari pengirim.
Dari MBF Card ghope nyaaa..
Iskk suspen je tau!

Fewwww kesat peluh betina..
Erkk..

Lenkali kasi la hint sket kat depan surat tu kan.

Nota Jemari: Aduhh mau gugur jantung camni...

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers