Followers

Monday, February 28, 2011

Biqque's February Lucky Follower

Hi biqque!
Again, i wanna be your lucky follower for February.


January tak lucky, hopefully February will be my lucky month.
So, biqque, konpom i join ur contest ni ya.

As per last month, i copy je balik gambar kat atas tu. hehee senang gak kan. 
Orait biqque, i'm IN!!

Nota Jemari: gud luck

Saturday, February 26, 2011

Cicak oo Cicak

Dah beberapa hari ako pasan binatang yang sekor ni.
Ye la kan, sebab dia dok melekat kat dinding atas bumbung bilik ako.
Betul2 plak menghadap katil.

Mula tu macam ako buat dek je la.
Sebab ako tgk dia statik je kat situ.
So ako assume dia dah mati.

Then terpikir plak, iskk klu mati awat dia tak jatuh je kan.
Ni dok melekat kat atas tu.
Sampai la tadi ako dok baring atas katil sambel termenung memandang syiling. Dan ako pasan cicak itu bergerak. Laaa idop ghope nyaa.

Yang jadi gangguan kepala hotak ako, isskk tak leh ke dia cari port yang lain?? Ini, betul-betul dia dok atas ako. Erkk maksud ako, klu ako baring konpom la ako tengok dia, dia tengok ako. Arghh takmohh takmohhh!!

Klu la tetiba dia pandang ako then terus bertukar jadi putera idaman, takpe la juga kan. Ala macam kisah putera katak gitu. Ciom katak je terus tukar jadi sowang putera raja. Auwww berangan je ar. Muahhahaa..

Ada sesape tau tak camne eh nak halau cicak?
Nyemak sungguh arr bila dok asek melepak lam bilik ni..

Nota Jemari: cicak ni jahat ke baik ek?

Friday, February 25, 2011

Kursus kawen, erkk sah lagi tak?

Tetiba nak tanya, kursus kawen 5 tahun lepas.
Erkk masih boleh pakai lagi tak sijil tu ek?
Ye la mana la tahu, kan skrg ni dengar-dengar kursus kawen kena ada qiamulail laa.

Macam lagi strict dan advance isi kandungan kursus kawen skrg ni.

Agak-agak kowang, klu ako nak kawen, kena attend balik tak kursus tu ek??
Ye la, dulu pegi berdua dengan member je.
Memang lagi afdal klu pegi dengan bakal laki/bini.
Tapi dah pegi dulu, wajib gak ke pegi lagi???
Aishh.....malasnya!

Opocot cop cop!
Ishh jangan salah paham.
Bukan ako nak kawen dalam masa terdekat ni.
Sekadar ingin berkongsi keraguan dan kemosykelan jer.

So, sila jangan ada yang salah paham dan tanya soklan pasal kawen ye!

Nota Jemari: Konpom ada je spekulasi ni kang....

BEBUDAK "MELAYU" SEKARANG


BEBUDAK MELAYU SEKARANG
Bebudak Sekolah Melayu Sekarang,
Melangkah Ke Sekolah Tangan Berpegang
Bukan Tangan Ibu Ayah Tapi Kekasih Hati "Sekarang"
Dalam Kelas Cikgu Mengajar Kepala Melayang-Layang
Plan Masa Weekend Nak Pergi Clubbing Atau Tengok Wayang
Nak Keluar Dengan Kekawan Atau Hanya Dengan "Abang"
Orang Tengok Wayang Dia Bantai Buat Wayang
"Abang" Boh Dalam YouTube Adegan Kena "Tunggang"
Masa Tu Dik......Tak Payah La Nak Tercengang...
Atau Sesaja Dok Atas Motor Sambil Tunjuk Garang
Pecut, Lipat, Corner, Weely, Weekang Atau Superman Terbang
Last Sekali Dok Sesakkan Katil Hospital Atau Tanah Kubur Kat Jalan Ampang.

Bebudak IPT Melayu
Berlagak Tak Tentu Arah Walhal Baru Semester Satu
Mak Bapak Bagi Duit Suruh Beli Buku
Dia Bantai Beli Seluar Ketat Dan Juga Baju
Maklumlah Dah Jadi Budak "U"
Fesyen Kena Up-dated Kalau Tak Kena Booo....
Dapat Duit Biasiswa Atau Loan MARA Hentak Beli LAPTOP Baru
Dok Kat Area Wi-Fi Free Dengan Muka Tak Malu
Bukan Nak Buat Assignment Tapi Dok Buka Blog, Facebook atau Nak Download Lagu
Pirahhh....Spender, Bra Dan Pad Pun Mak Bapak Yang Masih Dok Beli Kat Lu
Tu Belum Lagi Yang Dok Kat Oversea "U"
Baru Dok 6 Bulan, Lidah Pelat Cam Tak Pernah Makan Budu
Padahal Dok Kampung Petai, Jering, Buah Genuak Semua Dia Sapu
Hehehehhe...Blah laaaa Oiii...Menyampah Youuuu....

Muda Mudi Melayu Kini
Pantang Ada Konsert Semua Nak Pergi
Kalau Tak Pergi Nanti Member Cerita Awak Dok Gigit Jari
Tiket Masuk Ratus- Ratus Pun Dia Tak Peduli
Kalau Kuliah Agama Free Berkira-Kira Nak Pergi Cam Nak Kena Keluar Duit Beli Lori
Ye Lah....Gi Konsert Boleh Tengok Artis Pujaan Hati
Sambil Berkepit Dengan Awek Atau Tonggang Botol Todi
Kepala Dah "Weng" Habis Apa Peduli
Tendang, Terajang Orang Sesuka Hati
Atau Bikin Adegan Ranjang In Public For Free!

Tok Bond
02/05/09

Nota Jemari: Bila sesekali Tok Bond bersuara...

Mimpi GIGI PATAH

Kalau mimpi GIGI PATAH... erkk apa maksudnya ye???

Ngeri lak bila tertido senja tadi, alih-alih jam 8 malam terjaga dek gara-gara mimpi gigi patah kesemuanya. Gurlpp.. Terus bangun dan teringat lom solat maghrib tadi.

Persoalannya, adakah itu hanya sekadar mainan tido? Atau, petanda DIA kejutkan kan soh solat??

Nota Jemari: terima kasih padaNYA atas peringatan itu!

T.G.I.F


Hepi wiken sumer :-)

Nota Jemari: tido! makan! tido! makan!

Babysitter

Camne nak jadi baby sitter eh?
Susah tak?
Nak kena buat preparation tak?
Bagi komen sket..

Kisahnya camni.
Nanti insyallah bulan 3 nanti adik ako, ala MAMA si ABIN tu nak bersalin.
So, sementara dia beranak kat spital sok, takde sape nak jaga ABIN.
Maka, dimintanya la ako jadi babysitter kat ABIN dalam 3 hari gitu.

Ye la kan, mertua nya dah tak sihat.
Nanti apak si ABIN senang la sket nak berulang-alik ke spital menjenguk bini dan baby baru tu. Nak hangkut si ABIN sekali macam leceh la sket. Sebab tu la ako ditugaskan tuk jadi babysitter sementara waktu.

Ermm... so agak-agak kowang, apa yang ako perlu buat tuk jadi baby sitter yang TERbaik buat budak umur 3 tahun??? Ako kena pastikan dia tak melalak bila tengok mak dan apak dia takde kat sisi selama 3 hari tu. aiyooo..fengsan!!

Nak kena bawa jalan-jalan kah?
Nak layan dia tengok tibi kah?
Nak main kah?

Yang jadi berdebar-debar ni sebab erkk.. camne nak bagi dia makan????
Kena masak ker untuk dia??? Gurlppp??!!!
Kalau takat anak tekak ako je memang konpom senang la kan.

Nak kena menuntut ngan bibik-bibik yang dah terror ni.. hahaha anyone nak pinjam kan bibik tuk ako tak?

Sape ABIN? Kang ada plak tertanya-tanya sapekah gerangan budak 3 tahun bernama ABIN tu.

Ha ni la ABIN, satu-satu nya anak buah ako buat masa ni.

Nota Jemari: takat nak main ngan tidokan dia senang, tapi bila dia dah start melalak, adehh feningg!!

Thursday, February 24, 2011

Universal Studios Singapore To Reopen Battlestar Galactica

Game utama yang dinanti-nantikan kat Universal Studio Singapore telah pun dibuka semula pada 21 Februari 2011.

Wah, ni yang tak sabar nak pegi USS lagi nih.
Opkos arr excited nak naik roller coaster yang satu ni.

So agak-agak bila lagi ek nak pegi USS ni?? Jeng... jeng... jeng...

kredit to google photos

Nota Jemari: nak jerit puas-puas!!

BIG SALE: 1,000,000 seats up for grab now!

BIG SALE: 1,000,000 seats up for grab now!

Nota Jemari: Nak gi holiday! Nak gi holiday!

Monday, February 21, 2011

Cekodok Megi Goreng

Ok ok macam pelik je kan?!!
Mau tak pelik!
Pestime ako dengor pasal cekodok megi ni masa baca resepi dari blog Mat gebu.

Sajo nak try tapi kan tapi kan...
Ermm ako dah buat baru terhegeh-hegeh nak belek resepi.
Maka, hasilnya takde la sama macam yang mat buat yer.

Gini laaaa ghope cekodok yang ako buat.
Walhal, ghope cekodok yang sepatutnya kowang leh jenguk kat sini.
Aduhaaaiii jadi la kan...
Ghase cekodok la juga. 
Tapi ghase megi macam lagi lebih jer. hahaha.. 

Ako terbaca kat resepi mat, dia amek megi perasa ayam.
Yang ako plak letak megi perasa kari.
Ha amek ko, memang ghase megi kari je la ni. 
hhahahaa... 

oitt syadap!!
Apa gelak-gelak....
iskk takpe takpe atlis ako ada gak initiatif nak mencuba.
bluwekkkk..... :p

Dah dah... 
Gelak arr sepuas-puasnya..
Ako nak menikmati cekodok megi bersama sambal sardin.

Sambel menikmati sesisip teh o perasa starwberry dari Ahamad Tea - London
Perghhh!!

Nyummm..........
Slurrppp......

Nota Jemari: sape nak ghase?? buat sendiri la ye :p
..rentetan dari kisah filem 'no strings attached' ..

Dulu ako suka chatting...
Skrg?
Sekarang klu chatting, hai hai bai bai je la.
Tapi bila dok sowang-sowang, rasa sunyi dan sepi.
Masa ni la chatting adalah ubat segala ubat kesunyian.

Kan best klu kita ada kawan yang boleh diajak sms/chatting tanpa ada ikatan lelebih.

Bila sunyi, sms dia.
Bila buhsan chatting ngan dia.
Bila perlu kawan untuk berborak, kita tipon dia.

Tak lebih dari kawan berchatting, bersms dan berborak sahaja!
Erkk ada tak kawan macam tu ek?

Nota Jemari: kawan dah kawen dok sibuk layan laki bini derang ...

Minum susu jadi sihat dan kuat

Dah makan nasi goreng tadi.
Tu pun share ngan kak een.
Tapi tatap nak mengunyah lagi.

Teringat Jumaat aritu ada beli susu kotak sama orea.
Memang memula niat nak bawa balik umah.
Nak menikmati orea cicah susu kat umah jer.
Tapi terlupa...
Aishh ni la masalah bila umur dah makin meningkat.
Ingatan asek ter'hilang' kejap.

Pagi ni tergedik-gedik la anak tekak yang satu ni nak kunyah oreo.
Buka peti ais, amek susu terus tuang dalam gelas.
Erkkk akan tatapi, sape la yang pandai sangat kan letak susu tu dalam freezer??? ^&*^*@#$@$

Dah tak pasal-pasal susu tu membeku.
Ni kang klu tanya sowang-sowang konpom takde yang nak ngaku.
Ishhh.... logik la kan, takkan la susu nak letak dalam freezer.
Oitt takkan la tak tahu bezakan susu ibu dengan susu lembu????
Ermmm.......

Arghhh.... 
Takpee takpe janji ako dapat gak makan oreo cicah susu..
Nyummm nyummm

Nota Jemari: sape la yang 'pandai' sangat tu kan?!!!$%^$^$&

Sunday, February 20, 2011

No Strings Attached

Klasifikasi movie: 18SX
Awal-awal memang dah mention 18SX so tak yah nak cakap tu citer lucah ke hape. Konpom la ada tunjuk adegan-adegan yang tak sesuai untuk bebudak tengok. Dan klu kowang tak suker, so tak yah gatal-gatal nak pegi tengok pastu nak hentam citer lucah.

Filem ni memang best! Klakar ..
Santai dan opkos arr ada mesej tersendiri.

Kisah pasal hubungan laki pompuan, takmoh komitmen lelebih. 
Cukup sekadar hubungan seks sahaja.
Inilah yang dikatakan teman tapi mesra gitu.

Klu kat Malaysia, jangan kita amek seks sebagai tajuk utama.
Mungkin kita bole katakan hubungan mesra tapi takmoh komitmen. Takmoh ada ikatan. Erkk cane tu ek? Hahahaha... ekceli susah nak terangkan pasal hubungan mesra tanpa ikatan dalam masyarakat kita. Mungkin bagi mereka yang pernah mengalami hubungan macam ni sahaja yang tahu dan paham erti hubungan tersebut.

Yang pasti, klu kowang nak layan filem ni, sila jangan dok gatal-gatal nak hangkut anak-anak hatta mak bapak kowang sekali. Memang la tak sesuai, ok!!

Salah satu babak yang ako suka.
So sweet.
Nak ajak gi deting tapi awal2 pompuan tu cakap takmoh bunga.
So terpaksa la si lelaki gantikan bunga dengan carrot. Hahaha.. ada ke laki skrg ni nak buat camtu ek??

Overall, jalan citer dia sangat-sangat rileks.
Klu nak hilangkan stress, bole la layan filem ni k.
Dan klu filem ni tak best bagi kowang, sila jangan nak salahkan ako.
Bagi ako, citer ni best, bagi kowang.....?!! Lu pikir la sendiri..

Nota Jemari: OMG, that guy is Demi Moore's husband... perghh!!

Saturday, February 19, 2011

Budak Tembam di Kristal Height 2

Kan dah bagitau tadi nak gi cari budak tembam.
Petang-petang, panas terik disulami angin sepoi-sepoi bahasa, akhirnya berjaya juga menjejaki budak tembam di Kristal Height 2, Sri Gombak.

Jangan tersilap, Kristal Height berwarna oren, manakal Kristal Height 2 yang kami ingin tuju seperti dalam gambar di atas. Tadi je ako sudah tersilap umah. Nasib baik la cecepat contact bapak budak tembam tanya lokasi sebenar.

Akhirnya berjaya juga kami tiba sambil disambut oleh bapak budak tembam itu.

Taaaadaaaaa..... inilah budak tembam yang saya cari!!
Eeeee geram tengok pp dia yang bolat itu.

Cer tengok...
Duduk pun dia leh tido tau! Camne la tak tembam kan. hehehe..

*oitt cer jangan tgk pp ako! Sah-sah la pp yang itu mmg sediakala bolat!! heh!*

So camne, ada gaya tak si kiki nyusukan anak?!!
Sesape nak buat calon bini, bole la tu kot.. heheh...

"Hi nama saya Khayla binti Junaidi"

Babai budak tembam opssss .. babai baby Khayla.. Nanti aunty datang jenguk awak lagi. Pasni pastikan pp awak masih tembam lagi tau! heheh

Nota Jemari: geramnyaaaa!!!

Jalan-jalan cari Budak Tembam

Ok, petang ni misi mencari budak tembam!

Moga saya berjaya bertemu dengan budak sebelah bear kaler pepel itu.

Nota Jemari: takot silap pegang plak kang.. :p

Friday, February 18, 2011

KL-JB, macam Sentul-Chow Kit

Sabtu lepas ako balik JB.
Ekceli ada urusan tapi last minit urusan terpaksa dibatalkan.
Klu dah ke JB, macam biasa la kan melepak kat Bukit Indah ajer la.

Dek sebab urusan terbatal maka mereka yang lain pun buat la planning iaitu memBOWLING. Adoiyyaiii nak cakap terror tu idok la kan tapi klu cakap x gheti main, tipu la kan. Sekadar bole la bola tu mengolek atas landasan walau kebanyakkan nya slalu je ke longkang. Jadi laaa...

Walau tak terror, atlis kita kena cuba.
Klu tak cuba mana nak tahu kebolehan dan kemampuan kita, ye tak?!
Ala..main pun sekadar suka-suka je, bukan nak masuk memana contest pun. So klu bola meLONGKANG je, biasa la kan. 

Tak pun klu tak reti sangat nak baling, kowang golekkan ajer la macam lam gambar tu. hehehe Idok le memberangsangkan keputusan nya tapi bole la untuk buatkan pin-pin nya jatuh.

Perhatian ye, sebelum membaling sila pastikan pintu kat pin pin sudah ternaik ke atas dan pin pin sudah siap sedia beratur kat tempat nya. *sengih-sengih dok teringat peristiwa itu

Agak-agak sape ek juara LONGKANG petang tu?

Pastu kami ke KSL City Mall.
Salah satu shoping complex yang baru je beroperasi kat JB.
Ermmmm takde yang menarik sangat pun.
Environment macam kat Holiday Plaza je gitu.
Ooo klu kat KL, ermm macam South City Plaza kot. hehehe.. 

Malam nya plak jer Kampung Melayu Majidee.
Melantak! Melantak! Melantak!

Macam-macam ado....
Paling ako suker semestinya la otak-otak.
Pebret aii!!

Dan juga mi rebus kat situ sangat marbeles...!
Ako rasa JB mmg 'dunia makanan' laaa..
i like!

Nota Jemari: ..jangan serik, bak kata orang JB!

Seoul Garden, Korean BBQ & Steamboat Restaurant

Gi JB aritu jalan-jalan kat shoping complex baru nama KSL City.
Wahai owang-owang JB, tahu tak kat mana? Ala yang depan Holiday Plaza tu.
Ekceli kuar aritu sebab ada date sama teacher Huda.
Kebetulan dah ada kat KSL maka ako mengajak la mereka melantak kat Seoul Garden. Yang sebenor-benornya memang ako teringin sangat nak try makanan Korea tu. Dah ada peluang, so takmoh la ako lepaskan, ye tak?!

Seoul garden adalah restoran makanan BBQ & Stimbot buffet style.
Klu kowang jenis yang suka makan stim, ok la konpom bole layan punya.

Macam-macam ada.
Kowang leh amek apa ajer.
Melantak arr sebanyak mana yang kowang suka.

Selain buffet stimbot, derang ada sediakan juga western food. Tapi takde la banyak sangat. Adala juga nasi goreng, mi goreng. Ye la kan, mana tahu kot-kot ada plak yang tak berselera nak melantak stimbot ni.

Ada 4 jenis sup.
Klu tak silap, kimchi ada 2 jenis, satu pedas dan satu lagi pedas.
Ada tomyam dan sup ayam klu x silap la ye. (terlupa plak..)

Katakan kowang dah pilih sup kimchi macam dalam gambar kat atas.
Then tetiba kowang rasa tak sesuai dengan anak tekak kowang, jangan risau! Kowang leh minta tukar dengan sup yang lain. Tapi penukaran sup hanya sekali je la ye. 

Memula memang kitorang bantai makan sup kimchi.
Pastu sesaja nak terai makan tomyam.
Rasa lebih kurang jer tapi ako lagi suka kimchi sup :-)

Kowang pernah tak layan drama korea?
Kan ada masa bila derang dok makan kat kedai yang bakar2 tu, ha camtu la lebih kurang. Cuma ako tak pasti kat korea derang pakai sayur apa ye? Masa ako gi kedai tu, yang ada salad, sawi ngan satu lagi sayur ako x tahu apa nama nya.

Owang korea kan suka lepas derang bakar daging, then daging tu derang akan tempek dalam sayur pastu terus masuk lam molot...

Nyummyy!! Sedap!

Harga buffet tu;

Lunch (weekday) - RM25.99 untuk dewasa, RM13.99 untuk kanak-kanak (ketinggian 0.9m-1.3m)
Dinner (weekday) - RM29.99 (A), RM16.99 (C)
Lunch (weekend) - RM27.99 (A), RM13.99 (C)
Dinner (weekend) - RM32.99 (A), RM16.99 (C)

Minuman - RM3.99 dan bole refill sesuka hati.

Student Meal (Monday to Friday) - RM21.99 termasuk minuman

Senior citizen (55 tahun ke atas) - RM19.99 (lunch), RM26.99 (dinner)

Outlet yang HALAL,
Kat Penang (Plaza Gurney), Melaka (Mahkota Parade) & JB (City Square & KSL City).
Kat KL ni ako pernah gak nampak tapi tak tahu la halal ke tak.
Sebab dalam business card derang ni takde plak tersenarai outlet kat KL.

Ada juga outlet kat Spore, Indonesia, Philippines & Vietnam.

So, klu suka bole la cuba ye!

Nota Jemari: Puas hati tau makan stimbot ni!! Makan ramai-ramai lagi syiok.

KRU , live at Hot.fm

Kowang peminat radio hot fm?
Klu minat konpom tetiap pagi musti dengar siaran kat situ kan.

Kowang peminat kumpulan KRU?
So klu minat konpom ada dengat temubual KRU kat radio hot fm pagi tadi kan.

Yeeahhh dedua nya ako minat!!
Dan opkos la palingg minat kat kumpulan KRU.

Pasti seangkatan dengan ako tersenyum-senyum je dengar hot fm pagi tadi.

Sejak kewujudan kumpulan ni lagi, minat terhadap mereka tak pernah luntur.
Walau ako bukan la fanatik tapi atlis minat tu tatap ada.
Respek kat derang ni.
Dari penyanyi sampai la dah jadi ahli korporat.
Dari kecil-kecilan sampai la dah ada syarikat sendiri.

Kowang ado???
Ako memang takde la kan.
muahahaha 

Terbaru, derang akan lancarkan album terbaru tajuk GANAS!!!
Wah nama pun dah GANAS, harap2 lagu tu akan melathop mengganas la juga di pasaran ye ;-)

All da best KRU!!!
Moga bertambah-tambah success lagi di masa-masa hadapan.

ps: gambar ikhsan dari google

Nota Jemari: dulu edry chubby, awat skrg ni norman plak yg chubby? hahha jgn marah :p

Bagi DVD, dapat CEKLAT

Dah lama dah dia pinjam..
Banyak pulak tu.
Ye ye dia memang suker amek banyak-banyak.
Ako pun suker sebab dia salah sorang peminjam yang setia.

Ala, dulu-dulu kan ako suker betul buat koleksi cerita-cerita korea.
Sekali beli musti tak kurang 1 cerita.
Lepas dah abeh tengok, ako sewakan plak cerita-cerita kat derang yang minat.
Tak mahal pun, ako sewa dulu 1 cerita dalam RM10 je.

Sekarang ni ako dah kurang sket membeli cerita-cerita baru.
Sebab utama dah takde kawan nak join xtvt meredah 'chinatown'.
Dan juga sebab budget dah kurang ada ke arah itu.
Pape pun, klu ada keinginan dan kewangan, pasti ada aje tambahan untuk koleksi ako.

Memandangkan dia peminat & penyewa setia, maka kali ni ako tak nak la charge dia pape. So, sebagai balasan, dia bagi nya ako sebuku ceklat. Alhamdulilah murah rezeki. Sedap plak tu!! Dan sambel menghadap pc sambel melantak ceklat. Iskk.... nasib badan la ye!

Thanks buat dia .. nanti klu ada yang baru ako inform lagi ;-)

Nota Jemari: rezeki kengkawan juga kan 

Kerna dialog itu...

..."bila kita ingat kat dia, dia akan ingat kat kita balik sebab tu dia datang jumpa kita.."

petikan dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Dan masih terngiang-ngiang dialog tu hingga kini....
Dan sebab dialog tu arr baru tau nape lately ni slalu sangat mimpikan arwah MAK.



18 Februari 1947-18 Februari 2011
Klu MAK masih ada, genap arini umur MAK 64 tahun.


"hepi besday MAK!"


Moga damai kat sana..

Al-fatihah....

Nota Jemari: .. bole tak dalam mimpi tu MAK pelok kita??.. thanks

Thursday, February 17, 2011

Cerita ghaye Cina

Kejadian semalam petang.
Lokasi kejadian kat cafe opis.
Event sempena sambutan ghaye cina.
Membabitkan 5 buah department.

Makanan: 100% superb

Show: 20% jer sebab sumer tak ready (sound system etc)

MC: 45% jer sebab microphone tak dengar, so mcm syiok sendiri cakap sengsorang.

Hiasan: 50%, ok laa sebab buat kat cafe kan, so takde la berhias bagai sangat. Jadi la daripada takde langsung.

Game: 45% gak sebab soklan tak jelas, yang menang kroni juga (muahahaa bluwekk)

Overall: 60% je laa... sebab tu klu ada pape acara better la takyah gabung2 ngan department lain. Sangat-sangat tak best!!

Muka pintu menyambut kedatangan para tetamu.
Ada la sket terasa feeling-feeling berghaye tuh.
Masuk-masuk je ingatkan disambut dengan tarian naga heheh tapi masuk-masuk je kena kutip angpau. Wah excited bukan kepalang.. 

Akan tatapi..............

Ako dan mereka sekadar mendapat duit contoh sahaja lorrrr.....
Huwaaaaa nak juga duit betul.
Iskkk memang talak ong la.
Ehemm.. buat kawan-kawan yang dapat angpau semalam kan, so tak reti-reti ke nak banjer kami yang tengah  kekeringan ni? hhaahah :p

.."your worst enemy has a crush on you!"

Apa kowang pikir? *angkat kening sebelah

Macam biasa, yeesang adalah satu WAJIB dalam sambutan ghaye cina ni kan. Sedap ker? Bole laaa ;-)

Disudahi dengan muka tuan punya blog berbaju merah!

Dengan ucapan, "aishh asal ghamai tak pakai baju ikut tema semalam ha???"

Nota Jemari: Selamat Tahun Baru Cina buat kowang yang sambut k ;-)

Hukum Ucapan Takziah

Terbaca status kawan ako ni.
Tertarik dengan statement beliau.

"..makruh ucapan takziah 3 hari selepas jenazah dikebumikan.."


Maka mengoogle la ako mencari kepastian.
Dan terjumpa info yang satu ni.
So, mari kita renung-renungkan bersama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Takziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan ini amatlah digalakkan oleh Islam.

Hukum Takziah
Takziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah s.w.t. memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun takziah itu sunat diucapkan kepada ahli keluarga musibah pada keseluruhannya, sama ada terdiri daripada orang dewasa lelaki dan perempuan atau pun kanak-kanak yang berakal. Akan tetapi tidak boleh mengucapkan takziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah.

Waktu Dan Jangka Masa Takziah
Sunat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan takziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan takziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Makruh mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan takziah dan orang yang diucapkan takziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan takziah itu selepas tiga hari.

Menyediakan Makanan Bagi Ahli Keluarga Si mati
Sunat bagi jiran dan kaum kerabat yang jauh menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ahlinya ketika mendapat khabar kematian Saiyidina Ja'far bin Abi Thalib: yang maksudnya : "Kamu buatkanlah makanan bagi keluarga Saiyidina Ja'far, sesungguhnya telah didapati mereka itu kesibukan (atas kematian Saiyidina Ja'far)." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Haram menyediakan makanan kepada orang yang meratapi si mati, seperti perempuan yang meraung menangis sambil menampar-nampar pipinya dan merobek-robek pakaiannya. Ini kerana orang yang menyediakan makanan untuk orang yang meratapi itu bekerjasama dalam maksiat. (I'anah At-Thalibin: 2/165)

Adapun bagi ahli keluarga si mati itu sendiri adalah makruh menyediakan makanan dan mengumpulkan orang ramai bagi menjamu jamuan itu, kerana ia boleh menambahkan lagi kesedihan, kesibukan di samping menguruskan jenazah dan ia juga boleh menyerupai perbuatan orang jahiliah dan perbuatan ini juga adalah bid'ah makruhah. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdillah Al- Bajaliy berkata yang maksudnya : "Kami (sahabat) mengiktibarkan berhimpun di tempat ahli keluarga si mati dan mereka (ahli keluarga si mati) membuat jamuan makanan selepas penguburan si mati: itu adalah sebagai satu niyahah (ratapan)." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun jika jamuan makan yang biasa dilakukan itu bertujuan untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t. bagi si mati, maka tujuan itu adalah baik. Jika ahli keluarga si mati itu memberatkan diri dengan berbagai-bagai makanan dengan tujuan riak, bermegah-megah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada riak dan bertujuan untuk meratapi si mati, maka itu adalah perbuatan orang jahiliah.

Lafaz Takziah
Sunat ke atas orang Islam mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah.

Adapun ucapan takziah itu jika ditujukan kepada ahli keluarga yang Islam dan bagi si mati yang Islam, lafaznya adalah seperti berikut : Ertinya: "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya."

Ucapan Takziah Bagi Orang Bukan Islam

Harus bagi orang Islam memberi ucapan takziah kepada orang bukan Islam bahkan sunat hukumnya jika mengharapkan Islamnya.

Apabila si mati orang bukan Islam dan ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarganya yang Islam, lafaznya ialah seperti berikut : Ertinya: "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya."

Akan tetapi haram didoakan bagi mayat orang bukan Islam itu dengan memohon keampunan baginya, walaupun ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarga si mati yang Islam. Contoh lafaz mendoakan keampunan yang diharamkan bagi mayat orang bukan Islam itu seperti berikut : Ertinya :"Semoga Allah mengampuni si matimu."

Tidak boleh diucapkan takziah kepada keluarga yang bukan Islam bagi si mati yang Islam itu dengan mendoakannya supaya Allah membesarkan pahala keluarga yang bukan Islam itu. Kerana tiada pahala bagi orang-orang bukan Islam. Tetapi harus diucapkan takziah kepada keluarga bukan Islam itu jika si mati orang Islam dengan lafaz seperti berikut : Ertinya : "Semoga Allah mengampuni si matimu dan membaikkan kesabaranmu." (Mughni Al-Muhtaj: 1/481-482)

Manakala ucapan takziah bagi ahli keluarga bukan Islam dan si mati yang bukan Islam adalah lebih baik ditinggalkan kerana ianya mendoakan orang bukan Islam dengan berkekalan dan sentiasa dalam kekufurannya.

Sebagaimana penjelasan di atas adalah haram bagi umat Islam mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang bukan Islam dengan mendoakan semoga Allah membesarkan pahala mereka. Begitu juga mengucapkan bagi si mati yang bukan Islam dengan mendoakan keampunan. Kerana mendoakan orang-orang bukan Islam itu ada batasnya.

Hukum Mendoakan Orang Bukan Islam
Adalah haram mendoakan orang bukan Islam sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri ataupun sebaliknya, dengan doa yang berbentuk permohonan keampunan dan seumpamanya yang tidak layak disebut bagi orang bukan Islam. Ianya dilarang sebagaimana firman Allah s.w.t. yang tafsirnya : "Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka." (Surah At-Taubah: 113)

Daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa yang berkata yang maksudnya : "Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah s.a.w., dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin – Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin) semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa tidak harus mendoakan orang bukan Islam agar mereka mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Rahmat Allah s.w.t. itu khusus bagi orang-orang yang beriman. Akan tetapi harus bagi kita mendoakan orang-orang bukan Islam itu supaya mendapat hidayah, taufiq serta beriman kepada Allah s.w.t.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata yang maksudnya : "Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), Mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayah kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hadis riwayat Bukhari)

Sementara hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata yang maksudnya : "Nabi s.a.w. pernah minta tolong menimba air, lalu ada orang Yahudi yang menimbakan air untuk Baginda. Maka Nabi s.a.w. mendoakannya: "Semoga Allah menjadikanmu tampan selalu." Maka orang Yahudi itu sehingga meninggal dunia tidak pernah kelihatan uban dikepalanya." (Hadis riwayat Ibnu as-Sunni)

Doa-doa seperti di atas ini adalah diharuskan. Tetapi mendoakan orang bukan Islam dengan memohon keampunan dan keselamatan daripada azab dunia dan azab akhirat, maka itu adalah haram.

Pada zaman yang semakin giat membangun ini, bermacam pendapat dan pemikiran yang timbul dan berbagai usaha yang dilakukan terutama sekali dalam strategi-strategi untuk melemah atau menjatuhkan umat Islam, sekaligus terhadap agama Islam itu sendiri.

Budaya-budaya seperti merayakan halloween dan valentine's day, mencurahkan rasa sedih dengan menghidupkan lilin beramai-ramai, bertafakkur atau senyap dalam beberapa minit sebagai mengingati orang yang telah mati atau berkumpul untuk upacara blessing untuk orang bukan Islam yang telah mati dalam upacara remembrance day dan sebagainya. Istilah beramal turut disalahgunakan seperti konsert amal, fun-fair amal dan sebagainya untuk mengaburi mata orang Islam yang kononnya pekerjaan itu adalah usaha yang berkebajikan. Sama ada disedari atau tidak pekerjaan dan acara-acara itu bercampur-aduk dengan berbagai perkara yang membawa kepada kemaksiatan dan dosa.

Hendaklah kita berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan sama ada ianya menyalahi hukum Islam atau tidak. Seperti memperingati kematian orang-orang bukan Islam dan sekaligus mendoakan mereka itu dalam keampunan dan rahmat daripada Tuhan. Perkara inilah yang mesti kita ambil kira kerana ianya sudah jelas dilarang oleh Islam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moga serba sket info yang kita baca, menjadi panduan masa hadapan. Renung-renungkan la, selamat beramal!

Wednesday, February 16, 2011

CNY Celebration


..... sedang melantak di cafe sempena CNY celebration...

Nota Jemari: oo tidakk... sorang sorang pergi tinggalkan ako!

Saturday, February 12, 2011

Selamat Pagi, sumer!!

Jam 7:10 pagi , sedang berada di awan biru.
Moga perjalanan pergi dan balik selamat.

Ala tak jauh ke mana pun.
Cam balik 'kampung' je gitu.
Hahahaha...

Ye ye Johor Bahru ibarat umah kedua buat ako.
Nanti kita cerita-cerita tujuan ako balik 'kampung' ni k ;-)

Nota Jemari: Selamat berhujung minggu kowang!!

Friday, February 11, 2011

Teringin dan Mengidam, erkk ada beza tak?

TETIBA ghase nak makan.
TETIBA ghase nak telan cekodok cicah sambal.
Maka terhasil laa masakan kat bawah nih.

Bila dodok sengsowang, camni la makanan yang boleh dimakan dan dimasak sendiri. Nak masak lelebih yang 'berat', ermm takut tak terhabis plak kan. So, makan cekodok memalam sambel layan CSI NY kat tibi, perghh nikmat!!

Aritu kan terbaca citer cekodok kat blog si mekcu.
Aduss nampak menarik dan sedap.
Terbayang-bayang dari aritu lagi, so tergedik-gedik la malam ni ako masuk dapur masak sambal sardin sama cekodok kentang. Ye ye cekodok bukan cekodok kosong je tapi ako letak kentang sama bawang dalamnya.

Tengok, ada ketul2 sket ghopenya tu kan.
Pernah try sekali makan cekodok kentang ni masa kat umah sis lin dulu.
Sedap plak tu yang tetiba tingin nak makan yang berinti kentang.

Gambar atas tu ada sket gelap sebab TERhangus dek gara-gara layan FB sangat. Then goreng kali kedua baru ada cerah sket. Nyummmmm ok ok apa tunggu lagi, jom je la makan.

Nota Jemari: ...sampai ke sudah x jumpa-jumpa juga ye, awak!

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers